Jump to ratings and reviews
Rate this book

Duri

Rate this book
kerapuhan ikatan kekeluargaan serta sikap egoistik membantutkan cinta dan kecintaan. duri menyajikan konflik pada hati yang membawa duka dan dendam. Sufi sanggup melakukan apa sahaja demi melunaskan dendamnya dan melihat insan itu tersungkur. dia ditinggal kekasih, kehilangan sahabat, bertemu jodoh dengan lelaki yang menyintai adik kandungnya dan berhadapan pula dengan ibu mertua yang egoistik. di hatinya tiada simpati dan tidak pernak berasa gentar. berhadapan engan ibu mertua bagaikan pertemuan buku dengan ruas sahaja. hidupnya penuh kepura-puraan. apabila peluang terhidang dan ruang terbuka, terlunaskah dendam yang membara? mampukah elemen cinta Zhaf membendung sifat dendamnya? mampukah cinta wujud di hati Sufi yang penuh duka dan dendam? ikutilah kisah Sufi yang cuba mencabut duri di hati.

505 pages, Paperback

Published July 1, 2006

30 people are currently reading
440 people want to read

About the author

Fauziah Ashari

14 books310 followers
Famous novelist become a phenomenon in Malaysia with his "Ombak Rindu" which was adapted to the screen.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
121 (40%)
4 stars
99 (33%)
3 stars
56 (18%)
2 stars
16 (5%)
1 star
5 (1%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
August 3, 2011
Sufi, Zhaf, Dhurrah, Nuri

Perasaan marah, dendam dan sakit hati telah membaluti hati Sufi. Mengahwini Zhaf adalah sebagai batu loncatan untuk melunaskan hasrat yang terpendam terutamanya terhadap ibu mentuanya, Dhurrah. Dhurrah telah menyebabkan Sufi kehilangan kekasih dan orang-orang yang disayanginya. Zhaf sanggup menerima cadangan ibu untuk menikahi Sufi demi menjaga nama keluarga, namun Nuri masih tetap di hatinya sehinggakan dia sanggup ke Amerika Syarikat untuk mengejar cinta Nuri walaupun Nuri sanggup meninggalkan dia di saat-saat akhir majlis perkahwinan mereka.

Sufi merasakan dendamnya sudah berbalas. Setelah diceraikan oleh Hasif, Dhurrah menjadi lumpuh ekoran dari pergelutannya dengan Sufi. Kepulangan Hazim merenggangkan hubungan Zhaf dengan Dhurrah dan Zhaf cuba untuk berbaik dengan Sufi kerana dia merasakan cintanya terhadap Nuri semakin jauh. Namun begitu, pergolakan dalam rumahtangga Sufi dan Zhaf telah memberi Hazim peluang untuk merebut kembali cinta Sufi dari abangnya tetapi gagal.

Sufi terus menyepikan diri bersama anak yang dikandung setelah mengakui segala kesalahannya. Zhaf merasakan yang dia sebenarnya menyintai Sufi dan dengan persetujuan Dhurrah, perkahwinannya bahagia bersama Sufi dan juga dua orang anak mereka.

Aku boleh habis membaca novel ini dalam satu hari saja. Mungkin juga kerana 'font'nya agak besar. Tapi yang sebenarnya, aku tak sabar untuk mengetahui penghabisan jalan ceritanya. Agak menarik. Boleh juga untuk dijadikan koleksi.
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
November 14, 2012
Kisah berkenaan dendam seorang wanita terhadap wanita yang pernah menghina ibunya sehingga ibu meninggal dunia dan rakannya Husna terbunuh dalam kemalangan yang dirancang akibat hubungan yang tidak direstui. Cinta Nur Amalsufi dan Hazim terlerai apabila mendapat tentangan daripada Durrah ibu Hazim yang tidak ingin berbesan dengan ibu Sufi yang mempunyai sejarah hitam sebagai perempuan keberet. Kematian Husna sahabatnya menambahkan dendam dalam diri Sufi kerana angkara Durrah yang cuba membunuhnya. Husna cuba menyelamatkannya sewaktu kejadian langgar lari dan orang yang melanggarnya juga hampir terbunuh apabila bertembung dengan kenderaan yang bertentangan. Sufi yang tidak mengetahui niat sebenar telah menolong pemandu yang hampir membunuhnya dan akhirnya rahsia Durrah terbongkar apabila pemandu tersebut berterus terang bahawa dia diupah oleh Durrah untuk menakut-nakutkan Sufi.

Akhirnya antara dendam dan kasih kepada adiknya Nuri, Sufi mengahwini Muzhaffar Zaman abang sulung Hazim merangkap tunang Nuri. Sufi terpaksa menggantikan Nuri kerana adiknya melarikan diri ke luar negara mengejar cita-citanya di saat-saat akhir majlis perkahwinan berlangsung.Selepas berkahwin dengan merahsiakan daripada pengetahuan Nuri, Muzhaffar ke US menjejaki Nuri. Bagi pihak Sufi pula, dia bersedia diceraikan sekiranya Nuri bersedia menerima Muzhaffar.


Sepeninggalan Muzhaffar ke luar negara selama 3 tahun telah memberi ruang kepada Sufi memporak perandakan rumahtangga ibu bapa mertuanya. Sufi maklum bahawa ayah mertuanya En Hasif sayang dan menyimpan perasaan kepadanya. Tanpa pujuk rayu Sufi dengan mudahnya mendapat syer syarikat milik Hasif. Dek kerana cemburu hubungan menantu dengan mertua, Durrah memanggil Muzhaffar pulang semula untuk mendapatkan semula jawatan di syarikat keluarga mereka. Walau bagaimanapun Muzhaffar tidak berkeinginan menerajui syarikat dan bersetuju agar Sufi yang mengendalikan syarikat.

Sufi dengan liciknya juga telah mengumpan kawan sepejabatnya melayan Hasif yang ketandusan kasih sayang isteri sehingga ayah mertuanya sanggup melamar kawannya. Sementelah hubungan tersebut dihidu Durrah menyebabkan Hasif telah menceraikan Durrah dengan talak 3 apabila Hasif dimalukan di hadapan orang ramai. Sufi juga berjaya menyakitkan hati Durrah dengan mengatakan dia mengandungkan anak Muzhaffar. Akibat sakit hati, Durrah jatuh tangga dan lumpuh semasa mengejar Sufi.

Durrah menjadikan kesihatannya sebagai alasan memanggil Hazim yang masih berada diluar negara untuk pulang. Hazim disuruhnya bekerja di syarikat keluarga dan menerajui syarikat untuk meminggirkan Sufi. Walau bagaimanapun Hazim masih menyimpan perasaan kepada Sufi dan sering mengambil kesempatan untuk berdua-duaan dengan Sufi dengan alasan urusan pejabat.

Dalam kesempatan Hazim menggoda Sufi, rahsia Hazim yang menjadi penagih dadah terbongkar apabila dia kerap tidak datang bekerja setelah kecewa mengetahui Sufi benar-benar berbadan dua. Sufi mula kasihan dengan keluarga suaminya setelah pelbagai dugaan yang menimpa keluarga tersebut dan Muzhaffar mula menunjukkan sayang kepadanya. Namun, kasihnya kepada Muzhaffar terpaksa disimpan apabila Nuri pulang secara tiba-tiba. Pada waktu Muzhaffar dalam dilema untuk memilih antara Sufi dan Nuri, dia dikejutkan pula dengan berita hubungan silam Hazim dan Sufi. Rahsia terbongkar apabila Hazim dalam keadaan ketagih, telah memukul dan mencederakan Durrah yang tidak merestui hubungan dia dengan kakak iparnya.

Nuri yang turut menyaksikan kejadian tersebut juga tersentak apabila mengetahui hubungan Sufi dan Muzhaffar. Disaat rahsia perkahwinan Sufi dan Muzhaffar terbongkar, Nuri dengan tidak sengaja telah menyebabkan nenek kesayangan Sufi meninggal ketika Nuri cuba mendapatkan kepastian berita perkahwinan tersebut. Kerana rasa bersalah diatas kematian nenek, Sufi telah berterus terang rahsia niat dendam perkahwinannya kepada Muzhaffar. Lantaran itu hubungan Sufi dan Muzhaffar retak menanti belah. Nuri pula membawa diri ke US dan menanti keputusan Muzhaffar sama ada memilih dia atau kakaknya.

Dengan rasa bersalah disebabkan dendam sebagai punca segalanya, Sufi membawa diri ke rumah peninggalan neneknya dan setelah beberapa bulan tiada khabar daripada Muzhaffar, dia berpindah untuk memulakan hidup baru dengan kandungannya yang semakin sarat.

Setelah setahun setengah berlalu, Muzhaffar kembali menjejaki Sufi melalui rakan tempat Sufi bekerja. Akhirnya Durrah menerima Sufi sebagai menantu dan cucu-cucu yang dilahirkan. Manakala Hazim ditempatkan di Tampoi kerana tidak siuman dan Nuri telah berkahwin dengan lelaki kacukan Inggeris Cina di US.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews106 followers
July 8, 2015
Naskah untuk dilepaskan; RM14.00. PM je....


Ini karya pertama penulis untuk aku (tidak dikira Ombak Rindu, naskah itu dibaca bertahun dulu hingga aku sendiri dah lupa. Nantilah, akan ku cari untuk diulang baca). Aku sukakan intipati DURI. Dendam yang tertusuk di hati bukan sahaja menyakitkan, malah ia akan bernanah hingga meracuni seluruh badan.

CUMA....

(for me) naskah ini agak kelam kabut sedikit penceritaannya. Perlukan fokus yang jitu untuk memastikan pembacaan tetap berada di landasan. Apapun, aku sukakan penyudahan untuk Sufi-Muzaffar. Namun tidak untuk Hazim atau Nuri. Hazim terover dihukum, Nuri pulak dilepaskan begitu sahaja tanpa hukuman setimpal biarpun dialah punca sebenar Sufi terjebak.
16 reviews1 follower
December 18, 2010
Pengarang : Fauziah Ashari
Penerbit : Intens Media
Harga : RM21.50
ISBN : 983-4316-20-8

Sinopsis :

Kerapuhan ikatan kekeluargaan serta sikap egoistik membantutkan cinta dan kecintaan.

DURI menyajikan konflik pada hati yang membawa duka dan dendam. Sufi sanggup melakukan apa sahaja demi melunaskan dendamnya dan melihat insan itu tersungkur.

Dia ditinggal kekasih, kehilangan sahabat, bertemu jodoh dengan lelaki yang menyintai adik kandungnya dan berhadapan pula ibu mentua yang egoistik.

Di hatinya tiada simpati dan tidak pernah berasa gentar. Berhadapan dengan ibu mentua bagaikan pertemuan buku dengan ruas sahaja. Hidupnya penuh kepura-puraan. Apabila peluang terhidang dan ruang terbuka, terlunaskah dendam yang membara?

Mampukah elemen cinta Zhaf membendung sifat dendamnya? Mampukah cinta wujud di hati sufi yang penuh duka dan dendam?
Ikutilah kisah sufi yang cuba mencabut DURI di hati.
Profile Image for YnFznh.
2 reviews
December 12, 2014
Dendam pada seseorang hanya akan bawah padah pada diri sendiri.. Memaafkan dah menerima apa yang terjadi akan menjadikan kita lebih bahagia.. A book that teaches me do not keep grudges and accept fate..
59 reviews
July 23, 2023
Saya memohon maaf andai feedback saya mengguris hati mana2 pihak.

Permulaan pembacaan, saya seronok membaca, santai meskipun dimulakan dengan konflik. Bagaimanapun, seawal pembacaan, saya dihidangkan senario yang agak pelik. Sufi digambarkan sebagai seorang anak yang ingin menjaga maruah keluarga dan kehormatan orang yang lebih tua. Tetapi, layanan Sufi kepada ibu mertua nya amat menyakitkan hati.

Ye, saya faham. Pasti ada sebab sufi buat begitu. Tetapi, saya asyik terfikir dan masih tidak dapat menerima cara sufi menghiris hati ibu mertua nya. Weyhhhhhhh kejam tau untuk kau sengaja berbisik sampai orang tua tu jatuh sakit jadi nya.

Dendam sufi pada ibu mertua dia buat ramai orang terluka dalam proses tu. Cukup reasonable ke? Ye, ibu sufi meninggal dunia disebabkan sakit hati dengan tuduhan ibu mertua sufi. Tapi weyh. Dendam kesumat sufi tu. New level. Kejam.

Nasib baik la ending tu still dorg berbaik. Novel ni mengajar erti kemaafan. Mengapa kemaafan itu lebih baik dari mengejar dendam tanpa kesudahan? Novel ni memang tunjuk sebabnya. Entah la. Secara peribadi, untuk apa yang terjadi pada ibu sufi, kalau aku sendiri di tempat sufi, cukup menyakitkan dan tidak mungkin dapat aku maafkan seikhlasnya dengan cepat dan mudah. Tapi itu tidak bermakna ada keperluan untuk membalas dendam. Sekian.

#novelpreloved
Profile Image for Badrul Badrin.
3 reviews
June 7, 2021
Kehidupan tidak semudah mengasingkan warna hitam dan warna putih. Kebanyakannya, kelabu belaka. Menyoroti kisah fiksyen novel ini, membuat kita terpukul dengan persoalan-persoalan asas jalan hidup, sama ada benar atau tidak tindakan kita. Banyak pelajaran dapat diambil dan dihayati, bahawa pelajaran dengan ragam manusia merupakan guru terbaik mengajar seni hakus berdamai dengan kerenah mereka.
1 review
July 7, 2017
Jalan cerita yang menarik, dendam, kepincangan keluarga, egois manusia yang pentingkan darjat..
Profile Image for Nareswari_buku..
144 reviews1 follower
December 3, 2017
sangat suka Sufi seorang watak yang realistik dari watak-watak heroin yang selalu ditampilkan oleh kebanyakan penulis..
Profile Image for ainunsailah.
88 reviews15 followers
March 30, 2015
Sudah lama saya tinggalkan novel cinta Melayu. Atas saranan teman saya luangkan juga masa separuh hari untuk khatam novel ini. Sebagaimana kata dia. Novel yang sarat dengan konflik. Semuanya berpunca dari perbezaan darjat yang membuahkan dendam.

Menjadi tabiat segolongan masyarakat, pehubungan seharusnya sedarjat. Apatah lagi kalau sebelah pihak itu punya keturunan yang ada kisah hitam. Anak pelacur, anak tak sah taraf atau anak buangan. Maka dikira mereka tak layak untuk hidup seperti biasa. Selamanya akan dihina dan dipandang serong masyarakat. Tidak layak untuk digandingkan dengan keluarga yang berharta. Mulia benar rasanya menjadi orang berharta.

Durrah adalah watak yang ego dan penuh rasa megah akan keturunan dan darjatnya. Sufi pula mangsa. Anak kepada bekas pekereja kelab malam, dikira sebagai tidak layak untuk bergandingan dengan anak orang berharta. Usaha Durrah, yang menyebabkan dua kematian insan tersayang Sufi membuahkan dendam. Akan dia hancur dan porak peranda keluarga itu. Akan dia lahirkan cucu dari keturunan wanita megah itu.

Peluang untuk Sufi datang apabila adiknya melarikan diri ke luar negara beberapa hari sebelum perkahwinan. Watak Nuri, adalah watak saya yang tak suka. Mementingkan diri, tidak matang dan tidak mahu beralah.

Dendam tak pernah selesaikan banyak masalah. Pembalasan Tuhan sebaik pembalasan. Akhirnya semua menerima akibat atas perbuatan masing-masing. Dan pengakhiran yang memuaskan bila Sufi memilih membawa diri. Lalu akhirnya kembali bersatu dengan Muzhaffar.

Kesimpulannya, sombong dan dendam sama-sama bala.
Profile Image for F. Hanim.
176 reviews
January 31, 2015
3.5 yang telah saya bundarkan menjadi 4.

Sufi bukan perempuan biasa yang kita mungkin pernah baca dalam novel tipikal yang lain. Dia gadis penuh dendam, dan saya percaya punca dendam itu dirungkai kemas oleh penulis di pengakhiran novel ini.

Keluarga Muzaffar sungguh porak peranda, membuatkan pembacaan novel ini terasa macam naik roller coaster. "Biar betikkk En. Hasif ni ada perempuan simpanan, Hazim hisap dadah!" (Okay spoiler..) Penuh drama. Memang patut diadaptasi ke layar drama. Babak Hazim yang kecundang dek cinta terhalang juga berjaya buat saya rasa depressed. Sedih betul. Nak nak bila feeling Izzue Islam sangat kuat di situ. :P

Oleh kerana saya asalnya orangnya Batu Pahat, latar belakang novel ini adalah amat dekat dengan jiwa raga gitu.

Perkahwinan tanpa rasa cinta. Namun tidak sesuai untuk bacaan pembaca yang mendambakan kisah romantik kahwin paksa.
5 reviews1 follower
July 1, 2020
best.. 1st baca zaman sekolah.. baca lagi bila drama keluar kat tv.. and ulang lagi baca bila bosan.. sangat best tak banyak scene romantik tapi puas hati bila baca
1 review
Want to read
December 12, 2012
It's good and amazing
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Adilah.
78 reviews14 followers
September 30, 2014
Kisah Sufi yang cuba mencabut duri di hatinya. Sakitnya hidup jika hati ini penuh dendam, tiada kejujuran dan keikhlasan.
Displaying 1 - 19 of 19 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.