Ini buku pertama Mazni Aznita a.k.a Anita Aruszi dengan Buku Prima. Saya dipinjamkan oleh rakan saya novel ini kerana baginya novel ini best dan bagus. Ketika membacanya, saya sudah dapat agak yang novel penulis yang lain dari yang lain. Lain dari kebiasaan penulis yang sememangnya menyukai cerita yang kompleks.
Ceritanya mudah, sempoi dan lawak. Mengisahkan Anabella, seorang eksekutif yang berusaha untuk mendapatkan pangkat yang lebih baik demi kehidupannya. Di samping suka berboros, yakni berbelanja tidak mengikut keperluan sendiri. Demi tidak mahu mengaku kalah dengan Nora-teman serumanya yang kaya, dia pun berlagak jadi kaya dan mengaakan yang bapanya adalah seorang yang kaya. Oleh itu, habis duitnya membeli pelbahagi barangan material untuk memewahkan diri sendiri.
Oleh kerana tidak mempunyai gaji yang banyak, Ana banyak berhutang. Keretanya sudah melebihi beberapa bulan tidak membayar sewa. Kojie telah hadir dalam hidup Ana kerana dia ditugaskan untuk menarik kereta milik Ana. Ana selalu memperlekehkan Kojie yang selekeh dan tidak menampakkan ketokohan seorang penarik kereta.
Banyak helah yang dilakukan oleh Ana demi mengelakkan diri dari keretanya ditarik. Dalam pada itu di tempat kerja Ana ada berlaku masalah kecurian peti besi. Oleh kerana Ana kekurangan duit dan ingin meminjam dari majikannya, jadi dia dipersalahkan dalam hal ini meskipun dia bukanlah pelakunya.
Dalam pulangnya ke rumah sekali lagi dia bertembung dengan Kojie. Kali ini dalam situasi yang berbeza. Ana ingin memulakan racangan ke Cherating kerana ingin menghalang perkahwinan Iqbal, lelaki yang Ana cintai dengan Mira kawan Ana yang sanga dibencinya. Ana merayu pada Kojie agar dia diberikan peluang untuk menghalang keretanya ditarik selagi dia belum melunaskan rancangannya itu. Akhirnya Kojie mengikut Ana ke Cherating dengan misinya itu.
Dalam perjalanan ke Cherating, Kojie ditinggalkan oleh Ana. Kojie menyangka Ana ingin bermain dalam hal ini namun ternyata Ana benar-benar meninggalkannya. Dalam perjalanan ke Cherating banyak hal yang berlaku seperti kemalangan, berjumpa dengan seorang nenek yang ingin menumpang kereta mereka. Nenek yang bersikap pelik itu mendatangkan ketakutan kepada Ana kerana dia menyangka yang nenek itu adalah jelmaan makhluk halus, namun tanpa mereka sedari yang nenek digelar sebagai nenek telangkai itu hanyalah manusia biasa saja.
Ana sudah lama memendam cinta buat Iqbal tanpa dia sendiri mengetahui yang Iqbal juga berperasaan yang sama sepertinya. Semuanya berpunca daripada Mira yang menyembunyikan surat yang dikirimkan oleh Iqbal kepada Ana. Apabila semua rahsia yang dipendam terbongkar, semuanya jadi berantakan. Kojie pula dalam dia memendam rasa aneh buat Ana. Dia sendiri tidak mengetahui entah bila perasaan itu hadir dalam dirinya.
Akhirnya percantuman dua hati tidak menjadi. Masing-masing berpisah, begitu juga dengan kojie yang berputus harap yang Ana akan mempunyai perasaan sama seperti yang dialaminya. Meskipun rancangan menggagalkan perkahwinan Mira menjadi, namun baru kini dia sedar yang dia tidak mencintai Iqbal seperti dulu, zaman anak remaja.
Selepas lima bulan tidak bekerja, Ana dipanggil semula untuk bekerja namun dia dipindahkan ke pusat pejabat tempat kerja yang dia idamkan kini namun hanya sekadar menjadi pembatu peribadi kepada Puan Suraya. Di situlah dia mengenali dengan Fakhrurazi yang sangat seiras dengan Kojie, lelaki yang sudah lima bulan tidak ditemuinya, lelaki yang dirinduinya belakangan ini.
Mulanya, dia mengesyaki Kojie menyamar sebagai Fakhrurazi, hanya untuk mempermainkan Ana semata, namun ana tersilap kerana Kojie bukan Fakhrurazi. Dari situ dia berkawan dengan Fakhrurazi meskipun lelaki itu kerap kali melupakan namanya. Dalam pada itu, Anan juga terkejut apabila mendapati Kojie sudah meninggal duni dalam kemalangan yang dasyat. Harapan untuk menemui Kojie bagaikan musnah dan dia tidak menyangka yang Kojie sudah tiada lagi.
Sebenarnya, ada persitiwa penting yang berlaku sehingga membuatkan Fakhrurazi dipaksa menjadi orang lain dan segala ingatannya bagai dirampas dan digantikan dengan ingatan orang lain. Hanya Allah yang menentukan segalanya, dirinya tidak boleh menjadi orang lain. Dia tetap dia. Namun sampai bila Fakhrurazi terpaksa menjadi orang lain sehingga menyeksa dirinya sendiri.
Dan Ana, adakah dia dapat menerima hakikat semula yang Kojie sebenarnya masih hidup lagi? Biarlah Street Vandetta menyatukan kisah cinta mereka yang berselirat ini! Saya seronok membacanya, lain dari yang penulis potretkan selama ini, namun boleh masuk dengan jiwa saya. Jujur saya katakana, saya lagi suka ‘kebiasaan’ penulis ini. Contohnya seperti novel Bunga Syurga. Itu lebih berbekas di jiwa saya. Buat penulis ini, yang dah keluar dengan novel barunya ‘Sayangku Casper’ dan ‘Venom Suria’, Wah! Gigih sungguh penulis ini dan sangat produktif. Teruskan menulis.