Buku Dahsyatnya Doa Ibu merungkai fakta-fakta sejarah kisah-kisah benar, ayat-ayat Quran serta hadis-hadis yang menjadi bukti kekuasaan dan keajaiban doa para ibu yang mampu memberi kebahagiaan mahupun kebinasaan kepada anak-anak dalam sekelip mata sahaja.
Buku yang menarik dan berinformasi. Sesunguhnya doa seorang ibu itu amat mudah dimakbulkan oleh Allah. Sebagai seorang anak, haruslah kita menghormati dan mengasihi kedua orang tua kita, terutamanya ibu. Patut dibaca oleh semua orang, tidak kira siapa :)
Cuma tak berkenan dengan penulis bila dia menggunakan "Allah berkata" dan "Nabi/Rasulullah berkata". Juga tidak membesarkan huruf pertama yang merujuk kepada Allah seperti, "..Allah menurunkan ayatnya(sepatutnya "ayatNya") yang bijaksana bagi menyelesaikan masalahnya itu."[muka surat 49]
Buku ni disyorkan oleh seorang kawan saya yang tinggal di asrama SMK Anderson, Firdaus Hashim(#SMT).. kitab ni bagus pada pendapat saya dan ia telah digarap dengan begitu spesifik untuk menggambarkan darjat seorang ibu bagi seorang anak, betapa mustahil sekalipun apa yang didoakan seorang ibu, dengan izin dan kehendak Allah, ia pasti akan berlaku..P/S Sentiasalah
Quote : Keramatkan Ibu, sebab di situlah sumber kemudahan hidup bagi setiap anak. Untaian doa dari ke dua bibirnya, akan mengguncang langit. Akan mengubah takdir di Lauhil Mahfuzh. Akan menutup celah-celah bala dan cobaan membuka pintu-pintu rahmat Tuhan yang Maha Tinggi.
Buku keren nih. Tiap habis baca buku ini, selalu seperti punya soul baru. Dan lagi, membaca ulang ini buku tuh sama sekali tidak membosankan. Haduh, moral value nih buku terlalu banyak.