Jump to ratings and reviews
Rate this book

Jesnita

Rate this book
Dendam...

Jesnita terperangkap dengan permainan bahaya kerana dendam lama yang dibawa semenjak zaman kolej. Wanita sepertinya tidak merasai cinta yang sebenar melainkan lelaki sekadar satu kesempatan untuknya sehinggalah muncul seorang lelaki bernama Rafael yang telah berjaya mengetuk pintu ketenangan dirinya.

Gold digger!

“Tak ada orang akan datang dan meminta untuk berkahwin macam tu saja. Apatah lagi semua orang cakap I ni jahat.”- Jesnita

Rafael, lelaki tampan sarat agenda dengan senyum santai. Luaran tampak tidak berkocak hatinya dengan kejelitaan dan keselambaan yang dimiliki oleh Jesnita. Misi utamanya adalah untuk menjatuhkan si gold digger dan mendapatkan kuasa dalam Temenggung Emas. Lalu dia merampas Jesnita daripada Zaid!

“First, you have to marry me. Saham tu belum jadi milik you selagi you tak kahwin dengan I.” - Rafael

“I perempuan yang tak mudah cair, Rafael. I perempuan yang orang sebut sebagai... manipulator.” - Jesnita

Rafael berjaya memerangkap Jesnita dalam perkahwinan yang bertujuan untuk mengenakan wanita itu. Sayangnya setelah berkahwin, Rafael menyedari begitu banyak rahsia tentang
Jesnita yang tidak dapat diselaminya. Wanita itu berbeza daripada watak bimbo yang didengarinya selama ini. Juga rahsia tentang Zainal, Datin Syafinaz... Temenggung Emas dan tentang segalanya!

621 pages, Paperback

First published November 1, 2022

1 person is currently reading
18 people want to read

About the author

Fazlyn Ridz

11 books51 followers
Juga dikenali sebagai Adnil Zaff

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (72%)
4 stars
5 (22%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
1 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,133 reviews211 followers
December 17, 2022
Best giler!

Youre a badass!

What a great storyline! I absolutely adored the way this ended.

Korang baca tau! Berbeza betul drama dengan novel. Novel thumbs up!

F suka sangat! Clap² hand 👍💕
Profile Image for Nisya.
83 reviews3 followers
January 15, 2023
Bagi saya, naskhah Jesnita merupakan karya yang berjaya diadaptasikan dari drama ke novel. Namun, saya tidak tonton la pula dramanya. Ramai yang kata plot antara keduanya agak berbeza. Aduh..dan kadangkala inilah padahnya bila ada drama dan saya tahu siapa pelakonnya. Jadi, terbayang juga la sekejap2 tu.

Tentang anak-beranak keluarga arwah Dato' Abdullah Sani memang berselirat memandangkan sewaktu hayatnya, dia merupakan seorang buaya darat. Anak-anaknya pun menurun perangai dia. Konflik bermula bila Zainal disahkan hilang dan mati. Syarikat TE menjadi rebutan setiap pihak. Si Datin Syafinaz ni memang kejam la orangnya walaupun tanpa dia sedar, rancangan jahatnya sebenarnya menampakkan kebodohan dia juga.

Rafael pula mula mendekati Jesnita atas arahan Zainal bagi membalas jasa Zainal yang banyak membantunya sejak zaman belajar lagi. Walhal, Zainal ni ada false memory tentang siapa yang cuba membunuhnya. Rafael mula menjayakan rancangannya dengan merampas Jesnita bila Zaid dipersalah atas onar menggelap duit syarikat. Dia ingatkan dia sentiasa ke depan, rupanya Jesnita lebih pantas dalam melangkah berbanding dirinya. Rahsia Jesnita pun tidak diketahui. Dalam pada nak menjatuhkan Jes ni, hati dia pula ye yang terjatuh. Sampaikan diri sendiri yang sentiasa teringatkan Jesnita, dikatanya Jes ni sihirkan dia. Cuma nampak juga sisi daring seorang Jesnita terutama bila gaduh tu walaupun kebanyakannya dia senyap je bila ada yang sindir2 atau ungkit tentang kisahnya dan keluarga sebab dia tahu siapa dia yang sekarang bukanlah seperti dulu lagi. Malah lebih berjaya dari mereka yang cuba menjatuhkannya.

Beza Rafael berbanding dengan lelaki lain yang pernah mendampingi Jesnita juga boleh dilihat di mana Jes lebih terbuka dalam bercerita perihal peribadinya. Dan sebenarnya apa yang diinginkannya hanyalah pasangan yang memahami dan itulah yang dilakukan Rafael pada waktu dia mula mengenal sisi seorang Jesnita.

Bila kebenaran terbongkar, eh si Zainal ni nak suruh Rafael ceraikan Jes pula. Ingat nikah cerai ni mudah-mudah macam tu je ke. Dan untuk Zaid ni pula, dia baik je cuma disebabkan terbiasa dimanjakan dan keinginannya sentiasa dilunaskan menjadikannya begitu. Tapi, tengok-tengok ibu dia pun nak hapuskan dia. Fuhhh!!!

Apa boleh dikatakan, cerita ni memang agak berselirat bagi saya namun olahan penulis menjadikannya mudah difahami. Overall, tahniah penulis atas naskhah ini.
Profile Image for Nita.
75 reviews
December 19, 2022
Beli buku ni lepas menonton drama Jesnita sbb tak sabar nak tau endingnya macam mana. tapi rupa²nya versi novel ada sedikit berbeza dgn drama. so kena terus layan drama Jesnita utk tau endingnya macam mana.
Profile Image for Garfu.
155 reviews2 followers
February 18, 2023
Terpengaruh dengan drama.sedikit berbeza tapi dua-dua best!
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.