Arena Wati adalah nama pena dari Muhammad bin Abdul Biang alias Andi Muhammad Dahlan bin Andi Buyung (lahir di Jeneponto, 20 Juli 1925 – wafat di Cheras, Malaysia, 26 Januari 2009 pada umur 83 tahun), sastrawan negara Malaysia asal Indonesia. Ia juga memakai nama pena lain seperti Duta Muda dan Patria. Selama tiga tahun (1986-1989) pernah menjadi dosen tamu di Universitas Gadjah Mada (UGM) Yogyakarta.
Masa muda Arena ditempunya di Makassar. Ia menjadi pelaut sejak 1943 dan pada usia 17 tahun sudah jadi nahkoda kapal. Sekitar tahun 1954 ia telah menetap di Malaya dan bekerja di lingkungan penerbitan majalah "Royal Press" dan penerbitan "Harmy". Tidak lama kemudian, dia pindah ke Johor Baru bekerja pada penerbitan Melayu Ltd,, selama lima tahun. Tahun 1962-1974 bekerja di Pustaka Antara, Kuala Lumpur.
Novel pertamanya, Kisah Tiga Pelayaran, terbit tahun 1959 di Singapura. Setelah itu menyusul Lingkaran (1962), Sandera (1971), Bunga dari Kuburan (1987), Kuntum Tulip Biru (1987), Sakura Mengorak Kelopak (1987), Panrita (1993), Sukma Angin (1999), Trilogi Busa (2002), Trilogi Armageddon (2004), dan Trilogi Bara Baraya. Ia juga menulis buku-buku kajian sastra dan kebudayaan.
Penghargaan tingkat internasional yang diraihnya adalah Penghargaan Sastra Asia Tenggara, SEA Write Award, dari Raja Thailand pada tahun 1985 dan Sastrawan Negara dari Pemerintah Malaysia tahun 1988.
Arena Wati menikah dengan Halimah Sulong dan dikaruniai enam anak. Ia wafat akibat gangguan pada paru-parunya.
Buku tentang realiti masyarakat (era 80an) berkisahkan peneroka-peneroka di rancangan baru penanaman koko di negeri Sabah - yg pada mulanya mendapat tentangan drp golongan fanatik pada tradisi terhadap golongan liberal yg sebenarnya bukan anti-tradisi tapi menyedari betapa pentingnya dan perlunya usaha pembaharuan dlm kehidupan.
Penulis berjaya merungkaikan kepayahan para peneroka dlm kehidupan mereka di bawah pimpinan Ustaz Abu Bakar. Kedua-dua puak Ulu dan Pantai dgn berbeza agama dan pegangan bekerjasama tinggal di rancangan itu.
Apa yg ditakuti Sabir, berlaku juga apabila kegiatan judi dan arak mula bersarang di dlm rancangan. Apabila ekonomi senang sedikit, pelbagai perubahan berlaku di rancangan - masuknya para peniaga, pisau dan parang, alat solek, peralatan elektrik, termasuklah menjual diri (gadis). Bukan itu saja, malah turut berlaku masalah sosial dan politik seperti kejadian curi buah koko dan penjualan gelap buah.
Saya sangat suka apabila penulis berjaya menghuraikan keadaan politik, masalah sosial, sosiobudaya merangkumi adat dan tradisi serta sosioekonomi masyarakat ketika itu. Dapat dilihat bagaimana mereka memegang adat turun temurun mereka dgn kuat. Dapat juga dilihat bagaimana perubahan ekonomi mampu mengubah cara hidup dan pemikiran mereka sehingga hampir lenyap sebahagian adat yg sebelum ini dipegang. Serta jurang perbezaan mereka ketika itu yg tinggal dinggal di 'hutan' dgn masyarakat di bandar yg dipandang 'advance' segala-galanya.
Saya juga kagum setiap kali penulis memaparkan usaha Ustaz Abu Bakar yg sedaya upaya menentang dan membanteras setiap unsur negatif yg masuk ke rancangan itu, bersama Borenting, Sabir, Yasin dan yg lain².
Menarik lagi, saya betul teruja membaca tentang adat budaya masyarakat Kadazan-Dusun (pertunangan, perkahwinan, sugit, kematian dll) yg jarang² sekali saya pelajari.
Judul Royan ini saya kira merujuk kepada gejala yg berlaku dan sikap manusia di dlm masyarakat. Mereka semua manusia biasa dan dlm keadaan tertentu mereka ditakluk nafsu. Dan itulah manusia.
Sebuah buku sastera yg ditulis santai, tapi padat, berinformasi dan sangat sedap dibaca.
Ini merupakan kisah kehidupan baru peneroka-peneroka di rancangan baru pertanian koko di negeri Sabah. Rancangan itu sama-sama dihuni oleh penduduk Ulu dan Pantai (Kadazan -Dusun dan Bajau). Mereka sama-sama bersusah-susah dan bekerjasama di bawah pimpinan Ustaz Abu Bakar. Segala rintangan mereka tempuhi termasuklah kejadian curi buah koko dan penjualan gelap buah tanpa melalui rancangan. Apabila sudah maju sedikit, mulalah rancangan itu mendapat perhatian para pedagang pula, penjual kain, alat solek , barang elektrik, parang dan berbagai-bagai lagi termasuklah yang tidak senonoh seperti gadis dan arak.
Kemasukan perkara yang tidak baik ini mendapat reaksi berbeza. Ustaz Abu Bakar cuba sedaya upaya menentangnya. Tidak kurang juga yang menyambutnya.
Buku ini amat santai dan mudah dibaca. Tidak seperti karya lain-lainnya, kali ini Pak Arena lebih relaks dalam penyampaiannya, sehinggakan buku setebal 553 halaman ini boleh aku sudahkan dalam masa 3 hari sahaja. Tapi itu tidak bermakna karya ini mudah dilupakan. Banyak informasi mengenai budaya masyarakat Kadazan-Dusun diketengahkan. Paling melekat dalam kepala ialah betapa orang Ulu ini sangat menjaga batas-batas moral sehinggakan kalau seorang bapa merasa malu anak perempuannya dipegang tangan oleh lelaki lain, maka lelaki tersebut boleh dikenakan 'sugit' - satu bentuk denda dalam bentuk haiwan ternakan (biasanya kerbau atau babi).