Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rahsia Ummi

Rate this book
Sharifah Aini; namanya diambil daripada biduanita negara yang begitu disanjungi oleh umminya: Faizah. Syed Hasan; majikan danbapa kekasihnya turut meminati bintang seni suara yang sama. Ada misteri di sebalik namanya, tetapi ummi merahsiakan. Dia bingung; masakan seorang syarifah berbapakan seorang lelaki yang bukan syed? Apakah ada cinta terlarang dan terhalang yang dirahsiakan daripadanya?

248 pages, Paperback

First published January 1, 2003

2 people are currently reading
79 people want to read

About the author

Faisal Tehrani

77 books589 followers
Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.

Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2.

Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
35 (22%)
4 stars
41 (26%)
3 stars
58 (36%)
2 stars
18 (11%)
1 star
5 (3%)
Displaying 1 - 27 of 27 reviews
Profile Image for nazhsahaja.
127 reviews16 followers
June 28, 2023
Walaupun saya baca edisi Dubook, tapi rupanya Faizal Tehrani pernah mengatakan Rahsia Ummi adalah 'karya yang gagal' pada kata penghantar di edisi yang lain. Mungkin sebab ini adalah antara karya-karya terawal beliau, karya yang ditulis ketika umurnya 20an. Dr Faisal yang kini mungkin sudah berbeza dengan dirinya 30 tahun yang lalu.

Tapi saya senang saja dengan buku ini. Buku yang tidak terlalu kompleks seperti buku-buku FT yang lain yang kebiasaannya akan penuh dengan muntahan fakta dan info. Terasa vibe Cinta Hari-Hari Rusuhan dalam Rahsia Ummi, mungkin kerana latar tempat dan masa yang lebih kurang. Seperti sudah dirancang trademark masing-masing; jika Cinta Hari-Hari Rusuhan ada Barry Manilow, dalam Rahsia Ummi ada Sharifah Aini.

Bila buku ini kurang fakta dan info, kita jadi lebih fokus pada susunan bahasa dan teknik penulisan. Memang terasa 'kemudaan' Dr Faisal dalam Rahsia Ummi. Cuma bila habisi 155 muka surat, saya rasa seperti ada yang tak lengkap, seperti terkapai-kapai, situasinya seperti sedang dengar lagu kesukaan tiba-tiba lagu terputus di 3/4 jalan. Rasa kurang sesuatu dan tercari-cari.
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
May 26, 2015
Faisal Tehrani memberitahu sendiri di kata mengantar; novel ini sebuah karya beliau yang 'gagal'. Tetapi bila aku baca, tidaklah teruk mana pun. FT menyarankan masyarakat yang mahu mengenali dirinya boleh bermula dengan novel ini dulu. Tetapi bagi aku, untuk melihat 'siapa FT', bukan novel ini sebagai permulaan. Paling kurang perlu bermula (sekadar yang aku sudah baca) dengan Ketupat Cinta atau Manikam Kalbu.

Rahsia Ummi, mengisahkan konflik diantara keturunan (syarifah/syed) dengan percintaan. Novel ini pernah diberi penghargaan oleh penerbit untuk menerbitkan sebagai drama, tetapi FT hanya menyambut dengan ketawa.

Hampir semua novel FT sarat wacana, novel ideologi, novel khutbah, isi yang provokatif, naratif yang penuh liku. Tetapi bukan Rahsia Ummi. Novel ini bersifat melankolia, gelap, lambat, sedih, sadis.

Novel ini tidak seperti karya FT yang lain di mana novel ini tak banyak dialog. Aku baru perasan bila hampir habis membaca.

Menariknya, plot novel ini tidak tersusun secara kronologi. Tiba-tiba sahaja 'pergi ke lain' dah. Dan baca lagi, jumpa 'yang tadi' pula.

Apa-apapun, tidaklah seteruk yang digambarkan.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
December 4, 2021
Sharifah aini, syed-syarifah, keturunan dan cinta. Itu berkenaan buku ini. Ayatnya sedap lemak manis. Buku yang terbit selepas perempuan politikus melayu. Mungkin bagi saya, lebih enak untuk baca buku Faisal Tehrani berkenaan sejarah dan Melaka dan syiah. Yang ini pun sedap, cuma lebih baik yang itu.
Profile Image for Iza B. Aziz.
233 reviews32 followers
July 3, 2023
Sebuah cerita untuk mereka yang percaya pada kuasa cinta. Kisah untuk manusia yang patuh dengan kasih cinta. Istimewa untuk pencinta yang mencintai kerana cinta. Rahsia Ummi sungguh meletakkan cinta itu abadi sejati!

Saya terpegun membaca novel cinta Faisal Tehrani kali ini. Jika sebelum ini cinta terhalang kerana harta atau pangkat. Kini keturunan pangkal nama dan 'darah mulia' menjadi tembok pemisah. Meluap rasa sebal dalam hati.

Ia menjadi hakikat dalam masyarakat kita, sudah berapa ramai Faizah-Syed Hassan dikorbankan?
_____________________
Cerita ringkas tapi susunan plot yang membelok buat jadi luar biasa. Saya sengih, saya sedih, saya jerih kerana cerita ringkas ini. Kadang terbit rasa syukur kerana cinta saya dan suami yang tidak dipalit dengan tragik berat.

Malah buku ini juga untuk semua wanita, saya kagum dengan watak Kamariah mahupun Sharifah Talha. Ia menghimpun isi dalam hati 'wanita tua' yang sering disalahfaham. Kamariah begini kerana resam takdir, Sharifah Talha pula kerana adat manusia ego.

Pengakhiran Rahsia Ummi memuaskan saya kerana ia membenarkan saya pula untuk membentuk dunia Faizah dan Syed Hassan. Biarlah, saya nak jadi pembaca syok sendiri layan angan-angan 🤭

Dengan rasa tak malu saya nak request Faisal Tehrani tulis cerita cinta lagi. Ahaha!
_____________________
Profile Image for books.bintulu.
263 reviews7 followers
April 8, 2024
Instant thought ye:

Saya rasa sedikit tertipu dengan sampul buku terbitan Dubook, cetakan pertama Januari 2019. Cantik tapi kalau ini yang digambarkan sebagai Ummi (Faizah) macam berusia sangat. Dalam cerita, Faizah ni umur dalam 48-50tahun, lebih kurang sebaya dengan Kamariah. Mungkin gambar Faizah pada masa depan.

Banyak salah ejaan, salah tanda ",. buat saya rasa keliru.

Kisahnya keturunan syed/sharifah yang mementingkan darjat keturunan. Senang cerita, syed mesti kahwin dengan sharifah asli. Sharifah xxx binti Syed xxx al- xxx. Hasilnya, perkahwinan tanpa cinta.

Mangsa bukan setakat Faizah, Sharifah Hasina juga dan mungkin sharifah² yang lain. Saya teringat buku Princess oleh Jane Sassoon yang pernah saya baca dulu. Perkahwinan dirancang ibu bapa demi keturunan (dan harta). Tak kira syed tua atau muda.

Syed Hasan ni mengaku dia tak cukup kuat mempertahankan cinta mereka semasa dipisahkan oleh ibunya. Dengan cinta, rindu dan rasa bersalah dia masih berharap Faizah masih hidup.

Jalan cerita menarik dengan diselangi lirik-lirik lagu Biduanita Negara. Saya asyik terbayang drama arkitek muda ada bilik sendiri. Hebat Sharifah Aini.
Profile Image for Shahrul AhLami.
188 reviews13 followers
October 12, 2017
Rahsia Ummi. Faisal Tehrani. Al-Ameen Serve Holdings. 2009.

1) Buku yang dijumpai di atas rak Perpustakaan Usim.

2) Mula-mula, cuba tengok kulit buku ini, ada gambar apa? ( Kalau sesiapa tahu tu gambar apa, bolehlah bagitahu ye )

3) Rahsia Ummi ini merupakan sebuah novel yang mengandungi rahsia. Meh sini aku kongsikan sedikit rahsia yang terkandung dalam buku ini.

4) Novel ini mengandungi 248 mukasurat & 12 buah bab.

5) Rahsia Ummi membawa tema kekeluargaan. Keluarga sombong yang mementingkan keturunan. Syed & Syarifah .

6) Ana percaya pada cinta. Bukan pada keturunan. Tidak pernah nabi membeza-bezakan umatnya atas dasar keturunan, atas nama keluarga.

7) Ada orang pernah berkata dengannya, jika kita mencintai seseorang, biarkan dia pergi seketika. Andai dia kembali, itu maknanya cinta tulus suci dan penuh jujur, tetapi jika dia pergi dan tidak berpaling lagi, maka si kekasih tidak kerugian apa-apa atau barangkali takdir jodoh telah usai.

8) 👆👆 Ayat nombor 6 & 7 itu aku ambil daripada novel ini. Kau boleh cari sendiri itupun kalau kau rajin. Muahahaha !

9) Sejujurnya, jalan cerita Rahsia Ummi ini bagi aku agak rumit. Sebab apa? Sebab ada rahsia.

10) Ok itu sahaja aku nak tulis. Korang bolehlah baca sendiri novel ini. Selamat membaca !


#duniaBOOKku📚
#breatheNread
#alonalonjanjikelakon
#2017readingchallenge
[ LIMApuluhSATU ]
Profile Image for Sue Oshin.
Author 10 books55 followers
February 23, 2021
Bagi saya, karya ini bagus dan membuka mata serta pemikiran masyarakat. Jadi, saya ada pandangan tersendiri dan saya akan ulaskan mengikut kefaham apa yang saya perolehi. Pada awalnya, sy gagal untuk memahami apa yg cuba disampaikan oleh beliau bukan karya ini yg gagal seperti yg dikatakan penulis. Setelah buat perbincangan bersama "buddy-read" barulah sy memahami isi yang disampaikan.

Tema novel ini lebih kpd kekeluargaan dan kisah percintaan yang tidak kesampaian. Sama seperti karya Buya Hamka yang lainnya.
-percintaan atas dasar keturunan dan keluarga
-percintaan atas nama cinta dan terpisah lalu kembali bertemu dalam zaman yg berbeza.

Sebaik shj sy baca sehingga ke pertengahan buku ini, sy dapati ada berlakunya konflik mengenai ketaksuban darjat dan keturunan bahkan tentang adat fanatik kaum Syed-Syarifah dalam buku ini (nasab Arab Timur Tengah).

Jadi, sy mula buat kesimpulan yang ianya lebih kurang dgn penyampaian Buya Hamka tentang masyarakat Minang. Ini kali pertama sepanjang sy hidup 27 tahun, sy dgr tentang keturunan Syed-Syarifah yang mempunyai pelbagai syarat dalam perkahwinan anak-anak mereka. Jika bukan melalui buku ini, sampai skrg sy masih tidak tahu lagi apakah itu keturunan Syed-Syarifah jika ingin dibandingkan dengan keturunan beberapa adat yang pernah saya dengar. Selesai sahaja pembacaan, saya terus membuat beberapa kajian untuk memperoleh ilmu baru ini.
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
May 27, 2016
Novel ni macam agak klise. Tapi okla, kritik ketaksuban terhadap keturunan. Walaupun FT anggap novel ni gagal, bagi aku ok je. Dan ok jugak kalau diadaptasikan ke kaca tv mcm drama tv3 pkl 7 tu. haha.
Profile Image for Muhammad Fitri.
152 reviews7 followers
April 21, 2020
Kisah seorang perempuan bernama Faizah yang penuh rahsia dipendam sehingga membawa ke hari tua.Kisah percintaannya yang penuh dugaan.Misteri asal usul anaknya Sharifah tanpa bernasabkan syed.

Persoalan utama dalam novel ini,manusia yang mementingkan nama dan nasab keturunan.Di bawakan dalam ini cinta antara dua darjat yang berbeza dari segi keturunan.Subjeknya ialah keturunan Syed dan Sharifah.Hal sangat dimaklumi dalam masyarakat kita.Keturunan Rasulullah sangat menitik berat soal jalur keturunan.Kisah cinta fatimah-Syed Habib,Faizah-Syed Hasan dan Aini-Syed Hairi.Sumpahan bercinta kelainan nasab keturunan ini hampir melarat ke generasi 3.Mujurlah pengalaman peribadi mewaraskan keputusan Syed Hasan merestui cinta Aini-Syed Hairi.

Seterusnya menjadi persoalan bagi saya ialah soal kesetiaan dalam cinta.Beberapa novel lain juga cuba ketengahkan kesetiaan cinta abadi.Mungkin saya boleh kategorikan sebagai dongengan.Persoalan saya,bagaimana kesetiaan cinta sejati boleh direalisasikan tanpa ada nilai "hutang budi membawa ke mati"?Contoh dalam kisah ini percintaan Faizah-Syed hasan dan Aini-Syed Hairi hanyalah bermula dengan kecantikkan.Kemudian bibit cinta bermula.Bagaimana hanya disebabkan kecantikkan boleh menghasilkan kesetiaan yang memakan puluhan tahun.Dalam kisah ini juga percintaan dimulakan dari zaman remaja.Beberapa pengamatan dari sekeling bahawa cinta remajalah yang mendidik dan mengajar untuk kita menjadi lebih waras berfikir.Mungkin awalnya separuh gila seperti juga ditunjukkan dalam novel ini Faizah yang tersakit dari perkahwinan kekasihnya.Peristiwa itu sememangnya pedih,namun sepatutnya mengajarkan Faizah jalan keluar untuk tidak jatuh di lembah yang sama untuk kali kedua.Bahasa budak sekarangnya "move on".

Dari segi plot mungkin tidak sehebat novel Faisal Tehrani yang lain.Namun saya suka gaya penulisan plot yang meloncat-loncat seperti puzzle yang bersepah-sepah.Saya pernah membaca "Perempuan politikus melayu" lebih meloncat-loncat dan bersepah plotnya berbanding novel ini.
Profile Image for Anisnajwa.
18 reviews
January 12, 2021
Saya baca Rahsia Ummi versi cetakan terbaru terbitan Dubook keluaran Januari 2019. Jadi ketika membaca komen pembaca lain yang terlebih dahulu membaca terbitan lama novel ini katanya FT ada menyebut Rahsia Ummi ini merupakan karyanya yang gagal.

Saya akui kandungan novel ini berbeza dengan novel penulisan ilmiah beliau yang pernah saya baca. Namun konflik  yang diketengahkan iaitu ketaksuban darjat dalam golongan Syed-Syarifah ada benarnya dan saya sendiri pernah mendengar pengalaman yang serupa ini daripada mereka yang datang dari nasab arab timur tengah ini.

Hamka juga turut menyebut tentang adat fanatik kaum Syed dalam bab perkahwinan di dalam bukunya, Di Tepi Sungai Dajlah.

Saya beri 3.8/5 kerana novel ini tidaklah gagal. Masih novel cinta yang menarik (realistik) untuk dibaca. Cuma fokus saya sedikit terganggu pada plot ceritanya dan terdapat ayat yang berulang di beberapa bab.

Seperti kisah cinta Margaretta Gauthier, saya sedih Faizah pergi dalam rindu dan cinta yang melukakan tanpa mengetahui kebenarannya daripada Syed Hasan.
Profile Image for Ema.
1,125 reviews
October 26, 2020
Takdelah aneh sangat.
Trademark FT masih ada.
Tapi kalau nak ukur tulisannya dulu dan sekarang memang berbeza.
Tapi aku masih kategorikan menarik.
Pada aku lebih baik dari novel picisan yang tajuknya yang ntahapaapa.
Profile Image for Hanis Afifah.
99 reviews6 followers
September 17, 2023
Ini merupakan kali pertama saya baca karya Faisal Tehrani dan versi yang saga baca ini ialah cetakan 2019 yang diterbitkan oleh Dubook Fantastika.

Rahsia Ummi menceritakan percintaan antara Faizah dan Syed Hasan yang tak kesampaian dek keturunan dan tentangan keluarga Syed Hasan. Setelah begitu lama terpisah, Sharifah Aini merangkap anak angkat Faizah menjadi jambatan yang menemukan semula pasangan kekasih ini.

Laras bahasa FT dalam karya ini sangat cantik dan menarik. Ia berjaya mengenyangkan dan membuai jiwa bahasa saya. Cara FT gambarkan sesuatu benda sangat hidup dalam minda saya. Satu kenikmatan buat layar imaginasi saya.

Cuma kadang-kadang, saya rasa ada tempat yang tak perlu ditulis dengan rinci pun. Pun begitu, ia tetaplah saya hargai kerana ada nilai dari sudut bahasa untuk saya.

Isu terbesar dalam novel ni ialah keobsesan sesetengah individu dengan keturunan masing-masing hingga tahap mereka yang tidak ada Syed dan Sharifah tulen pada pangkal nama dianggap hina dan tidak layak bersama Syed dan Sharifah yang tulen ini.

Kritikan yang ditulis berjaya mencucuk jiwa saya. Saya sedih melihat Faizah dan Syed Hasan yang kekal terpisah hingga saat Faizah terlantar di hospital. Tapi, lebih saya sedihkan nasib anak-anak dalam rumah tangga Syed Hasan yang pastinya telah membesar tanpa dapat merasai kewujudan kasih sayang antara ibu bapa mereka.

Kadangkala, garis masa dalam cerita ni melompat-lompat dan melangkau tiba-tiba. Tapi ia tidaklah terlalu mengganggu sampai saya tak pasti ini babak pada masa lalu atau masa kini.

Lagi satu hal yang menghiburkan saya ialah bagaimana FT menggambarkan perempuan yang kurang dari segi paras rupa seperti Kamariah dan Sharifah Hasina dalam penulisannya. Tercuit sungguh hati baca.

Keseluruhannya, membaca novel FT ni memberi saya pengalaman yang memuaskan, terutama dari segi bahasa.
Profile Image for Bacalah Fans.
15 reviews1 follower
May 30, 2024
Dah lama juga tak jumpa buku Dubook Press yang lazat macam ini. Di tulis oleh Faizal Tehrani, seorang penulis yang tak perlu diperkenalkan lagi di arena penulisan di Malaysia ini.
Novel ini mengisahkan percintaan antara dua darjat. Nampak macam tipikal, namun darjat yang dikupas di sini bukanlah darjat pangkat Dato' atau sesuatu yang macam itu, ia mengisahkan keluarga yang terlalu ingin menjaga susur galur keturunan Syed dan Syarifah sehingga sanggup berlaku kejam kepada anak dan keluarga masing-masing. Acah-acah nak menjaga keturunan Nabi, Nabi pun tak cakap suruh kahwin sesama saudara.
Terdapat dua kumpulan watak dalam novel ini,
- Bukan golongan Syed/Syarifah: Aini, Faizah, Kamariah, Aziziah, Fatimah. Digambarkan sebagai golongan kelas pekerja dan hidup susah.
- Golongan Syed/Syarifah: Hasan, Hairi, Mohamad, Hasilah, Talha. Digambarkan sebagai golongan bangsawan atau kayangan kata orang sekarang.
Jalan cerita yang berbolak-balik dari masa sekarang dan juga imbas kembali dibuat dengan kemas. Membuatkan aku tertanya-tanya apa yang berlaku disebalik kisah lampau. Plot twist yang disisipkan sepanjang novel ini juga menjadi dan tak nampaklah try hard sangat.
Penamat cerita ini bagi aku mirip sebuah lagi novel Faizal Tehrani, Cinta Hari-hari Rusuhan. Penamat yang terbuka, terpulang kepada pembaca untuk mengolahnya.
Keseluruhan, novel yang pendek, menghiburkan, tak menyebalkan. Rating 4/5.
Yang hati tisu, sediakanlah tisu sepanjang membaca novel ini. Haha.
Tak taulah DuBook Press ada stok lagi ke tak. Tapi boleh cari di Shopee atau Carousell, pasti ada.

#baca
#read
#dubookpress
#novel
#buku
#books
#faizaltehrani
#malaysiamembaca2020
#MalaysiaMembaca
Profile Image for Syawal Ameron.
202 reviews2 followers
January 12, 2022
Kalau baca novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wick karya Buya Hamka, beliau kritik isu sosial dalam masyarakat Minangkabau yang dianggap perlu diubah mengikut lunas agama.

Novel Rahsia Ummi ni pun sebenarnya adalah novel kritikan tajam terhadap kelompok yang terlalu mengagungkan keturunan dan darah.

FT tidak sedikit mengkritik golongan syed-sharifah yang terlalu mementingkan jalur darah keturunan hingga merasa jijik dan hina untuk 'bersatu' dengan mereka yang tidak punya keturunan yang sama.

Itu pandangan peribadi lepas baca novel. Pandangan itu adalah tentang novel. Bukan pegangan aku😅.

"Tetapi bagi Sharifah Talha yang penting bukan bahagia, yang utama adalah keturunan."

"Syed Hasan begitu mempercayai Sharifah Talha. Faizah tidak meyakini sepenuh hati tetapi seorang Arab mulia keturunan nabi-nabi masakan berbohong menipu dirinya, menipu anak sendiri?"

"Cinta dan jodoh dua perkara berbeza. Jodoh kerja tuhan. Cinta kerja manusia. Mencintai abang bukanlah menentang Tuhan, saya cuma mengikut perasaan yang Tuhan jadikan..."

#Letsاقرأ #syawalbookreview
Profile Image for Mohamad Fais.
18 reviews2 followers
October 19, 2020
Membaca karya Faisal Tehrani akan selalu menjumpai latar antara dua zaman dalam cerita. Rahsia Ummi menggugah tentang gelaran syed/sharifah yang dibanggakan melalui darah keturunannya. Akhirnya, bukan gelaran yang dilihat tetapi hati, sikap dan maruah yang dibawa. Proses bacaan juga perlu cermat jika tidak akan tersesat dengan susunan cerita yang olang-aling.
Profile Image for hdyh Fadzil.
12 reviews
November 4, 2021
Buku yang dihabiskan bacaan dengan sekali duduk saja. Sedih. Penggunaan beberapa kalimah arab, penjelasan setiap inci watak, lompat latar sangat disusun dengan baik.

FT ni membuatkan pembaca serba salah. Serba salah sebab nak cepat habiskan cerita tapi dalam masa yang sama nak juga menghayati setiap cerita.

Arrrgghhh bacaan yang puas!!
Profile Image for Usaid Asmadi.
27 reviews10 followers
April 23, 2019
Semacam baca buku Merantau Ke Deli tulisan Hamka. Konfliknya sama, jalan ceritanya hampir serupa.
Profile Image for Maisarah 莎拉 ساره 사라.
71 reviews
June 1, 2024
3.8

Not so spoiler but i hope this help. I beli versi keluaran dubook. Ayat belakang buku tu ialah ayat terakhir novel. Tapi dalam buku you can imagine with the setting & character
Profile Image for Norziati.
Author 9 books84 followers
March 1, 2015
Faisal Tehrani membawa pembaca mengharungi ruang kehidupan keturunan Syed-Sharifah yang amat memntingkan pangkal nama dan keturunan keluarga. Perkahwinan yang dirancang supaya keturunan dapat dikekalkan sangat menyakitkan bagi sesetengah orang, tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana ini dikatakan sudah menjadi tradisi keluarga. Maka tidak hairanlah Syed Hassan sanggup menerima dua wanita, Sharifah Hasina sebagai isteri pertama atas nama keturunan dan Faizah sebagai isteri kedua atas nama cinta. Tetapi janji itu tidak tertunai dan dia terpisah dari Faizah sehingga bertemu kembali dalam suasana dan zaman yang berbeza.

Percintaan yang menyakitkan seperti yang dihasratkan oleh penulisnya memberi kita ruang memahami satu jalur percintaan yang sedih disamping rahsia demi rahsia yang disimpan bertahun-tahun.
Profile Image for Idamandarin Azhar.
49 reviews4 followers
October 26, 2009
Mengisahkan keluarga Syed dan Sharifah yang mementingkan darah dan keturunan. Sebagai seorang manusia biasa yang tidak punya nama keluarga di belakang, jiwa saya ada merasakan di pandang rendah oleh golongan ini. Tidak mengapalah, Islam tidak sama sekali membeza-bezakan umatnya melalui darjat dan keturunan. Secara peribadi... Buku ini menarik. :)
230 reviews4 followers
December 16, 2012
Persoalan tentang ketaksuban pada keturunan, khususnya yang bergelar Syed dan Sharifah di ketengahkan dalam buku ini. Jalan ceritanya ialah cerita cinta biasa yang terhalang kerana ketaksuban ini. Tiada yang unik tentang plotnya atau menarik tentang bahasanya. Mungkin kerana saya sudah lali dengan cerita-cerita sedemikian.
Profile Image for Cikgu Wana.
36 reviews4 followers
December 16, 2010
Selesai menelaah Rahsia Ummi. Sekali-sekala agak melankolia, berbaur cinta tetapi penulisan Faisal Tehrani memang tidak pernah menghampakan saya.
Profile Image for Lina Kama.
38 reviews1 follower
March 6, 2011
Nasib baik FT mengaku terlebih dahulu bahawasanya karyanya ini adalah agak aneh. Kalau tidak saya mungkin terjun bangunan selepas membacanya. (acah je! gila nak terjun bangunan!)
Displaying 1 - 27 of 27 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.