Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bidadari Cinta

Rate this book
Pertama kali melihat Aju di pinggir kafetaria Desa permai, pintu hati Ray berdegup kencang. Kebijaksanaan si gadis mempertahankan diri dari gangguan pelajar senior menarik hati Ray. di dalam feri menuju ke kampus USM, keduanya ditemukan. Dari situ semuanya bermula dgn indah. Namun penyatuan dua hati itu amat sukar sekali.

Aju
Kau seperti rama-rama yg indah berterbangan
kau seperti pelangi yg gemilang
Aku tahu apa mahu hatimu sabarlah sayang.

Ray
sukarnya membaca hatimu seperti sukarnya aku mentafsir warna laut yg kononnya biru.

Aju
Aku tak pernah curiga tentang putihnya warna awan...yg seputih hatimu

Ray
Kebisuanmu melemaskan aku... aku sudah sampai di persimpangan.

Apakah kesudahan perkasihan Ray dan Aju?
Apa salahnya dan di mana silapnya sehingga banyak benar rintangan yg melintang antara mereka?

Bidadari Cinta
mengungkapkan sebuah perkasihan yg tulus, erti persahabatan dan erti pengorbanan.

508 pages

First published January 1, 2009

12 people want to read

About the author

Samsiah Mohd. Nor

27 books22 followers
Shamsiah Mohd Nor dilahirkan pada 21 September 1965 di Kuantan, Pahang. Beliau mendapat pendidikan menengah pada 1972 - 1976 di Sekolah Menengah Perempuan Methodist, Kuantan, Pahang. Kemudian beliau menyambung pengajian tingginya pada tahun 1985 di Universiti Sains Malaysia (USM) dan memperoleh ijazah sarjana muda pada tahun 1989. Beliau memperoleh diploma pendidikan pada tahun 1993 daripada Institut Bahasa, Kuala Lumpur. Pada tahun 2001, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau terkenal sebagai salah seorang penulis novel popular, sinonim dengan 4 siri novel "Tangisan Bulan Madu". Beliau juga menghasilkan "Sindora", "Bebunga Lalang", "Kemboja Berguguran", "Riana", "Koqin Karemo", "Selimut Malam", "Helang Bebas di Angkasa", "Anggerik Kota", "Anom Suraya", "Maya Pusara", "Sangkar" dan "Sebening Langit Senja". Beliau turut menghasilkan beberapa buah cerpen. Antara cerpen yang pernah tersiar ialah "Sindora" dalam URTV, "Lazuardi" dalam Berita Minggu, cerpen "Kembali Ke Perut" dan "Jangan Kau Menangis" tersenarai sebagai penerima hadiah saguhati HSKU 2001 dan 2002 bagi kategori Cerpen Umum.

Kini beliau bertugas sebagai pegawai pendidikan siswazah di samping aktif dalam aktiviti persatuan serta aktiviti sosial masyarakat setempat.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (30%)
4 stars
4 (30%)
3 stars
4 (30%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (7%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
February 8, 2019
Kisah cinta budak muda saja sebenarnya tapi bagi saya ia bukan kisah sembarangan. Aku dan Aidit memang seperti kata Nana, Atan dan Erma Hani, bodoh-lembab-bengong. Kasih yang jelas telah mengembuni hati mereka sejak pertama kali bertemu pandang, sering dipadamkan oleh kegersangan yang mereka bawa sendiri. Cinta yang bercambah begitu cepat dalam hati Aju dan Aidit asyik mereka biarkan diracun dek orang lain. Geram juga namun penulis berjaya bagi saya, memberi gambaran betapa sabar dan pasrah itu membawa bahagia jika memang sudah jodoh.

Message yang tersurat dan tersirat begitu dalam. Kita ini hamba Allah yang serba kerdil serba kelurangan. Boleh jer kalau kita yang rasa macam dah kaya atau dah sampai tahap intellectual menginginkan macam-macam, fight for everything our heart desires, buat macam-macam dengan macam-macam jenis syrategi... untuk capai kehendak hati. Sering kita lupa yang ilmu kita tidak setitik pun dapat menyaingi apa yang Allah tahu. Yang penting kita mesti selalu ikhlas melakukan, mengatakan apa saja, bersangka baik dan berserah kepada yang Maha Tahu Sesungguhnya Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Sanggupkah?
1 review
August 6, 2020
One of the best Malay novel from the romantic genre. Hoping for part 2 !
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.