Jump to ratings and reviews
Rate this book

Memoir Seorang Guru

Rate this book
Kisah dunia perguruan. Apakah mendidik semata-mata mengajar tanpa menjadi pembentuk kemanusiaan dalam insan? Dan bagaimana pendidik perlu meniti ke takah murabbi?

299 pages, Paperback

First published January 1, 2008

19 people are currently reading
236 people want to read

About the author

Azizi Abdullah

68 books117 followers
Dicedok dari Ujana Ilmu

AZIZI HJ.ABDULLAH (Hj. Azizi bin Hj. Abdullah) dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda Kedah, pada 4 April 1942. Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam. Kemudian belajar di Sekolah Agama Dairatul Maarif Al-Wataniah,Kepala Batas Seberang Perai. Azizi mula menulis ketika di sekolah agama, kira-kira dalam tahun 60-an.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
68 (60%)
4 stars
33 (29%)
3 stars
9 (7%)
2 stars
3 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 23 of 23 reviews
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews357 followers
September 24, 2025
Novel ke-3 Tuan Azizi Haji Abdullah yang aku baca. Beliau sememangnya seorang penulis prolifik yang dikenali kerana gaya penulisannya yang jujur, tajam dan penuh renungan. Novel ini bukan sekadar sebuah Memoir Seorang Guru, juga sebuah pengakuan jiwa yang merentasi batas peribadi dan sosial - ada pergolakan batin, penyesalan, dan pencarian makna dalam profesi yang sering dianggap mulia tapi jarang difahami secara mendalam - Guru.

Novel ini mengisahkan seorang bekas guru agama yang telah berkhidmat selama lebih 28 tahun di sekolah - sekolah pedalaman. Di usia senjanya, beliau dihantui oleh rasa bersalah dan penyesalan terhadap tindakan - tindakan silamnya - tamparan, herdikan, dan amarah yang pernah dilampiaskan kepada anak - anak didiknya. Nama - nama seperti Alias, Mudin, Sakinah dan Mohd Dhuha menjadi bayang - bayang yang tak mampu dia padam dari ingatan. Namun yang paling menggamit resah adalah Kamariah, anak tunggal yang ingin mengikut jejak langkahnya menjadi seorang guru. Bagi sang bapa, jalan itu terlalu rapuh dan penuh duri untuk diulang. Dia ragu sama ada Kamariah mampu menempuh dunia pendidikan yang penuh dugaan, seperti dirinya yang pernah tewas dalam kehampaan dan kehilangan makna kemurabbian. Di sinilah bermulanya pencarian untuk menebus amanah dan meraih keberkatan dalam sisa - sisa usia yang tinggal.

Watak utama dalam novel ini adalah seorang lelaki tua yang tak diberi nama, tapi digambarkan dengan kedalaman psikologi seorang guru, juga seorang manusia yang bergelut dengan bayang - bayang masa lalu - rasa bersalah, dan keinginan untuk menebus kesilapan. Kamariah pula hadir sebagai simbol harapan dan kesinambungan - cermin yang memantulkan trauma dan ketakutan si bapa. Watak - watak pelajar seperti Alias dan Mudin adalah menjadi lambang luka yang tak sembuh, dan menjadi pemangkin kepada refleksi moral yang mendalam.

Tuan Azizi menulis dengan gaya yang jujur, tak berpura - pura, dan penuh ketajaman renungan. Bahasanya tak terlalu berbunga, tapi cukup puitis untuk menyampaikan emosi yang kompleks. Naratifnya bersifat introspektif, dengan monolog dalaman yang kuat dan adakalanya menyentuh falsafah hidup. Struktur cerita yang linear tapi penuh kilas balik menjadikan pembacaan novel ini satu pengalaman yang kontemplatif. Tuan Azizi tak cuba untuk menghibur, tapi mengajak pembacanya untuk merenung dan bertanya: apakah makna sebenar menjadi seorang guru?

Novel ni sarat dengan pemikiran tentang tanggungjawab, penebusan, dan makna kemurabbian. Persoalan besarnya ialah: apakah mendidik itu sekadar mengajar, atau menjadi pembentuk kemanusiaan dalam insan? Tuan Azizi mengajak kita untuk melihat profesi guru bukan sebagai pekerjaan semata, tapi sebagai amanah spiritual dan sosial yang menuntut ketahanan jiwa. Penyesalan yang menghantui watak utama adalah tentang kegagalannya membentuk jiwa anak - anak didiknya. Di sinilah falsafah pendidikan yang sebenar diuji - bukan pada pencapaian akademik, tapi pada pembentukan akhlak dan kemanusiaan.

Walaupun novel ini sangat kuat dari segi emosi dan falsafah, ada 1 aspek yang aku rasa boleh diperhalusi terutamanya Kamariah sebagai anak tunggal yang menjadi pemangkin konflik dalaman si bapa, aku rasa dia kurang diberi ruang untuk berdikari - kewujudannya lebih berfungsi sebagai simbol daripada individu yang kompleks. Ini menyebabkan kepuasan maksima tak dicapai.

Cuma, harus diingatkan bahawasanya ini adalah novel yang sangat padat dengan emosi. Adakalnya garapan emosi itu telah mengaburi naratif utama. Penyesalan yang repetitif menjadikan pembacaan aku agak amat penat apabila variasi emosi hanyalah sekata tanpa variasi perspektif.

Dibaca pada usia aku begini, aku rasa ia adalah sebuah karya yang menyentuh jiwa berbanding pembacaan pertama aku dulu. Terima kasih kepada penerbit Jejak Tarbiah kerana meneributkan semula karya ini.

4.2 / 5 stars
80 reviews
August 2, 2024
4.5🌟

"Jangan engkau hanya jadi mualim. Itu adalah profesion bapa. Emglau mesti jadi murabbi, menjayakan proses tarbiah." - Cikgu Sunan

Hampir saya kehilangan kata-kata untuk meluahkan apa yang saya rasa setelah habis membaca naskhah ini. Ia kisah seorang guru yang sangat berat hati untuk meredai keputusan anaknya sendiri untuk menyambung legasi profesion sebagai seorang guru, sama seperti dirinya juga. Mengapa dan apa yang terjadi sepanjang beliau menjadi guru suatu ketika dahulu menjadi asbab beliau bergelumang dalam rasa serba salah yang tinggi.
Hati saya sebak dan batin saya terseksa apabila membaca satu per satu memoir-memoirnya yang diceritakan kembali itu.

Tentang Alias, Midun, Sakinah, Mihad dan Mohd. Dhuha.

Sungguhlah kisah-kisah mereka ini penuh hikmah dan ibrah, baik untuk pendidik atau yang bergelar seorang pelajar. Walaupun saya rasa, kekuatan nashkah ini adalah pada imbasan masa lalu Cikgu Sunan ketika masih lagi mengajar di sekolah, keseluruhan cerita yang diolah dengan bahasa yang indah dan emosi yang tepat diletak pada setiap watak, menjadikan saya semakin seronok menelaah walaupun pada babak-babak terakhir, agak hambar.

Pada Cikgu Sunan, saya lihat dalam garangnya, ada sayangnya.
Pada anak-anak didiknya pula, saya lihat betapa mereka sangat menghargai didikan seorang guru yang dianggap bengis dan pongah ini, berjaya memberi kesan yang melekat pada akal budi dan jiwa mereka. Meskipun Cikgu Sunan lambat menyedarinya.

Pengarang meninggalkan pesan yang mendalam dalam karya ini lebih-lebih lagi kepada yang sudah atau bakal menjadi seorang guru. Benarlah, untuk memastikan suatu ajaran itu sampai ke hati, haruslah mendidiknya dari hati jua.

Besar juga harapan saya, buku ini kembali diterbitkan semula walaupun ceritanya telah diangkat ke layar perak. Ia sebuah memoir yang berharga, wajar diingat dan dibaca zaman berzaman.
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
February 14, 2018
"Ternyata dalam hidup ini, aku melalui lorong pendidikan yang songsang tetapi merekalah yang melendit dan meluruskannya."

Ini adalah sebuah kisah paradoks tentang kasih dan sayang antara seorang guru dengan anak-anak didiknya...

Sebuah karya yang menggamit kenangan buat bekas pelajar yang pernah berguru dengan guru-guru yang garang dan tegas.

Tidak kurang juga novel ini membentangkan perbezaan alam perguruan zaman dahulu dan sekarang.

Menamatkan bacaan semula novel ini, diriku terasa segar semula dengan mesej utama novel ini... Tentang takah murabbi yang tidak lagi dipedulikan... Masihkah, ada guru yang bercita-cita menjadi seorang murabbi?
Profile Image for Miyuke.
198 reviews2 followers
July 15, 2025
Sedari awal pembacaan - naskah ini telah membenihkan rasa marah dalam hati saya. Seorang guru (yang setelah dilanjutkan bacaan - baru saya mengetahui bahawa guru ini merupakan Ustaz!) amat membenci muridnya dalam kalangan warga pedalaman (kampung).

Rata-rata muridnya terdiri dalam kalangan golongan keluarga yang susah. Ketidakmampuan keluarga murid dalam menyediakan keperluan dan fasiliti yang mencukupi untuk pendidikan anak-anak semakin menyebalkan Ustaz ini. Pakaian yang kotor, fizikal yang kurang sempurna kadangkala menjadi punca yang menipiskan kesabaran sang Ustaz. Pandangannya selalu jijik dan hina.

Simpati saya pada semua anak muridnya sangat membuak-buak dan menjadikan saya membenci watak utama ini sehingga akhirnya.

Jika mahu dibandingkan dengan kesengsaraan watak Ustaz ini atas perasaan bersalahnya terhadap murid-muridnya, saya lebih memilih untuk memfokuskan dan menumpahkan perasaan saya sewaktu pembacaan naskah ini kepada anak murid Ustaz seperti Mat, Alias, Midun, Sakinah, Mihad dan Mohd Dhuha.

Memandangkan marah masih menebal, saya juga kurang merasakan emosi sayu pada akhir - akhir babak. Namun keinsafan dan rasa penyesalan si Ustaz sedikit sebanyak masih dapat menyentuh hati.

NOTA :

Syabas penulis kerana berjaya membangkitkan perasaan yang pelbagai dengan perincian setiap kisah antara guru dan murid yang diketengahkan.

Naskah ini telah diadaptasikan ke layar perak dan pada masa ulasan ini dibuat, ia masih boleh ditonton di Netflix. Sayang sekali, saya memang membantutkan dahulu tontonan cerita ini sehingga selepas naskah ini dibaca. Namun, perasaan ingin menonton kisah ini di layar perak telah memudar. Saya tidak menyukai ego yang ada pada watak Ustaz ini. Mungkin pada lain masa saya akan mempertimbangkan semula untuk menonton kisah ini.

15 Julai 2025 : Telah meminta bantuan daripada pasukan pustakawan Goodreads untuk mengemaskini edisi baharu (cetakan Mei 2025) ditambah kepada judul naskah ini.

NOTA KEMASKINI :

16 Julai 2025 : Pustakawan Goodreads telah menyelesaikan permohonan saya (penghargaan buat Cik Beelah). Terima kasih!!
Profile Image for Qayiem Razali.
892 reviews85 followers
June 29, 2025
49/2025

-Memoir Seorang Guru
-Azizi Abdullah

Berkisar tentang seorang lelaki yang menentang minat anaknya untuk menjadikan guru sebagai profesion. Hal ini membuatkan ikatan anak dan ayah sedikit berantakan. Dia tidak membenci kerja seorang guru tapi dia risau andai si anak akan berdepan peristiwa yang pernah dia alami semasa dia menjadi seorang guru.

Menjadi seorang guru tidaklah mudah seperti yang disangka. Berdepan dengan kerenah anak murid yang pelbagai ragam dan cerita pasti akan membuatkan kita berperang dengan emosi. Dapatkah 'Aku' menjadi seorang guru yang benar-benar menjadikan anak muridnya seorang yang berjaya kelak? Dapatkah dia terus bersabar dengan tingkah anak didikannya?


Keseluruhannya, bagi saya buku Memoir Seorang Guru merupakan naskhah yang terisi dengan momen momen berharga. Andai pembaca merupakan seorang pendidik, barangkali lagi terkesan membaca buku ini. Sebuah karya yang penuh cerita yang mampu menjentik sanubari pembaca. Tahniah tim Jiwa kerana berjaya menerbitkan semula karya ini.
Profile Image for Hafiz Kamaruddin.
97 reviews9 followers
October 20, 2021
apa akan jd apabila guru amat membenci muridnya?

Memoir seorang guru menceritakan imbauan kenangan-kenangan silam seorang guru terhadap bekas anak-anak muridnya puluhan tahun dahulu. Sebuah novel yg sangat indah, sarat dengan pengajaran dan hikmah apatah lagi sebagai peringatan dan teguran buat pendidik semua. Bahasa yg indah dan puitis mendayu-dayu membuai pembaca untuk meneruskan pembacaan. Worth to hunt & collect this novel. Harus dibaca oleh semua pendidik dan bakal pendidik. Tahniah penulis.
Profile Image for Dawlin Zainudin.
41 reviews3 followers
February 8, 2019
sebuah kisah mengenai alam perguruan

sesuai untuk golongan pendidik, untuk dijadikan panduan dan iktibar

sesuai juga untuk golongan selain pendidik, untuk dijadikan pengajaran dan kesedaran mengenai pengorbanan seorang guru
Profile Image for Naimisa.
19 reviews3 followers
November 25, 2009
Harga: RM13.00


“Kama, Kama faham ke apa yang bapa cerita?”

“Cerita apa?”

“Cerita bagaimana buruknya bapa dalam profesion guru. Bapa pendendam. Bapa ego. Bapa pemarah. Bapa pembenci.”

Kamariah ketawa terbahak-bahak. “Bila yang bapa cerita?”

“Eh, bapa tak cerita ke tentang Alias dengan beruknya? Tentang Midun dengan limau Mandarinnya? Bapa tak cerita ke tentang Mihad dengan ikan haruannya? Tentang Sakinah dengan mata julingnya? Tentang Mohd. Dhuha yang rajin sembahyang?”


(halaman 203)


Petikan di atas merupakan puncak yang menghampiri penghabisan cerita dalam cerita. Memoir Seorang Guru dimulakan dengan konflik seorang guru pencen dengan anaknya Kamariah (Kama) apabila anaknya mahu menjadi seorang guru. Dia bukan menghalang Kamariah untuk menjadi seorang guru tetapi dia bimbang kalau-kalau sikap buruknya sebagai pendidik juga menjangkiti anaknya. Betapa profesion mulia ini perlu dilalui bukan sekadar untuk mendapat habuan dalam bentuk gaji. Malah yang jauh lebih penting menjadi pendidik yang mencapai takah murabbi. Cerita-cerita awal yang diselitkan dengan insiden yang menyebabkan aku (watak utama – bapa Kamariah) menjadi kesal dengan dunia perguruannya. Yang dihalang atau dibenci itu bukanlah profesion itu sendiri. Malah yang dibimbanginya ialah sikap ambil mudah seorang penyandang jawatan guru semata-mata mengharapkan gaji, tanpa memikirkan nilai sebenar di sebalik kerjaya seorang guru.



...bapa mahu engkau mengerti, profesion ini profesion mencabar, profesion yang kena bertanggungjawab terhadap pembagunan insan. Pendidikan yang bererti bertali arus mesti dipertanggungjawabkan sehingga akhirat.
(halaman 206)


Bahagian pertama cerita ini memuatkan selakan kenangan silam aku yang menunjukkan kebenciannya terhadap pelajar, sedangkan dia sendiri benci sikap tersebut. Sesekali sahaja jalur ceritanya diselitkan dengan cerita semasa yang melibatkan krisis diri aku dengan Kamariah dan adiknya Lukman. Bahagian kedua pula mengisahkan pemurnian apabila pembaca dibawa menjelajah daerah kesedaran aku sehingga dia tidak lagi dibayangi kekesalan lampau. Aku dengan tidak sengaja terlibat dalam kemalangan dan pelajar-pelajar yang dibencinya dahulu muncul kembali dalam hidupnya tetapi dalam wajah manusia yang berjaya. Pada tahap ini penulis menyelit unsur sureal yang menunjukkan keinsafan aku dalam keadaan tidak sedarkan diri, terlantar di katil hospital. Sehingga akhirnya pelajar-pelajar ini membuat satu kejutan sebagai tanda sayang dan penghargaan mereka terhadap jasa aku.


Guru wajar menjadi manusia pendidik Murabbi. Bagaimanakah yang dikatakan Murabbi itu? Apakah halangan dan realiti yang dihadapi oleh mereka dalam menggapai takah penting itu? Apakah akhirnya Kamariah akan faham nawaitu sebenar bapanya yang tidak bersetuju dengan hasratnya menjadi guru? Dan apakah kesudahan cerita ini? Apakah akhirnya Kamariah akan hadir temu duga perjawatan yang diidam-idamkannya?


Semuanya terjawab dalam Memoir Seorang Guru. Pembacaan buku ini walaupun mengandungi perkataan yang jarang-jarang digunakan tetapi tidaklah rumit kerana dimasukkan dalam glosari. Pun begitu hanya terdapat satu kesilapan watak iaitu pada baris kesebelas muka surat 256. Sepatutnya Dr. Kamariah itu ditaip sebagai Dr. Sakinah.

Profile Image for Nur Asilah.
94 reviews
Read
August 15, 2016
Bapa Kamariah, merupakan seorang bekas guru agama yang mempunyai pengalaman yang pelbagai dalam profesion perguruan. Kehidupan di hari tuanya membuat dia kembali terkenang pahit getir yang dialaminya, mengenang soal berkat selama dia mendidik. Perkara ini terjadi apabila anaknya, Kamariah bertegas mahu menjadi seorang guru seperti bapanya setelah dihalang bapanya sendiri kerana kekhuatirannya untuk melepaskan Kamariah berdepan dengan cabaran seorang guru. Pak Azizi mengunakan teknik imbas kembali dengan mengisahkan beberapa pengalamannya yang membuat dirinya tidak lupa bahawa dia merupakan seorang guru; entah tidak atau ya untuk digelar murabbi. (Di akhirnya, sebenarnya bapa langsung tidak pernah mengisahkan kepada Kamariah, tetapi hanya berdialog dengan dirinya tentang kisah lampau sebagai seorang guru). Anak muridnya Sakinah, Alias, Paniapan, Mudin antara anak muridnya yang pernah dimarahi bapa, seorang guru yang sangat tegas, tetapi pada masa yang sama tidak mempunyai kesabaran. Pengalaman bersama murid-muridnya itulah yang memberikan bapa pengalaman yang paling berharga. Pengalaman itu jugalah yang mendidik mereka menjadi manusia yang berbakti. Pak Azizi tidak pernah mengewakan pembacanya dengan penulisan realiti masyarakat di suatu sisi fokus profesion perguruan memandangkan Pak Azizi sendiri mempunyai latar belakang menjadi seorang guru.
Profile Image for Faiz • فائز.
365 reviews3 followers
July 12, 2024
Saya, secara peribadi, tidak gemar akan karya-karya yang menampilkan perkara-perkara buruk atau menggunakan tragedi sebagai penguat cerita. Misalnya, hal berkaitan pelacuran, perzinaan, sumbang mahram, pembunuhan (diceritakan secara terperinci) dan hal-hal yang seumpamanya.

Tanpa menafikan bahawa adakalanya ia perlu dihidangkan sebagai pengajaran, namun, apabila terlalu kerap perkara-perkara sebegini dihadam oleh masyarakat, ia akan mempengaruhi corak pemikiran dan pengamatan mereka. Misalnya, apabila watak seorang ustaz berserban dipaparkan sebagai warak dan alim di luar, namun meliwat ahli keluarganya sendiri… Nauzubillah, moga Allah pelihara kita semua. (Jalan cerita sebegini berlambak dalam novel-novel Fixi. Saya sendiri telah membaca puluhan novel Fixi, bermacam-macam genre.) Maka, masyarakat akan mulai mencipta gambaran dalam fikiran mereka bahawa ustaz berserban, beginilah perilakunya!

Adakah saya menafikan kewujudan “iblis berserban” ini? Tidak. Golongan ini benar-benar wujud. Namun, untuk mengkonkritkan golongan ini sehingga membentuk gambaran tetap kepada masyarakat di luar sana, ini hanya akan mendorong kepada lebih banyak kecelakaan. Ini bukan omongan kosong! Sungguh tidak! Kesemua hal ini sebenarnya sebahagian daripada proses “confirmation bias”.

Andai pertama kali kalian mendengar perkataan ini, tidak mengapa. Saya cuba ringkaskan istilah ini. “Confirmation bias” boleh diertikan sebagai kecenderungan kita dalam menerima dan mentafsir maklumat-maklumat yang diterima berdasarkan kepercayaan kita.

Misalnya, andai telah ditanamkan dalam minda kita bahawa orang Melayu itu sifatnya pemalas, maka, setiap kali kita bertemu dengan orang Melayu yang pemalas, akan bertambah-tambahlah keyakinan kita bahawa orang Melayu itu pemalas. Walaupun hanya 5 daripada 1000 orang Melayu yang kita jumpa itu pemalas, akal kita akan tetap dan cenderung berpegang kepada pendapat, bahawa orang Melayu itu pemalas. Ia adalah kitaran yang berulang. “Confirmation bias” hakikatnya adalah ibu kepada ibu segala falasi yang wujud di muka bumi.

Seandainya masih kurang mengerti apakah itu “confirmation bias”, sumber ini merumuskannya dengan baik. (Sumber: https://thedecisionlab.com/biases/con...)

Berbalik kepada hujah pada permulaan tulisan saya tadi, inilah alasan mengapa saya berpegang bahawa tidak wajar tragedi atau gambaran buruk dihidangkan kepada pembaca.

Dalam karya Azizi Haji Abdullah ini, terlalu banyak tragedi dan sifat buruk yang dihidangkan. Kemalangan, kematian dan sifat-sifat mazmumah bernafas daripada awal hingga ke akhir cerita. Saya kurang selesa dengan adegan-adegan sebegini. Walau saya merasakan bahawa yang cuba ditampilkan ialah takah tazkiyatun nafs’, ia terlalu berlebih-lebihan. Tragedi demi tragedi dihidangkan. Namun, saya tidak menafikan bahawa ada beberapa babak yang berjaya membuat hati ini sebak.

Berikut saya kepilkan sedikit petikan daripada muka surat 196:

“Anak saya bodoh dalam pelajaran lain, ustaz. Tapi saya selalu berdoa agar dia menjadi manusia yang baik."
"Dia lahir pada hari Jumaat, waktu dhuha. Saya mahu dia tak lupa waktu kelahirannya. Sebab itu saya suruh dia solat dhuha, selain solat waktu. Saya didik dia agar menghormati waktu."
"Saya berpendapat jika manusia tak lupa pada waktu lahirnya, dia takkan lupa waktu kewajipannya pada ALLAH.”


Barangkali, inilah kekuatan penulis. Beliau berkeupayaan mengawal perasaan pembaca, dan saya akui, hal ini bukanlah mudah dalam penghasilan karya-karya kreatif.

Menariknya lagi, keterbalikan yang digendong bersama daripada awal hingga ke hujung-hujung cerita. Perlahan-lahan, penulis mendedahkan apakah “kebencian” sebenar yang membelenggui Ustaz Mihad dalam kerjayanya sebagai seorang guru agama; ustaz. Bukanlah Ustaz Mihad membenci kerjaya sebagai seorang guru, namun, dia hanya membenci dirinya sendiri.

Penulis juga turut membezakan peranan seorang muallim dan murabbi. Tidak ramai pengajar (guru-guru) kini yang mampu mencapai maqam murabbi. Lantaran berhadapan dengan ratusan murid setiap hari, dengan karenah dan ragam yang pelbagai… tidaklah menghairankan andai ada guru-guru yang bersikap bena tak bena dalam tugasnya. Penulis turut menyelitkan kritikan kepada para guru sebenarnya. Yang culas dalam amanah, yang masih berada di kantin tatkala loceng kelas telah dibunyikan, yang membenci murid hanya kerana dia perlahan dalam pelajaran, yang ego mengakui kesalahan dan pelbagai lagi sifat-sifat mazmumah.

Saya merasakan bahawa novel ini wajar dibaca oleh semua pendidik dan bakal pendidik. Semua ibu bapa dan bakal ibu bapa. Kalian akan bertambah sedar bahawa setiap anak kecil itu ialah kain putih yang tidak dinodai dengan apa-apa titik kotor sekalipun. Wajah mungil mereka, perilaku ikhlas mereka… tidak seharusnya dibalas dengan kebencian kita.
Profile Image for Hamidah Effendi.
383 reviews3 followers
January 1, 2026
Memoir Seorang Guru — Azizi Abdullah

Kisah ini mengangkat watak seorang ayah, bekas guru, yang tegas menolak hasrat anaknya, Kamariah, untuk mengikuti profesionnya sebagai seorang guru. Penolakan itu bukan tanpa sebab. Justeru, pembaca dibawa menyelusuri perjalanan hidupnya — sarat dengan sangkaan negatif sejak awal cerita, sebelum dihadiahkan satu twist yang cukup mengesankan di penghujung kisah.

Di setiap hentian cerita, pembaca akan sering berasa tidak puas hati dengan watak utama, si tukang cerita. Kasar, keras dan jujur tanpa tapisan. Namun dalam kekasaran itulah, banyak perkara dapat dipelajari tentang dunia perguruan yang jarang diceritakan secara terbuka. Penulis berani memperlihatkan sisi sebenar profesion seorang guru, lengkap dengan pro dan kontra, serta perubahan peranan yang perlu dipikul seiring peredaran zaman.

Gaya penulisan Azizi Abdullah membuatkan aku beberapa kali terpaksa Google maksud perkataan yang digunakan — dan itu satu nikmat membaca yang jarang dirasai. Terima kasih penulis atas karya yang sangat bernilai ini. Nilainya jauh lebih mahal daripada harga yang tertera di kedai buku.

Susunan bahasa dan pemilihan kata yang begitu kemas membuatkan aku sedar, mungkin aku lebih rela kekal sebagai pembaca berbanding penulis. Dan buku ini juga mengingatkan aku: jangan sesekali menilai sesebuah buku sebelum sampai ke halaman terakhir. Walaupun ada bahagian yang mungkin tidak kita gemari, kredit wajar diberikan kepada penulis yang berani berkarya, menyampaikan ilmu, dan membina sebuah dunia yang tidak terjangkau oleh logik biasa.

Rating: 100/5.
Profile Image for Hasliza Rajab.
177 reviews8 followers
June 27, 2025
Tahu mengenai novel ini melalui tayangan movie yang dilakonkan oleh Rosyam Nor. Sebelum ni tak tahu pun mana-mana karya Azizi Hj Abdullah. Ok, wayang ditonton dan pastinya air mata meleleh. Dalam hati terdetik, mesti novel dia lagi best ni. Mula la hunting novel ni, tak dapat jugak. Sehinggalah Jiwa umumkan yang mereka akan terbitkan semula novel ni sempena PBAKL '25. Terujaaaaaa!

Kalau scene dalam movie tu, paling tersentuh bab Mihad. Maka, dalam novel pun sama. Watak Mihad tu yang paling terkesan.

Permulaan novel juga telah menyebabkan hati ini tersentak,

"Keberkatan!
Apakah yang lebih mulia dan keramat daripada keberkatan?"

Dua baris ayat yang cukup untuk memberi makna pada perjalanan hidup diri sendiri dan memaknakan baris-baris ini pada liku-liku yang dilalui seharian. Apa yang kita cari sebenarnya dengan menjadi seorang guru? Hanya gaji semata-mata?

"Murabbi tidak utamakan gaji, tetapi kejayaan membentuk insan menjadi insan, membentuk manusia bersifat kemanusiaan".

Banyak pesanan yang dititipkan oleh penulis buat para guru, bahawa mendidik ini bukan kerja yang mudah, bukan kerja yang membuatkan seseorang itu kaya, bukan kerja yang hanya sekadar punch in dan punch out. Malah, lebih dari itu. Dan benarlah apa yang beliau bawakan di dalam novel ini, soal keberkatan.

Apa yang membuatkan hati kecil ini tersentuh ialah perihal murid-murid Cikgu Sunan yang tidak berdendam dengan gurunya, walau cara didikannya keras dan berbeza dari kebanyakan guru yang lain. Caranya yang berbeza itu lah yang membuatkan murid-murid ini menghargai setiap detik waktu dan didikan yang diterima saat mereka masih kecil dan merangkak mengenal kehidupan.
Profile Image for Lailatun Nadhirah.
Author 10 books27 followers
July 4, 2020
Kebencian seorang guru. Apakah perasaannya apabila dibenci oleh seorang guru? Persoalan ini terlalu biasa kita jumpa. Berbeza pula dengan persoalan novel ini: Apakah perasaannya apabila engkau seorang guru dan engkau sangat benci dengan sikap engkau yang gemar membenci anak murid?

Memori-memori watak Ustaz dalam novel ini benar-benar menyayat hati. Aku terkesan bilamana Ustaz berkali-kali persoalkan, adakah duit hasil didikannya berkat sedangkan dia sendiri culas dalam perihal kemanusiaan terhadap anak muridnya? Biarpun dia dianggap guru paling bengis dan kuat menempelak, tetapi dia masih disayangi oleh anak-anak muridnya. Tidak kiralah berkali-kali dia menampar anak murid itu hingga bernanah telinga, dia tetap dirapati dan dicontohi. Semua ini bukanlah kerana ampu-mengampu, tetapi kerana kasih sayang, yang tidak tertunjuk secara jelas.
Profile Image for Fatini Zulkifli.
434 reviews40 followers
May 30, 2024
Cerita-ceritanya membangunkan jiwa murabbi dalam hati seorang guru. Ia tentang seorang ustaz yang bengis, pemarah dan pendendam kepada murid-muridnya. Ustaz itu marah kepada sistem pendidikan sebenarnya. Beban banyak, tetapi gaji sikit (pada waktu zaman dulu lah). Ustaz tak tahu nak melempiaskan kemarahan kepada orang besar, jadi dia jadikan murid sebagai mangsa. Tapi, muridnya semua baik-baik. Nakal sikit-sikit sahaja. Tapi ustaz terlalu memperbesar-besarkan isu.

Penulisannya agak meleret-leret. Terlalu bermonolog. Oleh sebab itu, saya dicampak ke reading slump yang agak dalam. Lama jugalah nak habiskan novel ini - hampir 3 minggu. Saya tak ngam dengan penulisan penulis.
Profile Image for Nur Adilah.
12 reviews83 followers
July 5, 2020
Terinspirasi dan muhasabah membaca buku ini
Profile Image for Smaisarahj.
37 reviews
October 21, 2024
DNF, tak kena dengan anak tekak, pada saya mcm terlalu lengthy. Banyak pengulangan ayat, lagi2 waktu dia kat hospital acvident.
Profile Image for Roslan  Abd Latib.
47 reviews1 follower
August 8, 2020
pengarang secara tidak langsung mengingatkan kaum guru supaya mendidik dengan hati supaya sampai ke hati.soal keberkatan juga ditekankan dlm novel ini.sewajarnya seorang pendidik yg membaca novel ini mengambil iktibar dan bertanya sejauhmana telah melunaskan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pendidik
Profile Image for Arlene 🌸.
104 reviews
January 29, 2026
Banyak kata2 kiasan dan sometimes buat saya menangis utk membaca novel ini🥺❤️.. terlihatnya besar impaknya bila kebencian seorang guru ini mengubah pelajarnya yg lemah utk mengubah masa depan mereka.🥺🥺🥺
Profile Image for Hidayah Bani.
58 reviews35 followers
March 13, 2013
sebuah novel yang amat menarik, menjadi tanda tanya kepada saya..mengapa beria benar sang bapa ini tidak membenarkan anaknya menjadi guru, kerana apa? tidak berkat? dimana tidak berkatnya?
sebuah novel yang saya kira amat meruntun jiwa, mengheret pembaca kesebuah alam yang tidak diduga, benci seorang guru, amarah seorang guru hingga tidak mahu anak tunggalnya menjadi guru? apatah lagi saya yang membaca ini adalah seorang bakal guru...

lima bintang untuk sebuah novel yang amat menyentuh jiwa ini.
Profile Image for Cikgu Wana.
36 reviews4 followers
December 14, 2010
Sesuai buat tatapan insan yang bergelar guru. Sarat dengan prinsip dan falsafah seorang pendidik dan dunia pendidikan.
Displaying 1 - 23 of 23 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.