Kepada penuntut ilmu yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi terutamanya PhD, buku ini ditulis untuk anda!
Buku bernada ringkas dan santai ini menceritakan pengalaman penulis dan rakan-rakan yang menempuhi alam PhD. Pengalaman manis pelajar PhD sepanjang pengajian dipaparkan untuk memberikan gambaran sebenar dunia pengajian tingkat tertinggi ini, di samping selitan kisah-kisah kurang manis segelintir pelajar yang terkandas atau melalui perjalanan cukup getir. Semua ini disampaikan bukan bertujuan untuk merisaukan bakal pelajar PhD, namun semata-mata menjadi panduan selain memotivasikan mereka untuk mellihat realiti dan tidak sekali-kali berputus asa dalam menggapai gelaran Dr.
Petua-petua dan strategi penting diberikan dalam memudahkan proses menyudahkan PhD dengan mudah dan bergaya. Bayangkan penulis mampu menghabiskan pengajian PhD dalam tempoh yang singkat; menyiapkan draf penuh tesis dalam masa 24 bulan dan lulus viva genap 32 bulan! sebuah rekod cemerlang bagi fakulti perakaunan di UiTM.
Bab ‘misteri seorang penyelia’ agak menarik dan sesekali melucukan. Dengan karakter yang berbeza-beza, penyelialah yang selalu menjadi buah mulut kepada kejayaan atau kegagalan seseorang pelajar PhD. Penulis berpendapat pelajar sendiri yang memainkan peranan secara berstrategi untuk mendekati dan mengambil hati penyelia.
Pengalaman berkaitan gelaran Dr dikongsikan dalam penulisan ini, selain memberi contoh-contoh kurang enak tentang pemegang PhD yang obses dengan gelarannya, sehingga ada orang yang dimarahi semata-mata tidak memanggilnya ‘Dr’. Mungkin pesanan oleh Prof. Dr Stuart McLeay (penyelia kepada penulis) wajar dihayati:
‘Mereka yang berkelulusan PhD hanya kekal berilmu pengetahuan untuk setahun sahaja. Selepas itu PhD mereka hanyalah sekeping kertas lapuk, usang dan tidak bererti kecualilah mereka meneruskan kerja-kerja penyelidikan dan akademik yang lain’.
As published in Value Relevance of Accounting Numbers (2005)
Muhd Kamil Ibrahim was born on May 19, 1964 at Kampong Bintang, Besut, Terengganu. Universiti Teknologi MARA has conferred him a Professorship in Accounting at the age of 39. He completed his primary education in five years, instead of six; as best student. Subsequently, he was offered to go to three elite residential school; Sekolah Menengah Sains Terengganu, Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh and Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Bharu.
He chose the latest because he was amazed with the uniqueness of its Minangkabau roof! Furthermore, MRSM does not practice school uniform; that made his life easier. In MRSM, he was elected as the committee member of Students’ Union (JPP) and hostel captain. He active in sports and had won the best debater title for the whole MRSM.
He received his Diploma and Bacc (Hons) from Universiti Teknologi MARA, his Macc degree from the University of Dundee, Scotland, and PhD from University of Wales, Bangor. He completed his Diploma as a group best student, and second best student for his first degree. His Masters’degree was completed one month ahead the schedule and his PhD was within 32 months, such a record for the Faculty of Accountancy.
He is also an associate member of Malaysian Institute of Accountants (MIA) and an academic member of Association of International Accountants (AIA).
He has been with UiTM since 1988. He had serviced UiTM Sarawak, Johor and Shah Alam. His main job scope is lecturing, but he had, so far, hold 11 academic administrator posts in his 17 years service in UiTM. Previously - among others - he was the Head of Education Development Center, Deputy Director (Academic Affairs), UiTM Johor, Program Head for Diploma in Accountancy, Head of Center for Continuing Education, Dean of Faculty of Sports Science and Recreation and special officer to Vice-Chancellor.
Muhd Kamil is also a prolific, talented and multidiscipline writer. His articles and writings cover motivational, accounting, environment and various current issues has totaled to more than 400. They have been published in mainstream media like Utusan Malaysia, Berita Harian, Dewan Ekonomi, Dataniaga, Massa and Dewan Masyarakat. He was also a guest writer for Utusan Sarawak and Dataniaga and became the main contributor to Dewan Ekonomi from 1994-1996. He has written books specifically for students and youths such as Motivasi Minda Pelajar (1995), Kecemerlangan Remaja (1996) and Pelajar Cemerlang (1996).
Besides that, he also wrote Gelagat Pengurus Korporat (1996). His book: Ibrahim Shah: Menyingkap Pengurusan Universiti was launched by the DYMM Sultan Selangor in December 2003. Then, he launched a book titled Financial Reporting in Malaysia: Some Empirical Evidence in June 2004. His most recent books include PhD kecil tapi signifikan and Value-Relevance of Accounting Numbers in Malaysia. He is the inaugural recipient of the “The Best Academic and Creative Writing”; award from his faculty and The Best Overall Writer (Single) from Pusat Penerbitan Universiti (UPENA),
Muhd Kamil is also the founder and Head of the UiTM-ACCA Financial Reporting Research Centre (UiTM-ACCA FRRC). Through this center, he has done more than 25 researches in his specialized area for the past five years. His research articles appear in journals, including Asian Accounting Review, Malaysian Accounting Review, Capital Market Review, National Journal of Accounting Research, Journal of Accounting-Business Management and Malaysian Journal of Distance Education. One of his research article was published as a chapter in Contemporary Studies in Economic and Financial Analysis, 86.
Professor Muhd Kamil’s research explores accounting issues concerning financial reporting, value-relevance of accounting numbers, fair value of accounting, re-engineering of income, corporate governance, accounting for goodwill and accounting education. His research Role of Accoun
Aspek terbaik buku ini ialah judulnya, yang pada saya sangat 'humble'. Sayang sekali, rekaan kulit hadapan langsung tidak menarik (walaupun saya faham konsep di sebalik koleksi foto yang terpamer). Pendek kata, 'Rekaan Buruk Tapi Signifikan'.
Gaya bahasa kemas dan formal diselangi humor bertempat tambah menyerikan topik yang barangkali membosankan pembaca am. Dari segi isi, kebanyakan anekdot serta isu berkaitan PhD yang dibicarakan pernah didengari sebelum ini. Namun, seperti yang ditekankan sepanjang buku, 'someone needs to compile it all up'. Atas usaha-usaha ini, tahniah dan terima kasih diucapkan kepada penulis.
Semakin saya faham betapa sukarnya seseorang itu menggapai PhD, suatu topik yang saya mula minat usai membaca Ulu Yam di Liverpool serta Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman.
Dah lama saya berhasrat nak buat review buku ni.. Buku ini saya beli semasa hari pendaftaran sebagai pelajar beberapa tahun dahulu.. Ia penerbitan UPENA UiTM...
Ia menjadi sahabat baik sepanjang saya menyiapkan kerja2 PhD.. Di masa2 semangat kian luntur, buku ini saya belek kembali dan menyelak helaian penting untuk mengutip semangat untuk kembali meneruskan perjalanan PhD...
Penulisannya sangat santai dan tiada fakta2 yang bersifat akademik dan saintifik yang bisa membuatkan kita "permanent head damage = PHD"...
Kisah2 benar di sebalik kejayaan peribadi penulis dan mereka yang sudah bergelar "Dr PhD" benar2 memberi kesan yang signifikan untuk membantu mereka2 yang bakal menjadi "Dr PHD" juga... Sebagai pembaca, saya tidak mahukan perkongsian bersifat fakta yang lebih general dan besar skopnya, tapi ia perlu kepada pengalaman sebenar kerana setiap orang mempunyai perjalanan PhD yang berbeza.. Pada sesetengah helaian, ada masanya saya mengangguk sendirian, mengiyakan setiap penulisan Prof.. Benar, hanya orang2 yang telah melalui PhD itu dapat memahami kesukarannya..
Buku ini sangat kecil (112 pages), tapi cukup signifikan! Sesuai benar dengan tajuknya.. Dibahagikan kepada beberapa bab yang sangat bersesuaian: Bab 1: Mereka yang menyumbang - lebih kepada acknowledgement di dalam thesis, menghargai setiap orang yang telah membantu, directly & indirectly. Bab 2: Congratulation Dr Ibrahim - sangat bersesuaian berada di awal2 penceritaan kerana ia seolah2 penyuntik semangat sebelum ke fasa yang lebih serius! Dalam hati ada suatu perasaan mula menjalar 'kalu Prof boleh, mengapa tidak saya?!'... Bab 3: Keinginan dan ketakutan - ini bab yang lebih serius dan saya yakin semua orang merasainya... Ia seolah2 fasa naik turun naik turun yang tak pernah berhenti sehinggalah ia berakhir sebaik menerima scroll! Bab 4: Misteri seorang penyelia - siapapun penyelia kita, perlu sentiasa membina hubungan yang baik dengan mereka.. Bab 5: Berkawan biar seribu - saya sangat bersetuju dengan ini.. Perlu bina networking yang sangat besar, kerana ia amat membantu dalam proses menyiapkan kerja2 PhD.. Bab 6: Pemeriksa luar dan viva - ini yang sedang saya baca dan belek setiap hari.. Menunggu viva dengan penuh debaran! Bab 7: Anda Dr PhD? - ia bersifat peringatan apabila penulis mengingatkan tentang jangan terlalu angkuh dengan title Dr itu.. Ada sesetengah mereka yg sangat taksub dengan gelaran! Bab 8: Penyelidikan dan sanjungan.
Beberapa hari lepas, saya selak semula buku ini.. mencari semangat semula untuk menghadapi thesis defence.. Setelah 7bulan menanti selepas thesis submission, terasa sangat kabur apabila penantian masih belum berakhir.. Menanti tarikh viva yg tak kunjung tiba benar2 menakutkan.. Hampir2 merasa 'dah habis gas!'...
Saya mahu menyahut seruan penulis, Prof Kamil untuk menulis seuatu selepas tamat membaca buku ini "Saya seronok membaca buku ini dan mendapat manfaat, banyak membantu menaikkan motivasi saya sepanjang belajar! Terima kasih Prof!"
Apa kaitan 'kecil' dengan PhD? Penulis mahu berkongsi bahawa rezeki PhD (juga rezeki yang lain) tu boleh terletak kepada benda-benda kecil. Perkara 'kecil' itu termasuklah bersedia membantu teman seperjuangan dalam pengajian. Tak usah lokek ilmu. Kedekut. Apa lagi kalau ada hasad dengan rasa hati agar kawan kita itu tak faham dan tidak mempunyai prestasi cemerlang dalam pengajian.
Perkara 'kecil' kedua yang saya faham adalah rasa hormat kepada pensyarah terutama penyelia. Usah sekali-kali bercakap belakang apa lagi mengutuk dan mengecam penyelia sewaktu di di dalam dan di luar media sosial. Adab dengan guru mesti dipelihara demi keberkatan ilmu. Adab dengan guru tidak mengenal kaum dan agama. Sekalipun bukan Islam, penyelia wajib dihormati dengan ilmu dan hikmahnya.