2022. SPECIAL OPERATION L Objektif: Menyelamatkan Lucy Misi: Menjejaki kehilangan Lucy dan memastikan pihak yang bertanggungjawab menerima akibatnya Sasaran: Phantom
“Phantom?” “Yes, Phantom. One of the enforcers for Vassalo family.”
The Shadow gempar! Lucy, ejen paling muda dalam pasukan Puan Ana Maria tiba-tiba hilang. Lebih menggemparkan apabila mereka mendapat tahu bahawa kehilangan itu mempunyai kaitan dengan Phantom, salah seorang pembunuh upahan bagi Vassalo family, sebuah keluarga mafia yang berpengaruh di Itali.
Lucy benar-benar tidak menduga! Kedatangannya ke Itali disambut ‘luar biasa’ oleh seorang lelaki asing. Dia diculik. Lebih mengejutkan apabila dia mendapat tahu bahawa lelaki itu mempunyai kaitan dengan kumpulan mafia.
“Aku takkan apa-apakan kau… selagi kau beri apa yang aku nak.” “Apa yang kau nak?” “Dia.”
Siapa ‘dia’ bagi lelaki itu? Kenapa mensasarkan Lucy, sedangkan mereka saling tidak mengenali? Namun semakin lama, semakin Lucy mengerti. Sesungguhnya, hanya dia yang menjadi ‘kunci’ buat satu lagi nyawa lain.
The Shadow pula semakin penasaran. Ejen Cobra, Shark dan Wolf bersumpah! Mereka akan membawa balik adik perempuan kesayangan mereka dan memastikan Phantom menjilat akibatnya. Sesiapa yang berani menyentuh Lucy… tidak akan lagi melihat dunia.
4.5 bintang bersinar terang untuk buku terakhir dalam The Shadow Series.
Selamat tinggal Cobra, Shark, Wolf, Athena, Indira, Phoenix, Lucy, Puan Ana Maria, dan turut tidak ketinggalan Gio/Phantom 😌 Pengakhiran siri yang terbaik! 🫶🏻
Saving Lucy is self-explanatory, I believe. It's about how Lucy went for a solo trip but ended up missing; and her brothers, Wolf, Shark, and Cobra had to save her.
During the whole period Lucy went missing, she met Phantom aka Giovanni, the person who is responsible for ruining her solo trip. She went from being the girl that works behind the screen in The Shadows to facing the challenges like field agents. Phantom, on the other hand, has his own backstory as well. Perhaps due to spending too much time together, she develops Stockholm Syndrome?
In this book, you can see how these three brothers value Lucy as their very own little sister. They went extra length to ensure Lucy is safe from threat, even from Phantom. Their affection towards her touched me deeply. They aren't ashamed to show their valuable sides to their partners. I also love how Athena, Dr. Indira Rao and Phoenix are included in this book.
But the small conversations between Lucy and Gio totally broke me. Indeed, it wasn't just a one-sided feeling.
“I wish I could give you a different story.” And followed by the rest...
With this, we've finally come to the end of an amazing series. Kudos to Sara Aisha for these wonderful books! I managed to finish this series in 5 months in 2023, what a memorable reading journey!
Goodbye my comfort characters -
Cobra x Athena; Shark x Indira Rao; Wolf x Phoenix; Lucy x Phantom; and Puan Ana Maria
You'll always have a special place in my heart. See you again next time ♡
p/s - I spotted quite noticeable English grammatical errors for SL, perhaps it could be lessened for the next batch of reprinting.
Buku ni special sikit bagi aku la, sebabnya kali ni kita dapat tengok kisah Lucy pulak, yang selama ni selalunya muncul dia sikit2 aje dalam buku2 yang sebelum ni. Jadi, buatkan aku tak boleh nak agak Lucy ni satu karakter yang mcm mana.
Aku sukaaaaa buku yang ni. Bagi aku satu buku finale yang baik untuk the shadow series ni. Kita dah biasa melihat 3 watak ML sblum ni yang memang kuat, tak lupa jgk 3 watak FL yang juga kuat. Tapi, kalini berbeza sikit, sebabnya Lucy ni tak macam agent the shadow yang lain, tp bukan lembik ok, cuma kuat dia tu dari segi yang lain dan mcm mana dia handle sesuatu tu. Untung jadi Lucy, ada abang2 yg power dibelakang dia. I love Lucy punya relationship dengan Wolf, Shark dan Cobra sooo muchhhh. Pertalian darah bukan penentu kuatnya sesuatu perhubungan 🤧 Lg satu, watak ML dan penceritaan hidup dia sebagai mafia tu aku suka, sebab memang boleh nampak keseraman dan betapa 'harsh' nya realiti hidup mafia ni. Aku sukaaaa dengan ending dia. Sebabnya realistik 😌 Bila dah complete baca, aku dapat rasa mesti rindu dengan watak-watak the shadow series ni 😖
Apapun, shadow series ni memang best. Semoga Kak SA akan terus menghasilkan karya2 yang best mcm ni 👍👍 #emptycanvashida
Rasa macam ada sesuatu yang masih belum dilengkapkan. Hmm... 🤔
Good read anyway.
Selalu tertunggu-tunggu scene Cobra dan Athena. Comel sangat Cobra yang main-main dan Athena yang serius.
Wolf seperti biasa seperti abang-abang. Tenang dan rasional. Pheonix, no word could describe how i love her.
Dr. Indira juga sangat dirindui. Ada aura profesional dan tenang tentang dia. Shark, there's nothing about Shark that really stand out. He's a person who is... normal. There's time he's emotional, and there's time he's rational. I could say he's in between Wolf and Cobra.
Happy for Lucy too. Congrats for your first love, adik. ♥️
Gio, you're the main lead here, but her abangs stole the story 😗 Do better next time 😆 Nevertheless, the man you are, Gio. You deserve second chance. Please be happy with Lucy.
Dah lama peram review novel ni sebab tak tahu nak tulis apa sebab cerita ni memang dah gempak dah. Apa lagi aku nak tulis ni? HAHAHA.
Setakat ni, tak ada lagi penulis novel Melayu yang boleh buat cerita mengenai hacker sampai level ni. Cik SA saja yang mendahului.
Okay cukup setakat itu.
Perbandingan dengan novel Code Name yang lain. Semestinya isu semakin berat. Topik kali ni adalah Baby Harvesting. Diselitkan dengan organisasi kumpulan mafia Italy dan latar belakang tempat juga di Italy.
Ada rasa something yang terkurang dalam cerita ni. Mungkin juga watak utama iaitu Lucy yang hanya mahir menggunakan perincian komputer dan menggodam bukan berlawan. Jadi watak Lucy terasa agak bosan dan lemah. Dengan pengulangan ayat ‘cerita mafia dekat dalam Wattpad’, buatkan aku rasa sedikit cringe. Tapi tak mengapa, part tu tak menjejaskan keseluruhan cerita ni. Cuma aku saja yang bitter. HAHAHA.
Apa-apa pun at the end semua happy ending. Matlamat masing-masing pun dah tercapai. Kalau pun novel seterusnya berkaitan Puan Ana Maria. Jadi, isu yang bakal dibangkitkan nanti mungkin lagi besar. Aku punya standard dan expectation kepada series ni dah semakin tinggi.
Semoga novel thriller Cik SA akan datang boleh bawak isu berat lagi.
Lama dah habis baca CNL ni tp masa tu x jumpa pulak dlm gr ni..
Bkn senang nak yakinkan pembaca ada watak yg byk sgt kebetulan.. Eh kebetulan pulak ejen cina dgn target cina. Ejen india dgn target india. Ejen melayu dgn target melayu & ejen junior handal sgt berbahasa asing.
Tp wth… ini ejen The Shadows laa! Bukan kaleng-kaleng.. 😆
Untuk lucy ni byk babak yg buat rasa terharu. Sejujurnya watak lucy mmg dinanti2 kan sejak CNC lg. cuma x sangka perangai lucy ni degil boleh tahan juge..
Yg bikin terharu bila situasi Abang2 sentiasa ada utk protect Lucy.. wait! Aku terharu atau sbnrnya aku jeles?! Ok aku mengaku! Aku jeles!!
Serius aku cakap, Saving Lucy ni novel penutup The Shadow Series yang terbaik. Memang pelengkap antara kisah2 abang2 the shadow .
Saving Lucy? Siapa Lucy? Dan kenapa dengan Lucy?
Lucy adalah adik2 pada Cobra,Shark dan Wolf dalam The Shadow. Tugas Lucy di belakang tabir dalam membantu abang2nya dalam misi mereka. Tapi dalam naskah ini, Lucy telah diculik oleh Giovanni, salah seorang ahli Vassalo Family, kumpulan mafia di Italy .
Giovanni, telah membelot Vassalo family hinggakan dia menjadi buruan Luciano. Tugas Luciano adalah membunuh Giovanni. Namun awal lagi Vassalo family menjadikan Gabriella, adik Giovanni salah seorang mangsa 'baby harvest' .
Kenapa Giovanni menculik Lucy? Sebab Lucy salah seorang ahli Trace Project, website untuk mencari orang. Giovanni memerlukan kepakaran Lucy untuk mencari keberadaan Gabriella .
Kehilangan Lucy menimbul kekecohan di pejabat The Shadow. Dan abang2nya mulai turun padang untuk mencari Lucy .
Namun sebaik sampai di Itali. Lucy telah diselamatkan, lain pulak jadinya. Lucy berkehendakkan mereka untuk membantu Giovanni mencari Gabriella. Nak taknak The Shadow terpaksa terlibat demi Lucy .
Mampukah The Shadow melawan Vassalo Family yang memang terang2 antara kumpulan mafia yang berkuasa di Italy? Mampukah Giovanni melepaskan diri drpd genggaman Luciano serta Vassalo family? .
Highly recommended. Korang wajib baca Saving Lucy untuk melengkapkan The Shadow Series
Sebenarnya dah baca masa tahun 2022 lagi cumanya tak perasan ya tak kasi rating kat sini. 😂 Kita ulang baca semula sebab nak recall balik kisah Lucy dan Gio ni.
Kalau ikutkan Saving Lucy memang penutup yang cukup baik dah untuk The Shadow Series. Selepas dah selesai semua misi dan 3 orang Abang Lucy dapat happy ending masing2 dah. 😍
Cumanya, mestilah tak puas dengan pengakhiran kisah Gio & Lucy selepas kurang lebih 7 tahun Gio dalam penjara untuk menerima hukuman atas apa yang dia buat. Apa jadi dengan Lucy dan Gio selepas 7 tahun itu? Adakah mereka akan dapat penamat yang sempurna atau sebaliknya?
Tak sabar nak baca sambungan kisah mereka dalam Phantom The Protector. Dalam 3 tahun kemudian baru Cik SA keluarkan sambungan kisah Gio dan Lucy ni. 🌹Sebenarnya, excited sebab dapat jumpa Wolf lagi. 😄 #dasarpeminatabanglong
Saving Lucy : Done by 20/9/22, 1.48am. HAPPY ENDING utk The Shadow also to Lucy's first case ever & Phantom (first love dia yg bnyk kali buat sy nangis gelak nervous, tetiba jatuh hati dgn mafia plk..dah terikut abg Cobra dia ke apa, girlfriend dia pun kongsi gelap) xpelah asalkan semua happy 🤣❤️ Ooo..my fav part is always the trivia, kak sara mmg buat research kaw² utk semua novel dia sampai sy pun google cari psl mafia! 🤩
Scene Wolf, Cobra & Shark nangis masa lucy hilang lg sekali tu sampai Lucy selamat...sy pun nangis kak 😭 tiba² emo hahaha
TAPI..Mesti la dalam kesedihan tu ada rasa bangga dgn Lucy sbb dapat selamatkan semua mangsa baby harvesting & Gabriella dpt jumpa abg dia balik 😍 As proud as her teams!
And..macam biasa Cobra mmg suka curi perhatian dgn kesengalan dia dr awal - habis 🤣 Apepun, kita dah ada : #wolf&phoenix #shark&indira #cobra&athena sy nak tambah ship #GioLucy ! X expect but i knew that they started to fall for each other the moment he said "i'll protect you" 😍
Mcm biasa kak sara... countless stars in the sky for you♥️
Misi The shadow kalini adalah untuk menyelamatkan Lucy dan bawa balik Lucy yang telah diculik oleh Phantom.
My thoughts 💭
God knows how much I loved this series but time to say goodbye to Cobra,Shark,Wolf,Athena,Dr Indira Rao, Phoenix, Puan Ana Maria, Lucy, Giovanni, Gabriella, and all those hottie villain 😭💔 I'm gonna miss them so much! Buku2 Kak Sara tak payah ckp as usual penuh dengan aksi dan emosi! Semuanya cukup rasa and that's why I love Kak Sara's books so much! Buku terakhir digarap dengan sangat bagus✨ rasa macam.. "alaa janganlah habis" 😭🥺 but life goes on.. tapi I still hope ada la sambungan kot² Kak Sara tetibe rajin ke nak sambung 😜😆🤲
So overall this story is fantastic! Perfecto ✨ chef kiss 😘💋 I love it!! GIOVANNI HOT 🥵I can even imagine rupa dia time baca.. also I love how Cobra Shark and Wolf jaga and protect Lucy as their baby sister🥺 I'm so touched by that🥹 also tidak dilupakan juga their badass partner ! Omgg yang aku tggu2 sebenarnya nak tgk 3 hero dan 3 heroin ni turun padang utk beraksi!! Kesimpulannya aku suka tengok hubungan kekeluargaan Cobra Shark Wolf dengan Lucy dalam ni.. aku terharu bila baca walaupun diorg bukan saudara kandung tapi tetap anggap satu sama lain sebagai family sebenar I truly respect that !✨ Dalam the shadow series ni kita boleh tengok yang Kak Sara buat shadow agency ni jadi high facilities! Semua alat² the shadow agency ni canggih nak mampos! Genius gile Kak Sara boleh create benda² macam ni.. untuk itu saya respect Kak Sara sangat²🥺 keep it up Kak Sara and don't give up saya akan sentiasa sokong penulisan Kak Sara 🤲❤️✨
Hard to say goodbye but life must go on so bye bye 👋 watak² yang ku sayang😭🥹
Cerita kali ni penuh dengan aksi-thriller yang sungguh mendebarkan. Kejap baca, kejap jerit, kejap mengeluh, macam-macam perasaan ya ada. Nak baca pun kena betul-betul fokus supaya boleh betul-betul faham cerita ni. 😂
Saving Lucy. Dari tajuk lagi kita dah boleh agak misi The Shadow kali ini adalah menyelamatkan Lucy yang tiba-tiba hilang diculik ketika sedang bercuti di bumi Itali. Roughly, cerita ni seperti seorang perempuan kena culik dengan mafia - harungi segala itu ini dengan penculik dia a.k.a mafia - jatuh cinta dengan mafia yang dah culik dia instead of benci dengan penculik dia. Bunyi macam klise kan? Tapi ini klise bukan sebarang klise. Ini versi bombastic punya upgraded. Bukan tipikal cerita mafia yang bersepah di wattpad. Pelbagai penerangan lanjut berkenaan dunia sebenar mafia dijelaskan dalam novel ni. Ianya langsung tidak indah ya. Tidak indah! Seram dan ngeri je semua. 🥶
Dipetik dan diolah daripada beberapa peristiwa benar yang pernah berlaku di dunia nyata. Namun, keseluruhan cerita ini masih lagi rekaan semata-mata. Banyak triggered warning dalam cerita ni sebenarnya. Pastikan diri anda sedang dalam keadaan tenang untuk membacanya.
Tapi macam frust sikit sebab bila dah masuk muka surat 400+ nampak macam ada beberapa kali penulis tersilap tulis nama watak. 🤔 Dua tiga kali baca baru boleh faham siapa sebenarnya sedang bercakap. Macam watak A ni tak ada pun kat situasi tu pastu tetiba nama dia boleh tersilap kat situ.
Dia punya ending tu pulak macam mixed feeling sikit. Nak kata happy tak adalah terlalu happy. Nak kata sad ending tu tak adalah sad sangat. Nak kata open ending pun tidaklah jugak.
Selepas ni no more nama Cobra, Shark, Wolf, Lucy dan Puan Ana Maria. 'Saving Lucy' merupakan buku terakhir dari The Shadow Series. Uhuk uhuk... 🤧
Lucy and Giovanni's first encounter was a pretty red flag. Giovanni is a whole red flag, being a selfish guy who kidnapped a girl for his own problems. But, considering he's an enforcer, the Phantom, his personality makes sense. I was kinda disappointed with him when he sacrificed Lucy for his sister. But then, he changed my mind when he tried to save Lucy even though it would kill him. Also, when he was given the choice to choose between Lucy and his sister to sacrifice, he couldn't choose either one. But, I think it's more because of guilt than love towards her?
I love the scene about the siblings' antics. Even though they weren't biological siblings, they really would do anything to save Lucy.
I felt kind of weird when they needed to save Lucy with only seven people to fight the enemy, considering they came from a somewhat big organization but only had three official agents for the mission. But I guess the reasoning is that it's not an official mission, and also they weren't fighting a whole organization of enemies. So, it's kind of fair and square? Also, the scenes of each agent's couples scene were kind of a skip part for me. Maybe because I didn't read the agents' books yet, so I didn't feel interested in knowing about their love story. I'm more interested in knowing about their sister's love life than their love lives.
Overall, it doesn't really have romance, as the novel is an action-thriller genre. There are sparks of romance between Lucy and Giovanni. And some romance between Lucy's brothers and their women. It focuses more on sibling relationships. And I love those siblings moments.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Mula-mula aku macam berat gak la nak baca cerita ni sebab ialah siapa pulak Lucy ni , tiada pun dicerita dekat mana-mana code name (secoet tu xpyh kira la)
Tapi memang target aku nak marathon, so ayuhhh
Walaupun cerita ni menceritakan betapa sayangnya abang-abang dengan Lucy tapi bagi aku tak sampai, mungkin sebab tiada langsung scene yang menampakan keakraban diorang ni dalam cerita code name
Lucy ni disebabkan rapat dengan Cobra jadi dapatlah perangai sengal tu kan 🤭
Bagi aku jalan cerita ni agak laju, daripada satu ke satu, tak sempat langsung nak rasa bosan, tup tup dah separuh buku habis dibaca tanpa sedar
Isu yang lebih kurang sama macam dalam code name Wolf, cuma berbeza tempat dan tujuan
Tajuk ni lebih sesuai untuk permulaan jalan cerita sebab aku rasa lebih sesuai Saving Gabriella 🤣
Carta best untuk Code Name + Lucy bagi aku: 1. Phantom The Protector 2. Saving Lucy 3. Code name Cobra 4. Code name Shark 5. Code name Wolf
Tapi kalau mengikut kegempakan jalan cerita: 1. Phantom The Protector 2. Code name Wolf 3. Code name Cobra 4. Code name Shark 5. Saving Lucy
Baru habis baca cerita ni. Alahai Gio ni, tapi Gio ni dia punya aura tak sekuat Wolf, Cobra , Shark. Bila Wolf, Cobra n Shark beraksi hilang terus aura si Gio ni. Bahagian klimaks tu best Gio n Luciano bertarung tu memang debar-debar baca. Lucy ni memang matang dari umur, bila dia dengan abang2 tu nampak dia umur 23 tahun tapi bila dia dengan Gio nampak lebih matang, sebab Lucy ni banyak menyedarkan Gio.
And to spill the tea , Gio is her first love, suka bila Gio mengusik si Lucy, comel sangat. Lucy ni memang tak ada belajar martial art tapi dia punya semangat nak cari Gaby tu memang kuat betul.
Seminggu saya ambil masa baca Aku lelakimu, Cobra n Wolf and sepanjang bacaan tu memang rasa macam tengok movie je. Rasa macam adaptasi movie to novel. Romance and action memang 50-50, memang pembaca boleh sucked in ke dalam novel tu. Sama-sama terbawa dengan emosi watak yang ditulis. Kalau part sedih tu memang menitis air mata terutama novel wolf, I can’t move on la dengan wolf ni
Saving lucy adalah buku last penutup untuk the shadows.. and watak2 hero dan heroin dalam siri ni sangat loveeee.. peminat novel thriller perlu baca siri ni.. kena baca dulu kes abang² dy..baru boleh hayati lucy dengn tenang😍