Découvrez comment l'histoire de la reine Elizabeth Ier a changé le destin de l'Angleterre ! Bien qu'étant la fille du roi, Elisabeth a connu une triste jeunesse : sa mère meurt sur l'échafaud et sa soeur l'envoie à la Tour de Londres. Ne perdant jamais espoir, elle étudie sans relâche et devient une femme intelligente. En tant que reine, elle consacre sa vie à son pays, et fait de la Grande-Bretagne l'une des plus grandes puissances du XVIe siècle.
Awalnya, saya agak skeptikal dengan Ratu England yang ni. Maklumlah, negara2 kat eropah kan negara penjajah dan pencuri. Tapi lepas baca ni, rupanya masa zaman pemerintahan Ratu Elizabeth I, England belum lagi menjajah Tanah Melayu. Malahan negara England adalah antara negara yang miskin. Jadi, perasaan skeptikal tu pudar.
Saya rasa watak Ratu ni agak menarik ye. Dia digambarkan sebagai seorang yang penyayang dalam komik ni. Macam Florence Nightingale (saya petik nama ni sebab baru lepas habis baca biografinya), Ratu Elly pun tak kahwin sampai habis usianya. Katanya dia dah berkahwin dengan negaranya dan rakyat jelata adalah anak2nya. Golden Speech atau Ucapan Emas beliau mampu mencairkan hati rakyat jelatanya dan saya yang membacanya.
Selain watak Ratu, saya pun suka dengan watak Earl Leicester Robert Dudley (bukan sepupu heri poter yah). Seorang sahabat yang setia disamping Ratu. Keakraban mereka dah macam adik beradik. Sayang betul, mereka tak berjodohan sebagai pasangan hidup, kalau tak, mungkin Ratu akan ada zuriatnya sendiri.
Satu lagi watak, Francis Drake, seorang lanun. Ada gaya ala2 Jack Sparrow dah. Kagum betul dengan ilmu pelayaran dia. Tentera laut England beroleh kemenangan menentang Armada Sepanyol dengan kebolehan dia membaca cuaca di lautan.
Nota: Katanya dalam komik ni, tandas yang boleh dipam dan bertangki (pertama?) dicipta di Istana Richmond pada tahun 1596.
Selalu dengar nama Ratu Elizabeth, Anne Boleyn, Henry 8th tapi tak pernak tau kisah terperinci mereka. Pernah dengar juga pasal perang agama di eropah iaitu katolik vs protestan, boleh tau lebih terperinci bila baca komik ni. Kalau orang tak belajar sejarah, mereka akan kata islam je suka perang sunni vs syiah padahal kristian eropah pun sama, cuma malangnya perang sunni vs syiah (walaupun tak semudah itu) masih berlaku, perang katolik vs protestan sudah menjadi sejarah.