What do you think?

U-Turn Ke Jalan Lurus
Mencungkil rahsia di sebalik kitab himpunan Hadis Qudsi karangan Imam al-Ghazali, al-Mawa’iz Fil Ahadis al-Qudsiah. Buku ini menterjemahkan mutiara peninggalan Rasul itu dengan mengaitkan kisah-kisah yang menarik untuk dijadikan wake-up call kepada mereka yang kadang-kala alpa tentang agama. Kealpaan yang mengheret kita ke jalan yang ‘mungkin’ lurus tetapi sebenarnya tidak betul!
“Penulis bijak menggabungkan unsur psikologi dan budaya beragama dalam bentuk penceritaan, nukilan dan kisah serta peringatan.” - DR ROBIAH K. HAMZAH Pakar Motivasi Dan Kaunseling Keluarga.
KANDUNGAN
PRAKATA
MUKADIMAH
Mutiara 1:
Manusia yang mempunyai arah akan menguasai nasib dan gaya hidupnya.
Mutiara 2:
Untuk jadi hebat tidak perlu jadi orang lain, jadilah diri sendiri.
Mutiara 3:
Ibadah bukan beban, ia hadiah terindah daripada Tuhan.
Mutiara 4:
Tidurlah bersama kesyukuran, jangan tidur bersama kesedihan.
Mutiara 5:
Orang dungu hanya tahu setelah terkena.
Mutiara 6:
Lihat apa yang kita lihat, fikir apa yang kita fikir.
Mutiara 7:
Bukan semua yang disukai memberikan kesukaan akhirnya.
Mutiara 8:
Sabar itu lebih mudah daripada tidak bersabar.
Mutiara 9:
Jangan bertanya kepada kejahilan kerana ia akan menjawab.
Mutiara 10:
Musuh ketat bagi terbaik adalah baik.
Buat betul biar betul-betul.
Mutiara 11:
Apabila semboyan nafsu dibunyikan, bolehlah berikan ciuman dan ucapan selamat tinggal kepada sebarang kebaikan!
Mutiara 12:
Semakin menuju ke utara, selatan semakin menjauh.
Mutiara 13:
Keinginan ialah penipu dalam diri yang tidak memerlukan izin untuk masuk.
Mutiara 14:
Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali tetapi bersyukur kena selalu.
Mutiara 15:
Emas dan kerikil tidak boleh ditimbang sekali.
Mutiara 16:
Fikir kematian seperti mengaktifkan penggera jam, dengannya kita terbangun; tanpanya kita terus lena.
Mutiara 17:
Serik ialah pusingan-U terakhir untuk kembali ke jalan betul.
Mutiara 18:
Selarikan apa kita yakin, apa kita bikin.
Mutiara 19:
Ketagihan pujian ialah mukadimah kebinasaan.
Mutiara 20:
Lidah seperti sebilah pedang, sarungkanlah agar terselamat daripada hirisannya.
Mutiara 21:
Apabila semua perkara telah tewas, harapan jangan tewas !
Mutiara 22:
Semakin kita beremosi semakin akal tidak berfungsi.
Mutiara 23:
Sekali kita mahu belajar seisi dunia mahu menjadi guru.
Mutiara 24:
Sekiranya kelebihan diri seluas lautan, kerendahan hati harus selebar bumi.
Mutiara 25:
Jika hati membisik: Bolehkah aku berubah?
Katakan: Tidak! Kepada soalan itu.
Mutiara 26:
Antara lukisan dan tajuk, manakah lebih awal?
Jawapannya: Sudut Pandangan!
Mutiara 27:
Sekiranya Hamman itu baik nescaya Lembah Luxor dipenuhi masjid.
Mutiara 28:
Syukur andainya kita boleh bersyukur.
Mutiara 29:
Sekiranya seseorang bertanya mengenai harga diri, jawapannya ada pada kesetiaan.
Mutiara 30:
Apabila dua orang pahlawan menghunuskan senjata beradu,
yang bakal tewas berkata: Aku akan mati hari ini;
yang bakal menang berkata: Aku ingin mati hari ini!
Mutiara 31:
Puppet digerakkan oleh tali.
Manusia punyai tali ghaib yang menggerakkan hidup!
Mutiara 32:
Seorang pendita menuruni lembah, menakluki puncak gunung untuk menguasai hikmat, ia menemuinya di puncak faham.
Mutiara 33:
Tanya kepada fitrah, jawapannya tidak pernah menipu.
Mutiara 34:
Pada setiap butiran pasir tersembunyi hikmah.
Mutiara 35:
Kalaulah fatamorgana sememangnya air sudah tentu gurun itu lautan.
Mutiara 36:
Sebelum mendaki, pastikan terlebih dahulu tangga disandarkan ke dinding.
Mutiara 37:
Dua benda perlu bergabung untuk memperolehi hasil,
anak benih dengan tanah, perancangan dengan menuliskannya.
Mutiara 38:
Sedetik menoleh kepada Allah, baru tersedar bahawa selama- lamanya kita diperhatikan oleh kasih sayang-Nya.
Mutiara 39:
Orang yang hidup untuk memberi akan hidup dilimpahi pemberian Tuhan.
Mutiara 40:
Inginkan Tuhan adalah naluri terindah.

- GenresIslam
208 pages, Paperback
First published January 1, 2009
About the author
Zul Ramli M. Razali
4 books17 followersZul Ramli M. Razali mendapat pendidikan di University of Islamic Studies Karachi, Pakistan dalam bidang Aqidah dan Dakwah. Merupakan seorang perunding motivasi dan pengendali latihan fokus Pembangunan Karektor, Keupayaan dan Kepimpinan Insan (Character, Capability and Leadership Development: Mastering 9 Inner Dimension) di Kiffah Motivation & Training Sdn. Bhd. Berpengalaman luas dalam kerajaan dan swasta seluruh negara.
Suaranya sering berkumandang di radio IKIM.fm bagi rancangan Durul Hikmah (Tahsin As Solah: Falsafah dan Dinamika Solat) dan bicara Ad-Din, juga di Pahang.fm bagi rancangan Eksplorasi Masjid. Sering dipanggil menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM bagi membincangkan isu-isu semasa dan rancangan Al Hidayah di TV3. Beliau juga aktif menyampaikan ceramah dan forum di pejabat dan masjid sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Pahang dan Johor.

Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
November 14, 2009
Ceritanya penuh analogi, tauladan, dan bisa mengetuk pintu hati. Diselangi dengan hadis qudsi di setiap bahagian akhir setiap bab membuatkan diri bermuhasabah dengan penulisannya. Sungguh banyak kisah yang membuatkan minda berfikir dan mengetuk pintu hati. Tidak puas dibaca, semakin dibaca semakin memaksa diri merenung akan kelemahan dan kekuatan diri.
Buku ini mampu membangunkan jiwa dan insya Allah memberi motivasi ke arah satu anjakan paradigma di dalam diri seseorang individu. Kisah-kisah yang dibawa dapat memberi kesedaran dan membuatkan kita memahami bahawa dunia ini hanyalah salah satu stesen sebelum menuju ke destinasi yang sebenarnya. U-Turn ke Jalan Lurus - semoga kita berjaya mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat!
Petikan salah satu hadis qudsi di dalam buku ini yang begitu membuatkan saya merenung sedalam-dalamnya dan memuhasabah diri kembali………..
Berfirman Allah Taala yang bermaksud :
"Wahai anak Adam, Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kematian tetapi masih bergembira.
Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap hari perhitungan tetapi dia masih mengumpulkan harta.
Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kubur tetapi masih tertawa.
Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kehidupan di akhirat tetapi dia masih beristirehat.
Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap dunia dan kemusnahannya, tetapi dia masih tenang dengannya.
Aku hairan kepada mereka yang alim pada lidahnya tetapi jahil pada hatinya.
Aku hairan kepada mereka yang sibuk bersuci dengan air tetapi hatinya tidak suci
Aku hairan kepada mereka yang sibuk dengan keaiban orang lain tetapi dia lupa terhadap dirinya sendiri.
Aku hairan kepada mereka yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu mengawasinya tetapi dia masih boleh melakukan maksiat atau mereka yang mengetahui sesungguhnya dia akan mati keseorangan, akan memasuki kubur keseorangan dan akan dihitung keseorangan tetapi masih jinak bersama manusia.
Ketahuilah, tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Aku dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Ku."
[Petikan hadis qudsi, Kitab Imam al-Ghazali : al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah]
Semoga pembacaan saya selama ini dan akan datang akan lebih membuatkan saya menyedari hakikat diri sebagai hamba Allah dan ikhlas melakukan sesuatu perkara.
Allahummahdini wa saddidni…
(Ya Allah, berilah petunjuk kepadaku dan istiqamahkanlah diriku)

December 20, 2009
Pakej vitamin ini saya terima awal tahun ini dari seorang sepupu. Kami selalu bertukaran buku. Beliau membaca novel-novel saya dan saya membaca buku-buku 'self-enrichment' beliau. Setiap hari, satu dos saya ambil (baca: dengan tidak istiqamahnya). Dan baru kelmarin usai menguliti buku biru ini.
UTJL istimewa, mudah dihadam dan banyak membawa saya merenung serta menginsafi diri.
Salah satu yang akan paling saya ingati dari buku ini apabila ustaz Zul Ramli menulis: kita kagum dengan pemandu F1 yang memenangi Grand Prix memecut sekitar 320km/j.
Tapi jarang kita memberi kagum dan hormat kita pada Tuhan yang membuat bumi berputar di paksinya pada kelajuan sekata 3340km/jam dan mengorbit matahari dengan kelajuan sekata 108,000km/jam di trek yang panjangnya 'pai x 150juta km kuasa dua' atau bersamaan 22500juta km.
Apa yang ditulis begitu mencuit rasa langsung membuat saya bernostalgia zaman sekolah di mana Schumacher dan Hakkinen menjadi pujaan serta topik utama dialog dikelas bersama rakan-rakan. Analogi itu benar-benar membuat saya ketawa sendiri dan 'bertahyat akhir' (baca: terkedu insaf). Betapa pernah tidak sedarnya saya dulu akan Maha Hebatnya Tuhan.
Penulis menafikan tanggapan skeptikal saya terhadap buku-buku motivasi dengan pendekatan dan penulisan segar buku 'U-Turn ke Jalan Lurus'.
Terima kasih Tuan ZulRamli, terima kasih Dikti.
Ayuh siratul mustaqim!

October 17, 2009
motivasi diri. berdasar kisah-kisah pengajaran dari kesilapan-kesilapan yang kita lakukan.
September 15, 2010
It's absolutely great.
January 21, 2011
buku ni mmg terbaik!
May 22, 2012
MashaAllah. uhibuk haza alkitab jiddan wa khathiran.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews