Jump to ratings and reviews
Rate this book

Lara Di Pinggir Sepi

Rate this book
Aku sudah puas mencari bahagia... tetapi derita juga yang bertandang. Aku sudah jelak bermandikan sengsara... namun tubuhku tidak pernah kering bersimbahan air mata. Aku sentiasa diuji... aku sentiasa diduga tetapi keranaMu ya Allah, aku tidak pernah putus asa walaupun aku semakin lelah dan lesu dipanjat usia.

Fitnah dan kata nista sudah puas kutelah... tidak mampu lagi untuk aku tangkis... aku hanya berpegang pada janjiMu, ya Allah... semoga derita ini akan digantikan dengan kebahagiaan di akhir usiaku... semoga digantikan dengan kemanisan hidup berumah tangga sehingga ke syurga dan kebahagiaan anak menantu dan cucu-cucu sehingga ke akhir nafas mereka.

Aku hidup demiMu ya Rabbi... namun mereka semua adalah nadi dan nafasku... membuatkan aku mampu bertahan sehingga ke detik ini. Ya Allah ampunkan aku andai aku terlalu meminta tetapi hanya ini yang aku dambakan... bukan harta dan kemewahan... cukupkah dengan ketenangan dan kebahagiaan agar jiwaku aman dan tenteram dalam melaksanakan janji-janjiku terhadapMu... dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Islam yang sejati.

574 pages

First published January 1, 2009

1 person is currently reading
10 people want to read

About the author

Rohani Din

14 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (33%)
4 stars
5 (55%)
3 stars
1 (11%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,542 reviews41 followers
October 28, 2019
Karya pertama karangan Rohani Din untuk saya. Walaupun di rumah ada novel Diari Bonda yang kelihatannya begitu rare dan ramai yang mencari, saya tidak boleh mula baca kerana.... saya hanya ada Diari Bonda 1 & 4. Nanti mesti stress sebab selepas DB1 mesti nak tahu apa yang jadi selanjutnya. Justeru, saya masih teruskan hunting dulu Diari Bonda 2 dan Diari Bonda 3.

Novel Lara Di Pinggir Sepi ini diterbitkan 10 tahun selepas Diari Bonda. Saya tidak pasti sama ada kedua-dua buku ini berkait atau Lara di pinggir sepi mungkin 'summary' dari Tetralogi Diari Bonda. Saya hanya lapangkan minda seperti biasa sebelum mulakan pembacaan, tak mahu baca sinopsis atau review oleh pembaca yang lain.

Sungguh saya boleh faham dilema dialami oleh Rohani B (Anie Din) iaitu watak utama dalam buku ini. Hmmmm, of course, terus saya terfikir, adakah cerita ini sebuah kisah benar kehidupan penulis sendiri? Saya tidak pasti tapi nampak gayanya macam iya. Apapun, saya kasihan dengan watak utama yang perlu bekerja keras ke hulu ke hilir ke merata Singapore untuk mengajar orang mengaji sedangkan suaminya, lebih banyak duduk di rumah. Kerja memandu van jenazah yang dibuat oleh suaminya makin lama makin berkurang jadi banyak masa dihabiskan di rumah. Anak sulung Anie Din & Juhadie, Dini sudah berkahwin, jadi 3 orang anak iaitu Juhainie, Juhaidie dan Siti perlu dibiayai kos persekolahan dan makan minumnya. Itu pun lelah Anie. Tentulah, dia seorang yang berpeluh hari hari, naik bas turun MRT jalan kaki naik taxi.

Bila sudah masuk cerita Anie kerap balik ke Kedah / Penang untuk mengelolakan persatuan alumni sekolahnya dan majlis-majlis pertemuan, saya sudah mula rasa tak berkenan. Saya tidak faham, apasal Anie nak sibuk-sibukkan diri? Adakah ini sebagai satu cara melarikan diri dari kemelut dengan suami? Bila sudah terlalu kerap meninggalkan rumah dan menggunakan telefon rumah untuk urusan menjejak kawan-kawan lama sekolah, saya dah ada rasa bosan. Walaupun kadang kala rasa terhibur juga dengan telatah Anie, kawan-kawan lama dan guru-guru lama, saya rasa macam agak keterlaluan masa yang diluangkan di luar rumah sedangkan ada anak yang masih bersekolah di rumah... kasihan pula dengan Juhadie. Satu lagi, saya tidak pasti jika Anie minta kebenaran suaminya untuk keluar berjumpa macam-macam orang tu. Nampaknya, walaupun kelihatan pemalas untuk cari kerja yang benar-benar dapat meringankan beban isteri dan menyenangkan keluarga, lelaki ini seorang yang tebal sabarnya.

Beberapa mukasurat terakhir, saya betul-betl tak faham apa yang berlaku. Begitu tiba-tiba dan mendatangkan resah "ehhh.... what happen? Why?" Nampaknya macam ada sambungan pada buku ini.
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.