Jump to ratings and reviews
Rate this book

The Missing Piece: Bahagian Satu

Rate this book
Karya yang menyirat suatu kesan etnografi dan keterikatan dengan budaya Melayu yang kental. Pegangan nilai Islam sebagai nilai teras diajukan unmtuk menjelaskan kesan keadilan dan kebenaran.

867 pages, Paperback

First published January 1, 2005

3 people are currently reading
36 people want to read

About the author

Fatimah Busu

26 books22 followers
FATIMAH BUSU dilahirkan pada bulan Januari 1943 di Kampung Pasir Pekan, Kota Bharu, Kelantan. Setelah tamat pendidikan formalnya di sekolah rendah dan menengah, beliau menyambung pengajian dengan mengikuti kursus perguruan di Maktab Perempuan Melayu, Durian Daun, Melaka. Kemudian, beliau berkhidmat sebagai guru untuk beberapa tahun. Pada awal dekan 1970-an, Fatimah Busu menyambung pengajian tingginya di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Berkat kesungguhannya dalam bidang akademik, Fatimah Busu memperoleh Ijazah Sarjana Sastera (1978) dan Doktor Falsafah (1994) di universiti yang sama. Kemudian beliau bertugas sebagai pensyarah sehingga bersara pada tahun 1998. Kini beliau berkhidmat secara kontrak sebagai penyarah di USM.

Dalam jagat kesusasteraan tanah air, genre cerpen dan novel telah menonjolkan bakat kepengarangan Fatimah Busu. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan tiga kumpulan cerpen iaitu Lambaian Tanah Hijau (DBP, 1980), Yang Abadi (Teks Publishing, 1980) dan Al-Isya' (Teks Publishing, 1985). Sebanyak 10 buah cerpennya pernah memenangi Hadiah Karya Sastera dan Hadiah Sastera Malaysia. Cerpen-cerpen yang berjaya ialah "Mawar Yang Belum Gugur." (1971); "Nasinya Tumpah" (1972), "Freshie" dan "Lambaian Tanah Hijau" (1973); "Bunga-bunga Pulau" dan " Sampah Yang Hanyut" (1974); "Anak Bumi Tercinta" dan "Anak-anak dari Kampung Pasir Pekan" (1975); "Mahar Asmara" (1983/1984) dan "Al-Amin" (1984/1985). Manakala genre novel yang dihasilkan, iaitu "Ombak Bukan Biru" dan "Kepulangan". Antologi puisinya yang terbaru "Apa Ada Di Sana (Versi Dunia)" telah diterbitkan pada tahun 2004.

Sebagai ahli akademik atau sarjana, beliau telah melaksanakan penelitian ilmiah dengan menghasilkan buku yang berjudul "Ciri-ciri Satira dalam Novel Melayu dan Afrika Moden: Kajian Perbandingan (DBP, 1992). Buku ini, kemudiannya memenangi Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1992/1993.

Kini, dua buah cerpen beliau yang pernah memenangi Hadiah Sastera Malaysia menjadi bahan teks KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu peringkat STPM. Cerpen-cerpen itu ialah "Anak Bumi Tercinta" (antologi Anak Bumi Tercinta, DBP, 2001) dan "Anak-anak dari Kampung Pasir Pekan" (antologi Warna Sari Sastera Melayu Moden, DBP, 1996)

Hasil pena terkini Fatimah Busu ialah "Ada Apa Di Sana (Versi Dunia)" (Pustaka Nusa,2004), "Salam Maria" (Absolute Publications, 2004), "Keajaiban Alam" (Pekan Ilmu Publications, 2004) dan "The Missing Piece Bah. 1 (Citra Kurnia Ent., 2005).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (61%)
4 stars
3 (16%)
3 stars
3 (16%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (5%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Regina Ibrahim.
Author 22 books112 followers
July 22, 2017
Buku ini dihadiahkan oleh Dr Latif Kamaluddin pada saya. Paling tebal dalam sejarah buku buku fiksyen di Malaysia...
Profile Image for Norabaha Rudin.
45 reviews
November 3, 2009
Penulisan buku yang amat berkesan.
Satu perjalanan yang panjang buat Imrah.
Kalau boleh nak bagi 6 bintang.
1 review
Want to read
July 4, 2020
Saya dah baca buku ni.. 2x repeat..😆😆
Suka dengan pendirian dan kisah perjalanan hidup Imrah...
Kagum dengan kesungguhan dan kesetiaan Lawrence yang ingin hidup bersama Imrah walaupun dia orang Inggeris yang tidak mengenal budaya dan adat resam Melayu... Sangat mengkagumkan...
Karya terbaik yang saya pernah baca... Memang terbaikkkk...
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.