Jump to ratings and reviews
Rate this book

Khaleed Eimran: Sang Egois Cinta

Rate this book
Kahwin?

Bunga tak pernah terfikir pun akan melalui semua itu dalam hidupnya. Lebih-lebih lagi bila dia hanyalah sekuntum bunga yang telah pun pudar warnanya. Cinta dalam hatinya telah lama hilang hanya kerana kerakusan orang lain.

Kerana itu, Bunga tutup hatinya untuk semua lelaki. Dia tak izinkan hatinya untuk menyintai, apalagi dicintai.
Namun, takdir tertulis lain. Pertemuannya dengan si kecil, Aqila, buat hati Bunga kembali disentuh. Kembali bergelodak. Bukan kerana Aqila, tetapi kerana papa Aqila yang menganggapnya bagaikan musuh ketat.

“Kenapa papa marah Cik Bunga?”-Aqila

“Sebab papa benci orang yang munafik. Orang yang dah buat papa hampir mati.”-Khaleed Eimran

Bukan senang untuk bertahan dalam sebuah kebencian. Bunga dah cuba menjauh, namun langkahnya tersekat dengan kepolosan si kecil bermata hazel.

“Cik Bunga janganlah pergi. Mama Qila dah pergi tinggalkan Qila, Cik Bunga pun nak tinggalkan Qila jugak ke?”-Aqila

Kerana si kecil itu, Bunga tadahkan hatinya untuk dilukai berkali-kali. Dia bertahan dengan setiap kedinginan Khaleed. Menelan semua bicara tajam Khaleed kepadanya.

Sehinggalah pada satu saat, hati Bunga dah tak mampu untuk terus bertahan. Menunggu, bererti dia harus membiarkan hatinya lumat disakiti. Jadi dia memilih untuk pergi walaupun kakinya terlalu berat membilang tapak. Ada sesuatu yang menghalangnya di situ.
“Mama dah tak sayang Qila?”-Aqila

“Sampai mati, mama akan sayang Qila. Tapi mama tak bertuah untuk terus bersama dengan Qila. Izinkan mama pergi, sayang. Mama kena selamatkan jiwa mama yang dah hampir mati.”-Bunga

478 pages, Paperback

First published December 1, 2022

Loading...
Loading...

About the author

Cik Tet

36 books115 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (25%)
4 stars
4 (25%)
3 stars
8 (50%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,272 reviews236 followers
December 16, 2022
Seriously F penat. Memang la wanita ni dilahirkan dengan hati yang lembut. Tapi janganlah lemah sangat. Dah 3 buku baca ni, watak heroin jenis melalak je. Alalalaa please give me a break!

Ada masa keras, tarik² tali pulak. Ehh geram pulak F. Dalam geram² gigih jugak F habiskan.

Yelah orang nak tahu apa sebab tak layak untuk Khaleed. Frust dengan Khaleed, nangis. Tu jela kerja watak heroin ni.

Bila Khaleed dah sedar, Bunga dok cakap dia tak layak dia tak layak. Adoii terima jela Bunga. Kan senang. Habis cerita. Happy ending!
Profile Image for Glow.
85 reviews
February 19, 2023
Aku ada mix feelings dengan novel ni. Tulisan dia best. Senang nak faham. Part tulisan dalam novel ni aku puji sebab penulis banyak tulis dalam bahasa melayu berbanding english.

Cumanya, bila ada beberapa scene tak logik (Bagi aku) dan sikap heroin yang terlalu berahsia ni memang buat aku turn off lah jugak. Ia buat cerita jadi meleret. Tunjang konflik dalam novel ni pun agak goyah. Tak kukuh. Pendapat aku, kalau penulis baiki cara dia olah/variasikan konflik dan karakter watak, insyaallah dia boleh pergi lebih jauh lagi. Sebelum terlupa, pace novel ni macam mendatar. Aku kurang rasa chemistry hero & heroin.

Aku tak suka bila heroin suka memendam benda yang dah jadi pada dia. Sebab kalau hal 'pahit' tu dibentangkan, aku rasa semua kebencian yang dipalitkan pada heroin dapat dihindari. Jujur kata, di akhir bab, aku agak tak setuju bila kesalahan begitu senang-senang dimaafkan.

Overall, jalan cerita yang senang dijangka tapi masih berjaya buat aku hook. Tulisan yang bersahaja tapi sampai maknanya. Kalau lepas ni ada karya penulis yang konfliknya lebih kukuh dan menarik, insyaallah aku pasti akan dapatkan. Sayang kalau tulisan dah best tapi jalan cerita pula yang kurang. Harap dapat diperbaiki. Semoga terus maju berjaya penulis.
Profile Image for Ain Amira.
22 reviews5 followers
December 20, 2022
Novel latest dri cik tet . Mcm biasa karya cik ter semua yg jenis tangkap leleh .. utk karya terbaru ni best ad vibe mcm bayu sikit . Cuma khal ni ego dia lg teruk . Ap pun tknk dengar . Tampar kangg . Cuma sy tk puas bila dekat ending .. mcm cpt sgt . Tahu2 ehh dh hbs . Kalau pjgkan sikit confirm best lg .. rasanya khal ni yg cik tet tk blnja byk teaser . Kalau blnja pun teaser yg btkan sy tk senang ddk sbb nk thu kisah ap & kenapa … so bg sy mmg best .. dan Utk cik tet teruskan berkarya ✌🏼
Displaying 1 - 3 of 3 reviews