Jump to ratings and reviews
Rate this book

Adults learning

Rate this book
Revised and updated throughout, this fifth edition uses examples and case studies to unravel the myths about teaching adults and to highlight the rewards of an often complex task.

296 pages, Paperback

First published January 1, 2007

3 people are currently reading
41 people want to read

About the author

Jenny Rogers

42 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (29%)
4 stars
12 (50%)
3 stars
3 (12%)
2 stars
2 (8%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Zulkifli Khair.
Author 21 books30 followers
June 21, 2025
Bab 1 hingga 4 lebih kepada memahami audiens iaitu orang dewasa sbg individu dan kumpulan. Ini antara lain menerusi ‘learning style’ oleh Honey & Mumford yang hakikatnya berdasarkan kerangka kitaran pembelajaran berasaskan pengalaman oleh David Kolb.

Penting untuk buat ‘ice breaking’ dan sebelum itu mesti datang lebih awal, dapatkan info kasar tentang demografi umum audiens dan sebagainya. Penulis siap sediakan skrip yang sesuai untuk perkenalkan diri malah terdapat beberapa contoh cadangan ‘ice breaking’.

Maklum balas yang berkualiti juga penting buat audiens dewasa dan ‘otai’, berasakan prinsip positif untuk bantu bangunkan prestasi bukan kritik dengan gaya sarkastik misalnya. Grup atau kumpulan pula boleh difahami menerusi model pasukan era 60-an oleh Tuckman.

Dalam bab-bab seterusnya adalah berkaitan prinsip dan kaedah pengendalian latihan atau kelas. Ini termasuklah pembelajaran aktif, PBL, main peranan, simulasi dan pembelajaran teradun. Bab ‘COACHING’ tentunya ada memandangkan penulis merupakan ‘coach’ yang berpengalaman (bab ‘mentoring’ tak pula ditemui).

Tambahan pula Jenny telah hasilkan buku khusus tentang ‘coaching’ seperti ‘Coaching Skills: The Definitive Guide to being a Coach’ yang dianggap sebagai ‘Bible’ buat sebahagian ‘coach’ di Barat.
Beliau penerima Henley Business School Award pada 2019 dalam bidang ‘coaching’.

Seterusnya, muncul pula karya-karya susulan seperti ‘Coaching stories, Are You Listening?’ dan ‘Coaching – What Really Works’. Laman web beliau boleh dilawati di https://jennyrogerscoaching.com/.

Dalam bab ‘coaching’ ada takrifan dan justifikasi sesuatu keadaan wajar dibuat sesi ‘coaching’. Ada 4 kes studi ‘coaching’ yang wajar jadi rujukan lantaran ia datang daripada pakar rujuk dan guru ‘coaching’.

2 Bab terakhir berbicara tentang reka bentuk dan penilaian latihan. Dicadangkan dibuat perincian aktiviti dan kaedah perlaksanaan mengikut masa yang ditetapkan. Model Kirkpatrick sebagaimana yang dijangka digunakan sebagai asas penilaian latihan.

Kerangka dan pendekatan buku ini jauh berbeza berbanding buku ‘Learning in Adulthood’ oleh Sharan Merriam dan rakan-rakan. Buku ini lebih santai dan praktikal buat perunding latihan dan mereka yang terlibat dengan pengendalian kelas dewasa, sementara yang satu lagi lebih bersifat konseptual dan teoritikal.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.