Jump to ratings and reviews
Rate this book

Noah Vanessa #2

Noah Vanessa Jilid 2

Rate this book
Kini, separuh hati Vanessa telah menerima kewujudan Tuhan yang Maha Esa. Harapan disandarkan kepada Tuhan. Tali Allah yang ingin dipegangnya dipimpin bersama Noah. Dia akui, dia dapat merasakan kemanisan dalam mengenali Allah Yang Maha Esa dan agama Islam. Namun, tragedi yang berlaku akibat ‘sumpahan’ dalam hidupnya itu telah meranapkan harapannya yang disandarkan kepada Tuhan.

“Saya percaya Tuhan awak ataupun tidak, ia tetap tak akan ubah sumpahan yang ada dalam hidup saya.” – Vanessa Willians

“Vanessa, ianya bukan salah awak. Tolonglah, Vanessa. Stop blaming yourself on something you don’t even do.” – Noah Q’Darrien Lee

Ujian hidup Vanessa kali ini bukanlah boleh dihadapinya seperti sebelum ini. Ujiannya kali ini sangat berat! Ujian yang perlu dia hadap atas nama dua kebenaran.

“Pak cik lakukan ini untuk kamu, Vanessa. Tolong jangan benci pak cik.” – Tuan Daniel Black

Di mana silapnya? Bukankah harapan kepada Tuhan itu memang seharusnya setinggi langit?

“Ujian ini terlampau berat untuk aku. Kenapa bagi pada aku?” – Vanessa Willians

710 pages, Paperback

First published March 1, 2022

1 person is currently reading
50 people want to read

About the author

Aisyahros

19 books20 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
26 (74%)
4 stars
8 (22%)
3 stars
1 (2%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
May 20, 2024
Sambungan kisah Vanessa William yang mencari Allah.

Bagi aku, kisah hidup Vanessa berat sangat. Dia terasa dekat dengan Allah. Tambahan pula, Noah banyak berkongsi dengan dia berkaitan agama Islam
.

Keadaan membuat Vanessa makin percaya, yang mana sesiapa yang mendekati dan menyayanginya pasti akan mendapat malang. Ji hoon. Pesakit Vanessa dan Noah. Menjadi mangsa buli di sekolahnya. Namun hubungan mereka bertiga bukan sekadar doktor dan pesakit. Seperti adik beradik. Namun malang bagi Ji Hoon. Hari dia kembali ke sekolah, dia dibelasah teruk oleh rakan sekolahnya dan menyebabkan kematiannya. Vanessa nanar. Dan sekali lagi dia percaya bahawa dirinya membawa malang
.

Hakikat yang tak mampu disangkal bahawa, Vanessa sebenarnya beragama Islam. Ibunya telah memeluk agama Islam sebelum meninggal dunia. Cuma hidupnya dengan Pak Cik Danial, membuatnya jauh daripada agama sebenarnya
.

Satu persatu rahsia tentang diri Vanessa terbongkar. Hinggakan membuat dia tersangat rapuh. Mujurlah ada Noah yang selalu membantu menyedarkan dirinya bahawa dia masih ada Allah. Setelah dia menerima hakikat hidupnya, dia diuji dengan menghidap tumor
.

Agak2 bagaimana pengakhiran kisah Vanessa? Adakah hidupnya berterusan dirundung malang? Atau ada cahaya yang menyinari hidupnya?
Profile Image for jj.
59 reviews1 follower
January 2, 2023
“believe that everything will be okay with the power of soul and mind”
..
Ok based on cover buku ni, kita anggap la dia Noah. And yes dalam jilid 2 kisah silam Noah pula banyak yang terungkai. As i thought Noah was only an ordinary man tapi rupanya-rupanya he is somebody dan mempunyai kisah yang tersendiri.

Vanessa masih sama seperti dulu tetapi dia masih ingin membina tembok besar diantara dirinya dan orang lain terutama sekali selepas ada sesuatu yang berlaku kepada orang yang rapat dengannya. Satu masa, Vanessa sendiri rasa sumpahan yang ingin dilupakan itu masih menghantuinya sehinggalah dia memilih satu jalan yang terbaik untuk jiwanya. Ya, Vanessa ingin memeluk agama Islam 🤍 tetapi satu kebenaran telah terbongkar apabila Vanessa tiba di Pejabat JAI

Noah bukanlah sembarangan orang tapi dia sendiri tidak pernah menganggap dirinya daripada keluarga tersebut kerana luka yang pernah berdarah masih ada parutnya. Terlalu pedih untuk dia lupakan segala hal yang pernah dilalui pada ketika itu. Noah yang sering beri nasihat kepada Vanessa pun boleh jatuh terduduk apabila mengingati kisah silamnya.

tbh, dalam j2 too many emotions to play with tau sebab semua tanda tanya dalam j1 terjawab. both ml fl ada kisah sedih sendiri dan buku ni jadi lebih sedih bila dia berkait dengan agama islam, Ya Allah pilu rasanya bila perjalanan penghijrahan Vanessa sebenarnya mudah je kalau kebenarannya diberitahu lebih awal :’(.

Takdir dan Kemaafan. Dua perkara ni paling banyak main dalam buku ni, dan paling penting redha dengan kemaafan yang dah dimaafkan. Issa recommended guys, you guys should read this book as soon as you grab it! Saya dapat banyak sangat pengajaran sepanjang baca dan berharap dapat menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang :).

p/s jangan risau saya tak sendu sepanjang masa baca buku ni sebab ada Haydar, terpaling penyeri buku goes to Haydar Black 🫵🏼
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
October 28, 2023
Apakah ini miska?! Aku baca tak sampai suku buku lagi tetiba boom! Terungkai satu rahsia. Tiba-tiba, tanpa warning sign. Apakah patut begini caranya? Kejammm. Well, rahsianya berkaitan dengan identiti Noah Lee yang rupanya bukan hanya seorang Noah Lee. There's more of him yang buku pertama langsung tak kata apa-apa. Anyway, kita belajar sesuatu mengenai the not so mysterious Noah Lee. Sumpah aku tak jangka langsung.

Dan tak cukup dengan satu rahsia, makin lama eh makin banyak pulak rahsia yang buku dua ni keluarkan. And some of it saaaaangatlah mengejutkan ya. Lebih mengejutkan daripada identiti Noah. Banyak ya yang berlaku dalam buku dua. And to think Vanessa face it all heads on, wow.

Buku kedua lebih fokus kepada hubungan Noah dan Vanessa, esp lepas Vanessa setuju untuk belajar mendalami Islam. Serious, dia lebih tenang dan gembira daripada buku satu. Daaan, semestinya bila ada gembira akan ada sedih. Dan sedih it is. Ada satu babak tu memang berhingus aku duk menangis aigoo. Penat betullah bila terlalu menghayati ni.

Kalau dibandingkan dengan buku satu, yang kedua ni aku rasa konfliknya lebih kepada mencari dan memahami diri Vanessa dan Noah. Yelah, dah macam-macam rahsia tersingkap, belum masuk lagi Vanessa punya strange illness. Konflik antara Noah dengan Vanessa, takde sangat but there is third act break up, sad to say. Nasib baiklah kita ada fairy godfather in form of seorang Haydar Black. Pergh, dia punya intervene tuu, memang kalau boleh dia kurung kot Noah dengan Vanessa dalam satu bilik berkunci.

Walaupun tak dapat much on wedding and everything after that, aku sangat-sangat berpuas hati dan in loveeees dengan kisah mereka ni. Dan tak dinafikan, epilog tu membuatkan aku rasa macam aku kena beli Haydar Rose secepat yang mungkin (tapi sabar kejappp, kocek kita tak tebal). Lepas tu dengan kisah Ariana pun dah ada, eh lagilah kena repeat perkataan sabar tu dalam kepala dan hati berulang kali.

p/s: dedua novel ni kalau letak side by side nampak sangat sweet tau haha
Profile Image for addreads.
296 reviews25 followers
February 19, 2024
𝘞𝘦 𝘥𝘰𝘯'𝘵 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘢 𝘱𝘰𝘸𝘦𝘳 𝘵𝘰 𝘤𝘩𝘢𝘯𝘨𝘦 𝘰𝘶𝘳 𝘭𝘪𝘧𝘦, 𝘣𝘶𝘵 𝘸𝘦 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘢 𝘤𝘩𝘰𝘪𝘤𝘦 𝘵𝘩𝘢𝘵 𝘤𝘢𝘯 𝘤𝘩𝘢𝘯𝘨𝘦 𝘰𝘶𝘳 𝘭𝘪𝘧𝘦.

Disaat Vanessa mula terima kewujudan Tuhan yang Maha Esa. Satu tragedi berlaku, buatkan Vanessa yakin 'sumpahan' itu masih ada dan makin meranapkan harapan Vanessa untuk berubah. Ditambah pula, rahsia yang dipegang Tuan Daniel Black, buatkan Vanessa tertanya mengapa dia yang diuji. Apa jadi dengan sumpahan tu? Apa pengakhiran buat Noah - Vanessa? Rahsia apa Tuan Daniel sorokkan?

ੈ✩‧₊˚ೃ⁀➷⋆·ੈ✩‧₊˚ೃ⁀➷⋆·ੈ✩‧₊˚ೃ⁀➷⋆·ੈ✩‧₊˚ೃ⁀➷⋆·ੈ✩‧₊˚ೃ⁀➷⋆·ੈ✩

Best sangat jilid 2 ni. Nasihat ada isi, banyak ilmu boleh belajar. Plot twist dalam ni, wow. Basically, dalam ni lebih kepada Vanessa mendalami agama Islam 😍 Her effort untuk berubah tu best sangat. Ending? Kita tidur mimpi indah 🌻

"𝐁𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐮 𝐦𝐮𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧 𝐭𝐚𝐤 𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐚𝐭. 𝐓𝐚𝐩𝐢, 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐚𝐤𝐮 𝐫𝐚𝐬𝐚. 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐚𝐤𝐮 𝐩𝐞𝐧𝐚𝐭... 𝐧𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐣𝐚𝐦 𝐢𝐧𝐢,"

Also Ad baru tau identiti sebenar Noah 🤪 tak sangka yang dia rupanya .. ish Noah ni tak putus asa tau bagi nasihat & tak stop sayang Vanessa 😭 memang Ad tak sangka Noah yang nampak okay tu rupanya ada kisah gelap yang disimpan. Noah also fragile guys.. ❤️‍🩹

"𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐜𝐚𝐫𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐮𝐫𝐧𝐚, 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐦𝐮𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤,"

What we can learn is, Islam mengajar kita untuk terima takdir & memaafkan diri sendiri. Apa yang jadi, mesti ada hikmah dia. Jadi trust the path okie ✨ suka sangatttt. Happy reading 🎀

"𝙱𝚎𝚛𝚊𝚙𝚊 𝚋𝚊𝚗𝚢𝚊𝚔 𝚔𝚊𝚕𝚒 𝚊𝚠𝚊𝚔 𝚗𝚊𝚔 𝚌𝚊𝚔𝚊𝚙 𝚝𝚎𝚛𝚒𝚖𝚊 𝚔𝚊𝚜𝚒𝚑?"

"𝚂𝚊𝚖𝚙𝚊𝚒 𝚔𝚎 𝚜𝚢𝚞𝚛𝚐𝚊."
Profile Image for Watishaari.
42 reviews2 followers
December 8, 2024
Sambungan kisah Vanessa William yang mencari Allah.

Bagi aku, kisah hidup Vanessa berat sangat. Dia terasa dekat dengan Allah. Tambahan pula, Noah banyak berkongsi dengan dia berkaitan agama Islam
.

Keadaan membuat Vanessa makin percaya, yang mana sesiapa yang mendekati dan menyayanginya pasti akan mendapat malang. Ji hoon. Pesakit Vanessa dan Noah. Menjadi mangsa buli di sekolahnya. Namun hubungan mereka bertiga bukan sekadar doktor dan pesakit. Seperti adik beradik. Namun malang bagi Ji Hoon. Hari dia kembali ke sekolah, dia dibelasah teruk oleh rakan sekolahnya dan menyebabkan kematiannya. Vanessa nanar. Dan sekali lagi dia percaya bahawa dirinya membawa malang
.

Hakikat yang tak mampu disangkal bahawa, Vanessa sebenarnya beragama Islam. Ibunya telah memeluk agama Islam sebelum meninggal dunia. Cuma hidupnya dengan Pak Cik Danial, membuatnya jauh daripada agama sebenarnya
.

Satu persatu rahsia tentang diri Vanessa terbongkar. Hinggakan membuat dia tersangat rapuh. Mujurlah ada Noah yang selalu membantu menyedarkan dirinya bahawa dia masih ada Allah. Setelah dia menerima hakikat hidupnya, dia diuji dengan menghidap tumor
.

Agak2 bagaimana pengakhiran kisah Vanessa? Adakah hidupnya berterusan dirundung malang? Atau ada cahaya yang menyinari hidupnya?
Profile Image for bat.
6 reviews
February 20, 2024
BEST YA AMPUN NOAH TOLONG KAWEN DENGAN SAYA PLEASE
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.