Takdir menemukan Huda yang tidak berdaya dengan pasangan suami isteri, Tan Sri Izhar dan Puan Sri Marini yang berjiwa murni. Tiada arah untuk dituju, Huda menerima pelawaan Marini untuk menjadi pembantu rumah di kediaman suami isteri itu.
Namun takdir juga kadang-kala terlihat begitu kejam. Di saat Huda tenang bekerja dengan majikannya itu, Marini rupanya sedang bertarung hidup dan mati.
"Akak minta tolong Huda, boleh?" PUAN SRI MARINI
Atas nama budi. Huda terima amanat terakhir Marini.
"Jangan pernah awak berharap saya akan layan awak seperti saya layan Marini. Jelas?" TAN SRI IZHAR
Jelas. Huda tidak pernah berharap, apatah lagi berimpian. Sedang Huda berusaha menunaikan amanat Marini, Izhar pula masih dibelenggu rindu pada yang telah pergi.
“Saya hairanlah dengan tan sri ni. tan sri tak kasihan ke pada anak-anak? Mereka perlukan kasih sayang tan sri. Tapi, tan sri asyik dalam dunia tan sri sendiri. Apa yang tan sri buat ini tak elok untuk tumbesaran anak-anak.” HUDA
Hingga satu masa, Hati Izhar kembali berdetak dengan rasa istimewa untuk wanita yang selama ini setia disisinya.
"Boleh kita mula kisah baru? Huda, abang dan anak-anak." IZHAR
Andailah semuanya semudah itu...
"Kamu tahu asal usul dia? Kisah silam dia?" DATIN SYUHADA
Hati Izhar mula curiga apabila seorang demi seorang dari kisah silam Huda muncul mengganggu mereka.
"Huda tak ada sesiapa. Huda cuma ada abang dan anak-anak saja...- HUDA
Apakah Huda akhirnya akan menggapai bahagia? Apakah benar cinta Izhar telus buatnya atau dia sekadar pelepas sepi cuma?
Cerita ini biasa² je. Korang jangan ada high expectation.
Kisah wife Tan Sri selamatkan huda dan anaknya. Rasa kasihan pada huda, Puan Sri Marini mengajak huda tinggal bersamanya as pembantu pada mak siah.
Tanpa diketahui oleh Tan Sri, marini menyimpan rahsia tentang penyakitnya. Before dia meninggal, dia minta suaminya nikah Huda. Hanya huda yang dapat jaga anak²nya dan merawat hati luka Tan Sri.
Susah jugak Tan Sri nak terima sebab cintanya pada Marini. After 3 years barulah sedar.
F suka suasana bila Tan Sri bawa huda dan anak²nya balik kampung Marini. Rasa selesa dan tenang bila baca. Adalah sikit scene yang mencuit hati.
Ending best sebab mulut anak² berceloteh non-stop. Happynya family ini.
Wuuuu... First time baca novel trope Duda x Janda. 🤭
Nurul Huda yang baru kematian suaminya saat anak sulungnya baru berusia 3 bulan. Ibu mertuanya pula dari dulu lagi tak suka dengannya. Cucu sendiri pun dia tak nak mengaku. Dihalaunya Huda dan anaknya dari pagar rumahnya. Dengan penuh rasa sedih dan kecewa, Huda membawa diri ke bus stop. Di situlah titik pertemuannya dengan pasangan suami isteri Izhar-Marini. Merekalah yang mengambil Huda dan anaknya tinggal bersama mereka.
Tiba-tiba suatu hari, pasangan itu diuji. Marini disahkan menghidapi sakit kanser. Peluang untuk dia hidup adalah tipis apatah lagi untuk sembuh. Makanya, permintaan terakhir dia ialah supaya suaminya, Izhar berkahwin dengan Huda. Anak-anak mereka perlukan kasih sayang ibu untuk membesar. Huda pula perlukan seseorang untuk melindungi dan menjaganya. Walaupun mereka mahu menolak, tapi demi Marini, mereka terpaksa terima.
Mula-mula cam beshelah mestilah sorang tak suka sorang lagi akur je. Tapi lama-lama mestilah akan terima juga diri masing-masing. 🌚
Tapi saat baru mereka mahu diulit bahagia, masa lalu Huda datang menghantuinya. Huda takut apa yang berlaku pada bekas suaminya itu terjadi kembali pada Izhar. 🥺
Overall, walaupun ada pahitnya tapi manis itu lebih mendominasi. Tak seberat KAU MAWARKU. Apa-apapun enjoy the reading. 🥹👍🏼