4.7/5 ⭐
Iryanie. disebabkan kesempitan kewangan semasa akhir sem, dia nekad untuk mencari kerja. tak disangka, bosnya lelaki yang dia langgar keretanya! ok, first of all, she's cuteeeee. bila dia dengan Afi, sumpah sangat adorable. bila dengan abah Afi pula, tak sanggup pandang mata sebab mata helang Ezli sangat menyengat 🤣 tak sanggup pandang pun, terjatuh cinta juga 🤣 apa yang dilalui Yanie sangatlah tidak patut jadi! she is really a strong woman.
Eddy Ezli. si duda anak satu yang terpaling dingin, garang dan terlebih hot! maknya yang tiba tiba nak balik kampung, dia pun tak tentu arah nak mencari orang untuk jaga anaknya yang baru masuk darjah 1. Ezli ni, sumpah garang gila awal awal! dahla tak reti senyum, mata pula asyik nak mencerun je kat orang! tapi tu lah, handsome. memang rebutan orang single la (ehem, saya lah tu) tapi, bila si harimau jadian ni dah jinak, amboi! bukan murah dan manis lagi senyuman, asyik gelak je memanjang eh! Ezli juga seorang bapa yang sangat penyayang and the way he struggled? damn. respect teruk!
walaupun kerja seorang Ezli sangat biasa, tapi serious i found him sangat attractive. he is the man of my dream. memang betul betul acuan lelaki yang saya nak tahu! boleh mabuk Ezli baca buku ni.
saya benci betul dengan lalang lalang dalam buku ni! lagi lagi Zamri! asyik nak panggil Ezli sombong je. Khairina pula, fuh. otak dia ni memang lain macam betul. nasib baik Maya ni ok ok je, lalang yang sambil lalu 🤣
cerita ni memang sweet belaka. terlalu banyak mengblushing, tersengih, pukul bantal, tumbuk dinding scenes dalam buku ni, tapi! yaallah the plot twist?!?! seriously! sangat menyakitkan hati. the ending? nope. saya sangat tak puas. I NEED MORE OF THEM. rasa macam, "eh, gitu je??? kenapa!! nak lagi!!!"
ada some part where i feel like tak patut berada disitu. macam, tak sesuai dan gaya penulisan a bit off for me, tapi takde lah sampai nak drop buku. it still worth to read hehe.
all in all, buku ni sangat fun to read! kalau rasa nak baca duda hot dan garang, sila baca Mulanya Satu Cinta!!