INTAN SURYANI Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.
HAKIM Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.
Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.
Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.
Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.
Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.
Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.
Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.
Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.
Latar belakang pendidikan Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979) Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984) Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000) Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia Anugerah Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu. Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002. Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.
Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:
Sedikit kisah sejarah antara saya dengan novel yang bertajuk 9 Nyawa hasil karya Ramlee Awang Murshid (RAM). Novel ini saya beli pada tahun 2010. Secara kebetulan,novel ini sememangnya dipasarkan pada tahun tersebut. 9 Nyawa juga mencatat sejarah sebagai novel pertama tulisan RAM yang saya Beli dan Baca (ADAM : Aku Darah Anak Malaysia merupakan novel pertama RAM yang saya baca dengan meminjamnya dari abang saya). Tujuan utama saya membeli novel ini adalah untuk 'beralih angin' daripada membaca novel-novel bahasa Inggeris sahaja. Tambahan pula,pada masa itu,saya merasakan sudah lama saya tidak membaca novel di dalam bahasa kebangsaan dan cuba untuk updatekan diri saya di dalam industri penulisan kreatif di Malaysia.
Secara peribadi,saya lebih menyukai novel 9 Nyawa ini berbanding sebuah lagi karya RAM iaitu Rayyan Fantasi. Tidak dinafikan,dari segi tema,9 Nyawa tidak sekompleks Rayyan Fantasi. Namun,dari segi jalan cerita dan gaya pengolahannya,9 Nyawa lebih menarik. Terdapat satu komen/ulasan di dalam Goodreads oleh seorang pembaca 9 Nyawa. Dia menyatakan bahawa 9 Nyawa merupakan sebuah karya signature RAM. Saya bersetuju dengan pendapat itu. 9 Nyawa mengandungi thriller,cinta,kekeluargaan,Islamik dan lain-lain aspek berkaitan yang lain. Aspek-aspek ini selalunya akan menghiasi isi cerita novel-novel tulisan RAM yang lain. Jadi,tidak banyak yang saya boleh sentuh atau ulas mengenai 9 Nyawa. Kepada peminat tegar RAM,sudah pastinya jelas dengan gaya penulisan RAM yang mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Namun demikian,tema utama di dalam 9 Nyawa menyentuh aspek paranormal yang membolehkan seseorang berkomunikasi dengan roh-roh yang berada di dalam ruang antara hidup dan mati. Konsep ceritanya agak mirip sebuah drama Barat yang pernah popular tidak lama dahulu iaitu The Ghost Whisperer. Tetapi,dengan gaya dan acuan RAM yang tersendiri.
Berkisarkan Intan Suryani yang koma berkali kali hingga membuatkan ibunya percaya dia mempunyai 9 nyawa umpama kucing. Ibu yang overprotective. Hingga nak berkawan atau nak bercuti pun payah kalau tiada sang ibu menemani.
Hakim seorang insan kurang upaya penglihatan namun dikurniakan anugerah yang luar biasa. Wataknya yang lemah lembut dan sopan sangat menarik hati.
Permulaan yang agak perlahan namun mula meningkat tempo di tengah penceritaan. Watak watak mempunyai kaitan antara satu sama lain yang dirungkaikan di penghujung cerita.
Kalau SH jadi Intan memang sesak nafas kena kongkongan seorang ibu. Kongkong tahap teruk tu. Walhal anak dah besar panjang. Faham dia nak terbaik untuk anaknya tapi overprotective sangat. Lemas dibuatnya.
Plot twist yang agak menarik dalam cerita ni. Ada yang dapat dijangka namun ada jugak yang tak terjangka.
Pra-membaca novel ini: Harapan saya agak tinggi, sementelah saya sudah jatuh cinta dengan trilogi bagaikan puteri tulisan RAM. Novel pertama yang saya baca tulisan RAM adalah novel 'Pei Pan' - sehingga saya merasakan seharusnya layak RAM memenangi annugerah Pak Sako ketika itu
Plot: Pengisahan Intan Suryani yang sentiasa terselamat dari bahaya/bencana yang menimpa sehingga ibunya, Azizah, berada di dalam kepercayaan yang agak kurafat berkaitan kewujudan 9 nyawa anaknya.
Ketika membacanya: 1. Saya membaca buku ini dengan harapan yang agak tinggi, mungkin kerana saya selalu beranggapan novel RAM jarang mengecewakan. Namun, sukar untuk saya katakan ini antara novel RAM yang terbaik.
2. Permulaan cerita bermula dengan titik peretembungan Halim, si buta yang terang hatinya dengan Intan Suryani di alam roh. Perjalan cerita kemudian bermula dari imbas kembali dari detik Intan Suryani membesar sehingga bertemu Halim. terus terang saya nyatakan ceritanya agak meleret, malahan saya merasakan plot ceritanya masih boleh diperbaiki lagi
3. Terlampau banyak persoalan yang timbul, seperti terlalu banyak kebetulan yang berlaku antara Halim & Intan Suryani. Begitu juga watak Khairil selaku suami Intan Suryani. Saya kira terdapat perbezaan yang nyata di situ, di mana karakter Khairil sebagai suami Intan kerap berubah/bertukar-tukar. Kemusykilan timbul di mana, Khairil dengan mudah memberi maklumat kepada polis walaupun dia digambarkan sebagai seorang yang 'ruthless' dan kejam.
4. Watak arwah suami Azizah, Sanusi, boleh dikembangkan lagi kerana saya tidak nampak linkage Sanusi bertindak kasar kepada Azizah dengan ketidakpercayaannya terhadap Intan.
5. Azizah yang terlampau mengkongkong? Adakah wujud watak seperti itu di dalam dunia sebenar?
6. Watak Dr David yang saya kira seolah-olah watak picisan. Saya kira Dr David tidak diberi 'nyawa' secukupnya di dalam novel ini.
7. Watak Syauqi, adik Halim dikembangkan dengan baik. Saya suka dengan watak Shauqi. Kuat dari segi olahan dan wataknya boleh dipercayai.
8. Penyelidikan RAM memang 'top'. Itu tidak dapat disangkal lagi. Itu yang saya suka
Kesimpulan:
Saya kira sesiapa yang tidak meletakkan harapan tinggi untuk novel RAM, masih boleh menyatakan novel ini agak baik. Bagi saya, RAM berjaya membuktikan dia merupakan novelis thriller terbaik di Malaysia. Malah saya kira sepatutnya ada novel terjemahan RAM ke Bahasa Indonesia/Bahasa Inggeris untuk menambah kelompok peminatnya.
Membaca 9 Nyawa sangat mengujakan perasaanku. Kulit depan ada gambar mata kucing, sinonim dengan mitos kucing punya 9 nyawa, barangkali. Aku suka 9 Nyawa kerana plot ceritanya pantas, biar sebentar flashback, ke hadapan, flashback dan kembali ke masa sebenar, ianya tidak memenatkan, bahkan menghiburkan. Maybe dah biasa dengan Fiksyen 302. Opss, tak patut banding-bandingkan karya RAM kerana semuanya adalah bagus.
Peneraju utama 9 Nyawa adalah Hakim yang buta penglihatan zahir tetapi celik mata hatinya. Diberi anugerah mampu berinteraksi dengan mereka yang terperangkap di alam koma atau dimensi ‘ambang kematian’. Dari situ Hakim bertemu Intan Suryani, pewaris tunggal D’Diamond yang mempunyai asset billion ringgit. Kenapa kedua-dua watak ini penting? Kerana segalanya berlegar seputar kisah mereka.
Meski, aku lebih suka watak Khairil aka Carl, si antagonis. RAM sangat bijak menyembunyikan Carl sehingga babak-babak terakhir ibarat saving the best to the last. Haha, kiranya Carl tidak terkalah dengan kejahatan watak Zonan dalam 302. Mungkin suatu hari nanti RAM boleh mengumpulkan watak-watak antagonis ini membentuk evil pack yang sangat mastermind.
Apa pun, 9 Nyawa tetap cukup ramuan untuk diangkat ke filem andai masih ada penggiat seni yang percaya bahawa karya yang baik tidak semestinya terikat dengan selera melankolik dan ayat cair mencair sahaja atau rempit merempit yang tak sudah sudah. Tiada komen mengenai 9 Nyawa Cuma barangkali tak perlu meletakkan wajah mana-mana watak di muka kulit kerana aku rasa watak yang wujud dalam imaginasi pembaca cukup ‘istimewa’ dan tak perlu dipaksa-paksa tak kira samada pemain utamanya mahupun pemain pembantu.
Akhirnya berjaya habiskan selepas begitu lama tertangguh. Awalnya agak perlahan namun laju dipertengahan cerita. Konsep cerita menarik. Namun saya lebih gemar jika nama watak disingkatkan setelah diperkenalkan seperti Intan Suryani dan Dr. David Chu kerana agak melambatkan pembacaan tapi tidak ketara gangguan itu. Apapun karya RAM tidak pernah mengecewakan.
Tak sangka lah si Khairil itu jahat.dan intan suryani sedar sebelum terlambat.puas hati aku baca bila mak Intan tembak penjahat MCM si khairil.so aku berpuas hati dengan karya Ramlee Awang murshid ni.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Pra: Ini mungkin novel tercepat saya habiskan.. 1 minggu! mula beli pada 21/1 habis baca 26/1. (saya bukan punya masa untuk membaca sekaligus). Fikir perjalanan dari Taiping ke Shah Alam pastinya amat membosankan. Sebelum 3.15 petang saya gagahkan juga mencari kedai buku popular di pekan Taiping.. akhirnya dapat juga.
1. Ramli Awang Murshid, tidak perlu dibahaskan lagi, punya peminat tegar yang tidak mampu digugat penulis-penulis lain. Saya kira kalau di terjemahkan ke Inggeris dan diadaptasikan ke filem mampu jadi macam John Carpenter.. horror master.
2. Bagusnya RAM punya resepi-resepi penulisan yang tidak dipunyai oleh orang lain, rahsianya boleh diperolehi dalam kelab RAM, kalau sesiapa yang berniat nak menulis, boleh mengambil langkah-langkah seperti beliau.... beliau mengambil berat tentang hubungan rohani menjadikan penulisannya berisi dan lebih dari sebuah karya kontemporari.
3. Terus ke 9 Nyawa, ceritanya menggunakan teknik penceritaan dua watak utama yang asing digabungkan pada bahagian ke75% cerita. Jangan ditanya apa teknik itu, kerana saya tidak punya kelulusan akademik tentangnya. Tapi ia biasa digunakan untuk mewujudkan variasi dan tarikan dari muka ke muka menyebabkan pembaca tidak mampu melepaskan buku kecuali untuk benda-benda wajib sahaja.
4. Teori 9 Nyawa, adalah datangnya dari barat, saya suka ia digunakan dalam novel ini, dan saya harapkan selepas ini RAM akan datang lagi dengan pantang dan taboo orang melayu seperti kucing melangkah mayat, nanti mayatnya bangkit... dsb. Tapi tidak perlu seperti cerita Tamar Jalis kerana tiada siapa mampu menggugat penulis tersohor dan bagi saya pencetus revolusi cerita seram Malaya.
5. Cerita Hakim di Singapura benar-benar hidup, dan setiap lokasi yang diperikan seolah-olah si penulis benar-benar menulis dari lokasi cerita. Itulah kunci realistik bagi sesuatu penceritaan. Pembaca suka seolah-olah mereka berada disitu. Meskipun pemisahan roh dan jasad Intan telahpun di disclaimerkan oleh RAM dihujung buku namun ia tetap mengujakan pembaca. 6. penulis bijak membawakan watak Khairil yang memerangkap keluarga Intan, .. saya mengharapkan penataan klimaks yang lebih hebat iaitu semasa, si khairil melarikan diri dari penjara dan sewaktu beliau ditembak oleh azizah. (orang jahat matinya mesti dahsyat kan!)
7. Penulis juga banyak buat homework, which is good! untuk para pembaca yang malas nak telan maklumat-maklumat ilmiah secara mentah., jadi disinilah datangnya tanggungjawab penulis, dan bagi saya RAM telah menjalankan amanahnya dengan penuh disiplin dan hikmah.
8. Beberapa perkara dibiarkan tergantung oleh penulis (sebab itu namanya novel misteri!) mana datangnya kucing masa kemalangan, kenapa intan yang dipilih, kenapa intan mukanya tidak sama bapanya sampai nyaris kena bunuh dengan bapa sendiri .... apapun sebab buku ni genre horror, maka penulis tidak bertanggungan untuk menjawab semua persolan, sepertimana kita tengok cerita hantu .. the mystery remains, atau nak keluar sequal lain?. 9. Saya menilai buku 9 Nyawa sebab ia hits kedai buku kebelakangan ini, tidak dinafikan sebelum buat satu penulisan kita kena kaji market, dan bagi saya RAM berjaya kerana beliau berhak mendapatnya
such a nice book..baru baca part awal-awal pun dah boleh buatkan saya teruja untuk membaca ayat yang seterusnye dan seterusnye...tapi, saya tak nak baca online...saya nak beli & baru baca..sayang kalo baca cepat2 nie...tak leh feel.. kena baca tempat sunyi dan menghayati satu per satu perkataan dan susunan ayat. yossshhh..RAM...
9 nyawa.. Hanyalah mitos namun apa yang terjadi pada Intan merupakan keajaiban Allah.. Penceritaan yang silih berganti antara Intan dan Hakim oleh penulis tidak mengelirukan malah mengujakan.. Membaca karya penulis sentiasa membuatkan Sha berfikir.. Ianya satu teka teki yang menarik untuk dicantumkan dan bila cantuman itu berjumpa keseluruhan cerita menjadi jelas.
sangat menarik..tahniah buat Ramlee Awang Murshid.. Novel wajib baca!! membaca bermula muka surat pertama akan mbuatkan anda teruja untuk menghabiskannya..
'Mata hati itu tidak pernah berdusta. Hati yang tulus ikhlas pasti menemui kebenaran biarpun kebatilan tersembunyi jauh ke dasar jiwa. Kerana lidah pasti berbohong untuk menyembunyikan kejahatan.'
Tertarik pada buku ini disebabkan tajuknya sendiri; 9 Nyawan terus terfikirkan mitos kucing yang mempunyai 9 nyawa. Karya Ramlee Awang Murshid ini tidaklah berkisar tentang kucing, walaupun ada sedikit kaitan dengan penceritaan tentang watak utama. Merupakan sebuah novel di mana elemen aksi menjadi elemen paling utama, seterusnya terselit juga elemen konflik, kekeluargaan dan tidak terkecuali elemen mistik.
Intan Suryani, seorang gadis yang membesar dengan komplikasi jantung bersama ibunya, Azizah yang mempercayai bahawa anaknya mempunyai 9 Nyawa. Di Singapura, seorang lelaki buta yang mampu melihat seterusnya membantu roh yang terperangkap antara sempadan alam kehidupan dan alam kematian, tinggal bersama adik lelakinya Shauqi yang terlibat dengan kerja haram. Takdir mereka bertaut di masa silam dan menemukan mereka kembali di masa hadapan yang merungkai sebuah tragedi hitam yang menjawab pelbagai persoalan.
Cerita agak mendatar dan bergerak perlahan pada awalnya bagi saya, kerana banyak flash-back yang tidak dinafikan sangat membantu story-building. Cerita lebih menarik ke arah pengakhiran, di mana klimaks terletak berdekatan penghujung cerita. Plot twist yang agak memberansangkan, jadi second half buku ini saya berjaya habiskan sekali gus dalam satu sesi pembacaan.
Sejujurnya, saya kira watak Hakim dan kemampuan luar biasanya boleh diolah dan diadaptasi ke siri televisyen; sebagai satu genre yang berbeza dan tidak tipikal seperti yang kebanyakan siri lokal yang ditayangkan pada hari ini. Watak Hakim juga mengingatkan saya tentang siri Korea berjudul Missing:The Other Side, di mana watak utama mempunyai kemampuan seperti Hakim, walaupun tidak buta.
🌟 4/5. Antara karya thriller tempatan yang terbaik pernah dibaca, seperti yang dijangkakan dari penulis thriller no. 1 Malaysia.
Menceritakan mengenai 2 buah keluarga yang saling berkait.
Puan Azizah percaya bahawa Intan Suriyani mempunyai 9 nyawa dek kerana kejadian yang menimpanya. Terus menerus Puan Azizah menghitung jumlah 'nyawa' yang telah digunakan oleh Intan Suriyani.
Azizah hidup bersama sama trauma yang di alaminya berpuluh tahun. Kejadian yang sering menghantui dirinya sehingga membuatkan dia menjadi seorang yang terlalu melindungi sehingga Intan Suriyani dewasa.
Hakim dan Shauqi merupakan adik beradik yang telah kehilangan kedua ibu bapa mereka pada satu insiden. Hakim yang disangka buta sejak lahir, ternyata ada satu kejadian yang membuatkannya buta dan turut melibatkan Puan Azizah yang menetap dia Malaysia sedangkan Hakim dan Shauqi menetap di Singapura.
Akhirnya, Intan Suriyani ditemukan dengan Hakim di dalam dunia paranormal. Bingit, mempunyai pelbagai bentuk yang tidak mampu ditafsir, ngeri. Intan Suriyani terus berlegar di dalam dunia paranormal mencari 'kebenaran' yang disembunyikan.
Bagi Ika jalan cerita dia agak perlahan tapi bila kita terus baca, bila dekat bab-bab hujung tu rasa macam kena habiskan baca malam tu jugak! Sebab sangat sangat teruja nak tau apa jadi? Kenapa macam ni? Macam mana boleh jadi macam ni? Dan emosi Ika waktu baca bab-bab akhir tu dah boleh samakan dengan roller-coaster! Emosi sangat! Kenapa? Kenalah bacaaaaaaaaa.
Saya membaca novel 9 nyawa ini dengan membawa beban emosi yang sangat berat dan banyak. Menghimpun rasa hati Intan Suryani, Azizah, Hakim, Dr. David Chu, Shauqi dan beberapa lagi watak membuatkan saya hampir lelah, tenggelam dalam arus deras gejolak rasa yang berbaur.
Sesuatu yang tidak terjangkau dek akal fikiran memang menjadi alas penceritaan penulis hebat RAM ini dan itulah yang menjadi kegemaran saya. Penceritaan yang bersilang masa dan kisah namun sedikitpun tidak mengganggu tumpuan. Kesudahan kisah yang membuatkan sesuatu terjadi pada diri saya. Terasa jiwa basah kesedihan, kelopak mata terasa sejuk bergenang tetapi tiada airmata serentak dengan minda yang bahagia serta senyuman yang terukir di bibir meraikan kesudahan kisah sama seperti yang diharapkan.
Tahniah kepada penulis. Banyak moral yang boleh diguna pakai sebagai panduan melalui liku kehidupan seharian.
Awal pertengahan bukunya sangat lambat dari segi world-building dan pembinaan karakter. Sangat menyampah dengan karenah Azizah dan Intan pada pertengahan awal cerita tetapi plot semakin cepat pickup selepas lebih setengah buku. Not a bad read tetapi the first half of the book hampir membuatkan saya nak sisihkan buku ni especially waktu Intan mula berkenalan dengan Khairil. However, it’s worth the read to know the ending.
Picked up this book for learning Malay and it's a great study resource as the vocabularies are a bit advanced. By the end of the book you'll feel proud that you understood the same big words you saw at the beginning of the book.
Story-wise, the plot twists gave me trust issues. Delicious, bite-sized romance awaits at multiple corners. Can't say I enjoyed the gangster-y part of the story but the action scenes were easy to imagine.
9 Nyawa,karya Ramlee Awang Murshid yang pertama aku baca.tema dia okok,mistik tue adalah,tapi rasanya lebih kepada realiti,yup...itu yg utama.
Susah sebenarnya nk describe buku ni,Intan Suryani,watak yg bagi aku macam Harry Potter,innocent tapi dia lah watak utama...fhm x?cam bodo2 but ends up kau kene terima dia lah watak utama selain drpd Hakim.Hakim,idk why?but aku rasa suara watak dia ni sama ngan suara watak Nirnama karya Hilal Asyraf,maybe sebab dia islamik kot..setiap kata2 tu terselit nasihat.dia ni baik,and mmg aku adore dia ni,tahap keimanan,tahap sabar dia,tip top.and thats the best one
Plot twist yg shocking kat hujung2 tue,so just enjoy....now excitingly waiting to buy MAGIS plak..yg tu org kata best an..
buku pertama RAM yang saya baca. gaya penceritaan santai tapi mampu buat saya masuk alam pembacaan. lepas je baca buku ni terus cari buku-buku RAM yang lain.
good story and interesting plot. cuma bagi saya rasa jalan cerita dan character agak slow but it is worth reading maybe saya punya expectation tinggi sangat
I am one of the fans of RAM novels, especially Sunan series, which anticipated the development of the plots and the storyline, however, the ending was expected.
9 Nyawa adalah karya RAM yang pertama aku baca, sangat tidak sangka yang orang yang disangka paling baik selama ini adalah dalang disebalik malang petaka yang menimpa Azizah dan Intan.
This entire review has been hidden because of spoilers.