Benarkah cinta andai mekarnya diadun noda? Hidup beralas nafsu dan dendam bahagianya tidak ke mana.
dania melihat insan-insan di sekelilingnya tidak ubah bak pelakon pentas hidup. Memandang Sharmine dan Zakuan menyedarkan Dania bahawa: cinta yang suatu ketika dulu dikejar dosa tiada penamatnya andai wangian keinsafan itu tidak sampai ke syurgawi Ilahi.
Saat dia ingin mencambah semangat diri, Diana saudara serahimnya pula hadir mencantas harapan. Namun tembok ketabahannya tetap utuh.
Kekeliruan bertandang saat perasaan Zahim terhadap Dania membuahkan cinta. Bagai berada di persimpangan, Dania kembali mencari dan menilai apa sebenarnya yang tersembunyi di dalam perasaan agung ciptaan Tuhan itu (cinta)...