Jump to ratings and reviews
Rate this book

Into The Light

Rate this book
The plot traces rich young man Zaman's quest for spiritual fulfilment. At Kampung Cahaya, the practical application of Islamic tenets in all aspects of life nurtures his growth. Episodes of explicit allegory add excitement and humour as the (good) villagers work together to fight the Devil and his followers.

299 pages, Paperback

First published January 1, 1983

8 people are currently reading
202 people want to read

About the author

Abdullah Hussain

56 books45 followers
'National Laureate, Dato' Abdullah bin Hussain, was born on 25 March 1920 at Sungai Limau Dalam, Yan Kedah. In 1926, he received his early education at the Malay School until he passed his standard five in 1931 and continued his education at the St. Michael School, Alor Setar, Kedah from 1935 till 1933. Later in 1935, he continued his studies at the Anglo Chinese School, Alor Setar, Kedah until he passed his standard VII. During the Japanese occupation in the year 1943, he had a chance to study at the Syonan Koa Kunrenzo (Training School for Top Ranking Officers) in Singapore for three months. Career * Assistant Store-keeper, at a tin mine in Pahang (1939) * Served in the Publication Department, Sahabat newspaper, Penang (1939) * Assistant Editor, Saudara newspaper (1940) * A clerk and dobhi at an army camp in Sungai Petani, Kedah until the invasion of the Japanese army * A journalist of Merdeka newspaper, Berita Indonesia and Majalah Merdeka, Singapore (1951) * Editor of Majalah Bintang, Majalah Filem and Semenanjung newspaper * Assistant editor, the Franklin Book Programme and Oxford University Press (1965-1968) * An editor, Angkatan Baru magazine (1965-1968) * A research officer, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), (1968-1978) * Head of Language and Literature Unit, Dewan Bahasa dan Pustaka, Sabah branch (1978-1979) * Creatve Writer, Centre for Humanities Study, Universiti Sains Malaysia (1979-1981) * Head, Department of Literary Development and Progress, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Brunei Darussalam (1982) * Senior Literary Officer, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei * Guest Writer, Dewan Bahasa dan Pustaka His first literary work was a humorous story that was published in Tanah Melayu magazine around 1939. Later he kept on producing literary works such as in short stories, novels, biographies / an autobiography, translationa and literary essays. To date, he had produced 25 novels, three volumes of short stories, nine translations, an autobiography and six biographies. Besides using the pen-name Zamroed, he was also known as Roslani Shikin, A.A. Adiwijaya, A.H., Andijaya, Asly, Bintang Kecil, Iskandar Muda and Suryakanta. Through his writing literary works, he managed to portray the positive values of the society and worked hard in building his identity as a writer. He was a veteran literary figure who was committed and diligent in developing his creative talents. Now coming nearer to 74 years of age, his spirit of perseverance in the literary world is still blossoming. To honour his contributions and services, he was conferred the S.E.A Write Award at Bangkok in 1981 (first winner of the Sayembara Novel Nasional prize - a tribute to Pak Sako), First Prize for the National Novel competition organised by Utusan Malaysia and Public Bank for the year 1992/94 for his novel entitled Iman, the Pingat Jasa Hukom Ngon Adat Lembaga Adat Kebudayaan Aceh in 1995, the National Laureate Award in 1996 and the Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) in 1996 which carries title Dato

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
81 (62%)
4 stars
34 (26%)
3 stars
7 (5%)
2 stars
6 (4%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 24 of 24 reviews
Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books77 followers
October 18, 2025
Ini karya Abdullah Hussain yang pertama aku baca dan aku terus dibawa ke satu pengalaman pembacaan yang unik. Aku suka pertembungan dunia Kampung Cahaya yang tenang dan utopia serta dunia Jin Afrit yang huru-hara. Walaupun ada bahagian-bahagian tertentu dalam naskhah ini yang bersyarah, tapi anehnya ia tak menjengkelkan. Malah, aku baca sungguh-sungguh bahagian itu, lalu mengangguk kecil, mengambilnya sebagai pesanan.
Profile Image for hans.
1,154 reviews152 followers
February 29, 2020
Pertama kali baca karya Abdullah Hussain. Novel fiksyen bertema budaya/sosial dan keagamaan (juga sedikit fantasi dan alam ghaib). Laras bahasa yang kemas dengan penceritaan yang fokus kepada kritik sosial dan ajaran Islam, watak-watak yang mencari bahagia dan ketenangan juga yang hanyut dengan kekayaan dan taksub. Ideanya bagus dalam memberi teladan dan moral walau agak janggal baca bab kerajaan afrit dan iblis, tapi terhibur juga dengan fiksyen alam ghaib begitu. Gemar dengan perkembangan setiap watak yang pelbagai dan penuh perangai tak dijangka juga bab akhir yang agak fast-paced tapi cukup buat aku berdebar. Sedikit saja nikmat dunia dihadap depan mata, mudahnya manusia itu lalai. Pengajarannya bagus dan aku suka rujukan beberapa sisipan pengertian ayat Quran dalam perenggan. Satu karya yang bagus.
123 reviews11 followers
June 23, 2013
I rarely read a book for a second time. A case of too many book too little time. But I read this first when I was 15. I was hooked I neglected my homeworks just to finish this. Then I re-read it at TSL UKM where I had my degree there. I still experience the contagiousness of a book so good you just can't put it down. A classic.
Profile Image for Julien.
66 reviews11 followers
March 9, 2025
Abdullah Hussain is a great Malaysian storyteller. A narrative that sits between fantasy and fable, this book taught me more about Islam than any other book or scholar ever did.

It delivers a sharp critique of the practice of Islam in modern Malaysia and serves as an allegory for the country’s politics at the time, one that still feels relevant today. Splendid.

——

Abdullah Hussain est un formidable conteur malaisien. Son récit oscille entre le fantastique et le conte, offrant une lecture captivante. J’en ai appris plus sur l’islam avec ce livre qu’avec n’importe quel autre ouvrage ou enseignement académique.

C’est une critique virulente des pratiques de l’islam dans la Malaisie contemporaine, doublée d’une allégorie sur la politique de l’époque, une analyse qui reste étonnamment pertinente aujourd’hui. Splendide.
Profile Image for Hanyff Fuad.
7 reviews3 followers
June 12, 2008
Kisah sebuah keluarga yang dirodok nafsu & membuntuti iman. Kisah kebobrokan sebuah keluarga yang jauh drp nuur Islam. Kisah seorang anak muda, yang terdetik hatinya untuk lari...jauh...jauh drp didikan kekeliruan yg tak berpenghujung.

Akhirnya, dia ditemukan dengan sebuah kampung. Yang membawa nuur dalam hidupnya. Sebuah kampung yang hidup mereka bertunjangkan syariat Islam sepenuhnya.
Damai.
Indah.
Permai.
Cinta.
Di situ, dia bertemu keluarga angkatnya...yang banyak mendidiknya dengan nilai & hukum-hakam Islam. Kampung apakah itu? Kampung Manusia atau Kampung bunian? Atau makhluk haluskah mereka yang taat itu?

Di situ juga tiba-tiba ada seorang 'Datuk' yang berpindah masuk. Datuk Rarit. Dia bersama dua anak gadisnya membawa kacau.
Muzik.
Hingar.
Perempuan.
Maksiat.
Siapa Datuk Rarit? Apa tujuan Datuk Rarit berpindah ke kampung itu?
Apa jadi dengan anak muda ini?
Apa jadi dengan keluarga anak muda ini?
Siapa sebenarnya Datuk Rarit?
Siapa pula sebenarnya keluarga angkat anak muda ini?
Di mana kampung yg penuh murni dan nuur Islam ini sebenarnya?

Itulah buku yang saya baca pada tahun 1989. Ketika berusia 9 tahun. Terpikat. Kagum. Sejak 1989, nama penulisnya saya kurung dalam bola ingatan : Abdullah Hussain, tanpa mengetahui siapakah dia yang sebenarnya.

1998.
Apabila dipilih menyertai MPR (Minggu Penulis Remaja)...saya berpeluang bertemu dengan penulis-penulis yang mencipta nama dalam dunia sastera tanah air. Tak terkecuali, saya berpeluang menemui Sasterawan Negara - Abdullah Hussain.

Dia saya namakan Pak Abdullah. Menemuinya bagai satu cahaya. Novelnya IMAM (yang memenangi Hadiah Sastera Negara) telah saya ulit hingga akhir.

Kami adakan sesi dialog bersama Pak Abdullah. Tika itu di Rumah Gapena. Dia menceritakan perihal dirinya dan penulisan, sastera dan gaya hidup. Bergilir-gilir peserta MPR mengangkat tangan bertanya soalan.

Tapi saya, dalam diam...saya merenungnya.
Dalam fikir, saya tak henti tertanya...diakah penulis Masuk Ke Dalam Cahaya? (yg saya baca sejak darjah 3 itu?) Hati terdetik, rasanya dialah orangnya.
Tapi, saya tak pasti...kerana otak saya yang dah berkarat tika itu, hanya mengingati seorang yang bernama Abdullah Hussain adalah penulis novel Masuk Ke Dalam Cahaya.

Benarkah penulis novel itu yang telah dianugerahkan Sasterawan Negara kini?
Ataukah hanya namanya sama, orangnya berlainan?

Entah apa yg memberi keyakinan. Saya mengangkat tangan.

Intro. Saya tanyakan, benarkah Pak Abdullah yang menulis novel Masuk Ke Dalam Cahaya.

Iya, jawabnya. Novel itu saya tulis awal 1980an. Diterbitkan 1983.

Oh, leganya saya. Betullah dia! (Wah! Tika itu, saya baru memulakan hidup di dunia fana' ini...mungkin baru berusia setahun dua!)

Saya bertanya lagi, bagaimana Pak Abdullah boleh melukiskan gambaran tentang organisasi jin, iblis & syaitan, serta kehidupan makhlus halus yang lain (termasuk bunian) dalam novelnya ini? Begitu terancang organisasi mereka...serta strategi halus tipu muslimatnya terhadap manusia?

Dia pun bercerita, ketika menulis novel tersebut pd awal 1980an...dia di rumahnya di kampung (Yan, Kedah). Memang banyak cabarannya tika menulis tentang alam yang kita tak boleh lihat ini. Ketika menulis ttg jin dan syaitan itu, pelbagai dugaan dialaminya. Lampu padam. Bau busuk. Wangi yang amat. Pintu tertutup. Tingkap terbuka. Hanya beberapa yang kusebut di sini, hanya itu yg kuingat.

Katanya, jika dugaan itu terlampau kuat dan kerap...dia terpaksa berhenti menulis, mengambil wudhuk dan solat dahulu untuk kekuatan dirinya, sebelum menyambung penulisan itu.

Katanya lagi, organisasi & strategi jin, iblis & syaitan itu...tak lain tak bukan, rujukannya ialah Kalamullah-Al-Quran. Semua yang termaktub dalam Al-Quran dicedok dan setelah menjalani proses kreatif dalam kantung aqalnya...terhasillah Masuk Ke Dalam Cahaya.

Kalau nak tahu bagaimana kisahnya, bacalah Masuk Ke Dalam Cahaya. Tulisan Sasterawan Negara Abdullah Hussain, pd tahun 1983. Buku baru berwarna merah, Cetakan 1998.
Profile Image for books.bintulu.
259 reviews6 followers
March 24, 2024
First thought selepas tamat bacaan...

Apa perasaan semasa membaca buku ini ya?

Mendebarkan, seram, lega, kagum, tunduk... semua ada.

Kita dibawa masuk ke dunia seorang anak muda bernama Zaman yang mencari makna hidup.

Kemudian masuk ke dunia iblis yang 'organized' tetapi masih gagal merobohkan Kampung Cahaya.

Akhirnya bertembunglah kedua dunia ini.

Manusia akan terus disesatkan oleh iblis seperti mana janji yang telah dibuatnya kepada Allah.

Abdullah Hussain, selepas novel Imam, dengan senarai kajiannya dan jalan cerita yang unik, sekali lagi membuat saya takjub!
Profile Image for Matahari Buku.
24 reviews
July 8, 2022
Ketika membaca apa apa buku, aku akan melihat tarikh cetakan buku. Aku ingin tahu latar tempat, masa dan masyarakat ketika itu untuk memudahkan pemahaman terhadap penulisan penulis.

Ketika aku membaca buku ini, aku terpana sebentar. Aku keliru tentang latar masyakat yang diketengah oleh penulis. Lontaran isu masyarakat yang dibawa penulis terasa sehingga hari ini. Dari isu agama, isu sosial, isu ekonomi sehingga isu “sustainability”.

Andai penulis masih hidup hari ini, pasti dia akan dilabel wahabi atau pemecah masyarakat. Amalan ilmu agama yang dikongsi penulis benar benar bertetapan dengan kitabullah dan sunah rasulullah. Amalan solat lima waktu berjemaah, amalan meringanan beban keluarga yang ditimpa kematian, amalan pernikahan, urus tadbir sekolah, pemimpin agama serta isu muallaf.

Walaupun ada juga beberapa amalan yang membuat aku terfikir dan perlu bertanya kepada orang agama apakah pandangan mazhab-mazhab mengenai hal itu.

Selain itu, seringkali orang perketrampilan agama dimomok dengan lebai, tapi buku ini, memapar orang agama tak semestinya hanya mengetahui bidang agama semata mata tapi harus mahir dalam bidang kehidupan.

Kesimpulan buku ini, hanya kepada Allah lah kita berharap hidayah, petunjuk dan istiqamah. Tipu daya syaitan itu sungguh kuat andai kita lemah, depan belakang kiri kanan syaitan cuba menyesatkan kita.
1 review
February 12, 2010
I've read this book about almost 10 years ago when I was in my Secondary School. A very very good Islamic novel. The way the author portrayed how Islam is a very good way of life really amazed me. The mystical side about the "hidden" village as also very interesting. I would love to read it again. But I couldn't find it in any book store. Hope someone could help me. ;)
Profile Image for Nur_ell86.
4 reviews
August 5, 2007
buku nie best, walaupun agak pelik jalan ceritanya, tapi...
buku nie menggambarkan harapan penulis dan juga mungkin harapan pembaca untuk mencipta sebuah negara yang dapat merealisasikan 'islam as d way of our life'
Profile Image for Faiz • فائز.
355 reviews3 followers
March 20, 2025
Masuk ke Dalam Cahaya ditulis oleh Abdullah Hussain, sasterawan negara kelapan—berkisarkan “kelana” (melarikan diri) Zaman untuk mencari erti kehidupan. Dirinya tenat dan lelah dengan kehidupan yang dijalaninya; penuh dengan hal bersifat duniawi. Kelananya kemudian tertangguh apabila dengan tidak sengaja, beliau menjumpai sebuah kampung yang didirikan mengikut lunas-lunas Islam, digelar Kampung Cahaya. Menariknya, kampung ini tidak ditemui di peta Kuala Lumpur, bahkan juga tidak pernah diketahui kewujudannya!

Zaman kemudian menjadi sebahagian daripada marga Kampung Cahaya. Kampung yang begitu sederhana, tenang, damai dan rukun. Walaupun kedudukan kampung ini terpencil, namun segala keperluan dan kemudahan seperti yang didapati di kota-kota, boleh ditemui di sini. Melalui kehidupan seharian Zaman di kampung ini—Abdullah Hussain banyak membetulkan salah faham masyarakat berkenaan amalan keagamaan seperti perkahwinan, pengebumian, zakat dan harta peribadi. Pengolahan yang begitu lunak dalam bentuk cerita ini menjadikan pembetulan salah faham ini lebih mudah diterima dan dicerna oleh pembaca.

Cerita ini turut menyisipkan babak Raja Ifrit bersama rakyat-rakyatnya yang terdiri daripada jembalang, hantu, jin, langsuir dan segala macam jenis sifat mazmumah seperti khianat, bodoh, tamak, hasut, fitnah, tahayul dan khurafat. Pakatan dan rancangan mereka untuk menghancurkan Kampung Cahaya menjadi paksi cerita. Segala macam usaha dilakukan untuk meruntuhkan kampung yang tertegak atas pasak-pasak Islam ini. Menariknya lagi, penulis turut menukilkan beberapa kisah agama yang masyhur seperti Grigori Rasputin, seorang manusia “mulia” yang telah mengucar-kacirkan kerajaan Rusia melalui pengaruhnya ke atas kerabat diraja sekitar awal tahun 1900-an dan Jonestown massacre, tragedi bunuh diri secara besar-besaran di Jonestown, Amerika Syarikat pada 18 November 1978 yang mengorbankan sebanyak 918 orang. Selain itu, ada juga kisah fiksyen yang dimuatkan seperti penulisan Yukio Mishima berkenaan perjalanan spiritual penganut Buddha dan kisah di pergunungan Mahameru yang melibatkan dua orang adik beradik iaitu Malim dan Sati dan berlaku pada zaman pemerintahan Seokarno. Namun, pencarian saya terhadap kisah ini tidak pula ditemukan sumbernya walau Abdullah Hussain meletakkan nota kaki di akhir buku. Segala peristiwa besar yang terjadi ini hakikatnya kerana tangan-tangan Ifrit, iblis, syaitan dan angkatan mereka.

Menurut saya, penulis berjaya mengolah segala perkara berhubung keagamaan dengan begitu lunak sekali, terutamanya berkenaan perancangan Ifrit untuk menyesatkan anak-anak Adam. Satu percubaan yang berhasil, saya kira. Cuma, pada separuh bahagian cerita, penulis seolah-olah ingin menamatkan cerita dengan segera. Segala babak dirakamkan dengan begitu cepat sekali. Agak berbeza dengan penceritaan pada babak awal yang lebih terperinci dan dihuraikan satu persatu. Entah apa alasan tuan penulis berbuat sedemikian.

Penutup, ini merupakan karya Abdullah Hussain yang pertama saya baca, dan jujurnya, saya benar-benar suka. Barangkali karya ini boleh diletakkan di bawah payung sastera Islam. InsyaAllah, selepas ini, karya beliau yang lain iaitu Imam akan saya dapatkan juga!
Profile Image for Amira Nadhirah.
46 reviews1 follower
July 1, 2021
KALAU DAPAT RECOMMEND 1 JE BUKU, THIS WOULD BE MINE, sejujurnya :’)
Sangat sentap dan mendalamm. Saya mencari lagi buku2 karya abdullah hussain kalau ada saya nak pinjamm.

What I like about this book :

Penceritaan dia sangat teliti dan terperinci, tak boleh baca skip skip sebab setiap ayat tu membawa plot latar dan emosi cerita, dan sentiasa padat dengan ilmu ilmu agama dan sentapan jiwa walaupun dia bukan buku self-help pun - sama macam bila baca buku kerna syurga bukan percuma 1 n 2 dan buku hero.

One concluded ibrah from this book :

“ sesungguhnya tiada ia berkuasa ke atas orang2 beriman dan bertawakal kepada Tuhannya. Ia hanya berkuasa ke atas orang yang memilihnya sebagai teman dan mempersekutukan Tuhan”

Sangat sangat recommended untuk baca kisah nabi Adam dulu sebelum baca buku ni. Dalam surah Al-Baqarah 30-38 & Al-Aaraf 11-25 .
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,545 reviews41 followers
June 22, 2023
Saya baca Masuk ke Dalam Cahaya edisi Malaysia Membaca. Adakah sama seratus peratus dengan buku yang terlebih dahulu dicetak? Saya akan semak nanti kerana buku berwarna merah ini juga ada dalam simpanan. Novel Masuk ke Dalam Cahaya bagi saya sebuah karya fiksyen yag baik. Kisah di bumi Malaysia dengan watak-watak utamanya tinggal di perkampungan ghaib Kampung Cahaya yang tidak dapat dikesan di atas peta rasmi. Di selang-selit dengan episod di dalam kerajaan Iblis khususnya di mahligai Raja Afrit. Kisah manusia yang telah masuk ke dalam cahaya, masih ada yang bisa terjebak kembali ke dalam kegelapan akibat tipu daya iblis. Sehingga nyawa berada di hujung tengkorok, pintu taubat masih terbuka buat manusia. Tidak bagi iblis dan sekutunya.
Profile Image for Fuad Syazwan Ramli.
52 reviews5 followers
January 12, 2025
Novel berunsur agama yang agak ringkas mengenai perjalanan hidup seorang anak muda yang ingin kembali mencari keredhaan Allah.

Pengkisahan tentang kampung yang mengamalkan cara hidup Islam dengan sistem yang sedikit utopia menggambarkan keinginan sebahagian anggota masyarakat ketika itu untuk mencari cara hidup alternatif yang lain dari kebiasaan. Mengingatkan pula pada kumpulan seperti al-Arqam yang cuba mewujudkan masyarakat alternatif.

Menariknya persoalan yang dibangkitkan di dalam novel ini masih lagi diperdebatkan oleh masyarakat kita pada hari ini seolah-olah masyarakat kita tidak berganjak sejak dulu dan masih terperangkap di dalam isu yang sama dan pemikiran yang sama.

Agak kurang menarik jika dibandingkan dengan Imam atau juga Interlok.
Profile Image for Syadzuwan.
60 reviews
February 28, 2022
Konsep dan tema novel ini terlalu unik sebab ada unsur metafizik, tapi pada masa sama tak tinggalkan aspek logik. Plot yang sangat baik dan ada banyak perkataan baru yang saya belajar.

Terlalu baik tulisannya, tingginya pencapaian bidang penulisan BM. Novel begini ialah imej sastera Melayu yang tulen.
Profile Image for Lailatun Nadhirah.
Author 10 books27 followers
January 6, 2022
Waktu baca sinopsis dia, keliru juga apa yang penulis cuba nak sampaikan. Lepas baca sampai habis, baru faham 😢 banyak ilmu agama yang aku belajar dalam novel ni.

Al-fatihah Allahyarham Abdullah Hussain. Semoga segala nukilan beliau menjadi saham buat beliau di sana.
1 review
July 16, 2018
Sebuah karya yang membawa pembacanya masuk menjiwai setiap watak di dalam buku ini. Sebuah karya yang terbaik!
Profile Image for Wierna.
37 reviews
April 19, 2022
Kesal sekali kerana saya baru membaca karya indah ini.
Profile Image for sara ✩.
5 reviews
June 2, 2025
dnf 66%

I would have left that kampung the second they said my thoughts out loud
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for ⠀.
119 reviews35 followers
August 14, 2020
Masuk ke Dalam Cahaya bermula dengan Zaman yang melarikan diri kerana mahu mencari diri sendiri. Zaman memasuki Kampung Cahaya, kampung yang mengasingkan diri dari dunia luar dan mengamalkan syariat Islam sebagai panduan kehidupan seharian. Cerita mula disulam dengan unsur fantasi dan alam ghaib dengan menyaksikan kampung ini kemudiannya dijadikan sasaran Raja Afrit dan konco-konco jahatnya – diinspirasikan dari figura-figura dengan tujuan mahu memesongkan akidah manusia – mahu merosakkan Kampung Cahaya dan menyesatkan penduduk-penduduk kampung itu.

Sejujurnya, idea yang menarik tetapi ada banyak kelemahan dari segi pelaksanaan cerita dan wataknya. Isu pertama dengan cerita ini bermula dengan kemunculan watak Zaman itu sendiri. Zaman merupakan seorang anak orang kaya dengan ibu bapa yang terlalu asyik mengejar harta dunia sehingga mengabaikan Zaman dan melupakan Tuhan. Sukar untuk berasa simpati dengan pergelutan hidup Zaman yang dilahirkan dengan kekayaan dan kemewahan tetapi tidak bijak untuk memanfaatkan dan menggunakan kelebihannya itu walaupun secara sembunyi-sembunyi. Apatah lagi bila diambil kira pengalaman orang-orang yang tidak bernasib baik seperti Zaman, dengan ibu bapa yang bekerja separuh nyawa sepanjang hari tetapi tidak dapat melimpahkan secebis kemewahan sekalipun kepada anak-anak mereka. Sewaktu melarikan diri juga timbul sedikit sifat narsistik Zaman yang seakan-akan seronok memikirkan reaksi orang-orang yang akan menyedari kehilangannya.

Apabila Zaman tiba ke Kampung Cahaya pula, semakin jelas cerita ini terlalu bergantung kepada stereotaip dan klise yang dibawa secara dramatik dan keterlaluan. Zaman terkejut dengan tahap kebijaksanaan penduduk Kampung Cahaya dan penduduk Kampung Cahaya pula kerap kali mengulangi bahawa setiap orang luar akan membawa keburukan dan kerosakan terhadap penduduk kampung mereka. Watak-watak penduduk kampung didesak untuk memegang watak yang baik dan maksum kerana mengasingkan diri daripada dunia luar yang didiami orang-orang kaya yang terlalu asyik menikmati kemajuan di bandar sehingga melupakan Tuhan dan hanya memikirkan dunia. Sesiapa dari Kampung Cahaya yang memutuskan untuk keluar dari kampung akan ditakdirkan untuk menuju ke arah kemungkaran. Dan sesiapa dari luar yang mahu menyucikan diri hanya perlu tinggal di Kampung Cahaya. Seperti seorang pakar bedah dengan pekerjaannya yang boleh membantu dan memberi manfaat kepada ramai orang mempunyai fikiran yang singkat dan terlepas pandang kemungkinan keupayaan dan kebolehannya untuk mengimbangi antara memulihkan orang dan mendekati Tuhan mengambil keputusan untuk menyorok sahaja di Kampung Cahaya yang tiada ruang untuknya memanfaatkan sepenuhnya kemahiran yang bergunanya.

Selain itu, peraturan Kampung Cahaya juga seperti menghampiri peraturan kumpulan kultus atau agama sesat. Seperti bagaimana Zaman digalakkan untuk menghadkan atau sebaiknya memutuskan hubungan dengan dunia luar dengan menjual kenderaan yang dimilikinya dan aliran kewangannya juga dipantau oleh ahli jawatankuasa Kampung Cahaya. Apa yang lebih aneh adalah bagaimana Zaman terpesona dan kagum dengan kehidupan Kampung Cahaya ini semata-mata kerana mereka kerap mengulangi keinginan mereka untuk mengamalkan hidup yang suci berpandukan syariat Islam tanpa mengesyaki apa-apa terhadap peraturan yang ditetapkan.

Pandangan penduduk Kampung Cahaya terasa seperti penuh prejudis dan mereka juga terasa angkuh dan tinggi diri dengan keputusan mereka untuk mengasingkan diri dari dunia luar yang kotor. Disangkakan berkemungkinan sikap pemikiran sehala penduduk Kampung Cahaya ini akan dibicarakan kemudian tentang bagaimana keputusan mereka untuk mengurung diri di bawah tempurung Kampung Cahaya sedikit sebanyak telah memakan diri kerana telah menyebabkan mereka hilang keupayaan untuk memahami sikap dan kelakuan kompleks manusia yang sentiasa berubah dan tidak semuanya serupa. Lebih-lebih lagi apabila penduduk kampung itu sendiri begitu cepat menyebarkan khabar angin yang belum disahkan kebenarannya di kemudian cerita. Tetapi sayangnya, tiada.

Jelas sekali Masuk ke Dalam Cahaya mahu menyampaikan mesej bahawa syariat Islam sebagai panduan seharian kehidupan adalah pilihan yang benar tetapi cara penyampaian dan penceritaannya terasa terlalu sempit dan ringkas. Tetapi walau dengan semua kekurangan ini dan juga beberapa lagi kandungan dalam buku ini yang menidakkan buku ini dari termasuk ke dalam kategori cerita yang malar segar, diakui buku ini masih berbaloi untuk dibaca sekalipun hanya dengan mengambil mesej yang disampaikan secara luaran dan juga dengan paparan pemikiran dan kehidupan masyarakat zaman dahulu, terutama sekali mereka yang tinggal di kampung. Dari sikap negatif melampau mereka yang cepat curiga terhadap orang luar yang tidak dikenali sehinggalah ke kebaikan yang sering diperkatakan tentang cara hidup bermasyarakat di kampung yang akan berkumpul beramai-ramai bagi membantu menjayakan kenduri dan keraian yang diadakan oleh jiran mereka.
Profile Image for Amri Hakim.
112 reviews2 followers
July 15, 2025
Banyak pengajaran dan konsep plot yang unik.
Profile Image for azie.
17 reviews3 followers
April 19, 2010
ak baru sahaja selesai membaca into the light, versi alih bahasa untuk masuk ke dalam cahaya karya Abdullah Hussain, sasterawan negara.

setiap kali ak baca buku yang bagus dan benar-benar memberi kesan di jiwa, selalu ak katakan kenapalah tak jumpa buku ni sejak dulu lagi. kan bagus kalau buku macam ni dijadikan bahan bacaan wajib pelajar sekolah menengah atau rendah.

banyak benda yang boleh dipelajari dari buku ini..tapi buat masa sekarang ak lapar, kena makan dulu. harini makan bubur je sebab kafe tak buka. baru je tadi ak sedar yang ak telah mengHasut kawan ak dengan kata2, "UMP memang macam ni" aduyai...

3.08am
Displaying 1 - 24 of 24 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.