Allah menghendaki kemudahan pada kamu dan tidak mahu kesukaran ke atas dirimu (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Penulis menghuraikan permasalahan ini berserta contoh dan membicarakan pelbagai perkara lain lagi berkenaan kesesuaian hukum mengikut waktu dan keadaan setempat. Buku ini membuka dimensi baru bagi umat Islam dalam kehidupan kontemporari dan memberikan alternatif mudah bagi mengamalkan Islam di mana sahaja. Bentuk penyampaiannya yang bersahaja dan ringan tidak seperti buku-buku fikah tradisional yang lain.
Isi Kandungan
Pendahuluan: Dasar-Dasar Fikah Luar Negara Mukaddimah Empat Faedah Membaca Buku Ini Babi Susahkan Kehidupan Muslim Fikah Semasa Bermusafir Udara (1): Mengapa Tidak Menyapu Khuf? Fikah Semasa Bermusafir Udara (2): Bolehkah Menyapu Stoking dan Kasut? Rukhsah Jamak Solat yang Dipinggirkan Fikah Qasar Solat 1 Fikah Qasar Solat 2: Persoalan Berkaitan Qasar Bilangan Sah Solat Jumaat Khutbah yang Efektif Imam Wanita bagi Solat Jumaat Pakaian Lelaki Islam Pakaian Wanita Islam Hukum Bertindik dan Bertatu Kewajipan Menyampaikan Islam Saya Pilih Koshe Mencari Hari Kekasihku Mereka yang Rugi dan Mereka yang Untung pada Tahun Baru
Penutup Biodata Penulis Bibliografi
Buku ini sesuai dijadikan panduan dan menjadi rakan setia bagi umat Islam yang ingin bermusafir dan juga bermastautin di luar negara. Dengan mengambil kira pendapat-pendapat ulama dan pendapat mazhab-mazhab lain disertai dengan dalil dan perbincangan, penulis mengharapkan supaya buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh segenap lapisan masyarakat.
Prof Dr. Maszlee bin Malik is a Malaysian politician who served as the Minister of Education in the Pakatan Harapan (PH) administration under former Prime Minister Mahathir Mohamad from May 2018 to his resignation in January 2020. He has served as the Member of Parliament (MP) for Simpang Renggam since May 2018 until November 2022. He was a member of Malaysian United Indigenous Party (BERSATU) from March 2018 to his membership termination in May 2020 and became an independent MP until November 2021. In 27 November 2021 he joined Parti Keadilan Rakyat. He was elected with the highest votes to the Parti Keadilan Rakyat Central Leadership Council (Majlis Perwakilan Pusat/ MPP) in August 2022. However, he lost in the Malaysian 15th General election in November 2022, and decided to return to the academia world by joining University of Cyberjaya (UoC) as a Professor at the Faculty of Psychology and Social Sciences in March 2023.
Prior to his political life, Maszlee taught at the International Islamic University Malaysia from 2000 to 2018. He was also actively involved in volunteering works. He was the advisor of few NGOs for children with special needs.
Maszlee believes that education should be inclusive and empowering. As a minister, Maszlee introduced student-oriented system to primary schools to replace a formerly exam-oriented structure. He had also made reforms to mitigate teacher's clerical burden, empowered technical and vocational education on the tertiary level and amended restrictive law which had previously suppressed students’ freedom of speech in universities and colleges.His time in academia did not encase him in the proverbial academic ivory tower, exemplified through his commitment to helping students remain globally competitive in an era of vast technological change and globalization. Recognizing that vocational education is essential in transforming Malaysia from a nation of consumers to a nation of producers, he formed a national steering committee to expand TVET collaborations with industry stakeholders alongside increasing access to polytechnics and community colleges. Maszlee was also known of his promotion of STEM education and in in calculating AI, Big Data and Data analysis in education through the formation of Big data committee at The Ministry of Education during his term. He was also known of his bold decision to use Google Classroom (GC) as the sole Learning Management System for all schools throughout the nation. This decision has saved the learning process of Malaysian students during the MCO (lockdown) amid Covid-19 pandemic.
Maszlee believes that nobody should be left behind, and that every child deserves an equal opportunity in education. To that end, he has pioneered efforts to improve the access and quality of education for marginalized and disadvantaged communities. He has increased access for nearly 5,000 students from low- income communities in fully sponsored state boarding schools, and is working towards providing free meals to disadvantaged students nationwide. He has introduced the Zero Reject Policy, which ensures that stateless children have access to the national schooling system.
In 2018 Maszlee ventured into politics. Aside from his position as a parliamentarian member and a minister, he currently holds various positions, including: • President of Southeast Asia Minister of Education Organization Council (SEAMEO) • President of Malaysia National Commission for UNESCO (MNCU) • Head of the Council of Boy Scouts Malaysia • Chairman of Tunku Abdul Rahman Board of Trustees • President of International Islamic University Malaysia
Maszlee was the chair for Malaysian Parliament Select Committee on Education (2021-2022), as well as the head of Pakatan Harapan special committee for education (2021-2023), and was appointed as the Deputy Chairman for Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)/ Selangor Public Library since Dec 2021. Maszlee
Buku ringkas yang membincangkan bab fikah. Menariknya, anda perlu fikiran yang terbuka untuk menerima pendapat yang rajih. Sesuai untuk mereka yang selalu bermusafir, ada juga menyentuh bab khutbah jumaat, ulasan tentang Amina Wadud menjadi imam solat jumaat, sambutan hari kekasih. Yang benar-benar membuatkan saya tertarik adalah penyediaan koshe oleh orang Yahudi dan penjelasan tentang ahli kitab. Buku ini agak ringkas, mungkin tidak mahu bercerita secara panjang lebar, bimbang akan mengusutkan minda sesetengah yang membacanya. Namun, perlu diingatkan, buku ini perlu ditekuni dengan kitab-kitab lain seperti Halal & Haram dalam Islam (Dr Yusuf Qardhawi), Fiqh Perundangan Islam (Dr Wahbah Zuhaily)
Buku ini merupakan buku penting kepada saya yang sesekali mengembara ke luar negara. Penyampaiannya mudah, ringkas, santai dan juga humor. Namun tetap berpaksi kepada sumber Al-Quran dan hadis. Terima kasih kepada penulis yang berusaha menyebarkan ilmu pengetahuan dalam bentuk bacaan seumpama ini. Wajib dibaca kepada para backpackers dan kepada insan yang ingin mengetahui keringanan dalam beribadat semasa bermusafir. Buku yang dicadangkan dibaca.
Dr Maszlee tak pernah lekang dengan sense of humour nya. haha.
Diselitkan disini part humour:
"Pendapat Imam Shafie yang mengatakan bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan membatalkan wuduk. Pendapat ini tidak relevan bagi mereka yang bertawaf di Baitullah. Agak mustahil bagi seseorang mengelak diri daripada bersentuhan pada waktu itu kecuali mereka berupaya terbang atau terapung-apung di udara sewaktu bertawaf."
Komentar 1:
Walaupun hanya sebuah buku kecil yang secara ringkas membicarakan perihal permasalahan fekah, buku ini hakikatnya merupakan satu seruan kepada ummah nusantara khususnya untuk membebaskan diri dari budaya taklid serta rigid dan jumud dalam beragama. Agama didasarkan dengan dalil dan hujah, dan dituruti darinya mana yang lebih kuat penghujahannya bukan hanya kerna ia datang dari imam-imam tertentu.
Sungguh benar Islam itu mudah. Tidak hairan Ibn Ashur, ulama' maqasid Tunis berulang-berulang quote ayat Quran 2:185 dan 22:78 dalam bukunya Treatise on Maqasid Shariah, serta beliau mengangkat aspek 'memudahkan' adalah dari objektif utama shariah. Pembebasan diri dari taklid dan memulai rasional penghujahan adalah langkah pertama untuk membebaskan masyarakat dari kesusahan dek kerana terikat (binding) dengan sesetengah pendapat-pendapat imam yang terkadang tidak kena konteks dan menyukarkan.
Komentar 2:
Pernah suatu ketika khutbah di universiti, kebetulan hari itu Valentine's Day. Khatib kemudian memulakan khutbah dengan berbicara tentang konsep Valentine's Day. Subhanallah to my surprise the khutbah is so twisted that akhirnya khatib eloquently addressed the topic of Love for the Prophet. After tamat khutbah seorang kawan approach khatib dan mengatakan dia sungguh risau bilamana khatib mula berucap, yang dia akan berakhir dengan khutbah tentang haram disana-sini didalam Valentine's Day sepertimana kebiasaan yang dilakukan di masjid-masjid. Itu haram, ini haram.
Without any doubts konsep Valentine's Day terlalu penuh dengan falsafah cinta2 yang salah tetapi mengambil kesempatan ini untuk menyedarkan masyarakat ttg falsafah cinta yang sebenar lebih bermakna dari sekadar melemparkan sisi2 haram Valentine's Day kepada audiens.
Inilah yang dilakukan pengarang tika mana membicarakan topik Valentine's Day dan sambutan tahun baru. Instead of throwing all this haram things, pengarang directed the reader attention to his philosophy of love. Bahawa cinta adalah mengenai pengorbanan yang dibalas pengorbanan. And the ultimatum is that Allah should be in the pinnacle of our love. Tentang tahun baru, pengarang menimbulkan pula persoalan siapa untung dan siapa rugi ditahun baru dan konsep masa. Dengan ini pembaca dapat membuat keputusan terarah yang lebih teliti hasil dari pertimbagan rasional seterusnya bergerak menuju supaya tergolong dalam golongan yang mendapat keuntungan!
Agama itu mudah tetapi kita tidak boleh bermudah-mudah dengannya. Diterimanya dengan pendalilan dan hujah.
Sebuah buku yang sangat bermanfaat buat mereka yang gemar melancong ataupun yang melanjutkan pelajaran ke luar negara, terutamanya di negara-negara bukan Islam. Penjelasan yang diberikan disertakan dalil dan mudah difahami. Penulis banyak menyentuh isu yang sememangnya hangat dibincangkan apabila berada di luar negara.