Seriously best sangat cerita tema kekeluargaan ini, sesuai dengan tajuk novel. Pada pendapat saya, novel penulis ini is so much better than her other books. Kisah hubungan Ardini dan Zahin yang sangat rapat walaupun mereka hanya sepupu. Dari mula saya dah dapat agak Hajah Aminah adalah ibu susuan Zahin sebab keluarga tak kata apa dengan kemesraaan mereka berdua. Direngkaskan cerita, Firas telah jatuh cinta dengan Ardini bila Firas selalu berurusan di tempat Ardini bekerja. Baru beberapa bulan hidup bahagia berumahtangga, Firas tiba-tiba nak kahwin dengan Najihah, klien yang baru dikenalinya. Ardini bantah dimadukan tapi tamparan dan pukulan pula diberi Firas. Kesian Ardini yang sabar dengan perubahan suaminya. Dari usahawan yang berjaya, Firas mula ambil dadah kerana kemurungan bila Najihah tipu Firas dan tidak jadi kahwin dengannya. Ardini usulkan agar Firas dapatkan rawatan demi masa depan mereka. Keseluruhan cerita tak meleret-leret dan walau kisahnya ada yang berulang-ulang tapi masih lagi ok. Plot pun agak menarik cuma bagaimana Najihah mandremkan Firas tidak dijelaskan. Begitu juga romantic scenes Ardini dan Firas langsung takde paparannya selepas dua tahun mereka bertemu kembali.