Langsung dia tak sangka yang kunjungan kali pertamanya ke kelab malam menarik perhatian seorang Mafia sehingga pertunangannya hampir musnah!
“I dah ada tunang. We love each other. So boy, please find another woman!” - Evie
“Oh, really? Love each other, huh? Tunang kau jual kau dekat aku. 100k for leaving you.” - Noah Mikael
Evie terngadah. Hati tak mampu menerima. Malangnya, Feroz betul betul menghilang pada hari pernikahan mereka. Dan yang paling mengejutkan, Noah Mikael, kepala Mafia tu dah ready untuk akad nikah! Permainan apakah ini?
“You jangan fikir bila I dah jadi isteri you, I akan patuh segala arahan you. Never, noah! I takkan cintakan you. Takkan pernah!” - Evie
“Just do it. I dont need your love. I cuma perlukan your kiss. Setiap pagi dan malam, you wajib kiss I. WAJIB with no excuses.” - Noah
Gila! Tak pernah dia terfikir akan syarat itu. Semestinya Evie menolak! Malangnya, si Mafia tu seakan tak faham bahasa. Bila Evie menolak, tup-tup dia muncul depan ofis minta kiss.
Kalau menolak lagi, dia muncul depan bos. Dan selambanya dia peluk. Evie kelu. Huru hara hidupnya kerana si Mafia hati kering tu!
“Okay. I will do it. So, you jangan muncul depan ofis I lagi. Jangan malukan I macam tu.”
Bila dia setuju dengan syarat tu, syarat lain pulak yang muncul.
“Hug me. Kiss me. I miss your smell.”
Si Mafia hati kering tu, mungkin nampak ganas di mata dunia. Tapi, bukan di mata dia. Manja mengalahkan anak kecil. Dan bila Evie tak melayan, si suami merajuk tidur dekat balkoni!
Oh my god! Hidupnya berubah 360 darjah! Separuh hati menolak, namun separuh lagi mula menerima. Evie dilema. Haruskah dia mula mencintai atau terus menolak kehadiran lelaki yang menyebabkan pelamin angannya musnah?
ada sesuatu yang menarik dalam ebook penulis cantik ini kali ini. tentang noah.
watak dia, walaupun yalah... penulis gambarkan hampir sempurna, bergaya, handsome, kaya-raya tapi yang akak nampak watak ini sepi. seperti yang pembantu rumah dia beritahu pada evie, noah ni tak ada sesiapa. mak meninggal, ayah kahwin lain dan tinggalkan dia keseorangan. dekat situ, dia membesar sendirian. kan selalu orang yang jahat mulut ni cakap, anak tak ada mak bapak ni kadang kurang ajar sebab mak bapak tak ajar. untuk kes noah ni, dia ada segalanya kecuali kasih sayang. itu sebab apa yang dia nak, dia mesti dapat walaupun apa jua cara. macam dia nak evie, dia bayar 100k pada feroz tunang tak guna si evie. teruk perangai!
evie memang perlu belajar part ni. memang. cara noah tu kejam. tapi selagi dia tak dapat selami hati noah yang sebenar selagi itulah dia takkan tahu kenapa noah bertindak demikian. dah jadi isteri kan... nampak kan yang lelaki itu sangat manja sebenarnya.
overall kisah noah dan evie ni patut sebenarnya dipanjangkan. mana tau penulis boleh sampaikan kisah latar belakang kenapa dan kenapa tentang watak utama. serius. ebook tak cukup sebenarnya nak sampaikan kisah hebat mereka sepenuhnya.