Aktiviti percutian di Bukit Maxwell bertukar tragedi apabila Fendi, Zyhir, Eman dan Hadrah hilang tanpa jejak. Operasi pencarian dijalankan dengan giat oleh pihak penyelamat termasuklah tim yang diketuai oleh Hawk. Hawk, Raiqal dan Ustaz Kasorgi telah diupah untuk mencari dan membawa anak lelaki Tan Sri Akhar keluar dengan selamat.
Namun ternyata misi itu bukan semudah yang disangka kerana ada misteri yang melingkari kehilangan mereka.
Pada waktu yang lain, Aiman Aklaken yang merupakan seorang penulis novel Malaysia bertaraf antarabangsa turut berminat menjadikan misteri Maxwell sebagai idea untuk novel terbarunya. Tetapi telah hilang masuk ke dunia lain...
4 sekawan Fendi, Zyhir, Eman dan Hadrah bercuti ke Bukit Maxwell. Ingin berehat dari kesibukan kerja namun tak disangka bertukar menjadi tragedi. Kesemua mereka hilang tanpa sebarang jejak.
Semasa isu kehilangan di Bukit Maxwell tengah panas, Aiman Aklaken cuba menulis berdasarkan kisah itu. Namun writer block melanda dan dia tiba-tiba mengembara ke alam lain.
Sebuah naskah horror komedi yang agak menarik jalan ceritanya. Suntikan elemen seram agak kurang namun mampu membuatkan SH gelak terbahak-bahak semasa membaca naskah ini. Ada sahaja gelagat yang mencuit hati.
Ada bahagian yang sudah boleh diagak jalan ceritanya. Namun ada jugak plot twist yang menarik dalam naskah ini. Tak sangka betul itulah dalangnya.
Jalan cerita yang agak ringan dan kurang menakutkan sesuai untuk yang memang inginkan bacaan konflik ringan. Juga sesuai untuk yang teringin baca cerita seram tapi takut untuk membaca.
bahagian pertama, cerita yang utama. kisah fendi, zyhir, eman dan hadrah yang bercuti ke bukit maxwell. penceritaan santai. tapi jangan terpedaya. kalau tak fokus baca, rasanya boleh hilang punca. penulis mahu pembaca mengenali watak-watak ini. jelas personaliti masing-masing.
tapi jangan senang setakat itu. mereka ni nak bercuti, tapi entah kenapa ada gangguan. mistik barangkali. dan bila watak seorang demi seorang 'hilang', dah rasa cuak dah. apa jadi sebenarnya?
penulis serius mengelirukan pembaca. kenapa, untuk apa... akak serius tunggu hantu muncul. kan sebab ada kisah ros hitam tu.
lepas tu mereka hilang!
part dua. watak raiqal muncul. penulis, serius akak suka cara kehidupan yang digambarkan. tak jauh pun lagi kalau ikut timeline tu. apa-apa boleh jadi. cuma takmo la hidup macam raiqal tu, dalam van, kos sara hidup tinggi. sempat ko selit kisah birokrasi ya dik penulis!
raiqal secara tak sengaja diupah oleh tan sri akhtar untuk mencari anaknya yang hilang. salah seorang yang hilang tadi la kiranya. bahagian ni lagi mencabar, tak ada hantu apa pun. ustaz kasorgi saja yang suka buat kecoh. ada sindiran bagi akak pembinaan watak ustaz ni. lawak... lawak.
saspens bila mereka bertiga, diketuai hawk. plot twist memang langsung tak terjangka. cis!
bahagian akhir. menyibuk sungguhla si aiman aklaken yang digambarkan dan kaya raya, novel pun negara luar yang ambil jadi adaptasi. dia berminat nak menjadikan misteri maxwell sebagai idea dalam novel baru.
tapi rupanya maxwell entah ke mana, dia sendiri dengan hykal tercampak ke dunia flinstone. hambik kau...
macam biasa-biasa aje kan bunyi cerita tuan penulis ni. tapi perincian tu yang buat pembaca boleh jadi ralit nak habiskan pembacaan. serius... best!
peringatan ajelah. jangan suka nak fitnah hantu. kesian dia. kihkih. tengokla last-last siapa yang jadi hantu sebenarnya?
Alhamdulillah, takde Aiman Aklaken dalam buku ni. Saya memang tak ngam dengan watak tu. Sebab kalau tgk yang versi lama, watak Aiman tu ada mention dekat blurb buku. Tapi baguslah dia takde dalam buku versi baru ni.
Saya mula² dapat agak watak antagonis dalam buku ni. Tapi wau, tak sangka penulis ni dia pergi tambah satu lagi twist dekat bahagian penghujung tu. Saya sangat kagum👍🏻🔥✨
Seperti biasa, saya mesti teruja bila part Raiqal muncul tu like wahhh dah lama tak nampak brother ni sejak dari buku Sang Purba tu hehehe...watak kegemaran.
Juga, saya sangat bersyukur kalini ada ilustrasi watak² dalam buku ni. Akhirnya saya boleh bayangkan rupa Raiqal tu macam mana. Sejujurnya saya ingat Raiqal ni dalam umur 50-an gitu. Tgk lukisan, lohh takdelah tua sangat.
Off tangent pula, secara keseluruhan buku ni sangat bagus dan menarik. Plot dia tidak terlalu fokus pada genre seram, tapi lebih kepada genre thriller dan misteri. Penulisan encik Naim seperti biasa, sentiasa bagus dan adalah babak yang saya rasa terhibur sedikit.
Saya sangat recommend buku ni untuk pembaca yang berminat dengan buku thriller dan misteri yang agak ringan plot nya.
Ada sambungan ke cerita ini? Rasa macam ada watak yang terlepas. 🤔
Beli tahun lepas, tapi tahun ini baru ada mood nak baca. 🫣📚
Kisah bermula tentang 4 sahabat yang pergi bercuti, kemudian tiba-tiba hilang. Pencarian terhadap mereka akhirnya membawa kepada sesuatu yang sangat mengerikan.
Aku tak nak cerita lebih-lebih sebab takut spoil, tapi hati-hati dengan beberapa bab tertentu. Serius aku boleh terasa dan terbayang keperitan watak yang kena “belah”… aiyaakkk 😭😭😵💫😵💫
Walaupun ada unsur gore, aku suka cara penulis selitkan sejarah dan info menarik dalam jalan cerita. Semua itu terasa natural dan blend dengan baik, tak nampak macam dipaksa masuk.
Watak Wak dan Fendi pula memang jadi penyelamat emosi pembaca. Dalam situasi yang tegang dan gelap, dua watak ini berjaya menceriakan suasana dengan dialog dan perangai mereka.
Genre: 🔪 Misteri ⚔️ Aksi 🕵️ Pengkhianatan + dendam + dengki 🤯 Double plot twist 🩸 Unsur gore
Memang jenis cerita yang buat kita nak sambung baca walaupun dalam masa sama rasa seram dan tak selesa. 😭
Novel hantu ringan yang menarik. Tak sangka pula dalangnya yang kita sangka baik rupanya ada udang di sebalik batu. Sangkakan dia orang disorok bunian, rupanya ... Yang takut nak baca novel hantu tapi takut, boleh beli novel ni🤭
Honestly buku nie jenis susah Nk letak bawah… jln cerita yg sgt laju pacenya and menarik… mula2 ingatkan mmg kisah seram 100%… rupa2nya terselit juga thriller and pembunuhan… best… tp rsa mcm ada smbgn je…
Overall for me…okay la utk mengisi masa..flow cerita rilek je…nak kata thrill..bukan bagi sy…suspense dia pon so2 je…..style ayat agak kebudak2an…dan kadang2 agak terhibur…
Berlatarkan Malaysia tahun 2030, cerita ini terjadi selepas Koc 13 dan sebelum Sang Purba. Jadi ada dua cerita berbeza dalam naskah ni. Satu cerita dari sudut Raiqal dan satu lagi cerita dari sudut Aiman Aklaken, selepas mereka membawa haluan masing2 selepas kejadian Koc 13.
Berita baik, akhirnya, ada juga sambungan Sang Purba walaupun dua cebis mukasurat di mukasurat terakhir. Saya nak lagi cerita Aiman Aklaken. Aiman tak kesah kan? 🤭
Disamping itu, saya terjumpa beberapa ralat, mungkin boleh diubah untuk cetakan seterusnya.
M/s 33. Zyhir tanya, Zyhir jawab. Cepatmya habis makan kek, dia tanya. Lapar okey, dia jawab.
M/s 46. Perempuan Inggeris ambik ros hitam, bukan ros putih. Semakin menakutkan cerita kau ni Hadrah, bukan Nadrah.
M/s 93. Raiqal makan nasi goreng kampung atau nasi goreng cina atau kedua2nya? Sebab tu la mahal masa dia buat pembayaran, makan 2 nasi goreng nah.
Nota: Hrmm.. Siapa Abdullah. Manusia atau jin? Ada sambungan cerita pasal Abdullah kah nanti?