Jump to ratings and reviews
Rate this book

Amaro

Rate this book
Yang satu, terungkailah dua
Sang Mata yang di bumi
Sang Namna yang di air
Memberikan kuasa, membawa binasa
Menyimpan binasa, menghimpun kuasa
Asalnya penjaga, akhirnya terjaga
Yang dua, terikatnya satu

Dalam himpunan khazanah naskah langka di Kutubkhanah Eymenea, tersembunyi kitab Hikayat Manusia Ajaib yang dikaitkan dengan sumpahan Kemarau Merah yang sudah lebih 500 tahun mencengkam Benua Eia.

Amaro, si perantis tanpa sengaja, telah terjebak dengan kehilangan kitab misteri itu. Untuk menebus kekhilafannya, Amaro menawarkan diri untuk mendapatkan semula kitab itu sebelum jatuh ke tangan Raja Markia yang mendambakan hikmatnya untuk menakluk dunia.

Amaro yang ditemani Aruna, terpaksa menempuh pengembaraan penuh liku merentasi Gurun Attamarai yang menyimpan seribu rahsia; daripada orang Janggi yang memburu korbnan untuk Sang Dewi hinggalah Gunung Darfum yang berpenunggu.

Namun, lantaran sebuah pengkhianatan, Sang Alata dan Sang Namna, kuasa purba Ealamental yang dipasung di dalam perut bumi sekian lamanya telah bangkit dan menuntut janji yang dimungkiri.

282 pages, Paperback

First published June 10, 2022

Loading...
Loading...

About the author

Liam Toha

2 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (40%)
4 stars
6 (60%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Tey Marzuki.
Author 15 books109 followers
January 16, 2023
Saya sangat suka pada watak Amaro. Pertama, kerana dia seorang pustakawan. Kedua, kerana dia seorang yang sangat "organized". Macam relatable sangat, terutama kepuasan tengok buku-buku yang sudah habis disusun. 5000+ naskah semuanya! Siapa tak puas hati, kan?

Bagi saya, nukilan penulis sangat bagus. Penggunaan bahasanya juga puitis, tapi tidak berat dan mudah difahami. Sesuai untuk buku remaja tetapi dalam masa yang sama memperkaya kosa kata.

Buku ini mempunyai world building yang sangat baik. Pembinaan dunia yang tidak lewah. Saya sangat suka dengan cara penulis menggambarkan setiap tempat dan kota. Antara tempat yang saya suka adalah Kutubkhanah Eymenea. Bagaimana penulis menggambarkan pustaka yang menarik itu mengasak rasa teruja dan ingin tahu saya. Meski Kutubkhanah Eymenea ini hanya mengambil suku saja daripada buku tapi tetap menjadi destinasi kegemaran saya di dalam dunia Amaro.

Oh, saya hargai juga penulis masukkan babak menjamu makanan di dalam buku. Saya sebenarnya suka kalau ada babak-babak makan dalam novel. Hahahhahaa. Lapar pula saya setiap kali membacanya.

Watak Amaro juga bagi saya mempunyai character building yang bagus. Bermula daripada seorang yang agak canggung tapi tinggi ilmunya. Sehinggalah pada akhir cerita ketika dinaikkan darjatnya.

Watak Nura, pada saya ada sedikit bahagian yang saya tak berapa gemar. Huhuhu. Tapi tak dapat nak ceritakan kat sini nanti spoiler sebab bahagian yang saya tak suka itulah spoilernya. (Bahagian ketika Amaro terpaksa keluar dari Eymenea untuk memburu Maya Hari yang telah mencuri kitab Hikayat Manusia Ajaib.)

Apa-apapun, tahniah kepada penulis untuk naskah yang sangat baik ini. Saya menunggu naskah penulis yang seterusnya. Mungkin sambungan AGIA.
Profile Image for This girl just want to go to Oasis concert..
179 reviews21 followers
March 16, 2023
Seronok betul baca perjalanan Amaro mengembara dari Kota Eymenea sehingga ke Gunung Darfum.



Dah lama betul tak baca karya fantasi berat dari penulis lokal, pada yang belum tahu, penulis Liam Toha adalah orang sama dengan Pingu Toha. Saya suka buku beliau yang bertajuk Epik Cinta dari Agïa. Penulisan beliau indah dalam buku Epik Cinta dari Agïa dan saya juga harapkan buku ini turut indah penulisannya tetapi memandangkan buku ini target market-nya adalah remaja jadi penulisan kali ini lebih berterus terang tanpa ada unsur tersirat yang berlebih-lebihan.

Kelainan buku ini, berbanding buku yang saya baca sebelum ini, buku Amaro ini ada watak anti-hero. Saya boleh sahaja teka siapa Amaro yang sebenar-benarnya tetapi bila dah sampai bahagian tersebut saya jadi terkedu. Cara penulisan beliau bagi saya menjadi walau saya boleh agak. Watak sampingan seperti Nura (terutamanya), Maya Hari, Sid, Sad dan Syeiqal menemani perjalanan Amaro diletakkan dengan baik. Buku ini tidak punya banyak watak yang memeningkan jadi saya rasa fokus ceritanya itu jelas dan tersusun.

Saya suka Nura, dan saya suka Amaro. Dan saya tahu penulis takkan lari dari unsur cinta dalam karyanya, babak terakhir untuk buku ini buat saya rasa tak puas.

Saya ulang ini lagi sekali, karya fantasi tak selayaknya ditulis dalam bentuk 'oneshoot'. Penulis boleh kembangkan lagi dari segi karakter, world building dan jalan cerita. Karya fantasi seharusnya berbentuk siri supaya peluasan cerita itu berkembang dengan sangat baik.

Sejujurnya saya rasa banyak lagi yang tak terjawab untuk jalan cerita Amaro, ada juga plot hole yang saya rasa macam heyy, boleh tak jawab pada sambungan buku ini pula? Macam mana hidup Amaro sebelum mengembara? Selayaknya juga kisah kehidupan Amaro setelah babak terakhir muka surat terakhir 282. I'm dying to know haha.

Saya cuma kurang gemar bila dalam karya ini tiada peta, bila saya godek laman sosial penulis peta tu dapat kalau pre-order sahaja dan saya bukanlah dalam kalangan pre-order hahaha. Terpaksa menyerah dengan kelemahan diri.

Sesuai untuk bacaan remaja dan untuk penggemar karya fantasi. Saya suka dan saya bagi 4.3 ⭐

Perjalanan kamu masih panjang. Aku sudah terlalu lama di sini sehinggakan duniaku hanya terbatas dalam buku-buku yang kubaca.
Profile Image for Shahrin Mansor.
12 reviews1 follower
September 26, 2023
Sedang cuba menyelami dan memahami watak Amaro dan manusia2 yang ada di sekelilingnya. Progress bacaan yang agak perlahan, mengambil masa beberapa bulan untuk habiskan separuh buku. Telah bawa buku merentas ke benua Eropah namun masih gagal untuk menghabiskannya… bukan kerana cerita yang hambar tetapi kerana diri sendiri yang malas 😂

Akhirnya tamat bacaan pada 25 Sept 2023.
Profile Image for Mohamad Nasrul.
254 reviews7 followers
October 27, 2024
Pernah membaca Epik Cinta dari Agia karya penulis Pingu Toha membuatkan aku tidak ragu untuk membeli Amaro di PBAKL tahun lepas.

Ketika membaca beberapa bab awal, aku rasa buku ini mungkin menjadi pengembaraan mencari kitab misteri yang tipikal. NAMUN, apabila tiba bab 24, Ya Tuhannnn, aku dah hilang jangkaan awal tentang cerita ini. Perjalanan cerita yang di luar jangkaan aku membuatkan pembacaan menjadi semakin mendebarkan. Garis pemisah antara batil dan hak sepertinya samar sekali. Tetapi menghampiri akhir cerita, aku semakin memahami bahawa di antara batil dan hak, masih ada garis kelabu, yang kadangkala manusia tersasar ke dalamnya. Hanya dengan rasa insaf dan bantuan orang yang benar, manusia boleh kembali ke pangkal jalan.

Watak Nura Cintana yang berani dan sukakan cabaran walaupun seorang anak raja - sungguh aku kagumi. Watak Amaro yang menjadi tunjang dalam cerita ini pula, membuatkan graf emosi aku tidak menentu, ada rasa kagum dan hormat, sekejap mencecah garis amarah, sekejap bingung dan sekejap lagi, bersimpati padanya.

Pada pendapat aku, peperangan pada akhir bab, Masya-Allah, epik gila! Dengan kehadiran Sang Alata dan Sang Namna, aku rasa, dalam keterbatasan imaginasiku sendiri pun aku rasakan WOW ketika membacanya.

Akhir cerita ini, menjanjikan sebuah rasa percaya akan cinta yang luhur walau apa pun yang terjadi, baik mahupun buruk, asal saja ada sekelumit budi yang terkandung dalam jiwa.

#amaro #liamtoha #dbp
Profile Image for Izzah Berhan.
103 reviews5 followers
September 10, 2024
Saya sangat sayangkan Amaro dan Nura 🥹🩷

Terima kasih penulis kerana menghasilkan karya yang indah ini 🩷

Cerita yang penuh kasih sayang.

Cerita berkisarkan buku.

Dan musuh utamanya; ketamakan kekuasaan.

Nanun, kasih sayang tetap menang jua 🩷
Displaying 1 - 5 of 5 reviews