Jump to ratings and reviews
Rate this book

Warkah Eropah

Rate this book

235 pages, Hardcover

First published January 1, 1991

3 people are currently reading
111 people want to read

About the author

A. Samad Said

72 books427 followers
Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said ialah Sasterawan Negara 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan "Anugerah-anugerah Menulis Asia Tenggara" (SEA Write Awards).

Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura (1956). Seorang yang berminat dalam penulisan sejak di bangku sekolah, beliau telah menulis banyak karya yang terkenal, termasuknya novel-novel berikut:

* Salina
* Langit Petang
* Sungai Mengalir Lesu
* Hujan Pagi
* Bulan Tak Bermadu di FatehpurSikri.
* Adik Datang
* Cinta Fansuri

Antara antologi puisinya ialah Suara Dari Dinding Dewan (2003), Dirgahayu Dr. Mahathir dan Rindu Ibu (2004).

Antologi Esei terbaru adalah Ilham Di Tepi Tasik (2006).

Datuk A.Samad Said pernah juga menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.

(Sumber: Wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
32 (66%)
4 stars
12 (25%)
3 stars
3 (6%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews59 followers
May 18, 2015
catatan perjalanan Pak Samad ke Eropah yang disampaikan dalam bentuk warkah-warkah yang diutus kepada keluarga di tanahair. Juga poskad untuk rakan-rkan di tanahair. Rakaman perjalanan yang sangat menyentuh, ditambah pula foto-foto yang menarik, juga coretan tangan Pak Samad tentang tempat-tempat, janjitemu dan hal-hal perbelanjaan di sana.


Pak Samad bagai larut dalam arus di UK dan Perancis. Bergelut dengan kekangan kewangan dan keinginan meluap untuk menikmati dunia seni di Eropah.


Saya rasa mahu mengalir ke sana, seperti Pak Samad.
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
January 15, 2021
Saya mempunyai kecenderungan untuk bermula dengan buku bukan fiksyen oleh sebarang penulis (jika ada), tidak kiralah penulis biasa mahupun sasterawan negara. Sama seperti buku biografi Detik-Detik Diri Di Daerah Daif oleh sasterawan negara Shahnon Ahmad beberapa minggu lalu, buku berunsur travelog ilmiah ini merupakan buku pertama yang berjaya saya teladani hasil karya Pak Samad.

Ternyata, disamping cara penulisan beliau yang kini boleh dikenali gaya & lenggoknya, kisah di dalam buku ini juga tidak kurang hebatnya. Kisah ketika beliau membuat lawatan rasmi ke Perancis sebagai sasterawan negara selama 2 minggu lebih pada tahun 1989, disamping percutian tambahan di London dan Manchester lagi sekitar 3 minggu. Sebulan lebih secara keseluruhannya. Yang ketika itu jatuh di dalam bulan puasa dan awal Syawal disana.

Perkara pertama yang terlintas di fikiran ketika membacanya, adalah bagaimana telusnya penulis dalam berkongsi segalanya. Sepanjang pengalaman pembacaan buku ini kita pasti akan maklum bagaimana teriknya wang saku beliau di sana. Kita semua sangkakan dengan membawa nama sebagai sasterawan negara beliau pasti tiada masalah dari segi itu, namun tidaklah seperti sedemikian keadaan nyatanya. Beliau juga sama seperti kita, sentiasa berkira-kira dalam berbelanja jika diluar negara.

Menelusuri diari harian beliau ini juga (yang dalam bentuk surat yang beliau kirimkan kepada keluarga, dan poskad kepada teman-teman), dapat juga kita tahu apa kegiatan yang sering dilakukan oleh orang sastera apabila berkunjung keluar negara. Kedai buku dan teater yang utamanya diwaktu senggang, selain perjumpaan rasmi dengan sesama penulis & sasterawan dari sana, lawatan ke muzium, akademi dan universiti, dialog bersama tenaga pengajar, peminat sastera Melayu serta pelajar antaranya. Aktiviti yang sememangnya memberikan input secara dua hala.

Kisah penulis yang dapat menziarahi makam & kediaman asal penulis tersohor dari Perancis iaitu Albert Camus juga antara yang menarik untuk dibaca. Peluang untuk beliau berbicara dengan anak mendiang & meneliti draf asal novel terkenal penulis The Outsider itu juga pasti menjadi kenangan yang manis sehingga akhir hayat beliau.

Kisah beliau bersemuka dengan Imam Besar Masjid di Paris juga tidak kurang hebatnya. Berbicara mengenai buku yang penuh kontroversi dalam dunia Islam ketika itu, iaitu The Satanic Verses oleh Salman Rushdie, pasti banyak inputnya buat penulis.

Huraian ringkas penulis mengenai novel-novel beliau yang telah dihasilkan di zaman itu juga tidak kurang menariknya. Lebih-lebih lagi novel baru beliau ketika itu, iaitu Hujan Pagi. Dapat kita gambarkan bagaimana pasaran untuk buku-buku sastera tinggi diterima di Malaysia pada ketika itu. Adakah baik atau sebaliknya. Agak mengujakan juga disebalik ulasan & kritikan yang telah saya baca berkenaan kompleksiti plot cerita novel itu, siapa sangka novel ini sudah tercetak & terjual sekitar 24,000 naskhah hanya di 2 tahun pertamanya. Menarik bukan?

Kisah sudut pandang penulis dalam merangka novel-novel beliau juga menarik untuk dibaca. Mereka menulis bukan kerana ingin memenuhi kehendak pasaran, mahupun penerbit yang utamanya. Mereka menulis kerana ingin mewakili sesuatu. Membincangkan & mengetengahkan sesuatu, tidak kiralah sesuatu isu mahupun topik itu. Mereka menulis kerana adanya tanggungjawab sosial yang perlu mereka usahakan untuk diketengahkan kepada masyarakat untuk dicernakan, dari cara penulisan.

Selain itu, perihal buku penulis yang sedang dan bakal diterjemah ke dalam bahasa Perancis & Inggeris ketika itu juga mengujakan untuk diketahui. Untuk berkembang, tidak dapat tidak perlu juga diusahakan buat dipasarkan keluar negara sekiranya terdapatnya potensi dari novel-novel yang berkualiti.

Yang ingin melawat ke 2 negara ini pada satu hari nanti, buku ini boleh dijadikan rujukan sekiranya anda ingin mengembara dengan tujuan ilmiah. Kerana begitu banyak kedai buku, tempat-tempat asal penulis & sasterawan, mahupun bangunan yang sinomin dengan itu yang penulis kongsikan.

Apa yang pasti sebagai kesimpulan, buku pengenalan yang mengujakan dari salah seorang sasterawan negara yang tersohor ini. Banyak juga kata-katanya di dalam ini yang menyengat, yang meninggalkan kesan secara peribadinya.

Saya pasti akan membaca novel Salinanya tidak lama lagi. Sudah setia buku itu menunggu lama di gerobok buku, menunggu untuk diterkami.
Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books348 followers
May 29, 2008
Buku ini membuka jalan baru menuju karya-karya besar dunia terutama penulis Eropah - seperti Gabriel Garcia Marquez, Kazuo Ishiguro, Paul Sartre dan lain-lain.

Lebih indah dipenuhi foto-foto kembara A Samad Said.

Kenapa ada yang kata A Samad Said tidak layak diangkat menjadi Sasterawan Negara sejak mula?
Profile Image for Izzat Isa.
414 reviews50 followers
May 26, 2019
Buku ini menghimpunkan surat-surat karangan SN A. Samad Said kepada ahli keluarganya semasa menelusuri Paris, London dan Manchester. Selain itu dimuatkan juga poskad kiriman beliau kepada rakan-rakan di Malaysia. Daripada pembacaan surat-surat ini, kita mengetahui bahawa beliau seorang pencinta buku, pembaca buku tegar malahan seniman sejati!
Beliau berpeluang menziarahi banyak lokasi seperti School of Oriental and African Studies, berdiri di kaki gunung Mont Blanc, mengunjungi Eiffel Tower dan Arc de Triomphe, balai dan pusat seni serta teater, pusara dan kediaman Albert Camus, Jean Paul Sartre, pertemuan dengan Kazuo Inshiguro, temubual di BBC, memberi syarahan di universiti, melawat Masjid utama di London dan Paris malahan kenangan paling indah yang beliau alami ialah menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama teman Malaysia dan Asia di Kota London.
Banyak perkara dikongsikan oleh beliau bukan sahaja berlegar seputar hanya tentang dunia sastera semata-mata, malahan politik, ekonomi, buku, migrasi, populasi, budaya, sejarah, seni, perkembangan dunia mutahir, pakaian, agama seperti isu penulisan novel Satanic Verse karangan Salman Rusdie yang hangat dibualkan dan penguasaan Yahudi terhadap sistem perbankan dunia. Dalam begitu banyak karangan suratnya, saya menyukai ayat ini,"Saya setuju ilmu perlu digerakkan. Ilmu saja belum jadi kuasa, saya kira. Ilmu yang digerakkan itulah kuasa."
Profile Image for ' Syamil.
236 reviews6 followers
September 17, 2021
Bukan setakat kisah Pak Samad berjalan-jalan mengembara England dan Perancis tetapi tentang karya-karya yang mempengaruhi Pak Samad yang ada di kedua buah negara tersebut. Kekaguman Pak Samad kepada Albert Camus membuat saya ingin mencuba untuk membaca karya Albert iaitu The Outsider.

Akan baca lagi buku ini pada masa hadapan.
Profile Image for Ema.
1,111 reviews
February 12, 2018
Rasa macam aku pulak yang pergi London dan France. Lepas ni nak cari buku-buku yang di'recommend' dalam buku ini.
Profile Image for Fairuz.
202 reviews
January 20, 2013
Dikala Pak Samad menyatakan tentang dingin hawa Kota-kota Eropah yang menjamah inci-inci tubuh kurusnya, entah mengapa aku seakan merasakannya sama. Aku percaya itulah dia magis Pak Samad dalam merangkul sesiapa saja untuk bersama melewati sebahagian bumi barat. Tatkala membaca siri warkah buat putera dan puterinya, aku terbuai sebagai salah seorang anak sasterawan negara ini. Warkah yang menceritakan pertemuan Pak Samad dan Catherine Camus adalah yang paling mengujakan aku kerana terasa seperti aku juga di sana mendengar perbualannya dengan anak seniman ternama Albet Camus itu. Kesederhanaan peribadi Camus dan keluarganya sangat menawan jiwa aku yang secara berkesan disampaikan oleh Pak Samad. Sesekali beliau berhumor dalam warkah dan catatan kecil di setiap foto yang diabadikan, sungguh mengasyikkan.
Profile Image for Zalila Isa.
Author 12 books51 followers
November 5, 2014
Sebuah buku yang boleh menjadi rujukan kepada pengembara-pengembara sastera - menceritakan secara dramatik terutama bab surat-surat kepada insan yang rapat dengan Pak Samad. Menelusuri pemikiran besar SN dalam lingkungan pencarian nilai penulisan dalam dunia yang lebih luas.
Profile Image for Shahrulrock.
69 reviews
January 4, 2010
Saya dapatkan buku ini di sebuah kedai buku lama di Alor Setar ketika pulang bercuti sekitar Dec 2007.
Setelah beberapa kali berpindah rumah, akhirnya buku ini hilang tanpa meninggalkan jejak....
Profile Image for Shahkang.
Author 13 books81 followers
August 6, 2011
Koleksi warkah-warkah A Samad Said sewaktu perkelanaan ke London, Manchester dan Paris.
Profile Image for Wan Atiee.
38 reviews22 followers
January 10, 2013
buku ini sangat bermakna buat saya. membaca nya seperti saya sendiri yang melangkah ke kota-kota di eropah!
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.