Jump to ratings and reviews
Rate this book

Aura Cinta

Rate this book
Aura Cinta menemukan anda kepada Azraai, lelaki Melayu bertubuh tegap lagi tinggi orangnya. Perjalanan hidupnya mula goyah bila pertama kali bersua dengan sesuatu yang dianggap aneh lagi pelik. Mengapa tiba-tiba saja dirinya teruja?

Pertemuannya dengan Aisya Hanan dan Cikgu Sally membuatkan jiwanya tercabar. Namun, dalam kekeliruannya, dia tidak dapat menepis kasih sayang Nurbaiti, gadis cantik lagi bijak, yang bukan hanya merupakan pilihan ibu, tapi gadis itu juga sudah lama taat menantinya. Malah dia mempunyai pakej lengkap sebagai calon isteri.

Novel ini juga menemukan anda dengan watak-watak menarik seperti Khairul, Johari, Anjang Sadang, Ijah, Serhan Aydin dan Irfan.

Anda akan dibawa mengembara ke alam realiti yang penuh fantasi lagi ilusi. Pengembaraan ke perkampungan Orang Asli di Kuala Lipis, Pahang, semestinya indah, penuh dengan keajaiban hutan tropika yang banyak misteri dan teka-teki. Panorama yang menarik dan adventurous akan membuat anda mahu terus berada dalam novel ini.

Pembaca juga akan dibawa ke Lembah Kelang dan negara Belgium. Sama-samalah bertemu dengan karakter-karakter yang semestinya membuat anda berkhayal sambil menimba ilmu yang padat dibekalkan penulis.

Paperback

2 people are currently reading
38 people want to read

About the author

Aina Emir

22 books56 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
23 (27%)
4 stars
24 (28%)
3 stars
28 (32%)
2 stars
10 (11%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Faiz Md.
24 reviews
August 7, 2015
Karya Aina Emir yang satu ini benar-benar membawa kita mengembara dalam mood suspense, romance dan sweetness dalam satu-satu masa. Aisya dan Azraai diceritakan tidak seperti kisah cinta biasa yang bermain dengan latar pejabat mahupun kolej. Latar hutan dan kawasan pedalaman menjadikan kisah dua watak ini unik dan ada kemanisan yang tersendiri. Membaca karya ini membuatkan sedikit pun saya tak terasa kosong.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,556 reviews41 followers
December 31, 2017
Buku ini best sevenarnya, dari segi plot, twists, conflicts, suspense, bahasa, English conversation pun very well used, ada juga puisi, banyak info berdasarkan kehidupan Aisya dan Mamanya di kalangan masyarakat orang Semai, berdasarkan perjalanan Aisya ke Brugge, banyak lagi yang best. Aura Cinta juga excellent dalam menceritakan kisah ramai watak-wataknya secara mendalam, suka duka dihadapi oleh isteri kedua yang terpaksa berkorban cinta kerana dibenci madunya, nukilan hati Ustazah yang dicerai dan tidak dihiraukan suaminya, suasana gembira dan harapan keluarga Serhan terhadap Aisya, banyak betul kisah menarik. Tapi kenapa saya tak letak 5 bintang? Saya tak berkenan dengan Azraai. Saya sungguh berharap Aisya akan kahwin dengan Serhan atau Irfan. Kenapa ya Aisya masih kasihkan Azraai yang bagi saya tidak gentleman dan selfish? Ada naluri tamak dalam hatinya walau mungkun sedikit... sorry saya tak boleh nak suka dia. Kasihan Nurbaiti. Baiti tinggi lampai, cantik, cerdik, baik, elok agama nya but she doesnt 'excite him' the way Aisya does. Haiii, apa nak buat.... saya kan tukang baca saja hihi... itu lah yang dinamakan cinta I guess. Syabas buat penulis Aina Emir. Buku ini pasti ditulis dengan research yang extensive, kreativiti yang awesome dan paling best, ianya kisah cinta yang tidak cliche.
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
June 24, 2021
Jalan cerita yang menarik. Isi cerita pun dah cantik. Semuanya ada dalam karya ini. Ada kisah keluarga, ada plot yang tak cliche, ada pengajaran buat pembaca dan semestinya ada kisah cinta.
Azraai bertunang dengan Nurbaiti untuk gembirakan Halimah, mak Azraai. Pada waktu yang sama, Azraai jatuh cinta dengan Aisya yang ditemuinya semasa membuat penggambaran di pendalaman orang asli.
Aisya juga mula cintakan Azraai tapi akur kedudukannya di sisi Azraai. Aisya cuba untuk menyayangi Serhan, pemuda Turki, rakan pelukisnya di Belgium.
Di pihak yang lain, Cikgu Sally, mama Aisya membuka rahsia yang selama ini dia pendam demi keselamatan mereka dua beranak.
Keseluruhan cerita yang baik dengan aura penulis serta mesej yang tersendiri. Namun begitu ada sesetengah bab yang meleret dan berulang-ulang buat saya bosan.
Saya tak puas hati pengakhiran cinta Azraai dan Aisya yang terlalu singkat dan tergantung. Penulis macam tergesa-gesa nak tamatkan cerita padahal inilah climax yang dinantikan.
Profile Image for Cik Liyana.
2 reviews2 followers
Read
July 12, 2010
Best tapi perlu ditambah lagi part hero and heroin supaya tidak bosan. some part membosankan and keliru.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.