Jump to ratings and reviews
Rate this book

Selamat Tinggal Sayang

Rate this book
Aku Ingin menjadi 'puteri' Nur Deane yang mampu membarisi sekalian puteri puteri yang ada. Namun itu semua hanyalah impian, dongeng zaman kanak-kanak yang entah bila mampu Puteri kecapi. Lalu kerana 'Puteri', dia senang menjadi 'Dee', bebas daripada sebarang kekeliruan dan sangkaan. Namun 'Dee' tidak bebas tatkala terlanjur, terperangkap oleh masa dan akad. Perkawinan ini satu tanggungjawab...melepaskannya jua satu tanggungjawanb yang tidak terjawab. Bertahun Dee menjadi pelarian, siapa sangka bertemu suami dalam satu periuk rezeki. Namun mampukah Dee terus bersembunyi...dan sampai bilq Puteri digantung tidak bertali

437 pages, Paperback

First published January 1, 2003

19 people are currently reading
256 people want to read

About the author

Ma Lee Chuswan

6 books32 followers
Ma Lee Chuswan, mula mewarnai dunia penulisan novel popular sekitar pertengahan 1990-an hingga beliau ditempatkan dalam kelompok penulis bukan Melayu yang mampu menghasilkan novel yang agak bermutu.

Bermula dengan sebuah cerpen berjudul 'Begitu Suratan Takdir' yang dimuatkan di dalam majalah tahunan sekolah, MLC cuba menggilap nama sebagai seorang penulis novel santai tanahair. Pilihan MLC ialah novel popular yang mana dianggap lebih memenuhi cita rasa pelbagai golongan pembaca. Novel sulung beliau ialah novel cinta berjudul 'Putik-Putik Rindu' dan disusuli dengan novel kedua berjudul 'Gelora' pada hujung tahun 1996. Tidak pernah menghadiri sebarang bengkel atau kursus penulisan formal, MLC telah menghasilkan enam buah novel.

-petikan Hassan Omar, wartawan sastera & budaya Berita Harian, 2003.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
85 (39%)
4 stars
87 (40%)
3 stars
28 (12%)
2 stars
12 (5%)
1 star
5 (2%)
Displaying 1 - 24 of 24 reviews
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
November 13, 2013
puteri' Nur Deane,pertama kali membaca karya penulis.Keliru itu yang aku rasa selepas itu rasa kagum kerana kisah ni diluar jangkaan,rupanya Hakim ialah suami Puteri.Puteri lari meninggalkan tanah air dengan alasan menyambung pelajaran tetapi hakikatnya lari dari suami sendiri kerana rasa bersalah,tapi yang pasti puteri sangat menyintai Hakim,kalo tidak macam mana boleh sampai terlanjur dan watak Hakim digambarkan sebagai seorang yang baik cuma hidup dalam kongkongan ayahnya dia memilih untuk bertangungjawab atas keterlanjuran mereka dan dia kecewa kerana ditinggalkan begitu sahaja.Bila Puteri muncul dengan perubahan drastik dan dia langsung tidak mengenali Isteri sendiri tapi tarikan tetap ada antara mereka berdua,tapi malangya Hakim telah dijodohkan dengan Zureen,anak kenalan ayahnya.Hakim macam tak mampu menolak Puteri pula meluahkan rasa hati dan mahu hidup bersama Hakim seperti pasangan suami isteri yang normal tapi Hakim ni letihlah main tarik tali plak,ada pula watak Tengku Aida yang memang psiko sanggup mengupah orang untuk merosakkan Zureen dan sanggup membunuh.Puteri lari lagi sekali, bila isteri dah hilang dari pandangan mata barulah Hakim tercari-cari Puteri lari kerana kecewa dan mahu melahirkan anak meraka tanpa pengetahuan Hakim.Nasib baik hepi ending kalo tak harus "stress"
Profile Image for Aisyah.
250 reviews43 followers
April 18, 2017
Novel ni best, plot dia pon menarik.

Hero novel ni, Hakim memang macho habis, a suka personaliti dia yang agak nakal dan ala 'bad boy'. Kalau si heroin, Puteri tu boleh tahan... cuma kadang2 macam tak logik tindakan dia tu membuatkan a agak frustrated.

Btw buku ni pon ada jugak kes 'meghilangkan diri & make things worse', which begs the question kenapa la asyik2 heroin novel melayu selalu buat camni eh? Running away from your problems is NEVER the solution. Selain tu, a xda masalah dngn novel ni.

Note: a agak terkejut bila jumpa adegan2 yang 'hot', banyak kali jugak la... So a rasa mcm kurang sesuai kalau bagi budak awal remaja baca.



Other than that, have fun reading!

Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
March 22, 2015
ok done...
MB suka penulisan MLC jalan cerita dia
xpernah menghampakan
tapi ending dia pasti sgt2 kecewa sbb tengah2 baca tiba habis (T_T) tak puas
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
November 21, 2013
Selamat Tinggal Sayang

Erk awal-awal cerita macam tak boleh nak masuk sbb dok ingat tarikan Puteri dengan Hakim hanya tarikan nafsu serakah semata-mata. Rupa-rupanya hubungan mereka adalah hubungan yang halal semenjak 7 tahun yang lalu atas satu kesilapan anak adam berdua-duanya. Dahulunya Puteri yang dipanggil Dee seorang tomboi. Dee tiada hubungan langsung dengan Hakim, tetapi saat Intan sahabatnya ingin putus cinta dengan Hakim, Dee hanya menjadi posmen membawa berita untuk Hakim. Kasihankan Hakim yang bersedihan, Dee menjadi peneman merawat duka lara. Akhirnya mereka terlanjur dan terpaksa berkahwin setelah Puteri rungsing dia tak datang period dalam tempoh 2 bulan. Namun perhitungan Puteri meleset, seminggu selepas berkahwin dia datang bulan. lalu meninggalkan Hakim tanpa berita menyambung pelajaran ke Australia.

Sepulangnya ke Malaysia, akhirnya mereka bertemu kembali, bekerja didalam satu syarikat. Namun Hakim langsung tidak mengenali Puteri kerana Puteri telah berubah menjadi wanita yang anggun sehinggalah beberapa bulan bekerjasama, Hakim baru mengetahui bahawa Puteri adalah isterinya. Masing-masing terpikat antara satu sama lain tetapi Hakim ego mengakui perasaan yang terbit dihati apatah lagi dia akan ditunangkan dengan anak kawan papa demi mengukuhkan kedudukan syarikat. 6 bulan Puteri diberi tempoh untuk memikat hati Hakim. Namun 4 bulan berlalu, Puteri putus asa apabila Hakim masih tidak endah dengan godaan Puteri malah melayan dia dengan dingin berbanding Tengku Aida, seteru Puteri.

Kandungan Puteri semakin membesar di dalam rahim Puteri. Bersendirian mengalami alahan mengandung , tertekan dengan tingkah Tengku Aida yang sering membuat onar, dan depression sehingga menjejaskan kesihatan serta prestasi kerja Puteri turut merosot, akhirnya Puteri lelah dan meletak jawatan. Sekali lagi Puteri silap membuat keputusan tanpa berbincang dengan Hakim, puteri sekali lagi lari dari Hakim apabila kecewa cintanya tidak bersambut. Dapatkah Hakim menemui kembali Puteri dan bayi yang tidak diketahui kewujudannya. Sempatkah mereka mengucapkan selamat tinggal apabila Puteri terlantar koma selepas bersalin dan bertarung nyawa sementelah semangatnya untuk hidup hilang saat cinta ditolak Hakim.


Best cerita ni cuma tak suka tentang watak heroin sahaja. Puteri sangat lembek/lemah bila cintanya ditolak. Mana harga diri mu? Gambaran watak asal , tomboy dan sehingga saat mengandung lasak bermain bola sepak dengan kawan-kawan lelaki tapiii jiwa tak kental. Huhu
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews60 followers
March 22, 2015
Pertama kali baca karya penulis ini dan aku suka dengan gaya bahasa yang beliau gunakan.. Jalan ceritapun menarik..
Profile Image for Lily.
16 reviews2 followers
October 31, 2009
Novel Malaysia/berbahasa Melayu yang sempat mengaduk aduk perasaan ini dengan bahasa yang lancar dan memikat serta cerita yang penuh dengan konflik membuat ingin cepat-cepat menamatkan novel ini.

Walaupun ada beberapa kosa kata melayu yang kurang aku pahami tetapi kalimat dan pesan yang disampaikan bisa dimengerti dan aku sangat menikmati membaca novel yang berkisah tentang Putri yang meninggalkan suami yang menikahinya bukan atas dasar cinta tetapi pernikahan mereka terjadi karena rasa tanggung jawab Hakim, suaminya atas kekhilafan yang dilakukan saat mereka belum menikah.

Setelah lima tahun di negeri orang untuk meneruskan sekolah dan bekerja disana, Putri kembali ke Kuala Lumpur dan beberapa lama kemudian bertemu kembali dengan Hakim tampa sengaja.

Mulanya Hakim tak mengenalinya karena sebelum keluar negeri Puteri yang biasa dipanggil Dee dan berpenampilan seperti tomboy. Tapi sekarang ini Putri berpenampilan bak seorang putri nan jelita.

Dari mulai awal berkisah dimana pertemuan kembali antara Hakim dan Puteri, hingga akhir konflik terjadi Hakim yang masih merasa terluka, kesal dan sakit hati karena ditinggalkan tampa pesan,kemudian ada Tengku Aida yang begitu obsesi ingin memiliki Hakim dengan berbagai cara dan ayah Hakim yang menginginkan anakya menikah dengan Zureen..dan ternyata pula Puteri sebenarnya sangat mencintai suaminya sejak dulu kala.



Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
July 29, 2016
Puteri & Hakim

Hakim: "Hanya Tuhan yang tahu kenapa setelah sekian lama kita dipertemukan semula."

Profile Image for YONG EKIN.
90 reviews8 followers
September 3, 2018
Selamat tinggal sayang.. Kisah Hakim Dan Dee.. Dari awal cerita sampai ke akhir.. Semuanya best2 belaka.. Hakim menikahi Dee dalam terpaksa.. Berpisah bila Dee larikan diri . Bertemu tampa di sangka.. Hakim bertemu Puteri. Bekerja di bumbung yg sama.. Dari awal Puteri kenal Hakim.. Tapi tidak pada Hakim.. Namun pecah juga tembelang bila Hakim tahu Puteri adalah Dee yg tinggalkan Dia dahulu.. Ya lah.. Macam mana nak kenal.. Klu dulu Dee kan tomboy.. Sekarang Puteri cantik jelita.. Maka bermulalah kisah si isteri mengoda si suami.. Si suami pula cuba tarik tali.. Akhirnya bila si isteri membawa diri.. Hilang merajuk diri.. Barulah terhegeh2 mencari.. Sian Puteri bersendiri bersama anak yg dikandung.. Hingga putus asa utk teruskan hidup.. Tambahan pula dlm cerita ini , ada pula si gila Tengku Aida yg sanggup melakukan apa saja demi merebut hati Hakim.. Nasib baik di akhir cerita Hakim bertemu Puteri dan anak mereka.. Walaupun pelbagai rintangan yg mereka hadapi.. Akhirnya mereka hidup bersama dan bahagia .. Seperti biasa.. Cerita ini sgt dewasa serta matang...
Profile Image for Abby Iera.
1 review
October 30, 2012
this book is very interesting with the nice plot and the story very touching...I love it!
Profile Image for Anis Azura.
58 reviews
December 15, 2013
lama sungguh nak habiskan buku ni,,biasanya naik tren time balik keje sempat layan novel,tapi bila buka yang ni terus mata ngantuk,,mungkin jalan cerita slow..tp ada babak2 yang overrated sikit,,so memang untuk bacaan dewasa je..18 ke atas..cerita pasal Dee@Puteri dan Hakim yang kahwin paksa (lately anis suka baca kisah kahwin paksa,lepas satu,satu pulak)sebab terlanjur,,tapi yang tak disengajakan,mungkin terikut nafsu,so mereka kena kahwin.lepastu Dee ni tinggalkan Hakim sebab tak dapat terima perkahwinan mereka.Tup-tup lepas 5 tahun,terjumpa balik..in an awkward way,Dee berubah menjadi Puteri yang 'hot stuff'dan membuatkan Hakim jadi tak keruan.Dah jumpa,Puteri pn jatuh cinta dengan Hakim,well,normallah,suami die,jatuh cinta banyak kali pun takpe,tapi Hakim taknak Puteri sebab marah kene tinggal dlu..so,Puteri dengan hati yang lara pergi bawa diri.Yang sedihnya,time tu Puteri pregnant anak Hakim,dan Hakim tak tahu + ego taknak ngaku dan sayangkan Puteri.Time ni anis kesian la dengan Puteri tu,terseksa jiwa raga,hanya anak die je sumber kekuatan die.Time dah bersalin,baru Hakim datang,dah insaf dah tapi Puteri pula koma.Dalam pada tu,Hakim ada konflik dengan bapanya,dengan bakal tunangnya,dan Tengku Aida yang gatal tu.Lepas dah settle semua masalah tu,baru Puteri sedar dan mereka pun kembali bersama.Mungkin sebab banyak baca novel yang storyline lebih kurang sama,jadi anis rasa boring sikit.walau bgaimanapun,3 bintang untuk novel yang rare ni!
Profile Image for Dira.
9 reviews
September 9, 2019
Satu perkataan untuk gambarkan kesuluruhan cerita ini ialah kecewa. Ya. Dira sangat, teramat dan sungguh kecewa dengan novel ini.

Dira jumpa novel ini di halaman Karya Seni. Komen yang begitu positif buatkan Dira tertarik untuk memiliki novel ini. Harapan Dira sangat tinggi pada novel ini.

Tapi novel ini buatkan Dira pening, serius & rasa nak jumpa perkataan tamat tu dengan cepat. Tak betah rasanya nak teruskan pembacaan tapi Dira gagahkan diri untuk habiskan juga. Dira sangat berharap setiap helaian yang Dira selak itu akan berikan pengharapan yang novel ini terbaik tapi Dira tak nampak apa yang terbaiknya novel ini sampailah Dira buka halaman tamat.

Pengakhiran cerita ni juga terlalu cepat, kelam kabut dan tiada penjelasan di sebalik apa yang berlaku. Pengakhirannya memang menghampakan.

Buku ini memang tak kena lansung dengan citarasa Dira. Ya, lepas ni Dira perlu lebih berhati-hati dalam memilih novel. Mungkin semua orang suka tetapi tidak menepati citarasa Dira.
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
January 2, 2016
3
Akhirnya, KS berjaya menerbitkan kembali naskhah legend ini yang sekarang kalau hendak dibeli mungkin mencecah ratusan ringgit.
Kisah Puteri dan Hakim punya aura tersendiri dan apabila saya menjamah satu demi satu perkataan yang ditulis, memang terasa legendnya kisah cinta ini.
Dengan perjalanan cerita yang sangat berbeza dengan kisah cinta yang dihidangkan pada zaman sekarang, memang tidak sia-sia usaha KS kembali menerbitkan kisah ini. Diharapkan KS menerbitkan kembali karya legend seperti ini. Tahniah buat penulis dan KS!
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
December 21, 2016
OMG! Sgt2 aku x sangka rupanya STS ialah stok novel sedih.

Sedih dgn nasib Puteri. Lebih2 lg masa dia mengandung tu.

Serius cakap, aku memang geram dgn si Hakim tu. Perasaan org lain dia sibuk jaga, tp perasaan bini sendiri langsung x jaga. Spesies suami mcm ni pun ada ek? Annoying giler!

Tp dlm geram2 tu, kesian jugak kat Hakim sebenarnya. Tersepit dlm buat keputusan — antara keluarga dan isteri.

Novel ni memang best sebenarnya, tp aku x nk bg semua bintang sbb aku rasa endingnya cepat sgt. Kan best kalau endingnya panjang lagiiiiiii :(
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
September 1, 2014
Keseluruhan? Menarik dibaca dgn isu dan isi! Bahasa okey dgn gaya dewasa…konflik yg terjadi saat Hakim & puteri bertemu semula… buat rasa geram pula pd Hakim!!! Hadirnya Tg Aida, Zureen menambah perisa ‘sakit hati’ … kasihan dan simpati kat Puteri yg berusaha sungguh2 mahu hidup bersama Hakim tp Hakim tdk mahu krn masih rasa terluka, marah sbb ditinggalkan Puteri dan sbb bakal berkahwin lain…. Mmg emosi lebih baca buku ni!!!

Profile Image for Anne.
55 reviews2 followers
October 4, 2014
Cita ni Memang Sedih & u should prepare tissue bnyk2x ....
Sudah khatam cita ni several time & still make me cry.....(little bit emo ;))

I luv all his/her books (until 2day cannot distinguish wtr he/she) kata die hard fankan....

Anyway, All his books never disappointed me & For me it's a master peace....
Start collecting his work when I was 17 & don't know why nowadays x find new book written by him....
@ is he using other name???? Who knows.....
8 reviews
January 11, 2025
Tak tau nak komen apa sebab banyak benda yang tak berkenan tentang novel ni dari jalan cerita dia kepadalah watak-wataknya terutama watak heroin yang terlalu lemah dan mudah termakan pujuk rayu lelaki. Penggunaan banyak ayat bahasa moden yang banyak memasukkan slang dan perkataan Inggeris menyebabkan kesenian gaya bahasa Melayu tu jadi kurang. Ditambah dengan adegan-adegan panas yang tak sesuai dibaca oleh pembaca bawah umur menyebabkan jadi kurang suka novel ni.
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
August 27, 2018
Bacaan kali ke 2

Wpon dah baca, tetap teringin utk membaca semula sbb teringatkan watak Puteri @ Dee dan Hakim dalam menjalani kehidupan suami isteri yg terpisah 7 tahun akibat salah faham 2 pihak.

Ada masa watak Puteri membuatkan saya geram sbb kelembutan yg terlampau memendam perasaan.

Nasib baik watak Hakim tidak terlampau ego sesgt.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
February 13, 2016
ceritanya menarik, tapi watak puteri tu... macam x sesuai je digambarkan tomboi pada awalnya, akhirnya jadi lembik bila jumpa balik hakim. macam senang sangat lemah bila hakim ada, cemburu dengan tengku aida.. padahal dia yang lari tinggalkan hakim dulu.

overall ok, cuma just bukan my taste kot...
or sebab banyak sangat baca novel kebelakangan ini membuatkan saya xde feel sangat nak baca kowt..
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
August 2, 2017
Ada intrigue, ada lust, ada element of surprise. kiranya, cukup rempah ratus dan sebuah hidangan. Novel ni mungkin settings di lewat 90s namun plot dia amat baik. Is ada 2 bahagian kalau betul2 mendalaminya. Satu part Puteri dan almost to the end half part Hakim... it's really good. And I will never forget, 7 tahun and dragged full of denial from Hakim. must read
Profile Image for Ayuhashim.
73 reviews
June 11, 2016
sweet sweet..
cuma letih criter novel pompuan te suka main hide and seek.. maksudyer melarikan diri bila masalah..
novelist kena start pk cara lain tunjuk women are more bold dr awal ke ujung criter..
Profile Image for Ratna Wulandari.
24 reviews10 followers
December 30, 2012
tapi bukan selamat tinggal yang ini. ceritanya berisi motivasi buat orang yang pengen move on
Profile Image for santira.
36 reviews3 followers
December 8, 2016
ada banyak konflik dalam cerita ini tapi penulis berjaya menyusunnya dengan baik. saya suka penulis menyelitkan peribahasa dalam novel ini.
Profile Image for Kern.
41 reviews5 followers
June 16, 2021
I like the plot, and the story in the beginning but it goes off in the end. Too much descriptions make it boring at some time. Cheesy, not suitable for young readers.
Displaying 1 - 24 of 24 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.