Buku ini memperlihatkan kepada pembaca hasil kajian saintifik oleh 2 orang Muslim dan seorang non-Muslim dari Universiti Malaya dalam mengkaji pergerakan dalam solat.
Paparan isi kandungan agak menarik, disertakan dengan gambar-gambar berwarna serta penulisan yang tidak terlalu padat.
Kajian yang dilakukan mengetengahkan pembezaan yang terjadi apabila seseorang bersolat dengan betul dan tidak betul, juga apabila seseorang bersolat dan tidak bersolat. Antara skop kajian adalah pada bahagian otot, otak dan juga tulang.
Sebagai contoh, menurut kajian, ruku' bersamaan dengan pergerakan 'senaman pagi' dimana apabila kita ruku' otot-otot di bahagian badan akan teregang dengan sendiri. Menunjukkan jika dilakukan solat dengan betul, rukuk 90 darjah, badan kita secara automatisnya akan turut bersenam serta pada masa yang sama dapat mengelakkan sakit pada pinggang.
Itu hanyalah satu contoh daripada beberapa kajian yang dilakukan ke atas anatomi dan fisiologi manusia.
Kajian yang dilakukan oleh doktor non-muslim ialah berkaitan gelombang otak yang akan terhasil apabila melakukan sesuatu gerakan dalam solat. Menurut Dr. Ng Siew Cheok, beliau tertarik dengan kelebihan yang terdapat pada bersolat dan pasukan beliau akan melakukan kajian lanjut.
Fakta-fakta yang dibentangkan dalam buku ini akan memotivasikan umat Islam untuk melakukan ibadat solat dengan lebih tekun dan teratur demi mencapai kebaikan spiritual, fizikal dan mental.
PhD(Biomedical Engineering)(UM), UNIVERSITY OF MALAYA (UM) MScEE(Medical Systems)(Hertfordshire), UNIVERSITY OF HERTFORDSHIRE BScEE(Hons)(Marquette, Wisconsin), MARQUETTE UNIVERSITY, MILWAUKEE, WIS DIPLOMA sains terjemahan, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP), KUALA LUMPUR
Melihatkan kalimah 'penerbitan universiti...' jangkaan saya, buku ini akan mendera saya habis-habisan dengan gaya 'skema' akademik atau gaya pembentangan kertas kerja yang menjadi pil tidur mujarab di bilik kuliah. Namun, tidak.
Dengan stail persembahan yang mesra pembaca dibantu dengan grafik dan rajah adalah suatu hasil usaha yang terpuji dan berhak akan penghargaan. Satu sajian istemewa oleh 'Penerbitan Universiti Malaya'.
Niat yang pada mulanya hanya sekadar ingin menatap 2-3 helai sambil menikmati teh halia tika bulan mengambang di restoran Haji Tapah tanpa disedari bertukar menjadi episod panjang menguliti tajuk Solat dari buku ini. Finished it in one seating. Engaging! (Selain sebab ia perlu dibalut sejurus selepas itu)
Menurut kata alim ulama, ada 2 perkara yang mendorong seseorang itu untuk konsisten istiqamah dengan sesuatu amalan. Pertama, ia mengetahui kaifiat atau tatacara amalan itu. Kedua, ia mengetahui akan fadhail amal atau ganjaran kelebihan dari melakukan amalan itu sama ada fadhilatnya di dunia atau akhirat. Buku ini membawa faktor kedua untuk kita lebih konsisten dengan amalan solat.
Dari buku ini saya banyak mengutip info hubungan solat dan kesihatan. Antaranya, jantung adalah dalam keadaan paling relaks pada keadaan sujud, di mana, jantung berdetak lingkungan paling minimal 73. Penemuan ini beresonan dengan hadis: ” Seorang hamba sangat dekat dengan Tuhan-nya saat ia sujud..." (Riwayat Muslim) dan firman tuhan "hanya dengan mengingati Allah, hati* menjadi tenang" (Al-Raad : 28).
Buku ini dibeli sebagai hadiah perkahwinan seorang kenalan. Sedikit spoiler nakal dari saya: bab terakhir adalah wajib baca. Bagi mereka yang sudah berumah tangga anda pasti selepas ini akan ingin berkonsisten dengan solat sunat sekurang-kurangnya 12 rakaat di malam hari.
Disyor baca!
*'qalb'/'qulub' diterjemah oleh Yusuf Ali, Mohsin Khan dan Pickthall sebagai 'heart' iaitu jantung.
Bapak mengesyorkan saya untuk membaca buku ini. Tetapi, bapak tidak menyuruh saya membaca semua isi kandungannya. Bapak cuma menyuruh saya membaca pada bahagian yang ditanda iaitu saat duduk di antara dua sujud. Kata bapak, tengok apa manfaatnya saat duduk di antara dua sujud secara benar (punggung duduk di tapak kaki kiri dan tapak kaki kanan di tegakkan). Jika duduk dengan kedua tapak kaki, solat itu tidaklah sempurna. Kenapa bapak cuma menyuruh saya membaca kandungan itu kerana sebelum ini saya cuma duduk sebegitu untuk tahiyat awal.
Selepas membaca ia, saya mula praktikkan ia dalam solat. Jujur, saya selaku manusia yang tidak begitu menjaga solat tahun-tahun dulu, awal-awal menegakkan sebelah tapak kaki ia terasa sukar dan sakit. Namun, saya berpesan pada diri sendiri, tidak mengapa sakit. Mudah-mudahan sakit itu Tuhan gantikan kepada ganjaran pahala. Lama-kelamaan, sakit itu menghilang dek menjadi kebiasaan.
Dan, saya pun teruskan membaca kandungan-kandungan lain yang saya rasakan penting. Kesimpulannya, solat itu begitu banyak manfaatnya. Mungkin kerana itulah ia dikatakan tiang agama. Dengan solat jugalah membezakan kita dengan penganut agama yang lain (selain Islam dalam IC).
Untuk saudara-saudara di luar sana yang masih mengambil ringan tentang solat, buku ini bolehlah dibaca bertujuan mendapat asbab untuk kembali menjaga solat kerana ingin menjaga kesihatan. Jika Hindu bangga dengan yoga, kita seharusnya bangga dengan solat. Kerana di dalam solat ada semuanya.
Sangat teruja membaca ini, menjadikan diri Ingin betul2 menjaga posisi solat waktu, rukuk, sujud dan sebagainya. Solat mampu memberi kesihatan kepada kesihatan jantung, sendi, otot dan sebagainya.
Memahami manfaat solat kepada kesihatan diri membuatkan kite Ingin solat dengan kusyuk bersama posisi anggota badan yang tepat in shaa Allah.
a book that starts with good intention but falls short on the scientific delivery part. most of the findings presented felt inconclusive as if they did not finish their study completely, which is a shame because the hypothesis starts out interesting.
This entire review has been hidden because of spoilers.
saya sengaja melambat-lambatkan pembacaan buku ini. Buku yang penuh maklumat. Kita selalu mendengar solat yang khusyuk itu boleh mencegah kemungkaran tatapi kali ini dibuktikan secara saintifik bahawa solat yang sempurna penghayatan bacaannya, ruku' dan sujudnya boleh membawa seribu satu kebaikan pada sistem anatomi badan.
Walaupun banyak istilah sains dan perubatan, ia tidaklah menghalang orang-orang awam seperti kita memahami buku ini. Secara ringkasnya diterangkan bahawa solat berjemaah dan sempurna serta penuh lima waktu boleh menyihatkan badan, mengurangkan sakit belakang, mengurangkan kolesterol serta menenangkan fikiran. Sujud yang lama boleh mendamaikan jiwa dan menambah nilai konsentrasi pada sesuatu pekerjaan.
Menurut En Ng ketika program Keajaiban solat di Masjid An-Naim Jalan Kebun, Solat Terawih dan puasa bersamaan dengan diet dan senaman. Sujud juga sebahagian dari terapi buat pesakit jantung.
As a summary, through this study, it is proven that the movements in solat really provide a lot of benefits to a human body. As the recitations in each movements provides spiritual and mental peacefulness, the movements itself is beneficial to a person's health in general, a light exercise for the muscles and keep the blood circulation going. Make sure to check out the conclusion of the study, you'll find out that performing the solat 5 times per day with correct movement, tamakninah (stay in position for a short amount of time), jemaah (performing solat in congregation), and understand the recitations would give you a better body composition especially in Ramadhan, the fasting month when you fast and perform solat tarawih. You'll also find out that certain positions and movements would put your body at rest, activates your pelvic muscles and improve the condition of a ED patient.
Kajian menarik dari professor tempatan. Senang difahami. Cumanya kurang menyengat. Mungkin kerana kajiannya tidak terlalu terperinci. Hanya sebahagian anggota difokuskan dan sebahagian gerakan solat. Atau mungkin kerana kelompok manusia kajian terlalu kecil julatnya utk diyakini keberkesanan dan ketepatan kajian. But anyways, I enjoyed read it. Still sesuatu yang baru.
Memahami sesuatu pergerakan di dalam solat mempunyai asbab yg tertentu. Bukan sekadar solat ikut-ikutan dan inshaallah akan memperbaiki kualiti solat kita semua.