Jump to ratings and reviews
Rate this book

Nota Hati Seorang Lelaki

Rate this book
Buku ini meluahkan isi hati seorang lelaki yang sangat wajar dibaca oleh mereka yang bergelar isteri, adik, anak, pelajar dan ibubapa kepada mereka yang bergelar LELAKI. Ia menyelami perasaan dan jiwa seorang lelaki menurut perspektif rumah tangga, pendidikan, moral, ekonomi, politik dan lain-lain “gelanggang” juang mereka. Ia ditampilkan dalam bentuk yang sangat santai tetapi mengandungi maksud yang sangat mendalam. Di sebalik setiap kisah ada mesej penting yang sangat relevan dan signifikan.

272 pages, Paperback

First published April 1, 2009

36 people are currently reading
537 people want to read

About the author

Pahrol Mohamad Juoi

40 books252 followers
Pahrol Mohamad Juoi memulakan pengajian di sekolah kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh dan kemudian ke sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Jitra, Kedah. Walaupun berkelulusan dalam bidang Teknologi Makanan UiTM, namun sejak 1985 lagi beliau telah bergiat dalam bidang penulisan khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam. Ini dibuktikan dengan komitmennya sebagai wartawan, pengarang dan akhirnya Ketua Pengarang kepada beberapa buah majalah bercorak Islam sejak tahun 1986 hingga 1995.

Pernah menjadi Ko-kaunselor Yayasan Nurul Yaqeen pada tahun 1997/98, namun minat sebenarnya tetap dengan bidang penulisan. Sejak itu hingga kini, komitmennya dalam penulisan diteruskan dengan menjadi kolumnis kepada beberapa buah majalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Falsafah, Minda, majalah I dan Anis.

Selain itu juga beliau aktif menulis lirik-lirik nasyid bagi kumpulan nasyid Tanah Air seperti Hijjaz, Rabbani, Raihan, Inteam, UNIC, Saujana, Mestica, Firdaus, Saffone, Nowseeheart dan lain-lain. Antara lirik nasyidnya yang popular ialah Sumayyah, Suci Sekeping Hati, Mendamba Kasih, Siti Khadijah, Cinta Zainab, Setanggi Kasih, Zinnirah, Umar Al Khattab, Salehuddin Al Ayubi, Ratu Syahadah dan lain-lain lagi. Beliau juga menghasilkan skrip bagi rancangan TV antaranya Raudhah (ASTRO). Menjadi Pengacara dalam rancangan Islam di RTM.

Kini beliau adalah Pengarah dan Penyelidikan Modul merangkap Pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. sebuah syarikat perunding dan latihan yang terlibat dalam program latihan bagi agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat dan syarikat-syarikat swasta. Pengalamannya menjelajah negara-negara ASEAN, Uzbekistan, Pakistan, Turki, Jepun, China, Jordan dan Mesir menambah kematangannya dalam bidang penulisan dan latihan.

Hingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku dari pelbagai genre penulisan. Antaranya: Melawan Arus (antologi cerpen), Jendela Hati (antologi Sajak), Turki: Iktibar Sebuah Empayar (kembara), Ideologi Kamal Ataturk dan kesannya terhadap Turki (politik), Tentang Cinta (remaja), Dua hati Satu Rasa, Untukmu yang Tersayang, Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir. Terkini, beliau juga adalah ketua editor majalah SOLUSI keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
340 (56%)
4 stars
183 (30%)
3 stars
61 (10%)
2 stars
12 (1%)
1 star
10 (1%)
Displaying 1 - 30 of 48 reviews
Profile Image for Aidura.
8 reviews5 followers
July 17, 2009
Sangat sesuai dibaca oleh setiap muslim yang ingin muhasabah diri/mengkoreksi diri sebagai hamba Allah swt yang soleh dan bertakwa, juga kepada setiap muslim yang ingin meningkatkan tahap darjat kehambaannya kepada Allah swt.

Sangat-sangat disarankan kepada semua tak kira muslim ataupun muslimah.

Dare to read? Ask your soul! :P
Profile Image for Plainqoma.
701 reviews17 followers
April 17, 2012
Buku yang sangat mengetuk pintu hati untuk berubah menjadi lebih baik. Analogi dan kisah-kisah yang boleh dikaitkan dalam kehidupan seharian. Benda-benda yang mungkin nampak remeh tapi sebenarnya perkara yang remeh itulah menjadi sebab kepada perkara yang besar berlaku. Banyak ilmu yang diperoleh daripada buku ini. Definitely worth reading. Jangan hanya membaca tapi praktikkan. Jangan hanya pandai berkata-kata tetapi amalkan.
Profile Image for Fatini Zulkifli.
433 reviews40 followers
August 4, 2025
Buku ini menarik dan berul-betul membangunkan jiwa. Tapi tajuk kurang menarik sebab ada perkataan 'lelaki'. Ingatkan isi kandungan tentang pendapat dari perspektif lelaki. Sedangkan isi lebih bermanfaat daripada itu.
Profile Image for Nursyafiqah Wai.
112 reviews3 followers
August 16, 2014
Buku ini mudah, santai, mengetuk dan menusuk hati. Membuatkan diri ini lebih mengenali susuk tubuh seorang lelaki dalam perannya sebagai anak, suami dan ayah. Walaupun ada antara ceritanya diulang-ulang daripada tulisan beliau yang lainnya, ia tidak mengurangkan nilai buku ini. Bacalah buku ini untuk mendalami dan memahami lelaki.
Profile Image for Nusaibah.
10 reviews
December 19, 2010
tersentuh hati dengan gaya penulisan Pahrol Mohd Juoi,,
1 review1 follower
June 6, 2010
Membaca ‘Nota Hati Seorang Lelaki’ seperti membaca sebuah diari kehidupan, persepsi dan nilai hidup dari seorang penulis yang tidak asing di Malaysia, Ustaz Pahrol Mohd. Juoi. Ia merupakan tulisan pengalaman ‘biasa-biasa’ tetapi menilai makna dari perspektif yang ‘luarbiasa’ dalam sudut pengajaran dan hikmah. (yang mungkin terlepas pandang oleh kita)

Buku ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu: Nota Hati Seorang Anak, Nota Hati Seorang Suami, Nota Hati Seorang Ayah dan Nota Hati Seorang Da’i.

Prinsip penulisannya amat mudah iaitu, tulislah sesuatu yang memang kita yakini, alami dan rasakan. Penulis mengajak kita berguru dengan pengalaman hidup sendiri kerana menurutnya sesetengah ilmu perlu ‘dirasai’ baru boleh difahami, dihayati seterusnya diamalkan dalam kehidupan. Ia menekankan konsep merendah diri dalam menuntut ilmu seperti sebuah takungan. Makin rendah takungan itu, semakin banyak ilmu yang bakal dimiliki dan diwarisinya. Dengan rasa rendah diri maka kita akan bersedia untuk belajar dari segala peristiwa di sekeliling kita.


Buku yang disusun dengan cerita-cerita biasa ini adalah suara hati kita sendiri yang penulis ungkapkan bagi pihak kita. Yakni suara “hati kecil” kita yang lebih murni, tulus dan insaf, tetapi sering ditenggelamkan oleh “hati besar” kita yang ego, bangga dan alpa. Penulis berharap agar buku ini menggerakkan diri kita “membaca” kisah-kisah kita, orang lain dan segala yang berlaku di sekeliling kita. Dan tulislah sekeping nota hati yang khusus tentang itu dalam sanubari yang paling tulus dan suci. Dengar cercaan “musuh”, ambil teguran sahabat dan bergaul dengan masayarakat- itu antara pesan Imam Ghazali untuk mengetahui aib diri sendiri.
Nota Hati Seorang Lelaki mengingatkan kita sudah tiba masanya kita menjadi guru kepada diri sendiri!
2 reviews
June 15, 2010
Buku ini banyak mengajar kita tentang kehidupan.. Walaupun tajuk buku ini "Nota Hati Seorang Lelaki" tapi bagi saya ia satu buku yang perlu dibaca oleh semua orang. Ia menceritakan tentang kehidupan seorang Anak,Suami,Ayah,Dai'e yang kadang-kadang kita tidak memahami apa yang berlaku dalam kehidupan kita seharian. Cara buku ini dikupas sangat bagus dan menyebabkan kita akan memikirkan kembali tentang apa yang tertulis didalam buku ini.
230 reviews4 followers
December 13, 2011
Buku ini dimuatkan dengan cerita-cerita pendek yang padat dengan nasihat-nasihat bukan sahaja untuk kaum Adam meskipun catitannya ditulis seorang lelaki. Apa yang saya senangi tentang buku ini ialah ia berdasarkan pengalaman-pengalaman harian penulis. Oleh sebab itu, ia dekat kepada pembaca kerana ia berlaku di daerah dan zaman kita jadi ia senang untuk kita faham dan jadikan pedoman kerana isu yang diketengahkan adalah isu-isu yang kita juga hadapi setiap hari.
Profile Image for Pips.
219 reviews30 followers
August 31, 2012
Seakan- akan membaca pesanan dari penulis sendiri.

Terbaik. Menusuk hati.
Profile Image for Ifa Joe.
6 reviews
September 14, 2021
I'm a woman, I decided to read this book when one of my friend been recommending it. He said he's been searching for a copy ever since somebody that lend his book did not return it back to him. Honestly, I really love the content. It really tells us about life and how we shall think. One of the chapter that has been stuck in my mind is; SPOILER ALERT!!! A woman asked Ustaz Pahrol what should she do in taking care of her mom. She feels like the other siblings does not care even though they provide her car to ease her in looking after their mom. Long story short, Ustaz Pahrol said, if you truly love and care for your mom, you wouldn't care, you wouldn't expect the other siblings to do the same as you, you would feel grateful to be given the opportunity to look after your mother as you will soon be rewarded. Some sort of like that, and it hits me.

Go on and try to read it. It take some time to finish (maybe because I'm quite a slow reader) but you will enjoy it.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Safwan Hazeman.
36 reviews1 follower
January 15, 2020
Saya sangat terkesan dengan gaya bahasa yang santai tetapi mendalam maknanya ke dalam jiwa pembaca. Secara keseluruhan, penulis mahu mendidik pembaca agar sentiasa mendahulukan diri terlebih dahulu melebihi orang. Biarlah kita dahulu memberi pertolongan, kasih sayang, bantuan harta dan muhasabah diri. Tangan yang berada di atas lebih baik daripada tangan di bawah.

Sangat suka buku ini dibahagi kisah tauladan realiti bagi seorang lelaki dalam aspek suami, anak, ayah dan daie. Bacalah wahai lelaki budiman!
Profile Image for Nurul Suhadah.
180 reviews33 followers
December 6, 2017
Sudah lama juga habiskan buku ni tapi terlupa nak update. Buku tulisan Ust Pahrol, ada aura sendiri. Yang pernah membacanya akan merasai. Dulu banyak baca buku Ust Pahrol masa zaman belajar dan sebelum berkahwin. Sangat membantu memberi perspektif baru kepada cinta dan perkahwinan.

Buku ini mengajar saya, yang terlalu asyik membaca tentang wanita, bahawa sekali sekala kita perlu juga membaca bagaimana hati seorang lelaki bekerja.
Profile Image for Mohd Fast.
48 reviews
October 1, 2020
Setiap bait-bait katanya cukup bermakna. Memang suka hasil penulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Tidak rugi untuk memiliki dan membacanya. Boleh dibaca berulang untuk dijadikan tazkirah diri yang seringkali alpa dalam arus dunia yang penuh cabaran.
Profile Image for Roslina Roslan.
66 reviews
September 18, 2019
Baca perlahan-lahan tp masih cepat habis, banyak kisah untuk muhasabah diri, bahasa yang mudah dihadam @ difahami.
Profile Image for Mior Zainul Arif.
22 reviews
February 28, 2020
Terbaik. Penulis menyampaikan 'content' dengan gaya yang sangat santai dan penuh analogi. Wujud dialog perbualan alam menyampaikan mesej. Terbaik.
7 reviews
January 4, 2025
Sangat menusuk lembut ke dalam hati. Banyak pesanan berguna untuk kehidupan.
10 reviews3 followers
September 14, 2013
Gaya penulisan yang santai dengan bahasa yang mudah dan mencuit hati.
Ini buku pertama Ustaz Pahrol yang saya miliki dan saya mula menyintai gaya penulisan Ustaz Pahrol yang seterusnya menarik hati saya untuk terus membeli buku penulisan beliau.

Pengalaman yang dilalui diceritakan satu persatu, di mana saya berpegang,"Pengalaman hidup itu tidak semestinya diambil iktibar jika dilalui sendiri, tapi juga melalui orang lain.." dan salah satunya melalui pembacaan buku ini.

Mendengarkan tajuk saja, pasti para wanita befikiran,"Buku ini bukan untuk saya, tapi untuk lelaki..". Bagi saya, buku ini sesuai untuk semua jantina yang mahukan belajar. :)

Wallahua'lam.
Profile Image for Auni Zainal.
Author 5 books113 followers
February 12, 2018
Buku yang penuh dengan pengisian dan berjaya mengetuk hati. Saya sangat kagum dengan analogi yang sangat relevan dan berkesan.
Topik-topiknya luas, realistik dan dekat dengan kehidupan, tapi resepinya berbalik kepada hubungan manusia dengan Allah.

Namun saya lebih setuju yang penulis lebih sesuai menulis dalam bentuk penceritaan biasa tanpa menggunakan banyak dialog. Kerana dialognya kadang-kadang kedengaran seolah-olah dialog seseorang yang hanya bermonolog dengan minda sendiri.

Tapi apa-apa pun saya akui yang penulisan dan pengisian dalam buku ini sangat bagus dan membuka minda/hati. Hanya orang berhikmah dan berilmu yang mampu menulis sebegini.
Author 3 books9 followers
February 25, 2013
Nota Hati Seorang Lelaki.

Senang cerita, Ustaz Pahrol Mohd Juoi membawa kita melihat (i)sisi bagaimana seorang anak, (ii)sisi kehidupan seorang dai'e, (iii)sisi kehidupan pengorbanan seorang ayah, (iv)dan sisi kehidupan bagaimana seharusnya seorang suami.

Tulisan yang santai dan tidak terlalu berat membawa kita menyelami cerita demi cerita yang dimuatkan di dalamnya.

Dengan membaca buku ini, pasti kau akan belajar sesuatu tentang diri kau selama ini. Juga tentang kehidupan yang kau sedang hadapi ini.
Profile Image for Shafiq Azli.
9 reviews1 follower
June 26, 2014
Seperti biasa, bagi sesiapa yang mengikuti tulisan di blog Ustaz Pahrol, anda akan mendapati tulisan beliau betul betul menikam, dan menusuk hati. Tema tidak berat, namun kisahnya sendrii memberi anda motivasi yang mendalam, tentang kisah seorang ayah, pendakwah , dan juga lelaki.

Sudah lama saya hadami buku ini, dan berulang kali saya baca, terutama bab Selamat Pendek Umur dan Kuliah 7 minit. Entah mengapa, bagi saya buku ini bagai estacy yang baik dalam kehidupan.
Profile Image for Kak Rai.
3 reviews
April 30, 2015
Persembahan gaya bahasa dan susunan cerita yang sangat baik. Penulis yang tidak boleh disangkal lagi dalam kemampuan membawa pembaca turut beremosi ketika membaca setiap dari tulisannya.

Diawalnya kita tersenyum dan tertawa, kemudian tanpa disangka kita menitiskan air mata.

Lelaki yang tercipta dengan kekuatan menyimpan seribu rahsia berkaitan perasaan.
Tulisan beliau lebih mengingatkan diri kepada insan bernama Ayah.
Profile Image for Shahkang.
Author 13 books81 followers
October 1, 2013
Dibeli di pesta konvo UNIMAP ke-8.

Ustaz Pahrol tak mengecewakan dengan himpunan kisah untuk kita fikirkan. Dialognya santai dan membuatkan kita bermuhasabah kembali. Ada juga sebahagian yang turut ada dalam buku Beduk Diketuk dan Angguk Geleng. Sesuai dibaca oleh semua lelaki kerana anda bakal suami, bakal ayah dll.
Profile Image for Edi Rozaidi.
130 reviews
April 20, 2024
Antara buku islamik motivasi yang sangat sedap dibaca dan tak bosan.

Setiap bait-bait perkataan disusun dengan sangat baik dan dipilih secara teliti. Jika ia makanan, buku ini ibarat makanan yang sedap dilidah, mengenyangkan, menyihatkan kerana penuh nutrisi dan segar.

Sudah pasti akan rekomen kepada orang lain untuk membacanya.

Profile Image for Nor.
Author 9 books105 followers
November 1, 2010
Setiap catatan penulis sentiasa menjadi tazkirah pada diri. Penulis menulis dari hati, & ia menyentuh ke hati juga. Ianya merupakan sebuah buku yang perlu diulang baca & sentiasa dirujuk untuk peringatan kepada diri.
Profile Image for Faisal afwan.
1 review
April 22, 2012
Buku yang sangat bagus! Walaupun tajuk "Nota Hati seorang Lelaki", tak semestinya lelaki je boleh baca. Wanita pun boleh baca. Sebagai panduan mendidik diri, anak-anak dan memahami 'hati' seorang suami dan ayah.
Profile Image for Jamal Ismuni.
5 reviews
January 2, 2017
Kerana aku lelaki dan ini notanya, banyak perkara yang aku mula pelajari dan mula ingat kembali setelah mula mengulangkaji. Nota untuk lelaki adalah sebuah nota untuk berfikir dan renungan pada diri sendiri.
Profile Image for Lailatun Nadhirah.
Author 10 books27 followers
December 13, 2017
Buku ini mengingatkan aku kepada satu-satunya seorang lelaki dalam keluarga ini, iaitu ayah. Jujurnya, buku ini berjaya menyedarkan aku mengenai isi sebenar jiwa seorang lelaki yang tidak pernah terluah.
Displaying 1 - 30 of 48 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.