Jump to ratings and reviews
Rate this book

Syaitan Tanah Terlarang

Rate this book
Pembukaan semula tanah belakang universiti yang ditutup sejak berpuluh tahun lamanya telah membebaskan seekor makhluk yang terpasung di situ.

Malapetaka yang dahsyat meletus. Kejadian aneh dan menyeramkan mula menghantui seluruh pelosok universiti. Huru hara dan kacau bilau merasuk sehingga mengorbankan nyawa. Ramai mengatakan setiap yang mati menjadi mangsa amukan pocong!

Aliya, Nadia dan Deena cuba merungkai misteri yang menyelubungi. Sehingga tersingkap kisah tarekat sesat bertuhankan syaitan yang pernah bermaharajalela di situ sejak 1950-an. Mereka bertiga berusaha mencari pelaku yang sebenar. Amalan syirik lagi kufur itu dipercayai dihidupkan semula. Tanpa sedar nyawa mereka menjadi buruan penyembah syaitan!

"Ilmu yang kamu semua kenal hanyalah kulit. Ilmu yang aku amalkan isi. Sepertimana Nabi Musa yang hanya melihat zahir dan Nabi Khidir yang melihat batin. Aku sudah berada di sisiTuhan!" – LATIF -

"Tanah itu tanah celaka! Tempat bersemadinya penyembah syaitan!"– SULONG-

"Aku nampak pocong berdiri ramai-ramai dalam surau ni!" –NADIA-

497 pages, Paperback

Published October 1, 2022

5 people are currently reading
14 people want to read

About the author

Eiqbal Mohaydeen

1 book3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
17 (51%)
4 stars
12 (36%)
3 stars
3 (9%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
December 22, 2022
novel ini berat dan mencabar pembacaan. tapi serius bila dah mula selak helaian, tak mahu berhenti baca. terus sama tenggelam dalam cerita. pocong pun... poconglah!

penulis ini sememangnya selalu menampilkan sesuatu yang berani dalam karya beliau. selain dengan bermain dengan timeline, ada unsur sejarah yang diselit. lebih pada dark history bagi akak. berdebar tau. fikiran dok membayangkan ... itukah yang berlaku zaman dulu? Allah... seksanya yang terlibat waktu itu...

mengambil kira tentang ajaran sesat yang paling besar topiknya dan kemudian tentang manusia yang lemah jiwanya. lemah sebab mudah terpengaruh dengan janji iblis dan syaitan.

dua zaman yang paling utama. tahun 1950-an dan zaman kini. ia berkait, sebab keturunan saling berhubungan. jadinya pembaca tak mudah nak tercicir. dia ni siapa ... dia ni apa kaitannya. walaupun ada bayangan watak hitam, tapi tak boleh letak terlalu perasaan terlalu yakin, itulah pesalahnya.

nak cerita sikit? tanah di belakang sebuah universiti yang ditutup sekian lama, mahu dibangunkan semula menyebabkan ada yang terkurung di situ, bebas.

watak utama pada tahun ke belakang itu ialah latif, penghulu ibrahim, pak budi, karim, salehudin, ustaz hassan. yang tahun terkini tumpuan pada aliya, nadia, deena, syaakur, pensyarah-pensyarah universiti dan ada yang lain. walaupun banyak watak dibina, tapi langsung tak berselirat sebab jelas ada fungsi pada setiap satu watak. yang kabur, cuma sisi hitam yang ditabir kemas.

dan tentang pocong. serius akak pun tak cakna pasal makhluk seekor ni. rupanya ada perbezaan. tapi yang dalam cerita ni, kejam. kejam gila!

semua yang jadi lebih kepada sifat tamak manusia. dan juga tidak redha dengan ketentuan. memang, dugaan adakalanya yang datang sangat pedih. teramat sangat. tapi sebab menyimpan kepedihan itu menjadi dendam, itulah jadinya. lupa pada kekuasaan Yang Maha Esa. sanggup pertikaikan segala takdir yang sudah tersurat.

semua itu, penulis adun dengan sangat cantik dan menjadikan sebuah naskhah yang punya plot yang sangat sedap dibaca dan punya banyak pengajaran yang ada terselit di dalamnya.
Profile Image for Marni Arshad.
77 reviews1 follower
January 15, 2024
Kisah mengenai segolongan manusia yang mengikuti ajaran sesat dengan menyembah syaitan sehingga sanggup membunuh demi kepentingan sendiri.

Ceritanya terbahagi kepada dua latar masa, zaman kini dan zaman sebelum dan selepas penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Pembahagian ceritanya sangat cantik dan langsung tak mengelirukan. Tapi saya lebih suka membaca kisah dari zaman lampau. (semua novel setakat ini saya suka kisah zaman lampau 🤭) Mungkin kerana ia merungkai sejarah berlakunya kekacauan di zaman kini. Watak-wataknya juga kuat dan memainkan peranan besar bagi cerita ini.

Ceritanya sangat menarik dan saya akui sangat seronok membacanya sehinggalah bahagian kemuncak cerita, rasa teruja itu hilang. Saya rasa seperti ceritanya sengaja dileretkan sehingga rasa kelonggarannya. Tapi itu mungkin rasa saya sahaja.

Tetapi 'plot twist' nya tak disangka. Memang sukar diteka dari awal. Tekaan saya nyata meleset. Tahniah juga kepada penulis. Ini pertama kali saya membaca novel beliau. Tapi, mungkinkah ada sambungannya? Kerana pengakhiran ceritanya yang tergantung membuatkan saya kurang berpuas hati 🤭
Profile Image for Mohd Ashmunir.
169 reviews3 followers
January 17, 2023
In a few hours… done… perjalanan ceritanya smooth je… dr zmn ke zmn… ok… nk tdo…
Profile Image for Fatimah Manaf.
83 reviews6 followers
December 7, 2023
Sifat semulajadi manusia yang ingin melebihi,lain atau istimewa daripada orang,amalan,cara biasa dan sedia ada adalah fitrah yang sering dimanipulasi oleh nafsu dan hasutan syaitan🥹Hal ini menggerakkan plot hingga ke generasi seterusnya.

Pocong dan ular jadian adalah unsur mistik yang sangat scary,dalam cerita ni.Ternyata takdir menemukan 3 keturunan di Satu Universiti yang cuba membangunkan kawasan terlarang yang dikutuk. Pelbagai gangguan,halangan,misteri dan kematian terjadi hingga merungkai hubungan dan sejarah masa lalu.

Gaya penulisan #EiqbalMohaydeen memang power😍Bukan mudah memegang kendali cerita melibatkan watak dan konflik di latar Zaman dan sudut pandangan yang berbeza.Kalau tak cukup skillful,memang cerita,konflik,watak dan perwatakan takkan konsisten.Jadi,memang gaya writing buku ni berada dalam satu level yang tinggi dan tersendiri.Penguasaan bahasa pun high intelligent(Sampai Aku kena goggle kamus beberapa kali,so sangat menambah knowledge word Aku😅)

Aku paling terkesima dengan kreativiti beliau sekitar penghayatannya terhadap psikologi watak melibatkan mentaliti,konflik diri dan kejiwaan watak.Kompleks,realistik dan make believe.Manusia berusaha melawan Nasib dan Takdir,sejauhmana pilihan dan kesanggupan manusia berserah atau melawan(menolak kejahatan dan memilih kebaikan)Itu yang paling mengesankan aku.#fatimahmanaf #timahbacaapa
Profile Image for Watishaari.
42 reviews2 followers
July 29, 2025
Korang kena standby ye, kalau korang jenis xboleh dengan adegan seram atau mudah membayangkan mende2 yang menakutkan. Aku tak sarankan la baca novel ni sebab, korang akan bayang hantu pocong.
Yee novel ni ada berkait dengan ilmu hitam yang melibatkan hantu pocong
.

Orang kata pocong ni wujud bila mana tali si mati tidak dibuka. Tapi hakikat sebenar tidakla pasti. Yang aku faham, pabila si mati dijadikan sebagai perantara untuk menuntut ilmu syirik maka disitula bangkitnya si pocong ni
.

Naskah ini diselangselikan antara 2 zaman. Pada tahun 1950an dan 2015
.

Ianya dimulai pabila manusia yang ingin kuasa yang lebih. Jadi segala ilmu2 syirik diamalkannya. Mereka menolak ajaran agama Islam. Hinggala perkara tu memakan dirinya sendiri. Dia ingat mudah bila dah terikat perjanjian dengan syaitan
.

"Semua orang akan tanggung akibatnya. Tanah itu tanah celaka! Tempat bersemadinya penyembah syaitan!"

"Ia telah bangkit utk menagih nyawa. Tiada yang dapat menghalang," - Deena

Pada tahun 2015, keadaan menjadi genting pabila pihak universiti ingin membuka tanah baru. Tanpa mereka sedar, disitula tempat bersemadinya pengamal ilmu hitam. Dia ingin menuntut nyawa yang belum cukup utk menghidupkannya kembali. Beberapa org pelajar menjadi mangsa
.

Aliya antara pelajar yang hampir menjadi korban. Tapi mujur bapanya ada pengetahuan tentang hal sedemikian . Maka, kuasa jahat tersebut terhindar daripada Aliya. Tapi kenapa Aliya? Ada apa dengan Aliya?
.

Bagi aku jalan cerita ni menarik. Korang bokeh try baca kalau korang jenis peminat novel seram
Profile Image for singa is reading.
69 reviews1 follower
April 10, 2024
best!

tbh,aq beli buku ni dengan penuh skeptikal. sebab aq rasa aq dah mencapai tahap horror-fatigue + genre novel horror dkt malaysia ni semua cliche nak mampus. balik2 ust lwn setan-kene rasuk-amalan sihir dll. ulang2 smp abg jamil mati. tambahan,publisher house pun biasanya buku2 horror dorg bosan. bagi aq publisher mcm media prima,kaki novel (selain indie mcm fixi) ibarat novel budak2 skema. aq menyampah dan flow pembacaan sumpah x smooth(mcm tgok dialog drama pukul 7 kat tv3,x realistik dan kaku)

tapi berbeza dgn novel ni! thumbs up penulis. aq tk kenal die,tapi aq rse novel die bagus. tambhan lagi,aq mmg minat kaji pasal pocong. so mmg brtmbah2 thrill bila baca plot story die. tema ajaran sesat batiniyah pun menarik tapi bagi aq lagi best kalau die tambah elemen penerangan tentang kenapa batiniyah ni salah dll. sbb tema ajarn sesat dlm cerita ni bagi aq ringkas sgt. dan aq agak kecewa sikit pasal bab pocong. pnulis spttunya story lagi pasal bab2 berkaitan pocong. how its works,sbb bagi aq die mcm tk deep. pembaca tk tau pun ludah pocong ni beracun,mcm mana proses die hidupkan pocong dsb. bagi aq kalau ade bnde ni,lagi best la sbb dpt add knowledge psl bnde2 ni. satu lagi yg cliche adelah,pnceritaan yg melibatkan garis keturunan. dah trlalu byk novel horror yg sllu buat cerita hantu related to keturunan ni. so bila aq baca,aq da bole predict. kalau korg penah baca novel jangan biar dia masuk karya a.darwisy. ha,ade persamaan la. overall,best!

penambahbaikan :

- deepkan lagi pasl hantu2. macam history hantu,kaedah ritual,petua dll
-deepkan pasal perbcgn cth mcm penulis blh jwb syubhah stiap kesesatan ajrn sesatt yg dibawa.baru ade kelainan.


oh ya,novel ni gore gile kepala putus2 haha
9 reviews1 follower
January 31, 2023
Sejujurnya aku membeli novel ni sebab sinopsis dia..Aku rasa mcm menarik jalan cerita dia.Sekali bila baca.. Tudiaaa.. Memang menarik pun..

Cite ni berselang seli antara zaman moden dengan zaman purbakala.. Tak purbakala sgt la.. Era 50-an. Mcm biasalah kalau novel seram, mesti berkait dengan keturunan. Tapi senang lah nk paham jalan cite dia.Cuma awal2 tu senang pulak aku nak agak watak jahat tu yg mana.. Tp sorg je la dpt agak,watak jahat lain memang unsangkarable.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews41 followers
September 23, 2023
Pembukaan tanah di belakang universiti ternyata telah membebaskan makhluk yang terkurung puluhan tahun. Semakin ramai yang menjadi mangsa kerakusan makhluk tersebut.

SH tak tahu kenapa keterujaan membaca naskah ini sedikit berkurang di hujung cerita. Padahal di awal dan tengah cerita cukup rancak dan menarik. Terasa seakan ada kelompongan di situ. Tapi masih sebuah naskah yang menarik untuk dibaca.

Kisah ajaran sesat dan manusia yang tamakkan kuasa dan dendam sememangnya sebuah kisah yang boleh kita jadikan pengajaran. Begitu senangnya syaitan menyesatkan manusia untuk tunduk dan patuh kepadanya mereka dan berpaling daripada Allah andai hati dan sanubari kita tidak diisi dengan ketakwaan kepada Allah.

Untuk tahun 1950an, SH rasa watak-wataknya lebih terserlah. Nampak di mana watak-watak yang penting. Tetapi di tahun 2015, SH rasa ada sedikit kelonggaran di watak-watak tersebut. Seolah-olah tiada nampak yang dominan. Mungkin kerana cerita ini lebih tertumpu kepada tahun 1950an.

Pengakhiran penceritaan sedikit mengecewakan untuk SH. Mungkin kerana ia masih tergantung. Atau sememangnya dibiarkan tergantung?
Profile Image for Atiqah Ahmad.
206 reviews2 followers
October 18, 2025
4.5 ⭐

Macam biasa lah, timeline cerita seram selalunya diselang-selikan antara zaman lampau dengan zaman sekarang. Itu macam dah jadi trademark, but it's okay, as long as the stories are well-written, senang cakap tersusun dan tak caca marba. Just like this one.

Plot yang menarik, bersulamkan elemen seram, aksi thriller (gore melampau), dan sejarah. Walaupun bagi sesetengah pembaca, kisah ni mungkin tahap keseramannya separuh mati, tapi tidak bagi aku yang mampu membelek setiap helaian dengan relax, apatah lagi dibayangi perasaan takut dengan bayang² sendiri. Bukan bermaksud bermegah diri, mungkin asbab pengulangan ayat atau 'description' pocong yang lebih kurang sama setiap kali ia muncul, menjadikan elemen seram itu kurang menyengat.

Namun, disebabkan plot twist nya yang terpaling plot twist, bersepah di mana², justeru itulah yang menjadi titik sebab tangan aku laju menyelak setiap helaian, demi sebuah jawapan. Aku cukup gemar bilamana penulis berjaya membuat pembaca berteka-teka, berpeluh-peluh mengerah otak memikirkan siapa si dalang sebenar, kerana 'thrill' nya di situ. Maka adalah lebih sadis sekiranya tekaan itu tersasar atau meleset sama sekali.

Akhir sekali, aku faham mengapa ending nya dibuat begitu, kerana permainan dan tipu daya syaitan takkan pernah berhenti sehinggalah kiamat tiba, itu janji mereka yakni untuk menyesatkan anak cucu Adam, menarik mereka ke arah kebatilan. Seperti ending kebanyakan filem² hantu di pasaran, yeah somehow it kinda ridiculously makes sense.

Minus 0.5 ⭐ atas sebab seperti yang dinyatakan di atas, serta kesalahan ejaan yang sedikit sebanyak mengganggu ritma pembacaan.
14 reviews
May 7, 2023
Saya agak picky dlm memilih novel seram selalunya hanya baca drp penulis yang dah biasa dgn karyanya. Sinopsis yg menarik utk saya baca naskhah ni.

Penulisan penulis mmg tak mengecewakan. Element creepy dan seram tu sampai dh la setiap awalan bab ada muka.pocong takut kita dibuatnya.

Penulis dh masuk dlm list sy.

Terima kasih kerana hasilkan naskah yg menarik
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.