Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rahsia Perindu

Rate this book
Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanalisis. Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya. Perjuangan tetap diteruskan juga. Oleh kerana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya telah berubah. RAHSIA PERINDU penuh debaran yang menggelisahkan pembacaan anda. Sentuhan luar biasa daripada `novelis thriller no. 1 Malaysia' ini sarat dengan kisah cinta suami isteri yang meruntun perasaan. Saspens sehingga merasakan ada `orang lain' sedang memerhatikan anda!

561 pages, Paperback

First published January 1, 2005

19 people are currently reading
490 people want to read

About the author

Ramlee Awang Murshid

51 books1,378 followers
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.

Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.

Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.

Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.

Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.

Latar belakang pendidikan
Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979)
Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984)
Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000)
Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Anugerah
Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.

Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:

www.facebook.com/ramfc
www.instagram.com/ramfc2020
www.twitter.com/ramfc2020

Karya beliau boleh dapatkan melalui:

www.facebook.com/ramfcstore

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
276 (43%)
4 stars
235 (36%)
3 stars
100 (15%)
2 stars
22 (3%)
1 star
8 (1%)
Displaying 1 - 30 of 57 reviews
Profile Image for Hilmi Isa.
378 reviews29 followers
March 27, 2014
Pernah pada suatu ketika dahulu, saya pernah membaca sebuah artikel di sebuah blog yang mengkritik novel ini. Berdasarkan apa yang saya ingat, penulis blog tersebut menyatakan terdapat kepincangan di dalam jalan cerita novel yang bertajuk Rahsia Perindu (RP), hasil tulisan penulis prolifik terkenal Malaysia, Ramlee Awang Murshid (RAM). RAM dikatakan menipu pembacanya dan melakukan kesilapan kerana mempersembahkan kepada para pembaca novel tersebut yang seolah-olah menunjukkan Leopard seorang lelaki. Sedangkan, Leopard ini sebenarnya seorang watak wanita! Di dalam muka surat 21, dinyatakan bahawa mangsa yang dibunuh Leopard telah dibunuh oleh seorang lelaki melalui kekuatan tikaman. Ini ditambah pula dengan beberapa babak yang memberikan pembayang seolah-olah Leopard ini seorang lelaki. Mungkin inilah yang menyebabkan penulis blog itu mendakwa sedemikian rupa kepada RAM.
Namun demikian, saya mempunyai pendapat yang berbeza. Leopard sebenarnya merupakan sebuah watak alter-ego Maria, salah satu watak utama di dalam novel RP. Karakter ini ‘merasuk’ Maria apabila menghadapi ancaman bahaya. Lantas, memberikan kekuatan yang hebat kepada Maria. Bukan itu sahaja, Maria juga berhalusinasi bahawa Leopard wujud di dalam dunia sebenar. Watak ini digambarkan sebagai seorang lelaki yang gagah tetapi bengis dan kejam.
Diam tidak diam, novel ini sudah berusia 10 tahun! RP asalnya diterbitkan pada tahun 2004. RP mempunyai keunikannya yang tersendiri. Jalan ceritanya mempunyai dua ‘dunia’ yang sebenarnya berlainan, namun, saling berkait antara satu sama lain. Justeru itu, terdapatnya pertindihan cerita yang dikisahkan secara berselang-seli antara satu sama lain. Mungkin agak mengelirukan sesetengah pembaca jika tidak dibaca secara teliti.
Profile Image for ~:The N:~.
850 reviews55 followers
August 10, 2021
Mantap!

Mengisahkan Amylia yang menjadi peguam bela Leopard, seorang penjenayah yang berkemungkinan besar dihukum mati kerana membunuh. Dia mendapatkan khidmat Dr. Azlan seorang doktor psikiatri untuk menilai mental anak guamnya. Namun begitu, dalam usahanya melepaskan Leopard daripada hukuman gantung, Amylia turut mendapat ugutan dan gangguan sehingga emosinya turut terkesan.

Huh, mujurlah saya tidak membaca ulasan-ulasan di sini yang kadang-kadang tidak dilabel dengan spoiler alert sebelum membaca buku ini. Kalau tak, plot twist tak berapa nak twist. Tsk.

Sepanjang pembacaan saya dibawa menyelami alam psikiatri. RAM bijak mengolah naratif dan menyuntik rasa ingin tahu apa yang berlaku dalam bab-bab seterusnya. Memandangkan begitu ramai watak telah diperkenalkan sejak bermulanya cerita, saya sentiasa cuba mencari titik kaitan di antara setiap watak. Saya berandaian begitu, tapi penulis twist begini. Saya juga membaca novel ini dengan berhati-hati kerana takut terlepas sesuatu yang penting yang boleh menyebabkan kekeliruan dalam bab berikutnya.

Banyak ilmu psikiatri yang dikongsi penulis namun saya tak menafikan ada kalanya fakta yang ditulis dengan begitu terperinci menyebabkan saya rasa seperti membaca artikel atau jurnal kesihatan. Penulis juga tidak lupa menyisipkan hal-hal spiritual, namun saya suka akan watak Dr. Azlan yang tidak judgmental, yang tidak mengaitkan keimanan seseorang dengan masalah mental.

Naskhah yang saya baca ini cetakan kesembilan tahun 2013 (kali pertama diterbitkan tahun 2005) tapi saya mendapati masih terdapat kesilapan ejaan, kesalahan tatabahasa, grammar ("that mean..."), dan 'penghawa dingin' masih digunakan (istilah yang betul ialah penyaman udara/pendingin hawa). Mungkinlah, mungkin bila novel ini diulang cetak penerbit tidak menyemak kembali dan membetulkan kesilapan-kesilapan ini atau mungkin tiada self-appointed mufti tatabahasa macam saya 😅 bagi komen tentang itu ini setelah membaca buku ini. Mungkin juga kesilapan-kesilapan itu sudah pun dibetulkan dalam edisi yang paling terbaharu. Apa pun, kerana daya tarikan novel ini cukup hebat, berjaya menghalang daripada munculnya rasa jengkel di hati dan mata saya terhadap kesilapan-kesilapan tersebut.

Soalan serius: bolehkah polis mengetuai sesuatu siasatan jika ia ada kaitan dengan keluarga mentua/ipar? Bukankah ia menimbulkan conflict of interest?
242 reviews11 followers
March 2, 2019
Cerita Ramlee awang murshid bukan genre saya. Ini buku kedua ram yg saya baca setelah satu janji. Yg lain tak baca lagi. Baca rahsia perindu buat saya rasa Seram sbab otak Kita Akan meneka itu ini. Kita teka A, penulis korner B. Baca punya baca semua tekaan salah. Part leopard tu saya ingat lelaki Dan amylia saya tak sangka dia sebenarnya maria. Baca buku ni tak boleh skip langsung nanti Kita tak faham cerita. Kesimpulan rahsia perindu ni tentang pesakit yg alami tekanan emosi amat bahaya sehingga bolen mencederakan orang Dan dapati mereka tidak bersalah kerana mereka tidak siuman.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
March 18, 2019
Ini adalah novel kedua yang aku baca karya RAM. Seperti Ungu Karmila, novel ini juga direkomen oleh rakan peminat novel.

N yup. Novel ini best walaupon cerita sangat2 berbelit. Fuh. Derita sungguh untuk memahami setiap plot.

Amaran, jangan sesekali melangkaui mukasurat, sebab akan tertinggal poin2 penting untuk cerita ini.😄

Pada awalnya, kusangka dalang disebalik misteri novel ini adalah lelaki. Tetapi tidak. Ia sebenarnya seorang perempuan.

Masalah kecelaruan identiti disebabkan kenangan hitam di masa lalu. Menyebabkan seseorang itu tidak menjadi dirinya sendiri.

Overall cerita ini ok.recommended untuk mereka yang suka baca novel sambil berfikir.
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
August 26, 2010
"Tanpamu aku tak mampu bernafas sendiri"
Membaca blurb di muka depan cover novel buat aku rasa ok, cerita ni tak berat. Tapi tu la… bila masa pula RAM menulis cerita ringan santai? Bukankah trademark RAM sudah pun terbilang dengan skil penulisan thriller hahaha tertipu lagi aku…

Novel ini mengisahkan tentang seorang peguam yang bernama Amylia. Sepanjang penceritaan ini, Amylia berusaha untuk menyelamatkan Leopard, anak guamannya daripada hukuman mahkamah atas tuduhan membunuh. Dalam usahanya itu, Amylia turut dibantu oleh Dr. Azlan, yang merupakan pakar psikiatri. Mereka mengesyaki bahawa Leopard mempunyai masalah mental dan seharusnya diberi hukuman lebih ringan atas perilakunya itu. Segalanya menjadi rumit apabila Amylia pula yang seakan-akan mengalami masalah jiwa di mana dia sering diganggu oleh "seseorang". Ke arah klimaks novel ini, pelbagai twist menarik disajikan kepda para pembaca contohnya tentang identiti sebenar Amylia dan Leopard.

Satu perkara tentang novel ini, anda dilarang untuk melangkau pembacaan. Jika tidak, pasti akan terkeliru atau mungkin kehilangan segala isi cerita. Hal ini sedikit sebanyak melambatkan proses pembacaan aku. Tapi aku tidak pernah berasa bosan atau muak tatkala membaca novel ini. Menyentuh sedikit tentang pengakhiran novel ini, sesetengah pembaca mungkin akan berasa tertipu oleh twist yang ada pada novel ini. Namun, bagi aku "penipuan" RAM sangat berkesan.

Novel yang penuh debaran yang menggelisahkan. Ia sarat dengan kisah cinta suami isteri yang meruntun perasaan. Saspens sehingga merasakan ada `orang lain’ sedang memerhatikan anda! Seperti mana pesan di akhir buku ni "BERHATI-HATILAH DENGAN REALITI, KEMUNGKINAN IA SEKADAR FANTASI."

Profile Image for シティ.
264 reviews
Currently reading
February 4, 2025
Bacaan santai selepas riadah

Nukilan/dialog menarik...
...



Sudut Pandang 1: Cinta, Dosa, dan Rahsia yang Menghantui.

Rahsia Perindu oleh Ramlee Awang Murshid ialah sebuah karya thriller yang merungkai sisi gelap manusia dengan sentuhan cinta yang tragis. Kisah Amylia, seorang peguam berjiwa kental yang mempertaruhkan segalanya demi membela Leopard, membuka pintu kepada dunia penuh rahsia dan konflik psikologi.

Apa yang menjadikan novel ini luar biasa ialah lapisan ceritanya yang kompleks. Penulis bijak mencipta suasana yang mendebarkan, di mana pembaca sentiasa dihantui persoalan: siapa sebenarnya yang bersalah? Leopard sebagai watak utama kedua membawa dimensi yang mencabar, dengan gangguan mental yang diselidik oleh Dr. Azlan membuka sisi manusia yang sering terabai.

Ramlee Awang Murshid bukan sekadar menulis thriller; beliau memanipulasi pembaca untuk merasa ngeri, simpati, dan keterujaan dalam satu hela nafas. Setiap plot twist yang dihidangkan adalah pukulan emosi yang tidak dijangka.
Berjuang Demi Kebenaran, Diburu oleh Dosa Silam.



Sudut Pandang 2: Di Sebalik Perjuangan, Ada Jiwa yang Merintih.

Novel Rahsia Perindu ini memukau dengan penceritaan yang melangkaui sekadar hiburan. Ramlee Awang Murshid berjaya menggambarkan perjalanan jiwa seorang peguam, Amylia, yang mempertahankan Leopard, walaupun berdepan dugaan yang menguji prinsip dan emosinya.

Amylia bukan sekadar seorang peguam; dia simbol perjuangan yang tak mengenal putus asa, walaupun nyawa dan kepercayaannya sendiri diancam. Penyelidikan psikoanalisis oleh Dr. Azlan pula menambah nilai intelektual kepada cerita ini, menjadikan pembaca memahami betapa kompleksnya konflik mental dan moral dalam membela seorang penjenayah.

Lebih daripada sebuah thriller, Rahsia Perindu adalah kisah kemanusiaan yang menyentuh hati, di mana cinta dan prinsip menjadi taruhan terbesar. Ia adalah cerminan kepada dunia realiti, di mana keadilan bukan sekadar soal hukum tetapi juga tentang memahami jiwa yang terluka.
Dalam Kesunyian Jiwa, Ada Rahsia yang Meronta untuk Dilepaskan.
Profile Image for Ashy Khaira.
516 reviews52 followers
May 9, 2018
to be frank.....this book was a confusing read.The characters,the story line is all over the place.one moment julia is the lawyer,one moment amyleea and so on so forth.however maria is certified to gave a mental illness due to being abused and raped by her father when she was younger.she ends up killing her father when he hits her mother one night.she kills another man years later for raping her after drugging her,it was an okay read.just confusing.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Bayuu Haikalson.
159 reviews2 followers
January 29, 2023
Ini buku yang aku nak beli sewaktu zaman aku remaja dulu. Sanggup simpan duit rm1 setiap hari semasa di zaman persekolahan. Dah cukup duitnya, pergi kedai buku, tetapi buku ini habis.

Sampai sekarang, aku beli yang prelove punya sebab aku cari online, covernya lain. Rasa tak best. Sebab nanti tak mengimbau kenangan zaman remaja aku lah. Hahaha

Kisah nya bagi aku semacam serabut sikit.. tak bersusun indah. Permulaan cerita aku rasanya macam menonton drama pukul 7pm di TV3 sahaja. Hahahaha.

Aku suka plot twist pada watak utama nya ini. Terkejut aku.
Hype nya tiada sebab mungkin cerita ini dah lalu dan aku jangka kan macam best tetapi kurang bagi aku.

Sekian.

p/s : Tetapi semua buku pasal Sunan itu habis ea aku baca. 😝
Profile Image for Auni B.
73 reviews4 followers
July 5, 2018
Bingung saya dibuatnya bila baca buku ini. Tapi in a good way. Terima kasih kerana menulis novel sebegini; iaitu berkaitan kesihatan & kekeliruan mental. Terima kasih sebab wujudkan Dr Azlan. Gila ialah satu rumusan yang terlalu ringkas & dangkal untuk menyifatkan seorang yang berkelakuan abnormal. Ketidakstabilan minda & jiwa juga ialah penyakit yang perlu dirawat seperti penyakit fizikal. Pemulihan / recovery masih possible dengan keazaman, teknik yang sesuai & kebergantungan kepada Tuhan.
Profile Image for faryna syaza.
75 reviews13 followers
June 24, 2021
9.5/10 ⭐️⭐️⭐️
Ok mana pergi lagi 0.5 tu ? Hahaha lagi 0.5 tu sebab cerita dia a bit confusing but overall best gilerrr.

"Berhati-hatilah dengan realiti,kemungkinan ia sekadar fantasi."

Wah ayat ni sungguh merentap ye jantung 😭 Plot twist dalam cerita ni pun padu and mantap sebab tak pernah terlintas tau dak ? ❤️💯💯
Profile Image for Mohd Hafizuddin Mohamad Ghazali.
72 reviews8 followers
May 27, 2018
Kali kedua baca Rahsia Perindu selepas 13 tahun. Masa mula baca buku ni dulu satu apa aku tak faham yang cuma boleh aku ingta Leopard je. Tu je watak yang boleh ingat lepas 13 tahun.

Kali ni baca balik kali kedua, fikiran pun dah matang, so dah boleh faham apa yang sebenarnya abg RAM nak ceritakan dalam Rahsia Perindu ni. Btw, pembaca kena fokus untuk hadam buku ni. abg RAM bermain dalam 2 dimensi, keadaan sebenar & keadaan 'bawah sedar'.

Aku sangka dulu Leopard tu seorang lelaki buas & kasar tapi aku silap. aku terlalu cepat menilai watak. Watak Leopard sebenar keluar 1/4 buku sebelum habis, dan watak sebenar di sebalik watak Leopard juga hampir dipenghujung baru tahu siapa. Kena fokus, tak boleh gapah baca buku ni.

Penulisan abg RAM amat tersusun. Dengan watak-watak yang mainkan peranan yang baik. Setiap bab hanya menceritakan keadaan di lokasi & situasi je. Tak da meleret tak tentu hala. Kadang tu berkhayal sekejap, so terpaksa baca balik dari sebelum berkhayal sebab nak berimaginasikan keadaan itu. Buku ni, termasuk dalam 100 buku warisan. Kene beli, kene baca.
Profile Image for Qhist Ma.
96 reviews64 followers
October 6, 2012
we psychoanalyse a psychopath? yes..macam dalam shutter island by martin scorsese yang ada leonardo dicaprio tu..(and yes, dia handsome...i mean leonardo, not martin scorsese..) i'm not going to compare between both..i just saying perasaannya hampir sama..i was so confused, rasa macam kadang2 my brain woken by exciting and thought-provoking experience..RAM cuba memahamkan macammana rasanya menjadi individu yang ada split personality atau multiple personality disorder... at the end of the page, tutup buku and questioned myself - what if i'm not sane? what if i'm insane? what if everything before me is actually created by my mind? solusi - cubit pipi and ambil wudu' , solat... a proof that you probably categorized as a sane..

baca untuk ke2 selepas bacaan pertama around 2010..berhati2lah dengan realiti, kemungkinan, ia sekadar fantasi...

'tanpamu, aku tak mampu bernafas sendiri...'~
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
November 19, 2017
RAM is right, one who skims this book or skips reading the pages may really not get the story. Well, I did read word by word, more because I know I would enjoy RAM's writing rather than anything else. Always so much knowledge imparted in between the thriller lines. Still, I have questions begging to be answered upon finishing the book haha. The first half of the book done and still I don't know whether Leopard is a man or a woman. Siapa perindu sebenar dan apa yang dirindui? Belaian kasih ibu ? Mengapa sang ibu disakiti? RAM seems to know where our thoughts are going and manipulates the plot twists over and over. The man needless to say is a genius writer.

One word to describe this book from my perspective - "twisted"
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
August 9, 2021
Rahsia perindu menyampaikan sebuah kisah sedih seorang perempuan yang dianiaya oleh bapanya sendiri hingga menyebabkan dirinya mengalami masalah psikologi yang serius.. Kerana penderaan jiwa yang teruk, wanita tersebut telah mewujudkan satu watak yang menjalankan hukuman bunuh pada mereka yang bersalah.. Malah kerana tekanan hidup juga wanita tersebut hidup dalam dunia ciptaannya.. Permulaan novel membawa kita menyelusuri kisah fantasi beliau hinggalah kisah sebenar mula terbongkar..
20 reviews
September 20, 2020

Seorang peguam bela muda bernama Amylia mendapat bantuan dari seorang pakar psikiatri, Dr. Azlan untuk melaksanakan psikoanalisis terhadap anak guamannya yang menamakan dirinya Leopard, yang ditahan reman di penjara Kajang - Selangor berkaitan dengan suatu kes bunuh.

Memandangkan kepada bukti-bukti dan pengandaian awal yang telah diperoleh daripada pihak polis, matlamat yang ingin dicapai Amylia pada mulanya ialah setakat untuk menemukan faktor ‘keraguan munasabah’ dan ke-tidaksiuman tertuduh supaya dapat mengelakkan dia dari caj yang termaktub di dalam seksyen 302, kanun keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati mandatori kepada seksyen 304 yang lebih ringan hukumannya yakni penjara maksima 20 tahun atau 15 tahun sekiranya rayuan diterima ketika kes ini selanjutnya memasuki tahap perbicaraan di mahkamah.

Dalam proses temu bual di antara Dr. Azlan dan tertuduh selama seminggu lebih berikut siasatan yang dilakukan terungkailah sebuah kisah dengan galur yang penuh gelora percintaan, dendam, cemburu serta saspen yang mendebarkan menerusi watak-watak Leopard, Haris, Maria, Junaidah, Jefry, Hamdan, Rashdan, Liza, Tuan Yahya, Rohana, Haryati, ACP Ezam, ACP Chen, Daniel, Julia dan bahkan membabitkan Amylia dan Dr. Azlan sendiri.

Apa yang semula nampak terlalu bercelaru dan mengelirukan perlahan-lahan terhuraikan ketika novel mendekati penghujungnya dan terdedahlah mana-mana yang betul-betul realiti dan mana-mana yang sekedar fantasi atau delusi dan halusinasi dari watak utama novel.

*****

Saya cukup menikmati novel yang mengeksplorasi perkara-perkara kejiwaan manusia dan penyakit-penyakit psikiatri seperti kemurungan, kecelaruan personaliti dan skizofrenia ini. Unsur-unsur romantik di antara Maria dan Haris juga cukup bersepadu dengan unsur-unsur saspen yang menggalakkan pembaca tertanya-tertanya di dalam hati dan membuat andaian-andaian yang nanti setelah membaca pada taraf akhir ternyata salah.

Kalau ada pun yang saya berasa agak terkilan ialah - meskipun ini adalah hak penulis dan tiada sesiapa pun boleh menegah - terlalu seringnya unsur-unsur ‘bersyarah’ yang muncul pada beberapa bahagian sehingga menjadikan hal-hal tersebut nampak ‘cliche’.

Akan tetapi secara keseluruhannya, saya tidak teragak-agak mensyorkan novel ini untuk dibaca terutama kepada pembaca-pembaca yang ikhlas meminati, dalam erti kata, mengapresiasi kepelbagaian karya sastera rumpun Bahasa Melayu.
Profile Image for Faiz • فائز.
358 reviews3 followers
October 8, 2024
Novel kali ini, masih mesra dengan identiti tuan penulis yang mahir memutarbalikkan plot cerita, namun ia agak kaku dan keras kerana plot twist itu ditampilkan secara tiba-tiba. Ia agak berbeza berbanding karya tuan penulis yang lain, dan barangkali kerana saya sudah terbiasa dengan gaya beliau yang perlahan-perlahan mencarik penyongsangan cerita untuk dihidangkan kepada pembaca, berbanding merentapnya dengan kasar.

Bertunjangkan cinta sebagai nadi utama cerita, novel ini turut mengetengahkan ilmu psikologi dalam membentuk galur cerita. Tuan penulis memetik berapa teori psikologi Sigmund Freud, seorang pakar psikoanalisis abad ke-20 yang terkenal dengan teori Oedipus complex , misalnya personaliti manusia yang terdiri daripada tiga komponen: (1) id, (2) ego dan (3) superego. (Id bermaksud minda di bawah sedar, ego pula beroperasi pada minda sedar, manakala superego adunan di antara keduanya. Dalam pengertian lain, id lahir daripada keperluan biologi dan personaliti asal, ego pula menanggapi realiti dan superego pula moraliti yang mengawal selia id).

Teori-teori lain dalam bidang psikologi seperti culture-bound syndrome, kecelaruan (atau gangguan) personaliti (personality disorder) dan lain-lain disampaikan dalam bahasa yang mudah; memberi pengetahuan yang dasar kepada pembaca yang tidak berlatarbelakangkan bidang ini.

Terlalu banyak berlegar-legar dalam hal psikologi, terkadang menyebabkan pembaca sendiri keliru: mana realiti, dan mana yang fantasi? Saya sendiri terpaksa menyelak kembali helaian-helaian lepas untuk mencari kebenaran cerita; agak bercelaru sebenarnya. Saya secara jujurnya kurang menggemari bagaimana tuan penulis merangka plot kali ini, seolah-olah beliau sendiri terpalit dalam kekeliruan buatannya.

Namun, di sebalik lambakan kegelisahan yang terhasil antara fantasi dan realiti ini, penulis mengingatkan semula pembaca kepada satu kuasa yang mengatasi segala, yang memberikan kenyamanan kepada jiwa seperti dinyatakan dalam Quranul Karim 13:28. Pembaca juga diperingatkan, cinta yang sifatnya suci, akan melindungi, dan yang hina-keji, hanya akan melahirkan kedukaan di kemudian hari. Urusilah cinta kalian dengan berhati-hati!
Profile Image for Natasha Shakila.
58 reviews
October 29, 2024
Took me more than a week to finish this book. Because we need to stay focused to connect the dots.

Siapa sangka, RAM yg terkenal dengan series laksamana sunan dan tombirou sangat handal menulis cerita mengenai masalah kesihatan mental juga. Watak Dr Azlan mengutarakan teori2 terutama mengenai masalah kesihatan mental - split personality membuatkan diri ini tertanya tanya siapa RAM yang sebenar.

Tekun mengikuti kes pembunuhan oleh tertuduh Leapord. Terfikir fikir Leapord ni lelaki atau wanita. Sampai ke muka surat 460, plot twist dia membuatkan diri ini rasa macam nak baling buku ni hahaha sebab plot twist dia sangat mind blown. Baca buku ni sebab dapat hadiah dari sahabat rapat, namun buku ni dah menjadi salah satu cara untuk diri ni lawan dengan trauma keganasan lelaki terhadap wanita terutama si isteri. Tak sabar nk explore lebih banyak sisi RAM yang kita tak pernah jangka.
Profile Image for Hidayah Azmi.
34 reviews
July 17, 2025
Rahsia Perindu? Mengisahkan tentang seorang gadis Amylia yang perlu membela seorang pembunuh yang dituduh membunuh seseorang.

Bagi pendapat dayah novel ini sangat baik dari semua segi, setiap plot saling melengkapi. Ini buku pertama yang saya baca dari penulis Ramlee Awang Mursyid dan saya bersetuju bahawa dia memang penulis number satu Malaysia sebab kita tidak sangka plot twist. Untuk pertama kali saya tidak dapat meneka apakah yang terjadi, pada mulanya saya konfius disebabkan banyak watak yang diperkenalkan. Semakin kita meneruskan pembacaan maka kita akan mudah faham dan setiap watak tersebut saling berkait. Lepas baca novel saya termenung jauh mengenangkan sengsaranya seseorang yang mempunyai trauma yang sangat teruk.
Profile Image for Shahidra.
33 reviews4 followers
June 10, 2022
Jika anda biasa boleh meneka kesudahan sesebuah cerita, dengan buku ini mungkin tidak. Sepanjang penceritaan, banyak watak boleh dikaitkan sebagai suspek, namun kesudahannya tidak dijangka. Tahniah buat penulis yang berjaya mengikat pembaca tanpa menghadirkan bosan. Walaupun buku ini sebuah novel rekaan, namun faktanya boleh dihayati apabila penulis melakukan kajian bagi memahami isu yang ingin diketengahkan. Semoga usaha penulis mengetengahkan isu kesihatan mental ini dapat menyedarkan ramai pihak supaya mengambil langkah sewajarnya sebelum parah.
Profile Image for Daisy.
3 reviews18 followers
September 7, 2022
Melalui tajuk, saya sangka bergenre romantis. Tapi saya lupa Ramlee Awang Murshid merupakan novelis thriller mana mungkin bukunya hanya penuh dengan romantik sahaja. Banyak pengetahuan baru yang saya dapat dari novel ini.

Mengisahkan seorang peguam muda yang setuju untuk membela seorang penjenayah. Namum Amylia tidak menyangka usahanya untuk membela penjenayah tersebut menyebabkan dirinya sendiri menerima ugutan bunuh dari orang lain.
Profile Image for Alice.
4 reviews
September 8, 2023
100% pembacaan yang menarik dan banyak ilmu bermanfaat tentang penyakit psikologi. Setiap situasi, tindakan dan personaliti watak mempunyai kaitan dgn psikologi dan RAM menerangkan setiap situasi dan tindakan melalui penceritaannya dgn menarik.

I'm a huge fan of psychological thrillers and this book is a gem!
Profile Image for Tey Marzuki.
Author 13 books101 followers
March 29, 2018
Rahsia Perindu karya Tuan RAM memang sangat menarik. Dapat saya bayangkan setiap scene itu diolah kepada babak filem. Tentu mengujakan. (But please leave the fact details, macam membebel pulak RAM dalam ni. Huhuhuu.)

*4.9 stars
Profile Image for Lisa Idin.
2 reviews
March 8, 2021
Suka sangat novel dari Ramlee Awang Mursyid dan rahsia perindu is my number 1 in my favourite list.. Novel berasaskan psycho-thriller. Biasanya baru suku bacaan dah boleh agak kesudahan dia tapi Rahsia perindu bagi kejutan yang lansung x dijangka.. I love this so much..
Profile Image for Iffah Haziqah.
3 reviews
April 9, 2020
Salah satu karya RAM yang mengangkat tema kesihatan mental. Sangat 'mind blowing' and unexpected plot twist. 👍
1 review49 followers
May 7, 2020
Karya beliau tak pernah mengecewakan. Sentiasa padat dan padu... ( ¿ )
Profile Image for Afyfyfy.
12 reviews
July 27, 2021
Jalan cerita yang menarik dengan watak² yang muncul satu per satu membuatkan kita berfikir kaitan antara watak² tersebut. Sebagai pembaca, saya dapat bayangkan setiap babak yang tertulis. =) 👍🏻
1 review
July 8, 2025
Serabut juga baca buku ni apabila bermain dengan emosi dan imaginasi
Profile Image for Iqbal Hamizul.
34 reviews6 followers
August 17, 2020
Aku separuh skeptikal apabila membaca cover belakang buku, katanya aku akan ketakutan dan perasan seperti ada orang yang memerhati ketika membaca buku ini. Tidaklah skeptikal sepenuhnya, kerana penulisan RAM kadang-kadang tu, menjadi teruk! Jadi aku pun mulakan pembacaan, dengan separuh sedia, dan aku cakap di sini, aku tak sedia langsung.
Permainan penulisan yang digunakan RAM dalam usaha memaksa pembaca berfikir secara kritis dan divers telah membuatkan kita rasa runsing, dan mula sangsi akan perjalanan realiti dalam cerita Rahsia Perindu. Terdapat elemen yang memang RAM mahu kita memilih sendiri bentuk plot, yang jika kita amati, itu adalah kunci untuk pokok cerita. Mentaliti pembaca juga memainkan peranan besar dalam kefahaman dan produk akhir cerita RP sendiri.
Bagus atau tidak? Aku suka. Puas hati apabila sampai ke muka akhir novel.
Profile Image for Nur Ainn.
68 reviews1 follower
March 27, 2017
gila lama nk abiskn,bukan sebab x best,cuma byk masa abiskn dgn keluarga sempena cuti skolah,novel pn cuti baca....apepn RAM pnya novel x pernah menghampakn....
Displaying 1 - 30 of 57 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.