Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
Novel ini menceritakan perihal sebuah kumpulan bola tampar di sebuah sekolah bernama MATRI (Ma’had At-Tarbiyyah Al-Islamiyyah). 10 tahun yang lepas, pasukan bola tampar dari sekolah ini telah mencipta fenomena apabila berjaya menjadi johan dalam kejohanan MSSP’s menewaskan juara terkenal, SSNP(Sekolah Sukan Negeri Perlis).

Namun selepas itu, tiada lagi pasukan bola tampar dari MATRI yang berjaya mengulangi kegemilangan itu, malah prestasi mereka sebentar turun dan sebentar naik tanpa konsisten. Keadaan bertambah parah apabila generasi terkini pasukan bola tampar sekolah itu tidak berada dalam kondisi yang baik, dengan pelbagai masalah melingkari mereka, baik masalah dari segi pelajaran, akhlak, disiplin sekolah mahupun keluarga.

Melihat prestasi buruk pasukan bola tampar sekolah ini, pihak pentadbiran MATRI berhajat untuk membubarkan pasukan yang sudah tenat ini.

Ketika ini, Ketua Warden, merangkap pengurus pasukan bola tampar, bernama Ustaz Mahadzir telah memanggil seseorang untuk menangani masalah ini dengan menjadi jurulatih baru kepada pasukan bola tampar MATRI. Hussam namanya.

Hussam adalah watak yang misteri, nampak mengetahui banyak perkara berkenaan bola tampar, bergerak membawa gagasan sukan sebagai ibadah, dan ISLAM itu tinggi kepada pasukan bola tampar MATRI. Namun dia perlu menghadapi 12 orang pemain yang berbagai ragamnya dan pelbagai pula masalah mereka.

Hussam menggunakan pelbagai strategi untuk menarik hati dan minat serta membina akhlak pemain-pemainnya. Hubungan ukhuwwah antara pemain turut dibina, fizikal ditingkatkan, dan hatta pelajaran turut dijaga. Fikrah disuntik dengan hikmah. Ego dilentur dengan bijaksana. Semuanya berjalan dengan penuh tersusun bawah perancangan Hussam. Hussam bergerak mendidik kumpulan itu, mengatasi segala cabaran.

Masa berjalan, dan Pertandingan Terbuka Bola Tampar Masyarakat Perlis menjengah. Hussam memilih untuk memasukkan pasukan bola tampar MATRI ke dalam pertandingan itu untuk menguji sejauh mana pencapaian mereka. Dalam pertandingan ini, mereka sedar yang mereka masih banyak perkara perlu diperbaiki.

Mereka hampir terkeluar dari pertandingan saat bertandingan PDRM Perlis, namun kemasukan seorang senior bernama Hilal, merangkap pemain senior dalam pasukan bola tampar MATRI telah mengubah keputusan pertandingan.

Pada pertandingan bola tampar terbuka ini jugalah, mereka mengenali seteru mereka yang sebenar, itulah dia SSNP dengan jurulatihnya, Cikgu Senan.
Dalam pertandingan itu, MATRI berjaya mencalarkan rekod SSNP dan memberikan impak kepada pasukan raksasa tersebut, dan menimbulkan ketakutan kepada jurulatihnya. Penonton turut terpukau dengan permainan pasukan MATRI.

Selepas pertandingan itu, Hussam terus menggerakkan pasukan MATRI dan melatih mereka. Prestasi pasukan MATRI juga meningkat dengan perubahan akhlak, dan peningkatan dalam keputusan peperiksaan. Masalah dalam keluarga beberapa pemain turut berjaya diselesaikan. Sengketa Hilal dengan bapanya, berjaya diselesaikan oleh Hussam yang bertindak menziarahi rumah Hilal.

Kemudian cabaran tiba. Ada pihak menyuakan rasuah dan cuba bermain kotor. Ada pula pemain lawan yang dengki dan cuba bertindak keji. Konflik pertandingan bermula. Mengetahui yang MATRI masin belum bersedia, ada pihak yang cuba mengawalkan pertandingan.

Namun Hussam dengan bijaksana telah mengatur latihan intensif bagi mempertingkatkan kekuatan pasukan bola tampar MATRI secara pantas. Maka jurulatih itu mengatur pertandingan antara MATRI dan beberapa pasukan dari universiti di Malaysia. Mereka mengembara di sekitar kawasan pantai barat Malaysia, dari Utara ke Selatan menimba ilmu dan pengalaman. Di penghujung kembara, mereka bertemu dengan kumpulan lagenda MATRI, yang telah berjaya menjadi juara MSSP’s 10 tahun yang lepas.
Ketika itu, identiti Hussam yang sebenar terbongkar. Dia hakikatnya adalah Saiful Rahman, pemain utama dalam pasukan lagenda MATRI.

Kekuatan pasukan bola tampar MATRI tertingkat. Namun ada pihak yang tdiak menyenangi. Lalu menyusun taktik keji. Pergaduhan berlaku kerana hasad dengki, dokumen hilang kerna tidak mahu MATRI menghalangi, namun Saiful Rahman dengan bijaksana mengatasi semua halangan.
Akhirnya, pasukan ini berjaya menumbangkan pasukan SSNP, dan sekali lagi menawan hati masyarakat dengan pembawaan ISLAM dalam syahsiah mereka.

511 pages, Paperback

First published January 1, 2009

15 people are currently reading
287 people want to read

About the author

Hilal Asyraf

66 books866 followers
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.

Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.

Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.

Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
259 (67%)
4 stars
77 (20%)
3 stars
33 (8%)
2 stars
8 (2%)
1 star
4 (1%)
Displaying 1 - 30 of 39 reviews
Profile Image for Mali.
210 reviews
February 6, 2018
Took me a lot longer than usual to finish a book.

Buku ni psl sports (volleyball). How many Islamic writers can write about sports???

Lagi satu, buku ini berjaya:

-mengajar aku tentang kepentingan mendidik secara lembut dan bijak
-menggerakkan hati untuk mengamalkan Al-Mathurat
-didik tentang kehebatan Doa Rabithah

Extra:

-this book xde mention cinta. BLESSSS! So I classify this book as aromantic-friendly (in other words, boleh dibaca dgn selesa bg mereka yg anti cinta).

God bless this book.

Time meminjam buku ni, aku ngan rumet aku ada berbincang sikit psl Hilal Asyraf. And rumet ckp rmai org suka baca buku ni and buku2 Hilal Asyraf yg lain. Dia dulu sekolah agama. Her 'ramai orang' was actually referring to her schoolmates.

Aku cemburu dgn dia. sbb aku dulu sekolah biasa. And budak2 kt sekolah aku yg even know about Hilal Asyraf pon around 3-4 je.

Aku cemburu. Sebab trdpt bnyk ilmu dan pengajaran pd buku2 Hilal Asyraf, tetapi mereka yg tahu psl karya beliau mostly budak sekolah agama, sngt sikit pelajar sekolah biasa, yg bagi aku patut lagi banyak membaca novel Islamik kerana pendidikan agama kami yg tidak sebanyak, se-kualiti or se-spesifik pelajar sekolah agama dan kami memerlukan contoh untuk diikuti.

Dan watak-watak novel2 Hilal Asyraf adalah antara pilihan bagus.
Profile Image for Hilmi Isa.
378 reviews29 followers
February 23, 2014
“Kamu suka bola tampar?”
Inilah salah satu dialog yang terdapat di dalam novel VT (singkatan kepada Volleyball Team) yang mengingatkan saya kepada dialog antara Sakuragi Hanamichi dengan Akagi Haroko di dalam komik Jepun yang sangat popular iaitu Slam Dunk. Cuma, bezanya, sukannya adalah bola keranjang.
VT mengisahkan usaha Ustaz Hussam (juga dikenali sebagai Saiful Rahman), jurulatih baharu yang dilantik oleh Ustaz Mahadzir untuk mengembalikan semula kegemilangan pasukan bola tampar (yang dikenali sebagai Avant Garde) Maahad At-Tarbiyyah Al-Islamiyyah (MATRI). Namun, ini bukanlah sebuah tugas yang mudah untuk dilaksanakan. Pasukan bola tampar sekolah agama rakyat ini bukan sahaja bermasalah dari segi organisasi, namun, juga dari segi sahsiah dan akhlak ahli-ahlinya. Setiap ahli mempunyai masalah masing-masing dan Asyraf merupakan salah seorang pemain handalan yang tidak terlepas dengan masalah peribadinya yang tersendiri. Berjayakah usaha Ustaz Hussam untuk menjayakan ‘Islam Itu Ibadah’ di dalam pasukan bola tamparnya? Adakah MATRI mampu mengalahkan SSNP (Sekolah Sukan Negeri Perlis) yang berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah selama lima (5) tahun berturut-turut dan tidak membenarkan sebarang pasukan mengutip mata ketika bertanding dengannya?
VT merupakan sebuah novel sukan mengenai bola tampar. Namun, tidak hanya itu sahaja. Ini juga merupakan sebuah novel tarbiah. Bagi yang sudah biasa membaca novel-novel atau buku-buku hasil tulisan Hilal Asyraf ini, unsur dakwah dan tarbiah bukanlah suatu elemen yang asing di dalam penulisannya. Membaca novel VT ini, secara tidak sengaja, mengingatkan saya kepada komik-komik Jepun atau manga sukan seperti Slam Dunk dan Eyeshield 21. Latihan yang berat dan ketat serta beberapa babak di dalam novel mengingatkan saya kepada kedua-dua komik tersebut. Tidak ketinggalan Dragon Ball, terutamanya mengenai pemberat yang dipakai oleh ahli-ahli bola tampar MATRI sebagai sebahagian dari latihan mereka! Pemberat juga digunakan oleh watak utama Dragon Ball, Son Goku, ketika berlatih mempertingkatkan kuasanya. Selain itu, pengaruh drama Jepun juga wujud melalui drama yang diberi tajuk Pride.
Secara asasnya, saya menyukai novel ini. Bukan sahaja novel ini amat sesuai dibaca oleh golongan remaja dan pelajar, namun, sesuai juga dibaca oleh semua peringkat usia dan golongan. Tiada unsur-unsur cinta yang melalaikan antara lelaki dan perempuan. Sebaliknya, digantikan dengan cinta kepada Islam untuk mencapai kejayaan di dalam semua bidang dan lapangan. Cuma, secara peribadi, saya agak kurang berpuas hati dengan penamat cerita novel ini. Walaupun wujud glosari yang menerangkan istilah-istilah khusus bola tampar, tetapi, jika anda mempunyai pengetahuan yang baik mengenai sukan tersebut, pasti akan tambah memantapkan lagi keupayaan anda untuk memahami isi kandungan novel VT, lebih-lebih lagi pada babak-babak pertandingan.
Profile Image for Ummu Auni.
670 reviews
July 24, 2009
Novel ini mengisahkan tentang bagaimana sebuah pasukan bola tampar dibentuk sehingga menjadikan aspek bersukan sebagai ibadah.

Permulaan cerita mengisahkan tentang Coach Hussam yang tiba di MATRI untuk memupuk semangat kesukanan disulami elemen ibadah kepada pasukan bola tampar MATRI yang makin gilap kilauan - ia merupakan satu perjuangan, untuk membentuk peribadi seorang Muslim secara lahiriah & batiniah. Membaca novel ini, kita akan menjangka semuanya tidak mustahil. Asalkan kita berusaha dan bertawakal. Setiap usaha perlu diiringi doa kerana yang lebih mengetahui adalah Allah swt jua.

Kisah ini diolah dengan sangat menarik, bagaimana coach Hussam membetuk pasukannya, dari awal mereka bersikap malas, tidak berkerjasama, lemah dalam akademik, melawan guru. Hilal berjaya menulis sebuah jalan cerita yang menarik dan perubahan yang dilakukan untuk memperbaiki sikap yang kurang elok itu dilakukan secara perlahan-lahan, tetapi memberi impak yang sangat besar kepada kehidupan mereka. Sikap yang keras dapat dilentur sekiranya kena caranya dan usaha gigih dan berterusan beserta doa seorang guru dapat membuahkan hasilnya.

Ah, membaca novel ini, sedikit sebanyak mengingatkan saya kepada kehidupan di sekolah asrama dahulu - solat hajat, qiaimullai, doa rabitah, penutupan majlis dgn surah wal asr dan tasbih kifarah, usrah...Benar-benar menyegarkan ingatan saya kepada zaman lampau..

Syabas penulis kerana mampu menghasilkan novel seperti ini, sedikit sebanyak banyak menambah ilmu saya tentang sukan bola tampar dan ibadah dalam sukan
Profile Image for anahashim17.
90 reviews15 followers
July 25, 2012
Assalamualaikum

Alhamdulillah berjaya juga akhirnya menghabiskan novel ini dalam kesibukan saya menjadi sukarelawan sepak takraw sempena sukma2012.Sepatutnya novel ini menjadi novel yang pertama karya hilal Asyraf yang saya baca ,sebaliknya novel ini menjadi yang terakhir selepas saya membaca novel-novelnya yang lain.

Janji.Isu utama yang ditekankan dalam novel ini.Akibat kerana satu 'janji',novel ini berjaya menghasilkan satu penceritaan yang baik.Hanya kerana satu janji, dirinya dikuasai oleh momentum yang kuat untuk mengotakan janjinya.Namun akibat tertekan dengan janji yang dipegang,akibat tertekan dengan perubahan sikap ayahnya yang mengejar kekayaan dunia, kehidupannya berubah 360' darjah.

Akhlak juga turut ditekankan dalam novel ini.Akhlak membentuk peribadi individu,peribadi yang mulia daripada akhlak yang mulia.Ini saya pegang.Orang akan senang dengan kita andai kita miliki akhlak yang mulia,akhlak yang disenangi.Orang akan menjauhi kita andai kita berakhlak buruk.

Tak lekang daripada karya hilal asyraf andai "uhibbukafillah" tak terselit dalam novelnya."sahabat" juga menjadi topik utama dalam karyanya.Karyanya dekat dengan jiwa pemudi macam saya.

Sahabat-kejayaan-kesungguhan-tidak putus asa-bahagia-agama.Antara yang menjadi tarikan untuk saya tidak jemu membaca novel Hilal Asyraf.seperti biasa,bait-bait kata dalam novel yang memberi impak kepada saya :

knowledge is power(ms 79)

Barangsiapa yang merintis jalan untuk mencari ilmu,maka Allah akan mempermudahkan jalannya ke syurga(ms 79)

Ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya tidak akan memasuki hati yang gelap(ms 80)

rasulullah saw bersabda:"Barangsiapa yang membaca setiap hari,Kami redha Allah sebagai rabb, dan dengan Islam menjadi jalan hidup kami dan Muhammad saw nabi dan rasul kami,maka baginya syurga"(ms81)

Tadabbur ertinya meneliti maknanya sampai kepada tahap kita menghayati dan cuba mengamalkan makna-makna ayat itu sekali(ms 84)

al-mathurat adalah satu tangga dalam kita membentuk hati kita menjadi lebih baik(ms 86)

Cahay kebenaran itu tidak akan padam.pabila kita berhenti dari membawanya,Allah akan menggantikannya dengan orang lain(ms 87)

Umr Tilmisani ada menyebut, hikmat orang tua perlu ada dalam semangat orang muda(ms 108)

Hidup kita memerlukan proses(tarbiah).tanpa proses maka tidak akan berlaku peningkatan dalam diri kita(ms 120)

Kalau meninggalkan tarbiah,hati akan jadi lemah,jiwa akan menjadi gersang (ms 122)

Rasulullah saw bersabda: "Iman itu bukan dengan kata-kata bukan juga dengan cita-cita,tetapi iman itu adalah apa yang tersemat didalam hati, dan dibuktikan dengan amal"(ms 125)

Bagi yang bertempur dengan masalah, dia akan menjadi gagah.Bagi yang melarikan diri dari masalah,dia akan menjadi lemah(ms 136)

Tanpa haba matahari,tidak akan wujud awan;tanpa cahaya matahari,tidak akan ada seri cahaya bulan.(ms 157)

Allah swt berfirman:"wahai orang-orang yang beriman,jauhlah kamu dari banyak bersangka-sangka, sesungguhnya sebahagian dari bersangka-sangka itu adalah keburukan."(ms 171)

Kalau kamu tundukkan ego kamu kepada ibu ayah kamu,maka hati kamu akan menjadi lapang.Mereka hakikatnya adalah sumber keredhaan Allah kepada kamu.Mereka redha pada kamu,maka allah akan redha kepada kamu.Selagi mereka tidak mengarahkan kau membuat perkara yang mungkar,maka taatilah mereka(ms 280)

Materialisme menjadi tuhan senyap dalam manusia(ms 315)

Bunga ukhuwah yang ebinhya adalah iman,mula bercabah dengan lebih mekar(ms 335)

Kebijaksannan itu,diadun dengan ketenangan, membuka banyak jalan penyelesaian kepada permasalahan (ms 337)

Kamu perlu bersabar dengan segala dugaan.Sabar itu menangkis serangan syaitan.Kemarahan hanya akan menjadikan syaitan mampu memperkudakan kamu, dan kemarahan juga menghilangkan kewarasan kamu(ms 381)

"kesakitan rasulullah itu lebih teruk dari apa-apa pun penderitaan kita.Apabila baginda boleh bersabar,memaafkan orang atas apa yang mereka lakukan kepada baginda,eloklah kita mentaati baginda(ms 381)

Citra seorang Muslim itu perlu kita jaga.Jika tidak,musuh akan mudah memanipulasikan kita.Elakkan kekerasan,pilhan itu kita utamakan.umat Islam yang unggul,akan menawarkan kedamaian terlebih dahulu sebelum peperangan.(ms 382)

tak patut jadi api.Api boleh terpadam apabila disimbah air,api boleh hilang apabila kehabisan kayu bakar.Api kegunaanya sedikit.Kebinasaanya dibawa pula besar.(ms 382)

Matahari itu hanya akan malap apabila kiamat.Makhluk itu menjadi sumber tenaga utama di bima sakti.Walau manusia merungut akan bahangnya,ia tetap tidak segan memancar .walau terkelambu dek malam,tetap menghantarkan cahayanya melalui bulan.(ms 382)
Profile Image for Muhammad Fakhruddin.
155 reviews20 followers
October 16, 2010
Jarang benar ada novel yang bertemakan sukan,tambah menarik membawa penampilan sifar watak perempuan. Bukan pada bola tampar,mahupun MATRI yang memateri saya untuk membacanya tetapi 'spike-spike' dakwah yang tepat di dalamnya,yang berlandaskan 'digging' ukhuwah yang mantap.Akhirnya ia menjadi gelanggang memori mengenang zaman bangku sekolah.

Satu usaha yang sangat bagus untuk mengetengahkan novel 'jantan' sebegini,yang begitu asing di rak-rak buku(oh,seolah-olah mengajak saya mengulas novel Terasing pula ^_^)
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books106 followers
December 4, 2009
Sukan adalah ibadah. Menarik. Tetapi bukan mudah untuk menanam konsep itu dikalangan pemain-pemain bola tampar MATRI. MATRI ialah singkatan kepada Ma'had At-Tarbiyyah Al-Islamiyyah yang terletak di Perlis. Cikgu Hussam bertugas sebagai pendidik di situ sekaligus memikul tanggungjawab memajukan semula pasukan bola tampar sekolah itu yang mana semua ahlinya merupakan pelajar bermasalah di sekolah. Berat tanggungjawab itu.


Namun begitu, cabaran membentuk peribadi dan sahsiah pemain-pemain ini disambut oleh Cikgu Hussam dengan melaksanakan beberapa strategi. Memang pada mulanya kelihatan sukar sekali. Tetapi apabila kena dengan teknik dan taktik, Cikgu Hussam berjaya melenturkan ego dan amarah para pemainnya.


Bukan mudah menjadi seorang guru. Tugas guru bukan hanya mengajar tetapi menjadi pendidik jiwa. Kejayaan anak didik dalam akademik merupakan satu kebanggaan tetapi jika anak didik cemerlang di dalam akademik dan sahsiah itu lebih memberi kepuasan kepada seorang guru.


Demikianlah yang cuba dilakukan oleh Cikgu Hussam atau lebih dikenali sebagai Coach dikalangan pemain bola tampar. Najmi, Zulkarnain, Meor, Ridhwan, Abdul Qahar, Yassin, Wafiy, Omar, Farhan, Abdullah, dan Ihsan merupakan ahli pasukan bola tampar sekolah tahun lepas. Ada seorang lagi pelajar, Asyraf namanya. Tetapi disebabkan peristiwa kekalahan mereka tahun lepas, menyebabkan Asyraf benci dengan ahli kumpulannya dan terus mengasingkan diri dari kumpulan itu.


Asyraf merupakan pelajar senior di sekolah terbabit malah telah menyertai pasukan bola tampar sejak dia di tingkatan satu lagi. Dahulu dia seorang pelajar yang bijak, kemas, dan cemerlang akademik. Namun, sejak mempunyai masalah keluarga, dia berubah perangai dan suka memberontak. Dia sendiri sebenarnya mempunyai misi yang perlu dilaksanakan. Akan tetapi, dapatkah dia melunaskan janjinya dengan seseorang satu ketika dahulu?


Coach Hussam melakukan pemilihan semula. Dan kali ini, menyaksikan penambahan seorang ahli baru iaitu Malek. Malek sudah sinonim dengan gelaran 'Budak Milo'. Bertahun-tahun mencuba untuk menjadi ahli pasukan bola tampar akhirnya berjaya juga dia mencapai cita-citanya. Asyraf tidak memasuki pemilihan kali ini. Dia lebih senang melihat dari jauh.


VT adalah unik. Penulis tidak mewujudkan kisah cinta di antara lelaki dan perempuan tetapi hanya berfokuskan kepada pemain-pemain bola tampar yang keras kepala, ego, tidak beradab dengan guru, dan mempunyai masalah keluarga yang teruk dan mengganggu pelajaran. Saya kagum kerana plotnya menarik, malah lancar dan tidak terganggu dengan unsur-unsur di dalam cerita.


Permulaan cerita agak perlahan namun semakin mendebarkan dan mengujakan terutama apabila saya ingin mengetahui bagaimana Coach Hussam mampu mengubah mereka menjadi pelajar yang berakhlak mulia, berdisiplin, cemerlang dalam akademik dan hebat di dalam permainan bola tampar. Siapa sangka mereka begitu istiqamah melakukan ibadah fardu, menghadiri usrah, melazimi mathurat, menjalani latihan minda dan solat malam! Hasilnya, mereka berubah menjadi insan yang hebat tanpa disedari dan sekaligus dapat melonjakkan kecemerlangan akademik, menjadi anak yang paling baik dan menyejukkan hati ibu bapa mereka, dan cekap dalam permainan bola tampar.


Banyak taktik Coach Hussam dalam melentur ego dan membentuk stamina mereka. Persediaan terakhir sebelum memasuki MSSPs ialah meningkatkan latihan fizikal MATRI, menjelajah mencabar universiti, dan mendapat latihan daripada beberapa orang pemain kebangsaan. Siapa sangka mereka akan bertarung dengan senior-senior lagenda mereka? Aha, sudah pasti ia satu perlawanan yang menarik. Malah berita mengenai persediaan mereka ini telah tersebar luas dan membuatkan orang ramai kagum dengan kesungguhan MATRI. Malah tidak kurang juga yang merasa kerdil untuk berlawan dengan MATRI. Bukankah di dalam perang, muslihat dibenarkan? Coach Hussam bijak menggunakan psikologi di sini.


Dalam pada itu, ada seorang yang memandang penuh dendam apabila melihat MATRI kembali menyertai MSSPs setelah gagal mendapat johan tahun lalu. Insan ini pernah menggunakan taktik kotor dalam menyingkirkan jurulatih MATRI satu ketika dahulu. Dan tahun ini kembali dengan perancangan jahatnya kerana beliau gentar dengan prestasi MATRI yang meningkat begitu drastik dan juga kerana tidak mahu impiannya merangkul anugerah musnah. Dia terdesak ingin mengekalkan trademark sekolahnya dengan rekod 25-0 untuk tahun kelima berturut-turut. Rasuah sudah cuba disogokkan tetapi hampa, kini dia mengulang taktiknya dengan memasukkan racun ke dalam minuman MATRI.


Cikgu Senan, jurulatih pasukan bola tampar SSNP tidak sedar rancangan jahat ini akan memakan dirinya. Setiap kebatilan akan terhapus dengan kebenaran. Tanpa disedarinya, salah seorang anak didik pasukan bola tamparnya iaitu Kasturi telah terdengar perbualannya dengan Coach Hussam di dewan SSNP. Coach Hussam meminta Cikgu Senan bermain dengan cara yang baik dan tidak menggunakan taktik kotor kali ini. Tetapi dipandang sinis sahaja oleh Cikgu Senan.


Aril, pemain utama pasukan SSNP turut merasa bongkak dengan kejayaan yang dipegang oleh mereka iaitu rekod tanpa kalah selama 4 tahun berturut-turut. Dengan rasa angkuh inilah dia tidak dapat menahan marah apabila membelasah salah seorang ahli bola tampar MATRI bersama rakan-rakannya yang samseng. Jangan terlalu sombong, kelak akan menerima balasan.


Saya begitu menggalakkan anda membaca buku ini. Banyak yang saya pelajari dari novel berwarna oren ini. Adakalanya terharu dengan ukhwah yang ditunjukkan dan kadang kala bersemangat menjadi muslim yang baik. Ada juga unsur suspens di hujung cerita ini ;) Dan istimewanya novel ini ialah penulis menulis latar dan watak yang hampir menyerupai rakan-rakannya di dalam pasukan bola tampar MATRI dengan beberapa pengubahsuaian (saya rasa).


Cerita ini juga terasa dekat dengan saya kerana kampung halaman saya juga adalah di Perlis dan hampir dengan MATRI. Jadi, semasa membacanya 'feel' itu terasa ada kerana dapat membayangkan latar tempat yang digunakan.


Ini novel kedua yang saya baca mengenai atlit yang ingin mengangkat ketinggian Islam di dalam sukan selepas Justeru Impian di Jaring oleh Zaid Akhtar. Syabas Hilal Asyraf! Teruskan usaha anda berdakwah melalui tulisan. Memetik kata-kata Ustaz Zul Ramli M. Razali di dalam bukunya, U-Turn Ke Jalan Lurus, "Kitab ialah bicara bisu pengarangnya yang merentasi zaman dan jarak!". Semoga dengan kehadiran novel sebegini mampu memberi nilai tambah kepada generasi muda. Insya Allah.
Profile Image for Solleh Daim.
3 reviews3 followers
February 13, 2021
Buku ni pasal Bola Tampar dan daripada gaya penulisan dan penceritaan buku ni lebih mensasarkan golongan muda mudi.

Penceritaannya mudah dan santai. Tak kompleks jadi mudah difahami lagi-lagi golongan muda.
Profile Image for Shine Imani.
21 reviews
November 2, 2025
Buku yang mengangkat tema ukhuwah & sukan adalah ibadah. Walau tak reti sukan bola tampar, tetap best baca — jadinya part teknikal tu baca sekali lalu je. Sekarang dalam misi mencari VT2 pula. Moga ada rezeki nak sambung baca. Syabas tuan Hilal Asyraf, teruskan berkarya untuk ummah.
Profile Image for haley91.
11 reviews8 followers
February 7, 2011
alhamdulillah, brjaya juga mghabiskan 1 lg buku.. buku yg menarik.. terlalu byk yg dpt diperolehi dri buku ini.. mengisahkan bagaimana Islam itu boleh diangkat menggunakan bola tampar sebagai medium pengantara.. Cuma bagi saya yg tidak tahu menahu tntg sukan ini, sukar untuk menggambarkan teknik2 dan pergerakan pemain2, sekaligus agak mengganggu pembacaan saya.. penulis ada menerangkan tentang teknik2 permainan, namun bgi saya, terlalu lewat perkara tersebut diterangkan sepenuhnya, pada pngakhiran cerita.. namun, pengisiannya memang tidak dapat dinafikan lagi.. saya kagum dengan watak Coach Hussam yg begitu tenang dan bijak dalam menghadapi ujian.. dan segala2nya dibalikkan pada Allah semula.. dan benar, kejutan demi kejutan dihidangkan buat pembaca!!!
Profile Image for pisangemas.
9 reviews10 followers
July 7, 2011
penulisan yang hebat.

ya, islam itu ada di mana-mana.termasuklah dalam bersukan.sukan itu juga satu ibadah.

begitulah intipati yang cuba penulis sampaikan di samping kepentingan ukhwah antara sahabat.

novel yang mantap.terima kasih library sekolah kerana punya buku sebegini, dan aku berkesempatan membacanya.

:)
Profile Image for Baca buku.
22 reviews3 followers
October 28, 2021
Tamat bacaan pada 28/10/21.

Rating saya: 11/10 :D

Sebab dah pernah baca banyak karya Tuan HA sebelum ni macam Trilogi Takdir, Hero, Misi Hero, Remaja Harapan, Remaja Mulia dan Simfoni Cinta, jadi saya harap sangat buku VT ni kalau tidak lebih baik, mungkin akan setanding karya-karya Tuan Hilal yang lain. Ternyata, VT tidak mengecewakan langsung. Tak sampai suku buku, saya dah betul-betul tenggelam dalam dunia VT di MATRI. Daripada kosong pengetahuan tentang bola tampar ketika di awal pembacaan, saya boleh cakap sekurang-kurangnya saya sudah faham beberapa jargon permainan itu bila saya tamatkan bacaan novel tersebut. Apa yang paling saya suka apabila membaca karya Tuan Hilal adalah bila bukan sahaja masa saya terisi dengan kisah yang menarik, tetapi jiwa saya juga terisi dengan peringatan-peringatan yang mendekatkan diri dengan Maha Pencipta.

Terima kasih Tuan HA atas karya penuh hikmah ini. Saya sedang menunggu novel Nirnama untuk tiba. Dengan izin Allah, semoga ada peluang untuk saya baca dan nilai Nirnama pula :)
Profile Image for nadiah_othman.
4 reviews
April 10, 2019
Aku tidaklah pandai main volleyball. Selepas aku mula membaca buku ni. Aku dapat membayangkan setiap satu skill dan aksi yang penulis ingin sampaikan. Permainan bukan sekadar hanya untuk bermain. Satu sukan yang penuh dengan semangat pasukan dan stratergi. Terbaikk
1 review
June 21, 2018
buku yang sangat seronok untuk dibaca dan membawa kpd erti persahabatan yang sebenar
13 reviews
June 19, 2020
Buku bacaan ringan sesuai untuk pelajar sekolah menengah dan ibu bapa yang mempunyai anak di sekolah menengah.
6 reviews
August 12, 2021
This is the book that actually got me into reading!
Profile Image for نورشزواني جوهاري.
4 reviews
June 12, 2021
Terlalu rindu nak baca balik buku ni. Jalan ceritanya membawa kita kembali ke zaman persekolahan yang terlalu banyak kenangannya. Usrah, sahabat2, para murabbi dan yang paling penting biah solehah itu sendiri. Terlalu suka dengan penceritaan penulis, lebih2 lagi melihat kepada keakraban mereka, pemain2 MATRI dengan misi dakwah yang dibawa, "Sukan sebagai ibadah". Siapa sangka dengan sukan, kita mampu menunjukkan keindahan Islam? Masih tidak dapat move on hahaha tolong saya. Lebih2 lagi sekarang sudah ada versi tulis semula, gelombang baru tajuknya. Semoga direzekikan untuk memiliki naskhah tersebut🤭
Profile Image for Asilah.
5 reviews1 follower
June 23, 2013
Novel ini membuatkan saya mengenali penulis ini.Selepas itu,saya tidak ragu-ragu untuk memiliki karya beliau.Tidak pernah mengecewakan.Namun apa yang penting dalam setiap pembacaan,semestinya kita inginkan sesuatu yang bermanfaat.Novel-novel beliau bagaikan sahabat yang menasihati diri ke arah kebaikan.Nilai-nilai tarbiyah yang diterapkan dalam setiap penulisan beliau memberi kelainan dan membuatkan pembaca tertarik dengan hasil karya beliau.

Cara beliau menerangkan perlawanan yang berlaku,sentiasa mendebarkan perasaan,bagaikan berada di lokasi sebenar.
1 review
March 21, 2013
ASSALAMUALAIKUM............

DEAR HILAL ASYRAF

SAY BARU BERUMUR 14 TAHUN TAPI SEJUJURNYA SAYA SGT SUKA MEMBACAS SEMUA KARYA AWAK KERANA IA MEMBERI INSPIRASI DAN MEMBANTU SAYA DALAM PEPERIKSAAN UTK MENULIS KARANGAN. TERIMA KASIH KERANA MENULIS CERITA YG BEST2. SAYA NAK BACA TERASING CUMA DLM PROSES MENCARI BUKU ITU SEKARANG. SETAKAT NI SINERGI DAN VT ADALAH YANG TERBAEK........................


HOPE FOR YOUR SUCCESS, INSYA ALLAH
3 reviews
August 9, 2011
mmg best!!!!!!!!!!!!!!!!
x sedar saya dh baca buku sehingga habis..dh lebih 10 kali baca..tp rasa mcm x puas...sukan bukan main2 tp sebagai ibadah pd ALLAH n apa yang kiter nk x semestinya baik untuk kita..semoga MATRI terus maju....jazakallah...saya kirim salam pd pemain bola tampar matri....pd setter,spiker,assalamualaikum...
Profile Image for Annas.
3 reviews
September 13, 2009
bukunya bagus..baru abis baca semalam..walaupun tiada watak perempuan atau kisah cintan cintun berlawanan jenis, buku ni tetap best dibaca..bagus untuk menjernihkan minda yang berkelabu atau yang dah berkulat!
3 reviews
November 21, 2009
sukan adalah ibadah..
i like sports...
boleh tunjukkan bahawa islam itu bukan sekadar solat di masjid, bersedekah, dan tunaikan zakat...
islam itu menyeluruh...hatta adab bermain pn diajar oleh islam....
alangkah indahnya mengambil deen islam sebagai cara hidup....
Profile Image for Fatimah Wahidah.
119 reviews41 followers
November 16, 2012
sebuah novel yang menjanjikan kepuasan berganda apabila membacanya terutama apabila perlawanan bola tampar berlangsung..konsep dakwah melalui sukan amat menjadi dan dekat di hati remaja..kalau diadaptasikan ke drama bersiri,memang best..
Profile Image for Shahrul AhLami.
188 reviews13 followers
May 31, 2014
Walau apa pun yang kita lakukan, bawalah ISLAM bersama dan berbangga dengan ISLAM yang kita bawa dengan niat untuk mendidik masyarakat. Dalam cerita VT, penulis menjadikan sukan bola tampar sebagai cara untuk mendidik masyarakat tentang ISLAM. Sukan sebagai ibadah!!!! :-)
Profile Image for Shah Abdullah.
44 reviews8 followers
Want to read
August 5, 2009
Belum dibeli lagi. Namun, buku ini telah disyorkan oleh Ummu Auni. InsyaAllah, ia akan berada dalam tangan dalam masa terdekat :)
Profile Image for Ariffah.
5 reviews
December 23, 2009
sgt2 bgus n best!! 5 bintang! 10 pun takpa~haha.. sukan adlh ibadah!
Displaying 1 - 30 of 39 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.