Jump to ratings and reviews
Rate this book

Beragama Yang Kehilangan Tuhan: Kembara Ibrah Surah Al-Kahf

Rate this book
Beragama Yang Kehilangan Tuhan membawa pembaca menilai kembali bagaimanakah fungsi agama dalam kehidupan kita hari ini. Adakah fungsi agama terserlah pada setiap dimensi kehidupan, atau agama hanya menjadi ritual kosong?

Memisahkan bahagian physical, intellectual dan emotional daripada spiritual adalah ruang kosong yang membuka peluang untuk Dajjal merosakkan hidup manusia. Manusia memisahkan spiritual adalah manusia yang terputus daripada Tuhan.

Rasulullah SAW telah menekankan Surah al-Kahf sebagai benteng daripada fitnah dajjal. Fitnah yang membawa mazhab materialisme. Materialisme yang bermaksud memisahkan spiritual daripada segenap dimensi kehidupan.

Buku ini membawa pembaca kembara ibrah Surah al-Kahf bagi mengukuhkan kembali hubungan dengan tuhan melalui empat kisah yang dipaparkan dalam Surah al-Kahf. Beragama Yang Kehilangan Tuhan mempunyai citra yang mengambarkan fungsi Surah Al-Kahf dalam membenteng manusia daripada terputus hubungan dengan Tuhan.

202 pages, Paperback

Published December 1, 2022

12 people are currently reading
70 people want to read

About the author

Hasrizal Abdul Jamil

27 books878 followers
Hasrizal holds a Bachelor of Sharia (Honours) from Mu’tah University, Jordan (2001). He is the Director of Education at Khalifah Education Foundation which operates Khalifah Model Schools in Malaysia. An educator and learning designer, blogger, and author, advocate children-centered learning, parenting, and domestic policy.

Hasrizal succeeded in bookwriting after his AKU TERIMA NIKAHNYA (2008) became one of the National Best Sellers. He proceeded with many more books, such as BERCINTA SAMPAI KE SYURGA (2009), MURABBI CINTA (2010), RINDU BAU POHON TIN (2009), SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH (2010), TRANSFORMASI RAMADAN (2011), EDISI ISTIMEWA AKU TERIMA NIKAHNYA – Trilogy (2012), DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU (2012), ERTI HIDUP PADA MEMBERI (2013), TAK KENAL MAKA TAK CINTA (2014), MENALAR MAKNA DIRI: KEMBARA MENJEJAK IMAM BIRGIVI (2014), SETIA DENGAN KEBENARAN (2017), REVIVING THE SPIRIT OF RAMADAN: BEYOND DO'S AND DON'TS (2017), HIKMAH & KARAKTER (2018), JALAN SEHALA (2019), RISALAH #MALAYSIA MEMBACA (2019 co-author), SENI BERFIKIR YANG HILANG (2020), TRANSFORMASI RAMADAN 2.0 (2020), DIARI ABAH (2020), MÄ OON RIZAL (2020), ERTI BERAGAMA YANG HILANG (2021), MENULIS DARI HATI BIAR SAMPAI KE HATI (2021), KAMAR-KAMAR BUDI (2021), KEMBARA MENALAR DIRI: LEGASI IMAM BIRGIVI (2021), SISI BERAKHLAK YANG HILANG (2022), BERAGAMA YANG KEHILANGAN TUHAN (2023), PEDAGOGI RAMADAN (2023), DARI MATA TURUN KE HATI (2024) and IQRA' (2026)

Hasrizal lives in the Republic of Ireland.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
47 (77%)
4 stars
12 (19%)
3 stars
2 (3%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Nuruddin Azri.
385 reviews172 followers
November 21, 2023
This is the 20th Ustaz Hasrizal’s book that I’ve read. If Hikmah & Karakter contemplating on Surah Luqman and Kamar-kamar Budi delve on Surah al-Hujurat, this book reflects on the main messages in Surah al-Kahf.

Looking forward for more book for each surah and one day, perhaps can be compiled into a complete 114 surahs.
Profile Image for Dieyana Ayuni.
93 reviews15 followers
January 16, 2024
Buku yang bagus. Tapi sayang, penerbitnya macam takde editor dalam syarikatnya untuk check kesalahan ejaan. Bersepah-sepah typo. Dah 3 kali beli buku Ustaz Hasrizal terbitan Abedeen Press, ketiga²nya mengecewakan kalau bab typo ni. Tolonglah upah proof reader.
Profile Image for Nanadhoi.
438 reviews45 followers
October 5, 2023
Rating sebenar : 4.9/5.0⭐️

A must read. Kupasan berkenaan ayat Al-Kahfi yang terkandung dalam buku ini sedikit sebanyak membantu saya melihat isu-isu yang sedang berlaku pada hari ini dari perspektif yang berbeza. Buat saya sedar, ada banyak juga hal atau aspek kehidupan yang saya terlupa untuk menghubungkannya kembali dengan aspek spiritual / keagamaan. Huraian maksud ayat-ayat dari Surah Al-Kahfi juga mudah difahami. Ikutkan saya mahu memberi 5.0 ⭐️ penuh untuk buku ini, namun saya kurangkan rating sebanyak 0.1 kerana kesalahan ejaan (saya jumpa lebih kurang 10 perkataan mempunyai kesilapan ejaan) dan pengulangan perkataan (saya jumpa lebih kurang 3 perkataan yang diulang sebanyak dua kali secara berturutan dalam satu ayat) yang agak sedikit mengganggu kelancaran pembacaan. Overall, saya sangat sarankan buku ini untuk dibaca.
Profile Image for Najwa Al Helsy.
61 reviews7 followers
May 21, 2023
M/s 192:

“Kita tidak disuruh beruzlah ke dalam gua seperti Ashab al-Kahf, tetapi kita digalakkan beruzlah pemikiran dan percakapan. Dan natijahnya tetap sama iaitu kehadiran rahmat Allah dalam kehidupan. Hidup kita ini sempit mungkin kerana banyak bercakap benda buruk, maka luaskanlah ia dengan menjemput rahmat Allah melalui percakapan yang baik-baik atau berdiam diri.”
6 reviews
June 1, 2023
Paling terkesan bila baca buku ini tentang takda rasa tuhan itu ada dalam kehidupan seharian. Contohnya waktu bekerja. Sepatutnya waktu bekerja kena bersungguh-sungguh bukan sebab takutkan bos nampak tapi sebab Allah itu maha melihat.
Profile Image for Sen Mariduano.
16 reviews
May 6, 2023
Lepas baca buku ni aku lebih memahami cara untuk beragama.

Apa itu iman, apa itu islam dan apa hasil yang sepatutnya keluar selepas seseorang itu beragama.

Buku ini membentuk cara fikir kita kepada yang lebih baik.

Persoalan yang ditimbulkan dalam buku ini menjentik pemikiran kita untuk merenung dan berfikir dengan lebih tepat.

Secara tidak langsung, buku ini juga memupuk erti syukur dalam diri aku.
Profile Image for Shahirah.
15 reviews3 followers
October 3, 2023
Beragama yang kehilangan Tuhan membawa saya menilai semula kehidupan daripada lensa spiritual, bagaimanakah sebenarnya fungsi agama dapat dipraktikkan dalam setiap dimensi kehidupan.

Jika kita solat tetapi sejauh mana solat itu dapat menjadikan kita lebih tunduk dan sujud di luar solat? Adakalanya kita sendiri terperangkap dalam ritual dan proses beragama tetapi tidak meninggalkan makna. Kita seolah-olah beragama yang terputus daripada Tuhan.

Semakin kita menuntut ilmu, semakin membuatkan kita menjadi seorang yang tidak beradab, kita merendah-rendahkan orang lain. Sepertinya, kita semakin beragama tetapi kita beragama tanpa Tuhan. Seharusnya, ilmu dan rahmat tidak terpisah. Rahmat juga dalam erti kata, orang yang menuntut ilmu seharusnya menjadikan dirinya semakin tunduk dan bertaqwa kepada Allah.

Saya tertarik apabila Ustaz Hasrizal ada menerangkan mengenai Iman yang menjadi sebagai input, Agama sebagai proses dan Akhlak sebagai output. Ia amat membantu dalam memahami kerangka Iman, Islam dan Ihsan dalam bentuk yang praktikal.

Di dalam karya ini terdapat 4 kisah ibrah yang boleh kita jadikan dzikran iaitu sebagai peringatan kepada diri:

1. Kisah Ashab al-Kahf
2. Kisah Pemilik Dua Kebun
3. Kisah Musa dan Khadir
4. Kisah Dzulqarnain

Benarlah, apabila kita kembali kepada al-Quran dan membacanya daripada kaca mata ibrah, kita akan nampak diri kita di dalam kisah-kisah itu.

Penulis memetik kata-kata Sayyid Qutb di dalam Tafsir fi Zilal Quran, Surah al-Kahf membentengi manusia dariapada fitnah Dajjal melalui tiga fungsi:

1. Memperbetulkan akidah/kepercayaan
2. Memperbetulkan cara memerhati dan berfikir
3. Memperbetulkan sistem nilai

Saya teringat ketika sedang berbual dengan rakan mengenai topik ini, beliau mengatakan yang Dajjal tidak menyerang kita melalui tudung kita, serban kita, luaran kita tapi Dajjal menyerang kita melalui ‘software’ dalaman kita. Dajjal akan menyerang pemikiran dan kepercayaan kita. Jadi di sinilah pentingnya, kita menelusuri ibrah yang terdapat dalam surah al-Kahf sebagai benteng untuk melindungi diri daripada fitnah Dajjal.

jika kita hidup tanpa panduan semuanya betul belaka, lalu surah al-Kahf ini memperbetulkan semula kepercayaan, cara memerhati dan berfikir serta memperbetulkan sistem nilai berteraskan kepercayaan. Jangan sampai prinsip kita membelakangi syariat.
Profile Image for Syazwina Johari.
76 reviews10 followers
December 24, 2023
"Semasa sujud pun, hanya kepala yang tunduk, tetapi hati masih mendongak sombong jauh daripada sifat kehambaan. Beragama, jadi beragama yang seperti kehilangan Tuhan."

Tudiaa, baru bahagian prakata di beberapa halaman bahagian hadapan pun dah rasa tertusuk, sentap lagi tersentuh dengan kata² Ustaz Hasrizal. Membuatkan diri ni sendiri terpinar lalu berfikir sambil merenungi ayat tu dengan lebih mendalam. Belum lagi halaman² yang seterusnya lagi.

Solat 5 waktu, rajin bersedekah, lakukan amalan sunat tapi mengapa segala amal ibadah itu tidak dapat mengekang kita daripada melakukan kemungkaran? Kita tetap berbohong, cakap besar, sebar fitnah dan seangkatan dengan nya sehingga org kata kita beragama tapi beragama yang tiada Tuhan. Begitulah persoalan yang diketengahkan oleh ustaz di awal buku

Minta maaf kalau agak "bias" tapi saya sedari awal lagi memegang buku ustz Hasrizal sahaja sudah tahu yang buku ini akan dapat ulasan yang baik walaupun belum mula membaca buku itu lagi kerana selama mana saya membaca buku beliau, tidak pernah gagal dalam membuatkan diri ini berfikir secara kritis dan mendalam sehingga mengubah cara fikir diri ke arah yang lebih baik.

Boleh kata, buku² ustaz Hasrizal lah yang banyak mencorak peribadi dan membaiki hati dan cara fikir saya sebagai seorang muslim.

Berbalik pada buku ini, ia menjelaskan peranan Surah Al-Kahf dalam menjalankan 3 fungsi besar yg berikut:
1. Membetulkan sistem kepercayaan
2. Membetulkan sistem memerhati dan berfikir
3. Membetulkan sistem nilai agar selari dengan Tauhid

Sekaligus mengapa surah Al-kahf disebutkan dalam Al-quran dapat membantu kita untuk melawan fitnah dajal. Ia memperkukuhkan kekuatan mental kita, dari dalaman, iaitu tauhid dan akidah kita. Bukan sahaja ia membantu kita untuk mengukuhkan lagi kepercayaan kita, tapi juga menerangkan bagaimana caranya untuk kita percaya dengan sebaiknya. Bukan sekadar percaya ikut-ikutan semata. Ada caranya yang perlu kita santuni.

Akhir kata, saya tampilkan antara kata² yang saya jadikan sebagai kegemaran dalam buku ini

"Maka kita beriman kepada Allah bukan untuk menghalang musibah daripada datang menguji, tetapi kita menjadi orang yang beriman agar jika musibah itu datang, kita menyambutnya dengan sambutan yang tidak menjadikan kita manusia yang kerugian."
Profile Image for Hidayah Fauzi.
177 reviews3 followers
July 19, 2023
Boleh dikatakan buku tadabbur surah al-kahfi. Bagaimana ust huraikan 4 fitnah (ujian) berkenaan 4 kisah dalam surah ini. Bagimana kita menguruskan harta, kuasa dan ilmu dengan ilmu agama, Tidak memisahkan ketiga2 perkara ini dengan 'spiritual'. Bahkan kita mentauhidkan Allah dengan sebenar2 tauhid. Dalam kesedaran mentauhidkannya. Bukan sekadarikut-ikutan dan menjadi tradisi nenek moyang semata. Buku yang amat baik untuk dipelajari. Dan suka bagaimana ust sentuh penggunaan kalimah arab yang digunakan dalam ayat AQ tersebut.
Profile Image for Shahkang.
Author 13 books81 followers
April 6, 2024
Penjelasan berkenaan 3 cerita dalam surah Al-Kahfi. Penjelasan yang begitu baik berkenaan menentang dajjal, kisah Dzulqarnain dan pemuda gua. Penulis mengakhiri buku dengan menjelaskan falsafahnya dalam pembinaan sekolah model sendiri. Jelas perkaitannya dan prinsip untuk membangunkan ummah melalui pendidikan.
Profile Image for Irfan Muhaimin.
93 reviews3 followers
April 9, 2023
Sering tertanya kita disunatkan membaca surah al kahfi pada hari Jumaat kerana fadhilatnya dilindungi Hari jumaat depen. Disunatkan juga menghafal 10 ayat pertama dan ada pendapat lain 10 ayat akhir untuk selamat dari fitnah dajjal. Kita membaca kerana itu arahan tapi kita tidak memahami apakah disebalik makna dan arahan sedemikian. Dajjal selalu dilihat secara materialisme tapi sebenarnya ancaman sebenar ialah dari aspek kecelaruan dalam sebuah pemhaman agama. Pendek kata ibadah diajar sekadar ritual dan bukan sebuah penghayatan. Surah Al Kahfi diturunkan kerana ada kisah seorang musyirkin quraish minta padangan untuk menyekat nabi, lalu pendeta memberikan tiga soalan andai tidak mampu dijawab maka nabi itu penduata, tiga soalan itu adalah tanyakan kepadanya tentang orang yang hilang dari kaumnya, tentang seorang pemimpin bertawaf timur ke barat kerana besar jajahanya dan terakhir mengenai ruh. Nabi tidak menjawab bahkan menunggu selama 15 hari baru wahyu diturunkan. Jawapan no 1 dan 2 ada jawapan tapi no 3 tidak ada kerana itu perangkap kerana hanya Allah mengetahui alam ghaib. Tiga fungsi utama surah ini adalah memperbetulkan akidah, metodologi berfikir dan memerhati. Memperbetulkan nilai nilai berlandaskan neraca islam. Jadi alkahfi terbahgai kepada 4 iaitu kisah ashabul kahfi, pemilik dua kebun, nabi musa dan khidir dan Dzulqarnain. Buku ini menarik dan tak puasa dibaca
Profile Image for Bayuu Haikalson.
160 reviews2 followers
January 18, 2025
Buku yang banyak buat aku macam tersentap. Ya lah, aku kan manusia yang jahat sikit dalam hidup. 😢

Banyak yang aku belajar daripada buku ini.. ada satu perkataan yang aku google untuk cari maksud dia. Sebab first time kot aku jumpa. Wahhh.

Uzlah. Maksudnya ialah mengasingkan diri. Aku ingatkan typo ke apa. Haha

Tapi sakit hati baca bila banyak typo. Buku dah sedap untuk dibaca dan page turning juga sampai aku banyak kali untuk fahami dan untuk simpan di dalam hati.

Terima kasih my favourite penulis. Jasa mu ku kenang.

1 review
June 11, 2023
Tak sangka saya dapat mentadabbur dari ayat 1 hingga ayat 110 surah al Kahfi melalui buku ini. Sememangnya penulisan ustaz Hasrizal dalam buku ini sangat lain dari yang lain.
Ustaz Hasrizal gunakan terma yang mudah dan moden untuk memudahkan umat zaman sekarang lebih merasai rahsia yang tersingkap di sebalik 4 kisah besar dalam surah al Kahfi. Terbaik
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.