Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
Sebuah novel daripada Isa kamari yang cuba mencari pertalian antara aspirasi dan keinginan yang hidup dalam jiwa dan minda manusia dengan gejala budaya sosial, politik dan ekonomi yang berlaku di luar dirinya. Pendekatan psikologi ini adalah jawapannya pada pelbagai masalah keasingan dan penghakisan nilai yang kita alami akibat serangan kemodenan dan teknologi.

Banyak tempat berehat dan renungan dalam perjalanan yang berliku ini. Oleh kerana itu Menara tidak usah dipanjat dengan terburu-buru. Menara adalah tantangan dan antitesis pada ketergesaan dan keterasingan hidup kita selama ini.

Kenikmatan menghayatinya bergantung pada persediaan serta tahap mana tanggapan dan pemahaman ditebuk dan dicerna. Daripada satu aspek Menara berusaha mencipta khalayak pembaca yang juga pemikir serius dan peneroka yang berani. Tentunya setiap pembaca akan memanjat Menaranya yang tersendiri. Puncak yang tercapai juga berlainan ketinggiannya. Selamat mendaki.

208 pages, Paperback

First published January 1, 2002

4 people are currently reading
79 people want to read

About the author

Isa Kamari

28 books80 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (17%)
4 stars
15 (18%)
3 stars
27 (34%)
2 stars
18 (22%)
1 star
5 (6%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
230 reviews4 followers
January 1, 2013
Satu novel yang mempunyai pelbagai maksud yang tersirat dan tersurat. Banyak isu tentang kehidupan dipertengahkan melalui kacamata seorang arkitek berjaya. Namun jangan salah sangka, ini bukan novel tentang seni bina atau kehidupan seorang arkitek semata-mata kerana isu yang diketengahkan dihadapi oleh sesiapa sahaja dalam dunia moden yang mencabar ini. Novel ini memerlukan konsentrasi yang tinggi dan minda yang terbuka. Terus terang saya katakan, masih ada mesej-mesej yang saya tidak faham sebenarnya. Namun tidak dapat dinafikan ini adalah karya yang bermutu tinggi kerana bahasa dan kupasannya. Saya akan ulang baca buku ini lagi.
226 reviews
October 7, 2015
My third Isa Kamari book -- again with a male protagonist, after 'Rawa' and 'The Widower'. Although 'Rawa' was not translated well (the other two are by the brilliant Alfian Sa'at), the telling of that tale resonated more with me than the two which are better translated.
Like 'The Widower', 'The Tower' is a stream of consciousness of an architect on the eve of the unveiling of his greatest accomplishment. Or, is it? Allegorical tales intersperse the memory of the man and again, one asks what is real, and what is not.
Profile Image for nazhsahaja.
127 reviews16 followers
July 8, 2022
peculiar and make you think harder than usual
Profile Image for Welma La'anda.
76 reviews20 followers
January 12, 2010
Yippie! Akhirnya saya ada cuti (maksud saya, sabtu dan ahad yang tiada kelas). 9-10 Januari hari yang bahagia. Saya terlalu gembira sehingga banyak sungguh buku yang berada di dalam kepala saya ini yang berbaris menunggu giliran untuk dibaca. Tetapi, seperti biasa, hanya 2 buah buku sahaja yang sempat dibaca. Itu pun untuk buku Nama Beta Sultan Alauddin, baru sahaja kira-kira pukul 10 malam 11 Januari selesai dibaca. Ish! Ish!

Tajuk
Menara
Penulis : Isa Kamari Halaman : 194
Penerbit : PTS Litera

Kalau bukan Isa Kamari yang menulis buku ini, mungkin saya tidak akan membeli Menara. Antara faktor yang mempengaruhi saya membeli sesebuah buku ialah ketebalannya. Tebal membawa mesej ada banyak informasi. Buku ini nipis sahaja. Walaupun memiliki kulit muka hadapan yang cantik dan tertulis Penerima S.E.A Write Award di hadapan buku, masih belum mampu membuatkan saya teruja. Tetapi, oleh kerana ia ditulis oleh Isa Kamari (penulis Atas Nama Cinta), maka sebaik sahaja saya ternampak buku ini di rak buku, saya terus mengambilnya tanpa berkira-kira. Saya rasa mungkin tidak lama lagi, saya akan membeli buku-buku beliau yang lain pula untuk dibuat koleksi.Saya sedang cuba membayangkan Tawassul, Memeluk Gerhana dan Satu Bumi.

Saya suka membaca buku Menara ini (saya beri 4/5) walaupun banyak perkara yang diceritakan saya tidak faham. Anda boleh bayangkan buku ini setebal 194 halaman dan saya terus membaca dan terus membaca tanpa sebarang perasaan "Oh! Buku seterusnya" (perangai biasa tukar buku jikalau tak berdaya dengan sesebuah buku), sehinggalah halaman ke 172, akhirnya baru saya faham jalan cerita buku ini. Sebelum itu, saya membaca dalam keadaan bingung dengan pelbagai persoalan kerana tidak faham. Selalu sahaja terdetik di dalam hati sepanjang pembacaan, "Oh, memang patut hanya 194 halaman".

Membaca Menara seolah-olah seperti anda sedang bermain treasure hunt. Anda mengumpul pembayang-pembayang tertentu untuk dijadikan kunci sampai ke destinasi. Mungkin, membaca buku ini boleh juga diibaratkan seperti menyusun jigsaw puzzle. Ada banyak kepingan cerita yang anda perlu cantumkan sendiri. Kekadang kita berada di situasi a. Kekadang pula di situasi b. Ada juga situasi c dan d. Situasi sebenar ialah e. Cabaran utamanya ialah saya tidak mampu mengaitkan kesamaan antara situasi tersebut kerana watak pelakunya yang berbeza untuk setiap situasi.Saya menjadi tertanya-tanya, "Eh, dia ini siapa, yang ini siapa pula?".

Menara tidak boleh dibaca secara linear. Bak kata penulis Menara tidak boleh dibaca dengan menggunakan teknik konvensional. Nanti akan jemu dan sesat jalan cerita. Memang betul. Saya setuju. Kata penulis lagi, Menara perlu dibaca dengan mengambil jalan pendekatan memahami yang tersirat bukan tersurat. Mula-mula saya tidak ambil endah kata-kata penulis itu pada ruang pengantar kerana saya sudah terpesona di bahagian itu. Kagum dengan prinsip-prinsip menulis yang diperjuangkan penulis. Saya menjadi kuat dan bahagia membaca karya-karya penulis yang memiliki prinsip di dalam karyanya. Semangat penulis itulah yang saya bawa sepanjang pembacaan dan terus membaca walaupun saya tidak faham. Mujur, akhirnya saya menjumpai satu pembayang di halaman 172 untuk saya cuba-cuba memahami jalan cerita buku ini.

Rupa-rupanya watak utama dalam cerita ini bermain dengan ilusi sendiri (sampai sekarang saya tidak tahu nama watak utama). Walaupun ada banyak watak terlibat, tetapi sebenarnya watak itu hanya satu sahaja iaitu dia. Ada banyak perbualan, tetapi secara hakikatnya, watak utama itu hanya berhalusinasi atau berkhayal. Saya tidak pasti, adakah sebenarnya penulis cuba menyampaikan yang watak utama mengalami skizofrenia kerana di dalam novel ini bukan penyakit itu yang menjadi tonggak utama cerita tetapi tentang falsafah kehidupan yang menjadi igauan watak utama.

Menara ialah sebuah buku yang bercerita tentang falsafah kehidupan. Mungkin itu yang paling sesuai sebagai rumusan buku ini. Watak utama menceritakan tentang prinsip kehidupan yang mahu diperjuangkan tetapi sebenarnya itu adalah ilusi semata-mata, kerana pada hakikatnya, dia bukan seperti orang yang dia ilusikan itu. Dia adalah orang lain yang telah mencemarkan prinsip kehidupan tersebut. Lalu dia cuba mencipta ilusi-ilusi bersih seolah-olah itu adalah dia tetapi itu bukan dia. Mungkin boleh juga kita fahami, watak utama tidak pun mencipta ilusi-ilusi bersih itu, tetapi dia sebenarnya sedang menterjemahkan rasa putus asa di dalam kehidupannya yang terjelma melalui khayalan. Dia cuba melawan ilusi-ilusi itu. Kadang-kadang dia tenggelam. Kadang-kadang dia beradaptasi dengannya. Apa yang pasti, watak utama sedang berperang dengan jiwanya untuk mencari diri dan memahami makna kehidupan.

Saya yakin setiap pembaca buku ini akan berbeza pendapat berdasarkan pemahaman yang pelbagai. Penulis tidak mengunci pembaca hanya dengan satu pemahaman kerana Menara ditulis untuk difahami secara tersirat. Mungkin jikalau kita mahu juga memahami Menara secara linear, Menara mengisahkan seorang arkitek yang memanjat bangunan hasil ciptaannya setinggi 200 tingkat.Dia mahu menerokai bangunan itu dengan cara yang berbeza. Seperti yang saya katakan tadi, dia mahu mencari dirinya. Menara dari sudut lain boleh juga difahami sebuah kisah seorang arkitek yang menyesal dengan apa yang dia lakukan selama ini dan dia mahu bertaubat untuk itu. Tetapi, Menara tidak pula ditulis secara sebegitu terus terang kerana mungkin penulis banyak bercerita tentang prinsip kehidupan. Maka jadilah novel ini bukan hanya kisah seorang pencari tetapi kisah sebuah prinsip perjuangan makna kehidupan.

Wallahu alam

Sumber gambar :
Menara : http://pts.com.my/index.php/buku/menara/
Profile Image for Ummu Auni.
664 reviews
April 27, 2010
Membaca Menara memerlukan pemahaman yang mendalam. Membacanya ibarat membaca metafora. Satu bab tidak berkait dengan bab seterusnya. Jangan mengharapkan yang biasa-biasa dari novel ini, kerana Menara menjentik minda! Pelbagai perspektif divariasikan, malahan cerita yang dibawa banyak menggunakan kiasan, yang sama sekali tidak menjadikan ceritanya 'smooth sailing'/ Membaca Menara seolah-olah membaca puisi yang penuh makna tersirat, yang kadangkala sukar dimengerti. Benar, hingga ke penghujung cerita baru terselak bahawa kecelaruan Hijjaz berpunca dari hidupnya selama ini yang hilang pergantungan pada Tuhan. Barangkali kalau bukan Isa Kamari menulis buku ini, mungkin saya tidak membacanya. Oh, betapa 'berkuasa'nya nama Isa Kamari!

Rating: 3.5/5
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.