Pengalaman sebenar Qan, seorang rakyat Turki yg tinggal di China bersama keluarganya. Qan bersama abangnya, Turghut, berjaya melanjutkan pelajaran di bandar. Kerisauan ayahnya terhadap pegangan hidup kedua-dua anaknya sejak mereka mendapat tawaran bersekolah di bandar semakin bertambah apabila gerakan ateis dan komunis semakin mendapat tempat.
Kebimbangannya menjadi realiti apabila Qan dan abangnya mula terpengaruh dan menyertai gerakan komunis menghapuskan masyarakat Islam. Mereka terlupa asal usul dan janji terhadap keluarga. Namun penglibatan Qan dalam gerakan komunis tidak bertahan lama apabila dia sedar keburukan fahaman itu. Tetapi tidak bagi abangnya yang semakin bangga dengan komunisme.
Pelbagai peristiwa berlaku sejak abangnya meninggalkan keluarga; ibu dan kakak Qan ditangkap dan dihantar ke luar negara, tidak pernah dijumpai hingga ke hari ini, ayah Qan meninggal dunia kerana memperjuangkan Islam, bayi kakak ipar Qan dibunuh dengan kejam; kakak iparnya yang gila ditembak!
Segala-galanya berlaku di depan matanya. Qan kemudiannya ditangkap, dikurung berpuluh-puluh tahun dan diseksa oleh komunis. Dan dalam kelam penjara itulah, hidayah Allah kembali menemuinya.
Kecekalan hatinya menghadapi semua seksaan akhirnya menemukan dia denngan orang yang dinantikannya selama dikurung, iaitu abang kandungnya yang sudah lama menghilang. Tetapi dia muncul kali ini bukan sebagai seorang abang, tetapi sebagai pengarah penjara yang menentukan setiap seksaan terhadap banduan-banduan, termasuk adiknya.
Tergamakkah seorang abang menyaksikan penyeksaan seorang adik?
Dapatkah Qan memaafkan abangnya?
Emine atau Aminah Uzqan Syenlikoghu, penulis terkemuka Turki dilahirkan pada tahun 1953 di bandar Istanbul. Beliau sempat melalui zaman-zaman perubahan Turki. Menjadi pengarah umum Majalah Mektup dari tahun 1985. Bergiat cergas dalam kegiatan Islam dan kesusateraan antarabangsa. Beliau banyak menghasilkan karya-karya bermutu dan dipenjara beberapa kali kerana karya-karyanya. Pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Fakulti Usuluddin.
Biodata Penterjermah: Mohd Rofizi bin Dollah. Berasal dari Kampung Alor Majam, Bachok, Kelantan. Menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar peringkat Sarjana Muda dalam Fakulti Bahasa Arab dengan mendapat B.A (Hons) pada tahun 1997. Kini berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi.
1953 yılında dünyaya geldi. Çocuk yaşta ailesiyle birlikte Adapazarı'ndan gelip İstanbul’a yerleşti. Daha küçük yaşta dini konularda bazı çelişkileri fark etti. Büyüdükten sonra Hıristiyanlığı araştırdı. Aynı dönemde kiliselere gidip İncil’i okumaya başladı. Bu inceleme sırasında İncilleri kendi ölçüleri içinde çelişkilerle dolu olduğunu gördü. Sonra İslâm'ı incelemeye ve İslimî tahsil için yoğun bir eğitime başladı. Fıkıh, Akait gibi islâmi temel ilimlerle meşgul oldu. Ayrıca, İlahiyat mezunu eşi Recep Özkan'dan ve özel hocalardan dersler aldı.
İki çocuk annesi olan Şenlikoğlu; ilkokulu, İmam Hatibin orta ve lise kısmını dışarıdan bitirdi. 1985'ten beri Mektup Dergisi’nin Genel Yayın Yönetmenliğini yürüten yazar, Türkiye'nin çeşitli illerinde ve dış ülkelerde konferanslar verdi. Araştırmacı yazar Şenlikoğlu 1984'de yazmış olduğu ilk kitabı; "GENÇLİĞİ İMANINI SORULARLA ÇALDILAR" adlı kitabından dolayı 2.5 yıl cezaevinde yattı. Yazarın 1984 tarihinden itibaren ses getiren birçok farklı kitaplar yazdı.
Novel terjemahan daripada seorang novelis Turki yang memaparkan kehidupan Qan & abangnya, Turghut, rakyat Turki yg tinggal di China...kisah bermula dengan latar kehidupan mereka di perkampungan wilayah Timur China sehingga kedua mereka menyambung pelajaran di bandar...di sinilah dakyah komunisme disogok secara halus kepada muda mudi sekolah...tragisnya bila si abang begitu taksub dengan fahaman komunis sehingga memberi kesengsaraan pada Qan & keluarga mereka...
Permulaan novel disertakan sekali dengan gambar & keratan akhbar untuk 2 watak sampingan dalam novel ini & setiap bab diletakkan tajuk khusus agar pembaca memahami apa yang hendak di sampaikan oleh penulis...
Secara jujurnya garapan penulis seakan2 membaca sebuah diari, tak pasti samada ianya disebabkan terjemahan @ memang gaya penulisan penulis sebegitu...pelbagai seksaan & kekejaman komunis yang di paparkan oleh penulis, sedikit sebanyak mengundang rasa keinsafan pada diri...bersyukur dengan kemanan yg di beri...sedih, marah, simpati & kepelbagaian emosi di olah untuk pembaca agar sama2 menghayati kisah mereka...ianya membuatkan ku terfikit adakah kekejaman yg mereka hadapi sama dengan kekejaman semasa komunis menjajah Tanah Melayu suatu ketika dahulu??? hmmmmm...
Jika kalian berminat dengan kisah benar yang berlaku di luar masyarakat kita, novel ini boleh dijadikan satu pilihan...fahaman komunis yang berpaksikan atheis menghukum umat Islam di sana tanpa usul periksa mengundang kesengsaraan & pergolakan sesuatu institusi kekeluargan...
ada ketika aku merasa trauma membacanya. first time pinjam dekat mardia sabah. selepas 2 tahun baru jumpa dekat pc fair. terus aku beli tanpa berfikir dua kali. buku ini aku jadikan sebagai satu PERINGATAN
Permulaan cerita agak mendatar kerana belum mendapat keseluruhan gambaran tentang jalan cerita. Apabila sampai kepada pertengahan, cerita bertambah menjadi semakin menarik. Oh, segalanya tentang komunis. Penulis menyampaikan dasar-dasar pemerintahan kejam komunis dengan menggambarkan penyeksaan Cina yang kejam. Sememangnya begitu pun yang pernah didengar tentang komunis. Kisah ini menceritakan bagaimana komunis mampu memecahbelahkan hubungan kekeluargaan. Penceritaan mungkin menjadi lebih menraik, terkesan dan terasa andai laras dan langgam bahasa yang digunakan bertepatan. Barangkali kerana ini karya terjemahan maka bahasa tidak diberikan perhatian penuh. Selain kesalahan ejaan, pengulangan perkataan, ada juga kesalahan penggunaan perkataan yang menyebabkan sesuatu ayat menjadi keliru apabila dibaca. Semoga pihak penerbit dapat memeprbaiki kelemahan ini. Apa pun tahniah kepada PTS kerana berjaya membawa Weil China dari Mesir ke Malaysia (saya difahamkan buku ini dahulu sukar didapati di Malaysia dan hanya dijual di Mesir). Terima aksih kerana saya akhirnya berpeluang untuk menatap membaca.
Antara novel terbaik. Terjumpa semasa jualan pesta buku 5 tahun yang lepas. Kisahnya digarap dengan amat baik oleh seorang penulis Turki berdasarkan pengalamannya yang benar. Kualiti terjemahan juga amat baik. Kualiti terjemahan ini mampu mendatangkan perasaan yang luar biasa. Wajib dibaca oleh sesiapa sahaja yang mahu mendapatkan gambaran jelas tentang penderitaan saudara kita di China. kisah-kisah ini kita tidak akan kita perolehinya di media-media massa akibat dasar tertutup kerajaan China. tetapi penderitaan ini adalah benar. Bacalah! Nescaya anda akan dapat pencerahan demi pencerahan.
Kisah kekejaman fahaman komunis yang bersumberkan atheis dan sosialis. Kisah penderitaan umat Islam yang menghitung titikan darah mereka dalam mempertahankan akidah Islam yang mereka anuti...
'Terseksa' saya rasakan ketika membaca kekejaman komunis. Ya Allah, kejam sungguh mereka. Patutlah perlunya neraka dan syurga supaya mereka yang zalim ini diadili seadil-adilnya di sana kelak!
First baca buku ni dulu kalau tak silap masa form 5, kisah benar seorang rakyat turki bernama Qan,time baca buku ni rasa macam YaAllah kejam sangat penyiksaan