Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sahabat-Sahabat Yang Benar #3

Bilal bin Rabah: Pengumandang Seruan Langit

Rate this book
Bilal bin Rabah lahir di daerah as-Sarah yang terletak di pinggir Kota Mekah 43 tahun sebelum hijrah. Ayahnya bernama Rabah, ibunya bernama Hamamah, seorang wanita berkulit hitam. Karena itu ada yang memanggil Bilal dengan gelaran ibnus-Sauda' (putra wanita hitam).

Bilal dibesarkan di kota Mekah sebagai seorang hamba milik keluarga Bani Abdul Dar. Setelah ayahnya meninggal dunia Bilal diserahkan kepada Umayyah bin Khalaf, seorang tokoh penting kaum Quraisy.

Bilal termasuk mereka yang awal memeluk Islam. Apabila Umaiyah mendapat tahu lalu diseksanya Bilal tanpa belas kasihan supaya kembali ke agama asal serta menjadi pengajaran kepada yang lain. Namun Bilal enggan tunduk dengan kehendak Umaiyah.

Kerana itu Bilal bin Rabah disiksa oleh Umaiyah tanpa henti. Mula-mula dipukul kemudian diarak keliling Kota Mekah. Kerana Bilal masih berdegil maka dijemur di atas pasir tanpa diberi makan dan minum. Ketika matahari tegak di atas kepala dan padang pasir panas membara Bilal dipakaikan baju besi lalu dibiarkan berjemur di bawah terik cahaya matahari. Tidak cukup dengan itu Bilal disebat dengan cemeti dan ditindih dadanya dengan batu. Namun Bilal tetap teguh imannya menghadapi penyiksaan tersebut. Umaiyah memaksa Bilal menyebut nama al Latta dan al Uzza tetapi mulut Bilal menyebut “Allah,,,Allah…Allah.”

Siksaan terhadap Bilal itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as Siddiq lalu membelinya dari Umaiyah dengan harga Sembilan uqiyah emas. Menurut Umaiyah jika Abu Bakar membelinya dengan satu uqiyah emas pun dia akan menjual hambanya itu. Munurut Abu Bakar pula jika Umaiyah menjualnya dengan harga 100 uqiyah emas pun dia sanggup membelinya.

Apabila Nabi Muhamad diberitahu mengenai perkara itu baginda memuji Abu Bakar as Siddiq dengan berkata "Kalau begitu, biarkan aku berkongsi denganmu untuk membayarnya, wahai Abu Bakar."

“Wahai Rasulullah, saya sudah pun membayarnya kepada Umaiyah dan sudah memerdekakan Bilal,” kata Abu Bakar as Siddiq pula.

Bilal bin Rabah pernah hidup pada tiga zaman iaitu zaman Jahiliyah atau zaman sebelum kedatangan Islam, Zaman Nabi Muhamad SAW pembawa risalah Allah dan Zaman Khalifah ar Rasyidin iaitu pada zaman pemerintahan Abu Bakar as Siddiq dan Umar al Khattab.

Pada zaman Jahiliyah Bilal menjadi hamba kepada Umaiyah. Pada zaman Rasulullah beliau dilantik menjadi tukang azan (Bilal). Beliau juga turut serta semua peperangan yang disertai Rasulullah SAW.

Sesudah Nabi Muhamad SAW wafat, Bilal merasakan satu kehilangan dalam kehidupannya. Kerana berasa sangat sedih menyebabkan beliau tidak mampu menyebut naman “Muhamad” dalam sebutan azan yang dilaungkannya. Akhirnya Bilal tidak sanggup lagi menjadi tukang azan.

Pada masa pemerintahan Khalifah Sayidina Abu Bakar as Siddiq, Bilal meminta izin untuk pergi berperang menentang mereka yang engkar membayar zakat dan mengaku menjadi nabi. Tetapi tidak dibenarkan oleh Abu Bakar as Siddiq kerana beliau memerlukan khidmat Bilal di Madinah.

Pada masa pemerintahan Khalifah Umar al Khattab, sekali lagi Bilal meminta izin untuk pergi berperang menentang tentera Rom. Kerana desakan yang begitu kuat daripada Bilal, akhirnya dibenarkan. Bilal membawa isterinya sama-sama pergi berjihad pada jalan Allah. Keduanya turut bersama tentera Islam menakluk Baitul Maqdis.

Semasa Bilal bin Rabah mengerjakan ibadat haji penduduk Mekah meminta beliau menetap di Kota Mekah dan menjadi tukang azan (Bilal) di Masjidil Haram. Tetapi ditolak oleh Bilal.

Apabila pulang ke Madinah Ali bin Abu Talib memujuk Bilal supaya tinggal di Madinah dan meneruskan semula khidmatnya sebagai tukang azan di Masjid Nabi. Tetapi ditolak juga oleh Bilal. Kemudian Khalifah Umar al Khattab sendiri yang memujuk Bilal namun tidak Berjaya juga. Kerana tidak sanggup berada di Madinah maka Bilal membawa isterinya berpindah ke Syam.

Penduduk Syam juga meminta Bilal menjadi tukang azan. Tetapi Bilal enggan sehingga mereka marah terhadap Bilal. Akhirnya Bilal membawa isterinya ke Damsyik.

Bilal bin Rabah meninggal dunia di Damsyik pada tahun 20 Hijrah/ 641 Masihi dan dikebumikan di Damsyik. Ketika itu beliau berumur 63 tahun.

274 pages, Paperback

First published July 20, 2009

8 people are currently reading
300 people want to read

About the author

Abdul Latip Talib

124 books287 followers
Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan.

Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005.

Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
163 (66%)
4 stars
56 (22%)
3 stars
19 (7%)
2 stars
5 (2%)
1 star
2 (<1%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for Ummu Auni.
664 reviews
August 11, 2009
Benar-benar teruja membaca kisah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang diangkat martabatnya dari seorang hamba kepada antara mereka yang dijanjikan syurga. Sungguh terusik perasaan membaca liku-liku kehidupan Bilal yang dilahirkan dan dibesarkan sebagai seorang hamba. Dalam menelusuri kehidupan Bilal, baru saya tahu Bilal mempunyai seorang abang bernama Sahib yang telah dijual kepada keluarga yang kaya, dan Sahib dipelihara mereka seperti anak angkat kerana mereka tidak mempunyai anak. Mereka terputus hubungan selama bertahun-tahun sebelum bertemu kembali. Sahib sentiasa mencari Bilal walaupun dilimpahi kesenangan. Ibarat air dicincang tidakkan putus, begitulah hubungan Sahib & Bilal.

Bilal adalah salah seorang golongan awal yang memeluk Islam. Walaupun diseksa oleh tuannya, Umayyah bin khalah, Bilal tetap redha dan berpegang teguh kepada ajaran Islam. Bilal, walaupun berkulit hitam, merupakan antara mereka yang dijanjikan syurga. Beliau dilantik oleh Nabi Muhammad saw untuk menjadi tukang azan/muazzin. Suara Bilal yang merdu dan gemersik, dirindui oleh penduduk Madinah taktala Rasulullah saw meninggal dunia. Bilal tidak mampu melaungkan azan ketika rasulullah saw meninggal dunia. Malahan Bilal menarik diri menjadi tukang azan kerana beliau sentiasa menangis mengenangkan bagina wafat. Bayangkan setiap waktu solat, terutamanya Subuh, Bilal akan berjalan ke masjid, singgah di rumah Rasulullah saw, dan berjalan beriringan dengan Rasulullah saw ke masjid, maka apabila Rasulullah saw meninggal, Bilal menangis di hadapan pintu rumah Rasulullah saw ketika dalam perjalanan ke masjid.

Sungguh tinggi kecintaan Bilal terhadap Rasulullah saw. Subhanallah
Profile Image for Nor.
Author 9 books106 followers
October 26, 2010
Dibandingkan dengan ujian yang Bilal hadapi, apa sangatlah ujian yang kita perlu tempuhi. Sedikit sangat jika dibandingkan. Agaknya iman kita bukan setakat senipis kulit bawang, malah lebih nipis dari itu.

Menginsafkan, apatah lagi buku ini saya baca ketika dalam keadaan kurang sihat. Layakkan saya untuk mendapat syafaat Nabi?
6 reviews
September 20, 2010
Kisah yg sangat menarik dan begitu menyentuh hati. Cara penulis menggambarkan kesedihan hati Bilal bin Rabah apabila wafatnya Nabi Muhammad S.A.W benar2 menyentuh hati sehingga mampu menitiskan air mata.
Profile Image for Farahwahida adnan.
10 reviews4 followers
November 11, 2009
sangat bagus and saya menangis bile baca buku ni...insaf rasa nyer.. part paling best bile bilal al rabah pegi perang tetapi tentera islam telah dibantu oleh para malaikat
39 reviews2 followers
October 15, 2020
Buku ni aku beli dalam tahun 2018, di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. First time ke sana! Sambil membeli buku ni, dapatlah autograf dan bergambar dengan penulisnya.

Kisah Bilal bin Rabah, siapa tak tahu, kan? Bagaimana dia diseksa hanya kerana telah menyatakan keimanannya kepada Allah SWT dan Rasulullah s.a.w. Kemudiannya beliau dilantik menjadi Tukang Azan dan kerana itulah sesiapa yang mengundangkan azan sekarang ni dipanggil "Bilal" (Tok Bilal).

Aku pun sebenarnya tahu kisah Bilal hanya setakat itu sahaja. Sehinggalah aku membaca buku ini.
Start membaca semalam petang. Pagi ni dah habis kubaca sebanyak 249 halaman dek kerana tertarik dengan kisah Bilal ni. Tragis rupanya kisah Bilal bin Rabah yang dilahirkan di dalam keluarga hamba (sebenarnya, keluarganya tertipu lalu dijual menjadi hamba).

Buku ini mengisahkan tentang hidup Bilal bin Rabah sejak kecil. Hingga dia kematian kedua-dua orang tuanya ketika dia masih kecil dan abangnya pula dijual ke Yaman. Buku ini juga mengisahkan tentang alamat yang diterima oleh ibunya tentang seorang lelaki yang akan menyelamatkan mereka dari perhambaan. Malah, kemudiannya beliau sendiri didatangi oleh seorang tua mengenai orang yang akan menyelamatkannya dari perhambaan.

Apabila beliau diselamatkan oleh Abu Bakar as-Siddiq r.a., taat setianya yang tidak berbelah-bahagi dicurahkan kepada Rasulullah s.a.w. sebagai pembantu peribadi Baginda. Buku ini menceritakan betapa kasihnya Bilal kepada Rasulullah s.a.w. sejak sebelum dia bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dan apabila Baginda wafat, Bilal tidak mahu lagi mengundangkan azan kerana terlalu sedih.
Cuma satu perkara yang aku dapati tidak dikisahkan dalam buku ini, iaitu bagaimana Rasulullah s.a.w. mendengar bunyi tapak kasut Bilal di syurga. Itu tidak ditulis.

Pengajaran yang boleh didapati dari buku ini ialah, kemuliaan seseorang bukanlah dari kekayaannya dan kedudukannya. Seorang yang kaya-raya dan berkedudukan tinggi dalam masyarakat boleh saja menjadi orang yang dilaknati Allah SWT, seperti Abu Lahab.
Manakala seorang hamba abdi pula boleh saja menjadi orang yang mendapat tempat terpuji di dalam syurga.

Maka sebaiknya, janganlah kita merendah-rendahkan orang lain dan jangan juga kita menyanjung tinggi seseorang hanya kerana harta-benda dan kedudukannya. Kita muliakan orang (sesiapa sahaja mereka) kerana keimanan dan ketakwaannya kepada Allah SWT serta kasih dan sayangnya kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
100 reviews2 followers
Read
March 17, 2022
Agak tidak seronok pula baca bila terjumpa hadis palsu yang dijadikan ayat Rasulullah dalam cerita ini ketika Bilal ada sedikit perselisihan dgn isterinya.Tetapi keseluruhan masih berbaloi dibaca tetapi perlu dapatkan lebih rujukan supaya dapat memahami dengan lebih baik.Ingat ini adalah novel bukan buku biografi.

https://www.astroawani.com/berita-mal...
Profile Image for Tiya Rashid.
7 reviews
September 15, 2022
Buku pertama karya Pak Latip yang saya baca. Dari buku ini lah saya terus menjadi peminat setia beliau.

Gambaran, penceritaan yang sangat baik. Terus sampai ke hati pembaca.

Buku bahasa melayu pertama yang buatkan saya menangis teresak-esak.

Teruskan berkarya dan jaga kesihatan ye pak latip.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
May 18, 2023
Buku ini baik pengisiannya dan baik cara diceritakan. Namun, saya diselubungi resah dan dihujani persoalan. Ianya adalah mainan Iblis untuk memesongkan kepercayaan saya.
1 review
February 17, 2024
saya ingin mengetahui lebih dalam kisah bilal bin rabbah
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for beloved wit.
119 reviews11 followers
January 4, 2016
Bilal dibesarkan di Kota Mekah sebagai seorang hamba milik keluarga Bani Abdul Dar. Selepas ayahnya meninggal dunia, bilal diserahkan kepada Umayyah bin Khalaf, seorang tokoh penting kaum Quraisy.
Bilal termasuk dalam kalangan mereka yang awal memeluk Islam. Apabila Umaiyah mendapat tahu, dia menyeksa bilal tanpa belas kasihan supaya kembali ke agama asal serta menjadi pengajaran kepada yang lain. Namun, Bilal enggan tunduk dengan kehendak Umaiyah.
Bilal bin Rabah diseksa oleh Umaiyah tanpa henti. Mula - mula dia dipukul, kemudian diarak keliling Kota Mekah. Kerana Bilal masih berdegil, dia dijemur di atas pasir tanpa diberi makan dan minum. Ketika matahari tegak di atas kepala, dan padang pasir panas membara, Bilal dipakaikan baju besi lalu dibiarkan berjemur di bawah terik cahaya matahari. Tidak cukup dengan itu, Bilal disebat dengan cemeti dan dadanya ditindih dengan batu. Namun, iman Bilal tetap teguh menghadapi penyeksaan itu. Umaiyah memaksa Bilal menyebut nama al - Latta dan al - Uzza tetapi mulut Bilal hanya menyebut, "ALLAH... ALLAH... ALLAH..."
Seksaan pada Bilal itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as - Siddiq, lalu membelinya daripada Umaiyah dengan harga sembilan uqiyah emas. Menurut Umaiyah, jika Abu Bakar membelinya dengan satu uqiyah emas pun dia akan menjual hambanya itu. Menurut Abu Bakar pula, jika Umaiyah menjualnya dengan harga 100 uqiyah emas pun dia sanggup membelinya.
Apabila Nabi Muhammad diberitahu mengenai perkara itu, nabi memuji Abu Bakar as - Siddiq dengan berkata, "Sekiranya begitu, biarkan aku berkongsi denganmu bagi membayarnya, wahai Abu Bakar."
"Wahai Rasulullah, saya sudah pun membayarnya kepada Umaiyah dan sudah memerdekakan Bilal," kata Abu Bakar as- Siddiq pula.
Bilal bin Rabah pernah Hidup pada tiga zaman, iaitu zaman jahiliah sebelum kedatangan Islam, zaman Nabi Muhammad pembawa risalah ALLAH dan zaman Khalifah ar - Rasyidin iaitu pada zaman pemerintahan Abu Bakar as - Siddiq dan Umar al - Khattab.
Pada zaman jahiliah, Bilal menjadi hamba kepada Umaiyah. Pada zaman Rasulullah pula beliau dilantik menjadi tukang azan. Beliau juga turut serta dalam semua peperangan yang disertai Rasulullah.
Sesudah Nabi Muhammad wafat, Bilal merasakan satu kehilangan dalam kehidupannya. Kerana berasa sangat sedih, beliau tidak mampu menyebut nama Muhammad dalam sebutan azan yang dilaungkannya. Akhirnya, Bilal tidak sanggup lagi menjadi tukang azan.
Pada masa pemerintahan Khalifah Saidinah Abu Bakar as - Siddiq, Bilal meminta izin pergi berperang menentang mereka yang ingkar membayar zakat dan mengaku menjadi nabi. Tetapi tidak dibenarkan oleh Abu Bakar as - Siddiq kerana beliau memerlukan khidmat Bilal di Madinah.
Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al - Khattab, Bilal sekali lagi meminta izin pergi berperang menentang tentera Rom. Kerana desakan yang begitu kuat daripada Bilal, akhirnya dia diizinkan pergi. Bilal membawa isterinya sama - sama pergi berjihad pada jalan ALLAH. Kedua - duanya turut bersama tentera Islam menakluk Baitulmuqaddis.
Semasa Bilal bin Rabah mengerjakan ibadat haji, penduduk Mekah meminta beliau menetap di Kota Mekah dan menjadi tukang azan di Masjidil Haram. Tetapi Bilal menolak.
Apabila pulang ke Madinah, Ali bin Abu Talib memujuk Bilal supaya tinggal di Madinah dan meneruskan semula khidmatnya sebagai tukang azan di Masjid Nabi. Tetapi sekali lagi menolak. Kemudian, Khalifah Umar al - Khattab sendiri yang memujuk Bilal, namun tetap tidak berjaya. Kerana tidak sanggup berada di Madinah, Bilal membawa isterinya berpindah ke Syam.
Penduduk Syam juga meminta Bilal menjadi tukang azan. Tetapi Bilal enggan hingga mereka marah pada Bilal. Akhirnya, Bilal membawa isterinya ke Damsyik.
Bilal bin Rabah meniggal dunia di Damsyik pada tahun 20 Hijrah iaitu pada 641 Masihi dan dikebumikan di Damsyik. Ketika itu beliau berumur 63 tahun.
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.