Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kuseru Namamu

Rate this book
Apa ada pada nama? Kalau nama bukan segala-galanya, mengapa ada yang memilih darjat dan keturunan? Sesungguhnya, nama itu bukan sekadar dipertuturkan tapi mempertahankannya adalah satu tanggungjawab.


"Ini adalah cerita nenek moyang kamu. Tapi ingat, yang baik jadikan pedoman. Yang buruk buang jauh-jauh. Apa jua yang berlaku pada diri kita, jangan cepat mengikut hasutan. Padahnya hingga ke liang lahad. Setiap apa jua, mulakan dengan Bismillah."


Maka, tersingkaplah satu cerita dongeng tentang perjuangan, cinta, air mata dan pengorbanan seorang Dewi.


"Akan lahir satu keturunan di antara kamu. Seorang puteri bakal dikurniakan. Jagailah dia. Sesungguhnya ia ingin menebus satu nama yang tercemar. Tujuh sumpah akan dilaluinya. Airmata dan pengorbanan adalah syarat yang pasti ditempuhi. Setiap satu sumpah berakhir dengan sehelai rambut emas berjaya dicabut."


Sumpah begitu senang diucapkan. Janji terlampau mudah diluahkan. Tapi, hakikatnya di atnara mereka berdua telah menanti pelbagai dugaan tanpa dijemput. Mampukah mereka mempertahankannya?


Bacalah demi sebuah nama yang suci.

519 pages, Paperback

First published January 1, 2007

2 people are currently reading
28 people want to read

About the author

Ilani Mysara

4 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (41%)
4 stars
13 (44%)
3 stars
3 (10%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for H S. A.
115 reviews
February 15, 2020
10/2020📚
Namamu Kuseru : Ilani Mysara
Bacaan kesepuluh untuk tahun 2020. Alhamdulillah. Sebuah novel klasik yang membawa tema yang agak berat bagi saya.

Ini bukan kisah dongeng buat menglipur lara semata, namun sarat dengan hikmah dan pengajaran bagi pembacanya. Kisah si puteri yang berusaha untuk membersihkan nama keluarga serta merungkai sumpahan keturunan. Sang puteri kemudiannya merentas bukan hanya benua, namun lebih lagi.

Dalam pengembaraannya itu, dia ditemukan dengan beberapa watak yang bakal membantu dan memberi jalan kepada beliau meneruskan perjuangannya. Siapakah pembantu dan bagaimanakah watak ini memainkan peranan; semuanya akan diungkap satu persatu dalam novel ini.

Pengajaran paling utama dan peringatan yang paling saya gemari dalam naskhah ini, Sekuat apapun kita, seampuh manapun kesaktian kita, sedalam manapun kononnya ilmu kita; akan ada satu kuasa yang lebih kuat daripada segala apapun yang ada di dunia ini. Kita semua bermula dan berakhir dengan kehendak yang Maha Esa, walau sehina manapun hidup kita, itu bukan jaminan pengakhiran kita. Pintu taubat sentiasa terbuka selagi hayat dikandung badan..

Penilaian peribadi : 4.1⭐️/5⭐️
Profile Image for Mrs Kay.
15 reviews
August 27, 2020
Kasihan puteri ini. Berkorban segala ya demi memulihkan sumpahan ke atas keturunannya. I took nearly 2 weeks to finish reading this book. Bukan boring tapi jalan ceritanya berat
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
October 14, 2014
lama jugak nak menghabiskan bacaan ...
bukan sebb buku ni x bagus . oleh kerana terlalu bagus , saya ambik masa yg lama untuk habiskan baca .. sbb nak betul2 faham jalan ceritanya ..

banyak pengajaran boleh dapat dalam novel ni ...
Profile Image for Norabaha Rudin.
45 reviews
November 4, 2009
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, anakanda selalu dibawa mengembara semasa tidur oleh tujuh orang pendekar bersilih ganti (M.s: 39)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.