Jump to ratings and reviews
Rate this book

Love, Yours

Rate this book
Dia hanya insan sederhana, jauh dari sempurna.
Tapi yang jelas di mata ternyata bukan menggambar segala yang indah di dada.

Bahagia, itu bukan daripada mata mereka, tapi bahagia itu apa yang kita rasa.

Persetankan apa kata dunia, kerana ternyata bagiku yang sederhana itu jauh lebih agung daripada sempurna.

"Kau yang istimewa, Dia yang sempurna." -Amalina-

432 pages, Paperback

First published November 1, 2022

Loading...
Loading...

About the author

Akyelrahim

11 books69 followers
Siti Zulaika Abd. Rahim

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
220 (72%)
4 stars
62 (20%)
3 stars
20 (6%)
2 stars
2 (<1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 85 reviews
Profile Image for Suraya (thesuraya).
814 reviews233 followers
December 25, 2023
please cute nak mampus. fitri is a perfect example of a soft-spoken, mature, responsible and heart warming guy. amalina pun alahai coolnya personality.

scene yang amalina terharu gila bila dapat tau fitri's effort kerja siang malam, jual burger cat rumah semua semata-mata untuk kahwin dengan amal, pastu amal terus doa supaya rezeki fitri dipermurahkan? Aku pun siapkan aminkan sekali doa tu weh. boleh terlupa mamat tu fictional je.

after three books of akyel that i've read? ok la im including her in my limited list of favourite local authors. you're really good with words, akyel. congrats for this talent.
Profile Image for sooa.
71 reviews6 followers
October 15, 2025
when i say a romance novel yang tak cringe dan plot smooth dan takde drama mak mertua tak suka fl, orang ketiga, drama curang, fl lembik cengeng, ml ceo jutawan keluar masuk office etc.

THISSSS. this is what i mean. kisah cinta klise yang sangat simple tapi very realistic. jodoh aturan keluarga yang tak cliche. dedua family mc orang kampung yang baik baik. mc punya purely in love with each other lepas kahwin macam vibe mak ayah kita bercinta zaman dulu dulu. fl orang kaya, ml orang kampung tak berharta tapi kesederhanaan mereka tu buat cerita ni jadi penuh dengan isi pengajaran.

besttt seronok gila baca. this is one of the best romance novels i’ve read this year.
Profile Image for Hazzy.
78 reviews4 followers
April 13, 2023
Akhirnya dapat jugak baca buku comel yang buat aku terjerit suka HAHAHAHA.

description

Amal & Fitri bukan saja ada jurang harta tapi sifat pun macam langit dan bumi. Amal lebih suka berterus terang, Fitri pula berteka teki. Apa pun aku suka cerita ni sebab mak ayah tak sibuk nak masuk campur urusan anak. Mereka cuma bagi ruang dan peluang, selebihnya si anak yang buat keputusan.

Aku suka keprihatian Fitri dengan semua benda, watak yang berjaya pamerkan acts of service dengan hanya bertanya "Amal, okey?"

Tak minta banyak. Nak seorang Fitri, boleh?
Profile Image for Pink.
239 reviews23 followers
December 22, 2022
Macam biasa, penulisan Akyelrahim tak pernah gagal untuk buat kita tersengih-sengih baca. To me, LY lagi better dari Kimia. Hehe. Good job author!
Profile Image for Zulaika.
122 reviews11 followers
April 8, 2023
Fuhhh zu lurveeeee independent woman!! Mak lurve sangat gituh 😍 Tapi apakan daya, walaupun Amalina tahu dirinya mampu untuk buat apa yang berkaitan dengan duit, tetap ada rasa sesuatu yang kosong. It’s like a piece of puzzle that she haven’t found yet to complete her life 🥺

Pandang kiri, orang berkahwin. Pandang kanan, nampak kanak-kanak bersama ibunya. Buatkan dia terdetik, ini masa yang sesuai untuk dia berumahtangga.

Jadi terkisah lah cerita Amalina & Fitri 🥰 uishhh nyah, Fitri tu memang complete lah. Ciri-ciri suami yang perfect gituh! Fitri is screaming THE MOST HUSBAND MATERIAL!! Terpaling hijau dah tu 🏃🏼‍♀️💨

⋅︓︒︑∘∗✧∘︑︒⚬∙︓⋅⠄✯∘⠄✧⠄

𝗢𝗻 𝘁𝗵𝗲 𝗼𝘁𝗵𝗲𝗿 𝘀𝗶𝗱𝗲 𝗔𝗺𝗮𝗹 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝘀𝗮𝗹 𝗽𝘂𝗻 𝗸𝗮𝗵𝘄𝗶𝗻 𝗹𝗮𝗺𝗯𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮. 𝗕𝗲𝗿𝘀𝘆𝘂𝗸𝘂𝗿 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵.

𝗦𝗲𝗯𝗮𝗯?

𝗔𝗺𝗮𝗹 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝘀𝗮𝗹 𝗸𝗮𝗵𝘄𝗶𝗻 𝗹𝗮𝗺𝗯𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗮𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝘀𝘂𝗮𝗺𝗶 𝗔𝗺𝗮𝗹.

∘ ───♡༉─── ∘

𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗔𝗺𝗮𝗹, 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵. 𝗧𝗮𝗽𝗶 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗔𝗺𝗮𝗹 𝘁𝗮𝗵𝘂, 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝘀𝗮𝗮𝘁 𝗽𝘂𝗻 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝘀𝗮𝗹 𝗸𝗮𝗵𝘄𝗶𝗻 𝗮𝘄𝗮𝗹.

𝗦𝗲𝗯𝗮𝗯?

𝗦𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗔𝗺𝗮𝗹 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗶𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶 𝘀𝗮𝘆𝗮.

⋅︓︒︑∘∗✧∘︑︒⚬∙︓⋅⠄✯∘⠄✧⠄

Zu pun tak menyesal bagi second chance kat kak akyelrahim untuk baca buku dia yang lain. Sebab zu suka buku ni 😍 Zu susah nak bagi 5 star but this book? Deserve 5 star from me!

Okay! Zu memang recommend sangat buku ni. Sila baca! Eh no, zu paksa you guys beli and baca! HAHA tahu tak zu boleh kategorikan buku ni as ‘buku healing’ 😌

Siapa yang baru lepas baca buku pain, tengah slump ke, nak baca buku yang light comel je ha inilah bukunya. Selamat membaca!

𝐹𝓇𝑜𝓂 𝓉𝒽𝒶𝓉 𝓂𝑜𝓂𝑒𝓃𝓉, 𝓈𝒽𝑒 𝓀𝓃𝑜𝓌𝓈 𝒽𝑒 𝒾𝓈 𝓉𝒽𝑒 𝑜𝓃𝑒. 𝒯𝒽𝑒 𝓅𝑒𝓇𝒻𝑒𝒸𝓉 𝑜𝓃𝑒, 𝒻𝑜𝓇 𝒽𝑒𝓇.
Profile Image for SA.
303 reviews31 followers
June 20, 2023
Wait, holdup. This is just too cute okay.

It's just an ordinary, straight-forward plot, but how it was written captivates me until the end.

Amalina - such a lady boss! Me just loves an independent, self sufficient woman!

Fitri - I think most of us can relate to him. Someone who is a 'rakyat marhaen' whose insecurities heightened when he meets someone who he feels is out of his league.

But I like how they tried to work on their relationship. So mature, so admirable. Sejuk mata memandang membaca.

I really enjoyed this. Kudos to the author!
Profile Image for Mslvoe.
2,217 reviews221 followers
December 29, 2022
One of my comfort books 💜💙

Bravo!

Awesome!

Akyelrahim - Truly a gem!

Never get enough of your story. Seriously puas hati sangat²!
Profile Image for Nisya.
83 reviews3 followers
April 15, 2023
Kisah yang biasa juga boleh jadi luar biasa bila olahan penulis dinukilkan dengan baik. Ini kisah antara dua darjat. Tentang isteri yang bergaji besar lebih dari sang suami. Kisah yang boleh kita relate dengan kehidupan masyarakat. Ada terjadi begini.

Bila sang suami, Fitri, seorang ustaz pada waktu pagi dan pekebun pada waktu petang, datang dari keluarga biasa-biasa bertemu dengan Amalina, seorang akauntan yang berjawatan besar, datang juga dari keluarga yang bukan biasa-biasa. Tetapi betullah kata Amal, bila Fitri rasa tak layak bila dia bagai langit dengan bumi dari segi harta dengan Amal, Amal pula rasa dia tidak layak untuk bergandingan dengan Fitri dari segi keperibadiannya. Namun, sikap masing-masing membuatkan mereka sepadan.

Hubungan yang manis, yang matang. Suka dengan cara Amal dan Fitri dalam perhubungan mereka. Bila badai datang menimpa dalam rumah tangga mereka, mereka selesaikan dengan baik. Mungkin salah Amal sedikit kerana merahsiakannya, namun itu juga kerana ingin menjaga hati Fitri. Fitri juga pasti merasa rendah diri bilamana orang duk sibuk mencanang dia yang bertuah masuk ke dalam keluarga Amal, tetapi dia sedar diri dan bukan duk sibuk menumpang harta Amal mahupun mentuanya. Dia usaha sungguh-sungguh. Dari mula nak menghalalkan Amal sehinggalah berkahwin. Dikurniakan pula anak-anak yang comel. Dilanda pula badai dengan perangai Haji Bahir. Sepatutnya begitulah penyelesaian untuk Haji tersebut. Recommend sangat bila nak baca buku dengan plot yang ringan-ringan dan bahasa yang santai tidak berbelit. Love it....

Tahniah dan terima kasih penulis untuk karya yang sangat memberi kesan ini. Sebuah kisah dengan peringatan yang sangat baik.
Profile Image for Fiqa Najwa.
68 reviews
March 7, 2023
Penulisan Akyelrahim mmg sentiasaaaa kena dihati ye ♡

Love yours mengisahkan tentang lelaki B40 kahwin dgn perempuan T20. Mcm mana kehidupan diorg sebelum dan selepas berkahwin. Mcm mana diorg handle rumah tangga. Damn saya love terox yeee this healthy relationship 😭❤ semoga kita semua dapat relationship mcm Fitri - Amal ni 🤲🏻

Amalina - aku in love betulll dgn dia 😭 dah la kaya, cantik, bekerjaya, independant but despite all dia sangat lah humble yeee ♡ Sangat humble and suka bersedekah. Sepanjang baca buku ni seringkali aku sebut "oh i wish to be her one day". Thank you author! Anda telah menciptakan goals saya yg baru dalam hidup ni.

Fitri - ohhh Ahmad Fitriku 😍 Hijau sehijau kebun pisang dia yeee. Makkk mana nak cari Fitri ni dalam dunia nyata 😭 Seorang ustaz di sebelah pagi dan pekebun di sebelah petang. Damn cara dia menyantuni keluarga dia sis lurveeee. Lepastu the effort wehhhh dia nak halalkan Amal huaaa 🥺 Dan dia punya insecure sbb dapat Isteri kaya saya boleh faham ye. Nak nangis aku rasa baca luahan hati dia. Aku rasa siapa yg sulung boleh relate sikit² dgn Fitri ni.

Baca la guyssss worth it. Sangat lighttt buku ni tak stress² ponnn. Buku ni lagi best drpd Kimia and Heliophile (bagi aku la).
Profile Image for dd .
5 reviews1 follower
November 25, 2025
personal rating ; 5/5 🌟

aaaa sukanyaaa!! sangat comforting and best 😭🥹🫂 kat shopee ada jual ahmad fitri tak 😔☝🏻
Profile Image for azie.librocubicularist.
46 reviews4 followers
June 2, 2023
✨Love,Yours by Akyelrahim✨
𝓑𝓪𝓱𝓪𝓰𝓲𝓪 𝓲𝓽𝓾 𝓼𝓮𝓭𝓮𝓻𝓱𝓪𝓷𝓪, 𝓽𝓲𝓭𝓪𝓴 𝓽𝓮𝓻𝓵𝓮𝓽𝓪𝓴 𝓹𝓪𝓭𝓪 𝓱𝓪𝓻𝓽𝓪.
.
💕 Heroin lebih kaya daripada hero
💕 Perkahwinan aturan keluarga
💕 Cara hidup kampung
💕 Toleransi dan komunikasi dalam hubungan.
.
Memang ada banyak novel yang buat jalan cerita dengan plot yang sama tapi yang lainnya LY ni bila karakter dalam novel dan cara hidup orang di kampung yang ditulis penulis 'hidup' dan seperti dekat dengan pembaca. Rasanya kat real life pun memang wujud cerita macam LY ni.

Paling menarik LY bukan membawa kisah cinta semata. Ada banyak pengajaran yang saya rasa ada melalui karakter Fitri. Fitri yang lembut dan susah nak menolak kalau ada sesiapa yang meminta bantuan daripada dia sampai satu tahap, kebaikan yang dia beri memakan diri dia balik. Adanya Amalina sebagai isteri di sisi banyak mengubah Fitri menjadi lebih tegas dan tak terlalu lurus sehingga digunakan oleh orang lain.
.
Bukan mudah Fitri dan Amalina nak mengatasi jurang yang besar antara mereka.Zaman sekarang ni orang-orang lebih memandang harta atau duit ketika memilih pasangan berbanding paras rupa ataupun hati.

Fitri cuma kerja sebagai ustaz di sekolah agama dan bila habis kerja, waktu petangnya dia habiskan di kebun pisang. Nak dibandingkan dengan Amalina yang memang anak Dato' dan bekerja sebagai chief accountant (CA),memang status mereka macam langit dan bumi.Berkali-kali juga dia keliru sama ada pilihannya untuk berkahwin dengan Amalina tepat.

Jurang antara mereka tu banyak kali jugak jadi masalah. Petang sebelum mereka menikah, Fitri terdengar cakap-cakap orang kampung yang mempertikaikan jodoh antara mereka berdua sampai ada yang kata perkahwinan mereka tak akan bertahan kerana Amalina tak mungkin akan biasa dengan cara hidup susah.

Punya la Fitri ni rasa malu dan rendah diri sampai dia buat satu keputusan untuk batalkan majlis mereka melalui sepucuk surat yang ditulis kepada Amalina. Nasib baik ada adik-adik Fitri yang bagi nasihat pada Fitri supaya tak buat kerja gila.Gelabah betul bila baca part ni.

Ingatkan lepas kahwin dah okay tapi rupanya tak bila masalah yang sama timbul balik. Perasaan insecure atau rendah diri Fitri ni timbul dalam hati Fitri perlahan-lahan. Bermula dengan hadiah-hadiah yang diberi Amalina dan pandangan orang sekeliling mereka buatkan Fitri tak gembira. Egonya rasa tercalar lebih-lebih lagi bila dia dapat tahu Amalina beri duit saku pada ibu dan adik-adik tanpa pengetahuannya.
.
Isu ni sebenarnya memang banyak terjadi pada pasangan yang tak setaraf harta - tak kira lelaki atau perempuan. Konflik pasangan biasanya jadi besar bila ada mulut-mulut orang luar yang banyak mengata. Sama macam Fitri, dia rasa tertekan bila orang-orang tak sudah merendahkan dirinya. Jadi pentingnya kat sini untuk pasangan berkomunikasi. Jangan jadi macam Fitri yang selalu memendam perasaan.
.
Pujian untuk watak Amalina sebab karakternya sangat matang. Daripada awal sebelum kahwin lagi Amalina memang tak kisah langsung pasal Fitri yang tak berharta. Baginya, sikap Fitri yang berusaha cari duit untuk kahwin dan cukup buatnya untuk rasa yakin dengan pilihan ibu bapa.
.
Lepas kahwin pun, Amalina sedaya upaya tak nak biar suami dia rasa rendah diri dan berkali-kali meyakinkan Fitri yang walaupun dia lebih berharta, tapi dia tetap hormatkan status Fitri sebagai ketua keluarga.
Profile Image for Qie.
34 reviews3 followers
January 15, 2023
BOOK 6 📚
TAJUK : LOVE, YOURS by Akyelrahim
_________

📌 RATING : ♾️/ 5 ⭐️
📌 PAGES : 433
📌 AGE :
Nur Amalina: 28 thn
Ahmad Fitri : 26 thn
_________

Amalina - Seorang wanita berkerjaya, sdh mempunyai hampir segala-galanya. Kerja yg tetap, kereta, rumah, dll. Satu je yg kurang.

Suami.

Oleh itu, dia minta ma & ayahnya mencari suami untuknya.
Dan calon yang ayahnya amat berkenan ialah Fitri . .

Ahmad Fitri - lelaki kampung yg sgt sederhana. Seorang ustaz yg mengajar di sekolah agama pda sebelah pagi & waktu petang berkebun di kebun pisang. Anak sulung & menjadi ketua keluarga setelah ayahnya meninggal. Kerja utk mak & adik2 yg msih belajar

Lps mak Fitri & ma, ayh Amalina suruh diorang berkenalan dlu, ya Allah comel gila! Dua dua malu2 🙈 Tpi sbelum tu Fitri dah berapa kali tlg Amalina dalam kesusahan . Rupanya tu calon yg ayh dia cari untuk jdi suami dia.

Jujur cakap, in love gila dgn watak diorang 😩❤️ Amalina yg humble wlaupun kaya raya, matang, rajin & sopan santun. Skit pn tak berlagak. Mndgr kata. Tak berkira, smpai duit hantaran pn dia nk bayar separuh2 dgn Fitri.

Fitri pulak wlupn nmpk tenang ,tpi sbnrnya dia slalu merendah diri sbb rsa dia tak layak utk Amalina. Tambah2 dgn org kmpng bercerita yg ibarat Fitri terpijak dulang emas & Amalina terpijak dulang kaca sbb dpat laki tak ada harta 😤

Fitri ni hero B40 🤣 Dlm acc bank pn ada brapa ribu je. Pnya dia nk halalkn Amalina, dia sanggup pgi ke sekolah,ptg ajar budak mengaji,mlm jual burger. Pastu kadang2 tabur baja dekat ladang nenas. Tlg org cat rumah. Sbb nk kumpul duit kahwin 🥺

Fitri bila dh dapat no tel amalina segan pulak nk whatsapp. Pastu waktu nk bincang pasal kahwin, punyalah segan nk kejut amalina yg tertidur dekat gazebo.
Klu merajuk, sedih, nak nangis mesti dia ada dekat kebun pisang.
Bila isteri merajuk, dia pulak dah taktahu nk pujuk 🤣 lawak pulak dia serba tak kena sbb taktahu nk pujuk isteri 🥹🫶🏻

“𝑨𝒎𝒂𝒍 𝒕𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒆𝒔𝒂𝒍 𝒌𝒂𝒉𝒘𝒊𝒏 𝒍𝒂𝒎𝒃𝒂𝒕 𝒔𝒆𝒃𝒂𝒃 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒂𝒃𝒈 𝒋𝒂𝒅𝒊 𝒔𝒖𝒂𝒎𝒊 𝒂𝒎𝒂𝒍”

“𝑺𝒂𝒚𝒂 𝒔𝒂𝒕𝒖 𝒔𝒂𝒂𝒕 𝒑𝒖𝒏 𝒕𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒆𝒔𝒂𝒍 𝒌𝒂𝒉𝒘𝒊𝒏 𝒂𝒘𝒂𝒍 𝒔𝒃𝒃 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝑨𝒎𝒂𝒍 𝒋𝒂𝒅𝒊 𝒊𝒔𝒕𝒆𝒓𝒊 𝒔𝒂𝒚𝒂”
Profile Image for Akmal Zahrudin.
228 reviews27 followers
January 9, 2023
1. Amalina: strong FL, beautiful & successful, golongan T20
Fitri: very humble ML, husband material, tapi golongan B40
2. This is the love story between Amalina & Fitri. Diorang kahwin without love at first, but they slowly fell for each other along the way.
3. Fitri ni such a cute guy, aku paling suka part bini dia merajuk last2 dia pergi cari tapi tak reti pulak pujuk, last2 bini pulak yang pujuk🤣
4. Aku suka buku ni sebab kau boleh faham realiti marriage life antara dua darjat ni, aku boleh relate sebab banyak yang jadi dalam buku ni ada pengalaman dengan ahli keluarga aku sendiri.
Profile Image for Iqa.
147 reviews4 followers
February 12, 2023
Sweet and savory. 🤤. The communication is top notch. They’re both so sweet with each other and it’s shown with their actions. Like they say, actions speak louder than words. It’s also sweet how Fitri’s gained his confidence more with his bidadari’s support. This is a very heartwarming book.
Profile Image for Azizah.
399 reviews6 followers
May 9, 2026
Love, Yours (Anniversary version)
31/3 (1830H) - 13/4/2026 (1945H)
M/S: 487

ML - Fitri
FL - Amalina

Khatam selepas cukup 14 hari kelek Fitri - Amalina. Worth it walaupun lambat gila KakChik membaca kali ni. Dia macam kena rest sat, sambung semula, belek-belek buku lain sat, sambung lagi. Mabuk sebab makan ketupat rendang byk sangat mungkin juga.

Perkahwinan yang diatur orang tua tetapi bukan nikah paksa ye. Kedua belah keluarga memberi ruang dan masa untuk Fitri - Amalina membuat keputusan sendiri tanpa campur tangan mereka.

Apabila dua dunia berbeza, bertemu dan membuat keputusan besar untuk hidup bersama. Ujian pertama sebelum malam akad nikah, Fitri dah kirim surat 'putus'. Aduhhhhh, Ustaz Fitri ni rupanya hati tisu. Syukurlah masa ni Amalina bertindak matang & realistik. Kalau tak, mahu kecoh & malu seluruh keluarga.

Manis alam berumahtangga tetap ada rencah masam pahit disebabkan buah mulut orang, apatah lagi seorang lelaki itu rendah/kurang dari segi duit dan harta. Bawa barangan berjenama pun dah kena jeling-jeling di tempat kerja, apatah lagi bila memandu kereta jenama luar negara. Namun Fitri bukan lelaki yang bersenang lenang dengan kesenangan harta isteri dia, dia kerja siang malam untuk memenuhi tanggungjawab dia. Itu pun orang sekeliling masih pandang serong 😒.

Kemuncaknya disebabkan kurang komunikasi/meluahkan rasa telah menjadi racun dalam rumahtangga mereka. Namun masing-masing tulus dengan kasih sayang mereka, merendahkan ego tu menjadi senjata utama👍 .

Dalam anniversary version, ada sambungan kehidupan mereka selepas berbelas tahun hidup bersama. Dan banyak flashbacks juga terutama kehidupan mereka selepas mempunyai kembar. Keadaan Amalina ketika dalam pantang tu, satu pujian kepada cik penulis kerana berkongsi ilmu berkenaan. Pendedahan yang sepatutnya semua orang ambil tahu dan sensitif terhadap keadaan ibu selepas bersalin 💗.

Tahniah @akyelrahim untuk karya yang matang dari segi cerita, perkembangan rumahtangga Fitri-Amal & terselit kisah masyarakat kampung tu yang KakChik suka dan 🌟🌟🌟🌟🌟 untuk Love, Yours.

kcbaca_2026:10/30

Yeaaaaa, masih di landasan untuk reading target tahun 2026. Tahniah, tepuk bahu sendiri 😁.
Profile Image for Em.
285 reviews11 followers
June 18, 2024
A bit nervous to start on Love, Yours because I did not enjoy Heliophile but to my surprise, this book is such a hidden gem that I would like to keep it inside my pocket and shower it with love and care!

Kisah cinta antara dua darjat, Amalina si T20, Fikri the B40 main lead. Hmm comel pun comel... take place mainly in kampung setting. Serious I rasa nak lepak tepi sawah lepas baca buku ni sebab the world building is highly descriptive.

I love it when my romance read is done realistically; the storyline is easy to relate, conversations between characters are written like what people would converse in real life, no bullshitting, no over-the-top plot, logical setting and very down-to-earth, slice-of-life kind of genre. It's cosy, it's huggable, Love, Yours the kind of book you would bring along to a cafe for your unwinding session or read it under a huge blanket while blasting on aircon set at its lowest temperature (sebab Malaysia takde winter, heee), nak bawa healing kat atas pangkin tepi sawah padi pun boleh, the book is giving me all those small town romance with cutesy vibes.

Basically, Fitri (26) kerja kampung, Amalina (28) pula anak orang kaya yang graduate oversea, seorang wanita yang independent and works as an accountant whilst being top in her career. I think side stories macam things that happened between Amalina and her coworkers are making the book feels alive and believable. I know an author cannot satisfied all type of readers but if you’re someone like me- who prefer a story with realistic setting, then pick this one up.

In this book, Amalina recently broke up with her boyfriend, so dia minta parents dia carikan jodoh which happened to be Fitri.

I really liked reading about Fitri's development as a character. Sebab dia ni baik sangat, ada orang yang ambil kesempatan. 4.5 stars, minus 0.5 because I thought the storyline was a bit flat towards the end. I almost lost my attention.

Regardless, Love, Yours is something I would highly recommend to local readers. I can see myself picking up the book again in the near future.
Profile Image for Bay.
284 reviews4 followers
May 13, 2025
Don’t get me wrong. Best je cite ni tapi aku rasa a bit boring. Slow je penceritaan dia. Konflik ada cuma takdela berat sangat
Profile Image for Yan.
138 reviews2 followers
April 9, 2026
This book hits really hard…🥹

Rating: 🌟🌟🌟🌟.7

Apabila dua dunia bertembung. Yang satu hidup di kayangan. Yang satu lagi hidup di bawah. Cuba bertemu di titik tengah. Bagaimana mereka berdua ini menyesuaikan diri untuk hidup bersama? Mampukah pasangan ini bertolak ansur untuk keharmonian rumah tangga mereka? 😎

ML - Ahmad Fitri / Fitri

Seorang guru yang mengajar subjek agama di sebuah sekolah agama. FL selalu panggil ML, Ustaz Fitri. Walaupun ML kata ilmu dia belum tahap ustaz lagi. Sangat merendah diri. Baik. Penyabar. Lemah lembut. Suka pendam perasaan daripada meluah. Tahap hijau ☘️🍀🌲🌳 ML nie memang tak boleh bawa bincang dah…😍🥰

“𝑼𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒉𝒂𝒍𝒂𝒍𝒌𝒂𝒏 𝑨𝒎𝒂𝒍, 𝒃𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒖𝒅𝒂𝒉. 𝑺𝒖𝒎𝒑𝒂𝒉 𝒕𝒂𝒌 𝒎𝒖𝒅𝒂𝒉. 𝑻𝒂𝒑𝒊, 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒏𝒂𝒌 𝑨𝒎𝒂𝒍 𝒕𝒂𝒉𝒖, 𝒔𝒂𝒕𝒖 𝒔𝒂𝒂𝒕 𝒑𝒖𝒏 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒕𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒆𝒔𝒂𝒍 𝒌𝒂𝒉𝒘𝒊𝒏 𝒂𝒘𝒂𝒍. 𝑺𝒆𝒃𝒂𝒃 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝑨𝒎𝒂𝒍 𝒋𝒂𝒅𝒊 𝒊𝒔𝒕𝒆𝒓𝒊 𝒔𝒂𝒚𝒂.” 𝑭𝒊𝒕𝒓𝒊 𝒕𝒐 𝑨𝒎𝒂𝒍𝒊𝒏𝒂.

My goodness, effort ML untuk nak kahwin dengan FL nie, memang kita salute sangat. Siang malam cari duit lebih. Manalah FL tak jatuh cinta bergolek2 dengan ML nie. The effort alone pun dah cukup membuktikan betapa hijau nya 🍀☘️🌳 ML nie…💖❤️💛

FL - Nur Amalina / Amal
Seorang akauntan yang berjaya. Tegas. Walaupun berduit, kaya, tetapi sangat humble.

If there’s a category for books that you have to read before you die, this book would be on that list. Probably in top 10. It was really that good…💖💛❤️

Buku ini menceritakan bagaimana ML & FL bertemu, berkahwin dan melayari bahtera perkahwinan mereka. They came from 2 different worlds. FL datang dari keluarga yang kaya, manakala, ML datang dari keluarga yang miskin. So, buku ini, banyak menceritakan bagaimana mereka berdua menyesuaikan diri untuk sama2 hidup bahagia dan harmoni dalam perkahwinan mereka…😍🥰

Buku ini bukan semata2 tentang kisah cinta ML & FL, tapi, ada juga kisah berkenaan dengan pekerjaan ML & FL. So, sedikit sebanyak ada juga ilmu yang kita dapat belajar tentang pekerjaan mereka berdua…👍🏻👏🏻 Kita suka bagaimana author menulis tentang pekerjaan sampingan ML yang mengusahakan kebun pisangnya. Memang boleh rasa macam kita yang masuk ke dunia ML, dan boleh rasa dapat berjalan2 dalam kebun pisang ML nie…😊 Boleh bayangkan pisang2 ML yang gemuk2 tue…😂

Kedua2 watak nie, tak sempurna. Itu yang kita suka sangat tentang buku nie. None of them are perfect. FL, di tempat kerjanya sangat tegas. Garang. Tapi, bila dengan ML, manja sangat. Memang dia sangat hormat ML sebagai suaminya. ML pula, baik dan penyabar. Tapi, baik dia, sampai orang ambil kesempatan. Nasib baik ada FL yang cuba untuk nak ubah sikit sikap baik tak bertempat ML nie…🤣😂 Dapat isteri garang, memang ML pun kena work around her juga…😅 Kena juga keluar dari zon selesa…👏🏻👍🏻

Of course, bila dah kahwin, bukanlah manis semata2. Bukanlah bahagia selalu. Akan ada ujian. Akan ada kesusahan. Lagi2 ML & FL yang cuba nak kenal each other, and cuba nak terima kekurangan dan kelebihan diri masing2. Kita suka kematangan pasangan ini dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Of course ada yang merajuk, ada yang marah, ada yang terasa hati, sakit hati, tapi ada jalan penyelesaiannya. Bila baca buku nie, kita faham kenapa mereka berdua ditakdirkan bersama. Saling melengkapi, saling menghormati…❤️💛💖 Seperti kata FL, “𝑩𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂 𝒕𝒖, 𝒂𝒑𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒓𝒂𝒔𝒂. 𝑩𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒊𝒌𝒖𝒕 𝒌𝒂𝒕𝒂 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈.” 😊😌

Untuk hardcover version nie, ada unwritten chapters. And, one of the chapters, ada menyentuh isu postpartum depression / baby blues. That particular chapter hits me really hard. Because, I was in the same situation before. Apa yang FL buat, rasa, even cakap pada ML ketika dia di fasa kemurungan tue, memang sama apa yang kita pernah rasa, pernah buat and cakap pada suami kita. It’s like I’m reliving those moments, one by one, bila baca chapter nie…🥺 That chapter feels so personal, so intimate. Terlalu dekat dengan diri kita. Postpartum depression is no joke. Kalau ada di antara you all yang mengalami tanda2 postpartum depression, cepat2 lah dapatkan bantuan professional.

This book gives us a heartwarming love story, bagaimana 2 orang yang belajar untuk bercinta selepas berkahwin. It’s sweet and romantic, tapi, tak berlebihan. Tapi, dalam tak berlebihan tue, manis dia, Ya Allah, sampai kita dok berguling2 atas katil nie haa…🥰😍🤩 Setiap scene manis mereka berdua nie kita baca, hati kita yang jadi berbunga2…🌹🌷💐 Author memang pandai bagi rasa ada rama2 yang buat kuak lentang dalam perut kita. Bukan setakat FL yang jatuh cinta berkali2 dengan ML, kita yang membaca nie pun dah jatuh cinta dengan Ustaz Fitri nie…❤️💛💖 Kenapa lah lelaki macam ML nie tak wujud di dunia nyata yer? 😩😢

Pertama kali sebenarnya kita baca penulisan author nie. Gaya bahasa yang bersahaja, sangatlah mendamaikan jiwa bila baca buku nie. Kesalahan ejaan kita hanya perasa satu sahaja. Ada beberapa ayat yang kita perasan, macam ada missing words. Tapi, tak mengganggu pembacaan. Overall, this hardcover version adalah antara buku hardcover Bahasa Melayu yang berkualiti. Font sedap mata untuk membaca, kertas yang sedap untuk diselak, ditambah pula dengan jalan cerita yang tenang. Baca buku nie, ibarat ada someone sedang peluk kita, sedang memujuk kita secara perlahan2… 🥹😌

Kita faham kenapa ramai yang suka buku nie. Buku nie, worth the hype. Kalau you all sukakan jalan cerita yang simple, yang tenang, sweet and romantic, yang ada suasana kampung, then, please read this story. It’s an awkwardly adorable love story. To author, semoga terus diberi ilham untuk sentiasa menulis karya yang baik2. All the best, author…👍🏻👏🏻
Profile Image for Bell.
118 reviews3 followers
December 25, 2022
Saya tak pandai bagi review, cuma satu yang saya boleh cakap, buku ni cerita dia sederhana tapi sempurna.

Plot lancar, watak2 yang sangatlah sempurna bukan dari segi watak tetapi dari segi penulisan watak. Amal yang tegas berjumpa dengan Fitri yang lembut hati.

Lepas tu cara Akyel menceritakan latar kampung tu, seronok sangat baca sebab mmg boleh bayang latar tu dalam kepala. Tapi sedih sikit buat sebab saya dah tak ada kampung haha.

Saya boleh cakap buku ini adalah bacaan terbaik 2022 utk saya.

Terima kasih Akyel utk buku ni ❤️
Profile Image for Fariza Umaira.
122 reviews7 followers
June 20, 2023
First time beli dan baca karya penulis. Sebuah cerita cinta yang tersangatlah sweet plus ada jugak berambu air mata bila melibatkan tangan berjasa seorang ibu/ma/mak/mummy/bonda dan yang sama waktu dengannya. Untunglah Fitri dapat isteri kaya harta macam Amalina dan untunglah Amalina dapat suami berperibadi mulia seorang ustaz sekolah agama. Pakej anak kembar pulak tu!

P/s: Semua okey, cover pun cantik, menarik walaupun saiz buku agak besar. Saya suka je sebab cerah mata membaca tapi ngam2 pulak dengan sampul plastik (memang tabiat sebelum mula baca kena sampul buku dulu). Persoalannya, kenapa tak ada book mark? Hahhaa.. lepas tu jumpa 1 typo 'pembntung'. Sekian.
Profile Image for Sya Razak.
22 reviews
December 30, 2023
5/5 💫🫶🏻

Saya jarang baca genre pure romance slot akasia tapi buku ni terkecuali ya. Berkualiti dan halal vibe punya.

Ustaz Ahmad Fitri (Life dia humbling punya style, orang kampung, mengajar dan berkebun) + Head Accountant Amalina (Girl Boss yg independent n kaya, ada rumah n kereta sendiri) disatukan oleh parents. I think you know where the story goes.

Amal - professional, tegas tetapi bila dengan Fitri, she’s being a good and respectful wife wpun pangkat sosial lagi tinggi drpd Fitri.

Fitri - humble, tahu ilmu agama, bertanggungjawab, caring etc and did everything to Amal tak berkira wpun xda apa2. Effort tinggi. He’s being there when Amal needs him. Support Amal’s career too.

For me, buku ni best n special sbb dia straight forward cerita hal sekufu dalam kalangan masyarakat, openly. Benda ni kan selalu diketengahkan publicly cumanya macam biasa, mesti geng2 lelaki vs perempuan jd geng SMK (sikmok kalah). But tru this book, it speaks what I feel and itulah yg sebetulnya 😊

There’s a part of the book (konflik kewangan/ekonomi) that makes me thinking….there’s a thin line between kesian and sayang. In this case, it’s sayang >>> kesian from Amal. Fitri, in the other hand, this shows he’s a good guy actually sbb tak ambik kesempatan ke atas kekayaan Amal. He has a provider attitude sbb tu dia rasa tercabar. But things can be resolved dengan communication and saling memahami, and they did that. Yey!

This book gonna be one of my personal favourite books of all time (next to Tunas and aA + bB). Sbb the author speaks my mind clearly through the characters that she made. Thank you sebab tulis buku ni 😊
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nadhirah Idris.
38 reviews
January 22, 2026
Bacaan sangat ringan. I ada expectation sikit dgn buku ni, ingat manis sampai gigit tebuan. Tapi ok la buat bacaan santai santai saja
Profile Image for amirah sofia.
9 reviews
April 26, 2026
“Dia pandang wajah-wajah syurganya. Bibir tertarik lebar hingga ke telinga. Bahagia.

Tuhan... Jangan kau tarik harta ini daripada Fitri. Tarik yang lain takpa, tapi bukan ‘harta’ yang satu ini.

Kerana dengan mereka, dialah lelaki yang paling kaya di dunia.”

SUKANYA DENGAN AYAT NI 🤧🫶 banyak kali lah bergenang air mata, sebak dibuatnya. sensitif pulak kita baca malam malam hahaha
Profile Image for Noor Hidayah.
75 reviews6 followers
July 12, 2024
Romance after marriage ✅️
Antara 2 darjat saling melengkapi ❤️ ✅️
Farmer' life ✅️
Account's life ✅️
Masyarakat kampung ✅️

Fitri the husband material.. Cute sangat dengan kepolosan dia.. 🤭

Amal walaupun lebih berharta, bila Fitri hulurkan duit belanja yg klu ikutkan x seberapa pun utk taraf hidup Amal, tp Amal isteri mithali, tetap terima dengan hati lapang. ❤️

Senang hati je baca buku ni.. tak payah makan pain killer pun.. anti-pain buku ni. Korang kalau nak baca buku yg sweet, ringan, nak rileks² je, novel² Akyelrahim la penulisnya...recommended ✅️
Profile Image for gabbyy.
31 reviews3 followers
December 27, 2022
Buku ni sangat comfort❤️

Saya mula baca kisah Amal Fitri ni dari Wattpad kemudian bila tahu author nak publish saya terus beli sebab saya suka storyline ni. Dari segi plot ada sedikit penambahan. Saya suka character Amal seorang akauntan yang bersikap tegas bertemu pula dengan orang kampung dia, Fitri atau Ustaz Fitri seorang yang lembut. Dari situ start cerita macam mana dorang kenal antara satu sama lain and kahwin.

Jangan risau, buku ni light saja and tak banyak konflik. Saya habiskan dalam masa 1 hari. Akyelrahim as author pandai sangat cerita keadaan kampung dan buat macam kita ada sekali. Congrats author🫧
Profile Image for fatin.
197 reviews3 followers
April 17, 2024
3.5 🌟

Sejujurnya buku ini sangat cute and memang boleh menghilangkan rasa marah bila baca cara fitri and amal selesaikan isu rumahtangga diorang. Tapi bagi aku yang suka baca buku ada isu yang boleh mengundang makian, this book is not for me sangat sebab sedikit bosan hehehe (aura terlampau positif). Dont worry ada jer issue tapi issue light, annoying gitu2 jerlah.

Tapi aku paling suka time fitri and amal bincang pasal status kewangan diorang. Nampak dekat situ ketegasan amal dan kelembutan tetapi ego seorang lelaki dalam diri fitri. aku terharu gila bila amal pujuk fitri, aku macam YA ALLAH APA NASIB AKU.. part fitri panggil amal sayang, aku dah (・ิω・ิ)ノ. no wonder anak kembar tiga, kalau aku dapat laki macam fitri, aku rela mempunyai 10 anak 🙏🏻 oh oh, aku kagum ya dengan amal, memang manusia genius. aku tak faham satu apa pun kerja dia tapi aku tabik sebab bukan senang (berdasarkan apa aku faham which is 5%)

Watak-watak dalam buku ini semuanya greenflag kecuali makcik bawang dan apa entah nama haji itu. aku puas baca sebab amal girlboss. aku suka gila when part amal dalam office sebab aku sendiri ada rasa aura2 amal ini garang. fitri pula sempoi jer. bagi aku emak si fitri ini lagi sempoi 😔 patutlah cucu2 dia kelakor.

aku recommend buku ini. ini pertama kali aku baca buku ada banyak review positif.

Ha itu jelah aku nak bebel pasal buku ini.
Displaying 1 - 30 of 85 reviews