Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sejujur Hatimu

Rate this book

Paperback

13 people are currently reading
89 people want to read

About the author

Umi Azrini

3 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
27 (33%)
4 stars
35 (43%)
3 stars
11 (13%)
2 stars
5 (6%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
July 7, 2013
Sejujur Hatimu..novel tebitan lama jugak..tp baru sekarang nak baca..

Sesiapa yang suka cerita kawin paksa bolehlah baca novel ni..

Kisah bermula apabila..Reen yang tidak sebulu dengan Fahrin walaupun mereka ni sebaya dan sepupu. Pada mulanya Reen ni mmg ada hati kat Fahrin masa zaman2 sekolah..tp bila dia tgok Fahrin mcm menunjuk2 kepandaiannya..kebaikannya kat family diaorg membuatkan Reen makin meluat..dan secara tidak langsung..buat Reen selalu cari gaduh dgn Fahrin. Padahal Fahrin ni biasa2 je layan Reen.

Selepas masing2 menginjak dewasa..Reen da ada Iqbal.Fahrin da ada Maya..entah macam mana..si Fahrin ni pergi meminang Reen. Sebenarnya Fahrin ada muslihat.. Semua ni sebab Fahrin dicabar untuk berlakon. Sebab Fahrin marah Maya yang lebih pentingkan karier lakonan dari Fahrin lepas tu suka buat aksi pegang sana sini. Fahrin yang pantang dicabar...lepas tu dpt sokongan dari Kamal abang kepada Maya yang berdendam dgn Iqbal. Kalau boleh dia nak Iqbal ni terseksa dan kecewa bila Reen da jadi milik orang lain.

Reen pulak terpaksa ikut kehendak keluarga. Keluarga dia ni sgt sukakan Fahrin dan bila family Fahrin dtg meminang..terus terima tanpa tanya Reen. Satu je silap Reen..dia x pernah kenalkan Iqbal kepada family dia. So lepas da terima.. x kan family dia nk tolak sbb family Reen ni org terhormat kat kampung.

Walaupun Reen da buat macam2 untuk elak dari berkahwin dengan Fahrin, tapi jodoh tetap milik mereka. Sejak mereka berkahwin..Reen memang membenci Fahrin. So tanggunjawab sebabgai isteri memang x pernah Reen lakukan. Fahrin pulak sbnrnya dari dulu lg ada hati dgn Reen. Tapi sbb Reen ni garang sgt, dia pun putus asa..so lepas diorg kahwin kiranya cinta Fahrin kat Reen tumbuh kembali. Secara langsung cabaran Maya terus dilupakan. Matlamat dia nak pujuk Reen supaya jadi isteri dia selama-lamanya.

Lepas Reen mula jatuh cinta kat suami dia...dan bahagia....mulalah watak Maya muncul kembali merosakkan hubungan Reen dgn Fahrin.....
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
August 26, 2010
Bila dah lama tak baca kisah cinta selepas kahwin, semangat aku berkobar2 lak hehe… layan lak waktu malam, terasa overdose jiwang aku hik3 lalala5

Reen & Fahrin, walau bersaudara, namun hubungan mereka sedingin salju. Fahrin yang bijak dan berkarisma menjadi kebanggaan keluarga serta saudara-mara. kelebihan Fahrin memarakkan lagi perasaan benci Reen terhadapnya. Usaha Fahrin dalam menjernihkan perhubungan mereka tidak pernah berhasil sehinggalah masing2 menginjak dewasa.

Diorang ni ada tarikan fizikal antara satu sama lain. Tapi kerana Fahrin dicabar kekasihnya Maya seorang pelakon, Fahrin mahu membuktikan yang dia juga boleh berlakon dengan orang lain dan nak tengok if Maya jelous or not. Kamal mengambil kesempatan dari keadaan ini & berjaya menghasut Fahrin supaya memaksa Reen mengahwininya. Reen terpaksa menerima kerana bapak dia sikit punya garang da.. Diorang mmg dah lama bekenan dengan anak saudara diorang tu, dah la doktor, hensem dan baik hati pulak tu. Masalahnya Reen dgn Fahrin ni tak leh jumpa, jumpa je perang meletus, tapi dalam gaduh2 tu ada juga cinta di hati. Kamal tahu masa diorang remaja dulu, Fahrin ada hati kat Reen tapi Reen tu garang nak mampus.

Tak sangka la tercetus nama "JoAnn book corner" dalam cerita ni. Tu kan kedai buku milik Anneesa dan Joane dlm buku "Mencari Cinta". Buat aku tertanya2, Annessa dengan Faris tu dah kawin belum? hehehe

Pepatah ada mengatakan, "Mungkin ALLAH menginginkan kita bertemu dan bercinta dgn orang yang salah sebelum ditemukan dgn orang yang tepat." Benarkah?
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
July 30, 2012
Reen & Fahrin

Dua kali aku baca novel ni.. Tawon 2008 baca sekali ngan awal tawon 2010 ni baca lagi.. best.. Memang suker genre yg ala2 gaduh dulu, pastu baik..
usik mengusik bawa bahagia.. ;) lalala
Profile Image for Ayda.
65 reviews
March 1, 2013
Definitely 5 star and a must read. Okay, first of all this was one of the first few Malay novel that I've read. Frankly speaking I really love it a lot. Though I've only read it once and it was like a few years ago. If my memory didn't fail me, it was 2008. I intend to read it again but first I have to purchase it because previously I had borrowed it from a friend. This book had lead me into reading some more of Malay novel.
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
December 24, 2022
Best sangat novel ini yang mengisahkan Reen dan Fahrin. Mereka adalah sepupu. Dari kecil hingga ke alam pekerjaan, mereka memang tak boleh ngam. Selalu saja berdebat bila berjumpa dan tak mahu kalah kerana masing-masing ego dan keras kepala.
Reen punya impian untuk berkahwin dengan Iqbal, anak boss di syarikat Reen bekerja. Fahrin pula sedang bercinta dengan Maya, adik Kamal yang juga kawan baik Fahrin.
Apabila Kamal berdendam dengan Iqbal kerana dia disingkir dari satu projek, Kamal cabar Fahrin untuk berkahwin dengan Reen. Matlmat Kamal agar Iqbal kecewa kerana dia tahu Iqbal sangat cintakan Reen.
Fahrin yang berselisih faham dengan Maya, menyahut cabaran Kamal dan pinang Reen melalui emak dan ayah Reen di kampung.
Keseluruhan jalan cerita yang cukup menghiburkan. Watak antagonis dua beradik, Kamal dan Maya taklah kejam sangat. Ada juga hati dan perasaan.
Saya suka dengan keakraban Reen dan Anna, kawan baiknya yang berbangsa Cina.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.