Jump to ratings and reviews
Rate this book

Biografi Muhammad bin Abdullah: Perjalanan Hidup Seorang Nabi

Rate this book
Kandungan buku ini elok dan sesuai sebagai pembacaan bagi golongan yang baru mengenali Islam dan yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang riwayat hidup seorang nabi dan rasul. Bukan semua pembaca suka membaca buku-buku ilmiah tentang Islam yang agak berat dengan istilah Arab. Sebagai seorang saudara baru, bentuk penulisan seperti buku ini akan dibeli dan dibaca.

476 pages, Paperback

First published January 1, 2003

77 people are currently reading
528 people want to read

About the author

Zulkifli Mohd Yusoff

13 books14 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
255 (78%)
4 stars
49 (15%)
3 stars
10 (3%)
2 stars
6 (1%)
1 star
4 (1%)
Displaying 1 - 30 of 50 reviews
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
December 13, 2022
Di zaman2 akhir kehidupan Nabi Muhammad ﷺ , sejurus sebelum kewafatannya. Berbondong bondong orang masuk islam. Ketika ini, muncullah orang2 munafik. Mereka munafik oleh berbagai sebab, antaranya dendam kerana keluarga mereka dibunuh oleh perang2 sebelum ini , cemburu dengan kehebatan empayar islam dan berhasrat merampasnya serta berbagai2 sebab lagi. Cuma bayangkan, orang2 munafik ini berkesempatan berjumpa Rasulullah ﷺ, insan kamil! Manusia yang maksum dan paling sempurna pernah wujud di muka bumi! Tapi mereka tidak terkesan dengan perkara itu, kelazatan dunia yang sementara mengaburi mata mereka, rasa dendam di dunia sementara menguasai mereka, sedangkan mereka boleh berkorban semua itu dan menjadi seorang muslim yang ikhlas.

"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)." - Surah Al-Qasas, ayat 56.

Hidayah milik Allah swt, bersyukurlah kita lahir sebagai islam, kita mendapat peluang ini sebaik kita lahir. Gunakanlah peluang ini, sentiasalah berdoa selepas solat untuk kekal islam ke akhir hayat walau apa pun yang berlaku. Kita tak tahu ujian apa yang akan menimpa kita. Jadilah kita saudara Rasulullah ﷺ.

Anas bin Malik r.a. daripada Nabi saw bersabda :“Sangat aku kasih untuk bertemu dengan saudaraku. Maka berkata para sahabat Nabi saw : Bukankah kami ini saudara-saudaramu? Jawab Nabi : Bermula kamu semua adalah sahabatku akan tetapi segala saudaraku ialah sekalian orang yang telah beriman denganku dan pada hal mereka belum (pernah) melihatku.” (Hadith riwayat Imam Ahmad - Kitab Musnad)

p/s: nasihat untuk diri sendiri, insan yang tak pernah sunyi dari dosa.
Profile Image for Aiza Idris (biblio_mom).
622 reviews211 followers
November 18, 2021
Biografi Muhammad bin Abdullah menyorot sejarah dan perjalanan hidup nabi terakhir dari sebelum lahir sehingga akhir hayat. Ia merangkumi kisah suka duka, cabaran dan rintangan yang dilalui sepanjang perjuangannya menyampaikan kebenaran.

Perjalanan hidup seorang Nabi dari sisi dakwah dan peperangan. Ini kali pertama saya membaca tentang Baginda dari sisi ini. Beberapa buah buku telah saya baca sepanjang kehidupan saya selama tiga puluh tahun, tetapi kebanyakannya adalah dari sisi rumahtangganya. Kali ini saya rasa sungguh berlainan.

Terlebih dahulu saya ingin menyentuh mengenai kulit buku yang sederhana dengan tona warna coklat dan kuning, serta nota dari penerbit diawal muka surat hadapan. Terdapat ayat selawat ke atas Nabi dan penerbit sertakan makna sepotong ayat daripada Al-Quran dan sepotong hadis mengenai suruhan atau galakan dan kemanisan berselawat ke atas Nabi.

Terdapat empat belas bab kesemuanya, yang merangkumi Sejarah Nabi Muhammad Bin Abdullah, Dakwah pada Zaman Mekah, Hijrah Ke Habsyah, Hijrah Ke Madinah, Peperangan Badar, Peperangan Khandak, Peperangan Keturunan Quraizah, Perjanjian Hudaibiah, Peperangan Khaibar, Perutusan Muhammad Kepada Pemerintah, Pembukaan Kota Mekah, Peperangan Hunain, Peperangan Tabuk dan akhir sekali adalah Muhammad Meninggal Dunia.

Bermula daripada sebelum kelahiran Baginda, bagaimana kehidupan di tanah Arab sebelum dan selepas kehadirannya dan perubahan yang berlaku di sana baik yang biasa atau luar biasa. Kemudian sejarah-sejarah pembinaan Kaabah, mengenai bagaimana Yahudi, Kristian, Farsi bertapak di Semenanjung Arab, tentang telaga zam-zam, dibesarkan oleh Abdul Mutalib, dakwah kali pertama yang cuba dilakukan pada zaman Mekah, bagaimana Baginda menakluki satu demi satu negeri dan kaum yang akhirnya memeluk Islam dan banyak lagi kisah-kisah menarik!

Gaya penulisannya yang berbentuk penceritaan kisah-kisah yang pernah berlaku, dilakar dengan begitu santai, teratur, konstruktif dan penuh fakta namun seimbang, membuatkan saya seolah-olah mampu membayangkan satu persatu situasi-situasi yang diceritakan. Saya juga hampir membayangkan bahawa saya seolah-olah berada di zaman tersebut dek imaginasi yang tinggi! Tidak berlebihan jika saya mengatakan karya ini mampu menjinakkan kalbu pembaca. Ya. Saya menangis di bab akhirnya! Iaitu bab yang menceritakan kewafatan Baginda, khutbah terakhirnya, saat Baginda memilih Abu Bakar menjadi imam apabila sakit Baginda semakin kuat, saat-saat Umar berkata dengan marah akan memenggal kepala sesiapa yang berani mengatakan Baginda wafat kerana belum mampu menerima kenyataan itu, tentang bilal yang terlalu berdukacita hingga dia tidak mahu lagi melaungkan azan sejak itu.

Oh ya! Karya ini juga terpilih bagi mengisi ruangan Duniaku Buku rancangan Radio IKIM.FM. Buku ini ada nilai tambahan iaitu adanya peta semenanjung tanah arab dan peta kawasan tercetusnya perang badar supaya pembaca mengetahui di mana kawasan-kawasan tertentu dan dari mana arah tentera Islam dan pihak lawan berkhemah serta membuat serangan.

Lima bintang untuk karya meruntun jiwa ini yang membuatkan saya berkali-kali jatuh cinta pada Baginda Rasulullah. Saya sarankan kepada semua lapisan umur dan masyarakat bahkan yang bukan Islam untuk membaca karya ini bagi mengenali siapakah sebenarnya Pesuruh Kecintaan Allah ini. Saya pasti, tanpa anda sedari, anda akan membacanya dari kulit ke kulit!

Saya juga syorkan buku ini untuk dibaca dan dihayati sewaktu dalam bulan Ramadhan. Ianya bagi saya masa yang menyeronokkan bagi mengetahui tentang Baginda. Ramadhan tahun 2020 ini bakal menjadi tahun kedua saya membacanya di bulan yang penuh keberkatan ini!
Profile Image for Nur Elvina.
69 reviews20 followers
April 19, 2019
“Bermula daripada Perjanjian Hudaibiah, Islam terus berkembang begitu pesat. Orang berbondong-bondong masuk Islam bukan kerana diperangi, tetapi kerana melihat model Islam yang cantik, indah dan gagah hasil daripada ketakwaan sahabat-sahabatnya. Islam menang bukan kerana senjata, tetapi kerana bantuan Allah.”

Alhamdulillah. Tamat sudah pembacaan paling panjang. Bermula 1 September 2018 berakhir 19 April 2019, 7 bulan 19 hari.

Apa yang aku suka tentang buku ini adalah penulisannya yang cukup kemas. Walaupun buku ini memuatkan kehidupan junjungan besar Nabi Muhammad S.W.A daripada kelahiran baginda sehingga kewafatannya tapi penulisan cukup teratur. Senang cerita timeline cantik! Selain itu bahasanya mudah difahami terutamanya untuk kami yang lemah penguasaan Bahasa Arab.

Dan sudah tentu, tidak cukup satu buku ini untuk mengenai kekasih Allah ini, insyaAllah akan diteruskan dengan buku-buku lain. Anda ada cadangan buku?
Profile Image for Azura Chan.
523 reviews7 followers
December 17, 2023
"Bahkan darah dengan darah, kemusnahan dengan kemusnahan, aku sebahagian daripada kamu dan kamu sebahagian daripadaku. Aku perangi sesiapa yang kamu perangi dan aku berdamai dengan siapa yang kamu berdamai. Ini perjanjian jihad, perjanjian darah dan perjanjian nyawa." - Zulkifli Mohd. Yusoff & Noor Naemah Abd. Rahman, Biografi Muhammad Bin Abdullah : Perjalanan Hidup Seorang Nabi
.
🖤 Biografi Muhammad bin Abdullah menyorot sejarah dan perjalanan hidup nabi terakhir dari sebelum lahir sehingga akhir hayat. Ia merangkumi kisah suka duka, cabaran dan rintangan yang dilalui sepanjang perjuangannya menyampaikan kebenaran.
.
🖤 Tiada buku biografi yang terindah pernah ku baca melainkan buku ini. Mempunyai ketebalan sehingga 475 muka surat, tetapi tiada satu pun helaian yang di'skip' kerana terlalu indah kisah hidup Rasulullah SAW untuk kita selami. Sebelum ni, aku dah baca beberapa buah buku mengenai Rasulullah, tetapi buku ni adalah yang terbaik. Yang dapat membuatkan aku menghayati setiap kisah hidup baginda, termasuklah kisah baginda mengetuai peperangan-peperangan penting semasa menyebarkan dakwah Islam. Cara penyampaian buku biografi ni seperti kita membaca buku fiksyen. Ia boleh membuatkan anda tersenyum, ketawa, marah dan menangis. Terutamanya pada bahagian terakhir buku ni, sememangnya aku tidak dapat menahan sebak semasa detik-detik kewafatan baginda.
.
🖤 Alhamdulillah, Allah membuka hati ini untuk membaca sirah Rasulullah. Sesuai dengan keadaan semasa, penghayatan kisah Rasulullah dan peperangan Taufan Al-Aqsa kini sangat-sangat memberi impak kepadaku. It's never too late untuk mengejar ilmu akhirat. Dengan menghayati kisah perjalanan hidup Rasulullah, ia dapat menggerakkan rasa cinta kita kepada baginda. Mashaa Allah, sesunggunya Rasulullah SAW selayak-layaknya insan yang terpilih menjadi kekasih Allah SWT.
.
🖤 "Ya Allah, berikanlah shalawat kepada pemimpin kami Nabi Muhammad, dan sibukkanlah orang-orang zalim agar mendapat kejahatan dari orang zalim lainnya, selamatkanlah kami dari kejahatan mereka. Dan limpahkanlah pula rahmat kepada keluarga dan para sahabat beliau secara keseluruhan." -Solawat Asyghil
.
#azurachanreads #biografimuhammadbinabdullah
Profile Image for Ummu Auni.
663 reviews
May 20, 2011
Terima kasih kepada Haryati kerana meminjamkan buku ini kepada saya. Saya membacanya rekomendasi Khairul H. Benar buku ini ditujukan kepada mereka yang baru mengenali Nabi Muhammad SAW. Penceritaan yang santai mampu membuatkan saya menghabiskan buku ini di dalam beberapa hari sahaja. Sejujurnya, saya kerap membandingkan dengan The Sealed Nectar (Large Hb) Ar-raheeq Al-makhtum - Biography of Prophet Muhammad, mungkin kerana saya sangat terkesan dengan buku tersebut. Namun, saya tidak memperkecilkan usaha penulis yang menulis untuk mereka yang ingin mempelajari tentang Islam. Buku ini menyelak cerita Rasulullah SAW tercinta dari saat sebelum kelahiran hingga kewafatan baginda.

Banyak plus points dari buku ini, seperti penceritaan bagaimana syirik memasuki semenanjung Arab, yahudi & kristian bertapak, cerita ahli sihir yang beriman dan kaumnya 20,000 orang dibakar hidup-hidup, cerita Abrahah, cerita Rasulullah SAW menangis di kubur ibunya Aminah, cerita Thumamah (orang bukan islam yang menyaksikan keindahan Islam ketika diikat pada tiang masjid) begitu juga kisah Huzaifah al-Yaman yang merupakan sahabat yang dipercayai Rasulullah SAW sehingga beliau tahu senarai orang munafik. Untuk membandingkannya dengan Raheeq Al Makhtum, bukan genre yang sama walaupun kedua-duanya mengisahkan sirah Nabi. Saya sungguh menangis membaca Raheeq al Makhtum, dengan cerita Abi Talib yang meninggal kekufuran walaupun Rasulullah SAW merayu, ataupun cerita Suhayl yang menang kerana berhijrah meninggalkan segala hartanya, ataupun cerita kaum Ansar yang merasakan disisih dalam pembahagian harta pada Perang Hunain.

Buku ini harus dimiliki, dan boleh dibaca berulang-ulang kali. Saya membaca buku ini, tidak sabar-sabar hendak membaca Raheeq Al Makhtum untuk kali kedua.
Profile Image for Fariza.
212 reviews54 followers
January 5, 2011
Biografi Nabi Muhammad S.A.W ini adalah yang terbaik saya pernah baca. Tulisan daripada kedua-dua penulis yang saya kenal peribadinya amat meyakinkan..

Disebabkan penulis menulis menggunakan Bahasa Malaysia yang kemas dan baik ditambah dengan penceritaan yang menarik. Semua umat Islam Malaysia wajar membacanya.

Saya tidak pernah bosan membaca setiap cerita, malah setiap kali mula membaca saya sukar untuk berhenti.

Yang pasti, Dr Zul sangat pandai menyusun cerita sehingga tepat sekali apabila di hujung biografi ini saya menangis teresak-esak..

Siapa saya di sisi Rasulullah ini?

Wajib baca buat semua ahli goodreads Malaysia

http://farizahrin.blogspot.com/2011/0...
Profile Image for Mohd Noor.
31 reviews
May 19, 2025
Buku BIOGRAFI MUHAMMAD SAW BIN ABDULLAH : PERJALANAN HIDUP SEORANG NABI.
BIlangan Halaman : 480 Halaman.
Mula Dibaca : Jumaat, 23 Ogos 2024.
Tamat Dibaca : Rabu, 11 September 2024.

Beberapa waktu sebelum ini, aku pernah secara tidak sengaja 'ter'tonton sebuah potongan video eksperimen sosial berkaitan Sirah Nabi SAW di Tik Tok.
Sejujurnya, hadir rasa sedih bercampur marah usai menonton video tersebut. Cuma soalan ringkas pasal Sirah tetapi rata-ratanya adalah anak-anak muda yang tidak mampu menjawab dengan tepat! Boleh kata semua soalan itu kita dah belajar sejak zaman persekolahan.

Apa yang tidak kena dengan generasi muda sekarang? Tidak keterlaluan kalau aku cakap peningkatan pelbagai masalah sosial hari ini berpunca dari kejahilan kita terhadap ilmu Sirah. Kita sibuk mengejar 17A di atas sijil, berlumba-lumba merebut posisi dalam karier profesional tetapi kita tidak mahu mencari ilmu mengenal seorang insan agung yang berjuang seluruh hidupnya menyelamatkan kita dari neraka dan membawa kita mengenal Allah Yang Esa.

Maka terbinalah sebuah generasi bijak pandai tetapi kosong jiwanya, contohnya kes buli hingga menyebabkan kematian yang pernah menggemparkan negara sebelum ini. Kita sanggup perah otak mempelajari rumus-rumus matematik yang kompleks tetapi pernah atau tidak kita cuba mempelajari Sirah?

Cuba tanya diri kita sendiri, berapa banyak maklumat Sirah yang kita tahu? Berapa kerat di antara kita yang mampu mengingati dengan baik tarikh kelahiran dan kewafatan Nabi SAW? Berapa ramai biodata para Sahabat Nabi SAW yang kita kenal? Berapa orang Ummul Mukmimin?

Berapa orang anak-anak Nabi SAW? Berapa banyak peristiwa penting yang berlaku dalam perjalanan hidup Nabi SAW yang kita tahu? Pernahkah kita baca dan kaji kronologi peperangan yang dihadapi Baginda?

Pernahkah kita baca Sirah? Kalau tak pernah, apa alasan kita, tak ada masa? Tak sempat? Tak tahu mana nak cari?

Tak ada alasan untuk kita tidak mengenal Sirah. Zaman teknologi internet semakin pesat ini, sangat mudah untuk kita mengakses maklumat yang berkaitan. Bukan sedikit agamawan yang menyampaikan ilmu Sirah secara atas talian. Tinggal kita mahu atau tidak saja.

Sekarang pun makin banyak buku-buku Sirah yang diterbitkan dalam bermacam-macam gaya penulisan. Ada yang menulis gaya novel, ada yang menulis buku khas biodata para Sahabat R.A, ada buku yang mengumpulkan kisah rumah tangga Nabi SAW, ada buku gaya motivasi yang juga dikaji dari Sirah dan ada ensiklopedia khusus yang menceritakan kronologi serta strategi perang Nabi SAW.

Buku Biografi Muhammad SAW Bin Abdullah ini sangat disarankan untuk dimiliki dan dibaca setiap isinya kerana penulisannya seperti gaya novel yang begitu mudah difahami semua lapisan umur serta golongan. Buku ini bukan saja sesuai untuk anak-anak kita yang baru mengenal Nabi SAW malah boleh juga dihadiahkan kepada rakan-rakan kita yang bukan beragama Islam. Moga ia menjadi asbab dakwah membawa mereka mengenal keindahan Islam.

Kualiti fizikal buku ini juga bagus, kulit dan kertas halamannya tebal. Cuma sedikit kekurangan pada font tulisan yang agak kecil, sedikit memenatkan jika membaca dalam tempoh yang lama. Turut disertakan peta Tanah Arab sebagai rujukan kita dalam memahami Sirah terutamanya laluan perjalanan Hijrah Baginda yang jauh berbeza dari laluan biasa dari Mekah ke Madinah.

Penulis memulakan buku ini dengan sedikit kisah Nabi Ibrahim A.S dan situasi Tanah Arab sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW termasuklah beberapa peristiwa seperti kisah Ashabul Ukhdud dan Abrahah memimpin tentera bergajah menuju Kota Mekah.

Kemudian bermula Sirah Nabi SAW bermula dari kelahiran hinggalah kewafatan Baginda. Kenangkanlah betapa mencabarnya Nabi SAW berdakwah menyeru manusia kepada Islam. Apa saja yang Baginda tidak dihadapi? Baginda ditentang ahli keluarga sendiri. Diejek dengan pelbagai gelaran yang tidak selayaknya buat Baginda. Apabila melihat dakwah Islam tidak berjaya disekat walau berapa banyak cubaan menghasut orang ramai dengan pelbagai dakwaan buruk penuh penipuan terhadap Nabi SAW, orang Musyrik Mekah bertindak melampau dengan memulaukan dan memboikot umat Islam.

Bukan seminggu, bukan sebulan tetapi 3 tahun lamanya! Umat Islam sampai kelaparan hingga terpaksa memakan daun dan ada Sahabat R.A yang pernah memakan kulit unta yang sudah kering.

Tidak cukup dengan serangan secara emosi dan mental malah bukan sekali Nabi SAW disakiti secara fizikal. Orang Musyrik Mekah pernah meletakkan kotoran unta semasa Baginda sedang sujud kepada Allah dan antara peristiwa yang cukup menyayat hati, Baginda dilempar dengan batu semasa cuba mencari tapak dakwah baru di Taif, setelah majoriti orang Mekah menolak seruan Islam pada masa itu.

Setelah tapak dakwah dan Negara Islam berjaya diasaskan di Madinah, Nabi SAW menjalankan operasi memantapkan kekuatan Iman dan hubungan dengan Allah melalui pembinaan masjid dan mengikat kasih sayang sesama Islam melalui jalinan persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar.

Ansar ikhlas memberi bahagian mereka kepada saudara Muhajirin tetapi dalam masa yang sama, Muhajirin tidak mengambil kesempatan di atas kebaikan Ansar tetapi memanfaatkannya sebagai peluang membina kekuatan Islam, salah satunya melalui cabang ekonomi, seperti kisah Abdul Rahman Bin Auf R.A yang menolak walau saudara Ansar menawarkan salah seorang isterinya sebaliknya Abdul Rahman R.A cuma meminta ditunjukkan di mana pasar kerana beliau mahu memulakan perniagaan. Dalam masa yang singkat, beliau sudah mampu mencipta keuntungan.

Apabila Negara Islam sudah tertegak, kekuatan Islam terbukti dalam beberapa siri peperangan, pengaruh Nabi SAW semakin besar hasil dari kebijaksanaan beliau berpolitik, apa yang Baginda lakukan apabila Mekah berjaya dibuka? Apa yang Baginda putuskan terhadap orang Mekah yang dulunya pernah menyakiti Baginda? Mereka semua dimaafkan dan dibebaskan. Sungguh, begitu indah akhlak Nabi SAW.

Dalam keadaan Nabi SAW memegang tampuk kuasa, Baginda juga tetap mengekalkan hak memegang kunci Kaabah kepada Bani Syaiban. Walaupun ada beberapa nama yang senarai yang perlu dibunuh kerana penentangan terhadap Islam tetapi ada yang diampunkan oleh Nabi SAW seperti Ikrimah Bin Abi Jahal R.A.

Semua peristiwa yang berlaku diceritakan dengan gaya novel yang sangat mudah difahami, cuma ada beberapa peristiwa besar yang tidak dimasukkan oleh penulis seperti misi pembunuhan Kaab Bin Asyraf, seorang pembesar Yahudi yang melancarkan provokasi terhadap Musyrikin Quraisy supaya kembali memerangi umat Islam selepas golongan Musyrikin ini ditewaskan dalam Perang Badar. Boleh dikatakan si Kaab ini adalah pencetus awal kepada Perang Uhud.

Misi pembunuhan Sallam Bin Abi Huqaiq, juga pembesar Yahudi yang berpengaruh dalam pakatan Ahzab yang memerangi Islam tidak dimasukkan dalam buku ini, secara tepatnya selepas peristiwa Pengepungan Yahudi Bani Quraizah. Tidak mudah membunuh kedua-dua Yahudi ini kerana mereka menetap di kubu yang sukar ditembusi. Kronologi misi ini boleh dibaca secara terperinci dalam buku Fiqh Al-Harakah Dari Sirah Nabawiyah karangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Melalui buku ini juga barulah aku tahu dari mana umat Islam memiliki manjanik atau kenderaan pelontar baru yang digunakan semasa memecahkan kubu Yahudi dalam Perang Khaibar, iaitu melalui harta rampasan perang semasa umat Islam dapat menawan salah satu kubu Yahudi Khaibar. Ternyata Yahudi memang berniat jahat dan menyediakan perancangan yang begitu rapi bagi memerangi Islam, di mana mereka mempersiapkan senjata dalam jumlah yang banyak termasuklah senjata-senjata berat seperti manjanik tadi.

Mungkin kerana itu juga, hukuman bunuh terhadap mereka sangat sesuai seperti yang diputuskan oleh Sahabat Nabi SAW, Saad Bin Muaz R.A terhadap Yahudi Bani Quraizah kerana pengkhianatan mereka yang mencabuli perjanjian dengan Nabi SAW semasa Perang Ahzab.

Sungguh, terlalu banyak ilmu yang dapat digali dari perjalanan Sirah Nabi SAW. Bacalah buku ini bersama anak-anak. Biar anak-anak kita mengidolakan hero sebenar iaitu Nabi SAW dan para Sahabat R.A, itu jauh lebih bermanfaat dari kita mengidolakan watak-watak fiksyen yang tak wujud di alam nyata.

Jadikan hobi menonton anime atau apa saja produk hiburan fiksyen sekadar sedikit hiburan bagi melepaskan lelah. Lebih utama untuk kenalkan anak-anak kita dengan Nabi SAW dan para Sahabat R.A. Dalam sejarah Islam pun bukan sikit 'fighter' sebenar contohnya Saidina Ali R.A. Beliau bukan saja sepupu dan menantu Nabi SAW tetapi juga seorang ilmuan malah gagah bertarung di medan tempur. Pendekar handalan Arab seperti Amru Bin Abdul Wudd juga tewas di tangan Saidina Ali R.A dalam pertarungan satu lawan satu, begitu juga seorang fighter Yahudi dari kubu Khaibar yang turut tumbang selepas bertarung dengan Saidina Ali R.A.

Nabi SAW juga pernah hantar Saidina Ali R.A ke Yaman untuk menjadi hakim dan semasa Saidina Abu Bakar R.A memimpin rombongan haji pada 9 Hijrah, Saidina Ali R.A turut dihantar ke Mekah bagi menyampaikan undang-undang dari Al-Quran.

Di saat Nabi SAW tidak memberikan pedangnya kepada beberapa orang fighter di kalangan Sahabat Muhajirin, Abu Dujanah R.A yang layak menerima pedang tersebut dan beliau menunaikan hak pedang Nabi SAW itu di medan Perang Uhud. Abu Dujanah R.A juga salah seorang Sahabat yang turut dikenali kerana memakai serban merah semasa berperang, pernah diberi tanggungjawab oleh Nabi SAW untuk memimpin pasukan Islam membuka kubu-kubu Khaibar dan beliau berjaya dalam misinya.

Ya, Nabi SAW sering menggilirkan kepimpinan dalam organisasi tentera. Kita boleh baca siri-siri Sariah atau operasi ketenteraan yang tidak disertai Nabi SAW. Kita hayati bagaimana Sahabat R.A memimpin misi dengan jayanya. Lihat bagaimana Sahabat R.A membuat keputusan di saat yang sangat genting seperti Sariah Nakhlah pimpinan Abdullah Bin Jahsy R.A.

Contohi bagaimana Amru Bin Al-As memimpin tentera dalam misi yang jauh dari Kota Madinah. Walaupun ada arahannya yang dianggap pelik oleh Sahabat R.A yang lain seperti tidak dibenarkan menghidupkan unggun api walau cuaca begitu sejuk pada masa itu dan tentera tidak dibenarkan mengejar musuh yang lari, tetapi semua arahan beliau ada justifikasi yang tersendiri. Amru R.A bukan saja komander yang cemerlang malah beliau juga bijak dalam menjalankan misi dakwah kepada 2 orang raja yang juga adik beradik hingga raja itu masuk Islam.

Zaid Bin Harithah R.A juga pernah memimpin Sariah menyekat kafilah dagang Mekah, hingga orang Mekah ketakutan kerana punca ekonomi mereka semakin tergugat. Beliau juga salah seorang dari 3 komander perang yang dilantik Nabi SAW dalam misi jauh ke Mu'tah menghadapi ketumbukan tentera yang tidak pernah dihadapi mereka sebelum ini. Perang Mu'tah juga mungkin boleh dianggap sebagai simbol bahawa umat Islam tidak takut dengan kuasa besar dunia pada masa itu seperti Rom Byzantine yang memandang rendah bangsa Arab pada waktu itu. Terkejut mereka tentera Islam yang cuma berjumlah 3 ribu orang mampu memberi tentangan sengit kepada bala tentera Rom yang lebih besar dan lebih lengkap persenjataannya.

Sungguh, Nabi SAW mendidik para Sahabat R.A dan kita juga dalam melatih akal fikiran supaya mampu berfikir secara kritikal dan menanam daya kepimpinan yang sebenar kepada kaum lelaki. Dalam mengurus organisasi, kita perlu mengenali karakteristik dan kelebihan setiap anggota dan bijak memanfaatkannya semasa pembahagian dan menjalankan tugasan.

Di bulan Rabiul Awal ini, sangatlah baik kiranya kita mengisi masa dengan mengulangkaji Sirah Nabi SAW. Bacalah buku ini di samping menggali juga mutiara pedoman dari buku-buku Sirah yang lain. Setiap buku berbeza kajian dan dapatannya.

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنا مُحَمَّدٍ ﷺ

Jom banyakkan Selawat, moga kita selamat dunia akhirat dan dapat bersama Nabi SAW di syurga nanti, Aamiin.

#mohdnoorbuku
#mohdnoor
Profile Image for pujun.
16 reviews
November 22, 2023
Buku yang mengisahkan perjalanan Nabi terakhir kita, Muhammad bin Abdullah. Dari sebelum lahir sehingga kewafatan Beliau.

For those yang ingin mengenali Beliau, please read this book!!

Last chapter memang banjir terus.

10/5 ⭐️
Profile Image for Azizi Jb.
1 review1 follower
December 12, 2010
alhamdulillah, dapat juga saya menghabiskan bacaan buku ini sewaktu pertengahan tahun ini. Boleh dikatakn menarik tentang penceritaan dalam dalam buku Biografi junjungan besar kita, nabi Muhammad SAW. Penceritaan nya agak ringkas dan mudah untuk difahami dan menyebabkan cepat utk mita membacanya. Terasa cepat sewaktu membaca buku ini.. Penceritaannya yang berkaitan dengan sejarah, membuatkan kalian akan rasa ingin cepat utk memghabiskan pembacaa buku ini bagi mengetahui peristiwa2 yang akan diceritan dalam buku ini..
Jgn lupe untk mendapatkan buku ini dipasaran & selamat membaca kepada kalian, teman-teman di goodreads ni...=)
pesanan: Jgn lupe jaga diri, hati, iman & akhlakmu...
1 lg, jgn lupe perjuanagn berat kita! iaitu melawan (nafsu)diri kita sendiri....=)
Profile Image for Reena.
78 reviews5 followers
November 23, 2021
Di awal permulaan buku, penulis telah pun menekankan bahawa corak/cara penulisan untuk buku ini lebih bersifat novel & santai bagi menggalakkan bacaan bukan sahaja dikalangan muslim tetapi juga untuk bukan muslim. Memandangkan terdapat pelbagai pendapat serta perbezaan pada sirah Nabi SAW. Penulis sendiri telah menyatakan pilihan bagi penceritaan buku ini ‘dikira yang lebih baik pada pandangan kami’.

Namun begitu, bacaan saya sedikit terganggu pada
m/s 12 hingga m/s 15 (kisah Abrahah). Disebabkan, saya sendiri sukakan bacaan yang lengkap berserta rujukan terperinci. Saya berasakan penceritaan yang disampaikan oleh penulis sedikit ‘tergantung’ dan membuatkan pembaca lebih tertanya-tanya.

Keadaan ini memaksa saya membuat rujukan kembali kepada Kitab Ibnu Kathir yang mana lebih jelas difahami untuk kisah terbabit.

Namun demikian, walau ‘sedikit’ terganggu pada permulaannya kisah tadi. Pujian saya berikan kepada buku ini kerana terus membuatkan saya melekap membacanya untuk m/s selanjutnya.

Benar seperti yang diulas penulis, corak penulisan bergaya novel dan santai yang diterapkan pada buku ini menjadikan setiap kisah yang dipaparkan dari setiap bab ke bab selanjutnya ‘lebih hidup’. Hati saya berasa cukup dekat dengan Rasulullah SAW. Seakan-akan saya turut berada bersama-sama Rasulullah SAW pada setiap masa dan waktu. Merasai setiap detik kegembiraan, ketakutan, kesedihan dan kebimbangan yang dihadapi baginda, sahabat-sahabat baginda dan anak serta isteri baginda sendiri. Hinggakan perasaan saya terbawa-bawa dengan apa yang berlaku. MasyaAllah.

Apapun tahniah saya ucapkan atas daya usaha penulis membawa kisah Rasulullah SAW kepada satu tingkat yang lebih baik dan mudah dibaca serta diterima dari pelbagai lapisan masyarakat. Semoga usaha anda diberkati Allah SWT. InsyaAllah
Profile Image for Fya Books.
58 reviews3 followers
November 6, 2022
Buku ini menceritakan fasa sebelum kelahiran Baginda, semasa hidup Baginda dan selepas kewafatan Baginda.
Pada awalnya diceritakan kisah Abdul Muttalib sebelum kelahiran cucunya, Baginda Rasulullah SAW. Selepas kelahiran cucunya berlakulah perjalanan hidup yang seperti kita semua ketahui. Penulis juga ada selitkan beberapa babak yang jarang kita dengar. Ada juga beberapa kisah yang diragui sebab diulang dua kali tapi watak yang berlainan. Namun apa yang saya suka tentang buku ini ialah penulis menjelaskan peristiwa yang berlaku menurut ayat yang diturunkan (asbabun nuzul)
Buku ini lebih fokus kepada peranan Baginda sebagai pejuang dan pemimpin, kurang didedahkan sisi Baginda sebagai seorang suami dan sahabat. Babak-babak peperangan yang diceritakan menunjukkan kehebatan strategi Baginda dan para sahabat. Peperangan tersebut juga mengajar kita semua bahawa kita perlu bergantung kepada Allah semata-mata (tawakal)
Bab terakhir dalam buku ni merupakan bab yang paling disukai. Selepas kita mengikuti perjalanan dan perjuangan dakwah beliau, kita akan turut rasa sedih seperti yang dirasakan para sahabat. Melalui buku ini, baru saya tahu turunnya surah Al Nasr merupakan salah satu petanda umat kehilangan Baginda SAW 🥺 Perasaan sebak menguasai setelah menghabiskan bacaan. Semoga karya ini menjadi salah satu sebab untuk menguatkan cinta kita kepada Baginda Rasulullah SAW.
1 review1 follower
August 28, 2023
Buku ni bagus utk kita selami perjuangan nabi Muhammad s.a.w. kebijaksaan baginda dlam mngurus kerajaan dll. cuma sy sdkit kurang berpuas hati dgn penulisan penulis sbb terlalu banyak peristiwa yg disebut tanpa penerangan atau penjelasan berkaitan peristiwa yg disebut spt peperangan buwwaq dimana ramai yg kurang tahu berkaitan tu, termasukla dri sy sndri.. juga kurang penceritaan berkaitan mengapa peperangan terjadi.. bg sy, sptutnya ceritakan juga sbb² mengapa terjadi peperangan utk mengelakkan salah faham terhadap nabi muhammad s.a.w.. tujuan utama sy baca buku ni utk mngenali nabi Muhammad s.a.w dgn lebih mendalam lgi.. tp sdkit kecewa :( sbb bila rmai yg ckap buku spt novel.. sy berharap yg sy boleh menghayati kisah² nabi Muhammad dgn lbih mendalam lgi.. tp sy tak dpt capai tu sbb terlalu bnyk penceritaan yg tergantung.. overall, buku ni bagus je, cuma sy sdkit kecewa sbb bila sy baca buku ni, my expectation, buku ni akan mnceritakan tentang kisah2 harian nabi, cara hidup nabi akhlak nabi dgn lbih mendalam.. kebanyakkan kisah dalam buku ni yg sy sudah tahu atau kalau sy belum tahu, tiada penerangan berkaitan dgn peristiwa tersebut.. so 4 star sbb kurang puas hati dgn cara penulisan penulis
Profile Image for Noorhayati Abdul Rahim.
21 reviews1 follower
January 26, 2022
Penerangan buku ini sangat detail bagi saya. Dari zaman Islam belum sampai, masih zaman penyembahan berhala digarap mengikut kronologi perjalanan hidup Rasulullah SAW.

MasyaAllah kisah dari satu peperangan ke peperangan yang lain dalam penyebaran agama Islam dan pemerintahan Islam sehingga kewafatan Rasulullah. Rindu.

Terasa dekat dengan Rasulullah, perjuangan mereka terdahulu suatu nikmat buat kita hari ini. Nikmat beragama Islam.

Pembacaan yang kadang buat kite leka mengikut jalan cerita/peristiwa dihadapi Rasulullah. Moga Allah izin bertemu baginda suatu hari nanti. Amiin.
Profile Image for Junaidi Yasin.
14 reviews
April 18, 2019
Biografi pertama yang saya baca. Memang sepatutnya kita membacanya sebelum mula membaca biografi-biografi lain. Muhammad Bin Abdullah. Seorang Rasulallah.
Buku ini mengisahkan sebelum kelahiran sehingga wafat. Sepanjang membaca buku ini terdapat pelbagai emosi. Namun kesedihan mula dapat dirasakan apabila Nabi Muhammad mula gering sehingga wafat. Terasa seolah kita berada didalam suasana & masuk kedalam ruangan penceritaan, namun hanya boleh memerhati tanpa boleh bersuara.
Profile Image for Faridahyunos.
144 reviews6 followers
August 29, 2020
Alhamdulillah habis juga baca. Baca slow2 sbb byk sgt kisah yg nk diambil iktibar. Banyak sgt kisah2 Nabi Muhammad SAW yg mengharukan. Bila baca pasal Nabi dan para sahabat memang hati rasa terharu, dengan para sahabat kalau Nabi sebut pasal syurga semua trus buat apa yg bole dkt kn mrk pada syurga macam mrk dh nmpk syurga tu depan mata. Sgt best buku ni dgn bahasa dan lenggok ayat yg mudah difahami.
Profile Image for Shahrizal Ide.
24 reviews
July 24, 2021
(EDISI 2011) Perjalanan dan kehidupan Junjungan Besar semasa baginda menyebarkan Islam keseluruh semenanjung arab. Banyak kisah² peperangan dan cabaran baginda. Dapat mengenali kisah sahabat² baginda yang pada mulanya menolak Islam tetapi akhirnya menjadi pejuang Islam yang terbaik. Antara buku sirah Rasulallah yang terbaik saya baca. 🌟🌟🌟🌟🌟
1 review
April 18, 2020
Sebuah buku yang memberi gambaran menyeluruh perjalanan hidup baginda s.a.w. Walaupun sedikit ringkas tetapi ianya memberi kefahaman yang cukup jelas seolah pembaca menjalani hidup bersama baginda. Kisah di akhir hidup nabi membuat pembaca menitis air mata. Betapa merinduimu baginda.
Profile Image for Hakim Said.
5 reviews1 follower
September 29, 2020
Bahasa yang mudah faham. Sangat sesuai untuk “beginner” yang baru belajar untuk mengenal Rasulullah dengan lebij mendalam. Boleh dijadikan sebagai buku sirah yang pertama untuk dibaca. Need further study and readings for more details.
Profile Image for Azlan Shah.
3 reviews
September 7, 2020
Memang terbaik, setiap orang disyorkan untuk baca. Setiap peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah diceritakan dengan terperinci.
8 reviews
March 30, 2022
Sangat bagus dan sangat penting buku ni. Bacalah buku ni untuk kita belajar dan mengetahui kehidupan Rasulullah S.A.W dan para sahabat
Profile Image for Aida Farhah.
1 review
April 10, 2023
Buku terbaik bagi yang mahu mengenali dan memahami sirah perjalanan hidup Rasulullah SAW. Penulisan dalam Bahasa Melayu yang mudah difahami.
Profile Image for nur.
2 reviews
February 29, 2024
Penulisan mudah difahami dan sesuai dibaca untuk mengisi masa lapang. Mudah untuk memahami penjelasan-penjelasan di dalam buku.❣️
Profile Image for Adrini Chia.
218 reviews
July 10, 2024
cried at some parts lol but not every hadith here is kuat which is worth noting on , still nice tho
Profile Image for Ezrin.
57 reviews
November 24, 2024
Mudah difahami. I learned a lott in this book macam macam perasaan bila baca. Terima kasih for this masterpiece❤️
Profile Image for Atiqah Ahmad.
206 reviews2 followers
March 8, 2025
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammadin, wa'ala ali sayyidina Muhammad.
Profile Image for Shu Granger.
36 reviews4 followers
April 6, 2025
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad..
Sungguh, hati ini terlalu rindu ❤️
Semoga diri ini diberikan peluang berjumpa dengan Baginda di syurgaNya.. Amin Ya Rabbi..
Profile Image for Muhammad Hasbullah.
1 review
September 2, 2023
Buku yang sangat best. Penceritaan ala² novel. Buku sirah yang pertama di luar kebiasaan yang saya pernah baca.
Displaying 1 - 30 of 50 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.