Jump to ratings and reviews
Rate this book

Diari Hidup Rasulullah SAW

Rate this book
Diari Hidup Rasulullah S.A.W menjelaskan rahsia keunggulan Rasulullah S.A.W melalui pengamalan tujuh sunnah utama dalam kehidupan baginda. Rasulullah S.A.W memulakan setiap hari dengan solat tahajud, khusyuk mentadabbur Quran, menyertai solat Subuh secara berjemaah di masjid, bersedekah, memelihara wuduk sepanjang waktu, menghiasi hari dengan solat duha dan mencintai zikrullah. Alangkah indahnya! Buku ini mampu membimbing kita mempraktikkan dan menghayati tujuh sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan kita, seterusnya membongkar keajaiban demi keajaiban yang bakal muncul sebagai natijah pengamalannya.

First published January 1, 2009

3 people are currently reading
31 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (42%)
4 stars
14 (53%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (3%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
August 10, 2018
Amalan Rasulullah SAW sewaktu hayatnya, kelihatannya tidak susah dan tidak complicated, namun membawa manfaat besar jika diikuti umat. Buku ini sangat mudah dan sedap dibaca. Penulis seakan-akan mahu memujuk kita supaya bersama beliau mengikut amalan Rasulullah SAW. Terasa sejuknya hati bila penulis menggunakan ayat-ayat memujuk yang sepertinya ditujukan buat kita yang memang sudah membuka minda dan dada untuk menjalani kehidupan lebih berkualiti dan lebih mendekatkan kita kepada rahmat Allah SWT dan syurga Firdaus InsyaAllah.
Profile Image for Faizah Roslaini.
123 reviews24 followers
July 29, 2010
- Ada orang percaya kita boleh berjaya apabila kita efektif dan produktif. Ada yang pelbagai cara di luar sana: ada yang sukakan Fraklin Covey, ada yang sukakan Tony Buzan atau Bono atau entah siapa-siapa lagi.

2 - Aku berasakan bahawa dengan meniru cara hidup Rasullah S.A.W sehari-hari, maka aku paling boleh berjaya.(Jangan tanya sama ada aku telah berjaya atau tidak sekarang kalau tidak mahu rasa pelempang)

3 - Amalan-amalan seharian dalam hidup baginda yang diterangkan dalam buku ini adalah seperti berikut: 1. Tahajud 2. Baca & Faham Al-Quran 3. Subuh berjemaah di masjid 4. Solat Duha 5. Sedekah 6. Sentiasa Berwudhuk 7. Zikir

4 - Bagi aku semua itu bukan asing cuma aku harus bertanya pada diri, hendak buat atau tidak? Pelbagai-bagai bullshit akan timbul apabila diri sendiri tidak cukup berkehendak. (Ya, makcik sedang melihat diri sendiri)

5 - Dalam bab-bab terakhir ada bercerita tentang Majlis Az-Zikra di Indonesia yang diceritakan telah berjaya merubah hidup ramai pengamalnya.

Secara keseluruhan, sedikit membosankan tetapi berguna sebagai panduan terutama bagi yang bersemangat mahu mencipta legasi dalam acuan yang barangkali paling Islamik. (ya, aku juga ada mimpi walaupun ia mungkin tidak melibatkan Toyota Alphard atau banglo 9 tingkat atau berkahwin dengan kerabat diraja yang punya private jet).
1 review
May 2, 2011
7 perkara penting,laksanakanlah sebelum dijemput pulang ke pangkuan Ar Rahman


*tahajjud

* menyelami dan memahami Al Quran

* solat subuh berjemaah di masjid

* solat dhuha

* sedeqah

* wudhuk

*berzikir
Profile Image for Zehan Ilyana.
82 reviews15 followers
May 4, 2012
thanks nisa, bagi akak buku ni...:) i love it!
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.