Daripada luaran, ramai yang mencemburui Dhia Dahlia. Gadis jelita yang dilimpahi kemewahan. Tetapi tiada siapa sangka di sebalik semua itu, dia derita di dalam rumah sendiri. Didera mental dan fizikal oleh mama dan kakaknya. Mujur ada ayah yang sangat menyayanginya.
"Aku tak nak kau goda bakal suami Dewi." – Puan Zura "Sanggup mama tuduh Dhia macam tu..." – Dhia "Manusia ni rambut saja sama hitam, Dhia. Dalam hati siapa tahu."- Puan Zura
Kehadiran Aydan menambah masalah hidup Dhia. Lelaki itu sepatutnya menjadi abang ipar dia, tetapi lain pula yang berlaku. Aydan perangkap dirinya!
“Kau diam, boleh tak! Kalau kau nak Dewi selamat, kau diam!"- Aydan "Kau orang berdua memang jahanam! Kalau nak jadi setan jangan libatkan orang lain!"- Dhia
Aydan memang lelaki idaman ramai, tapi bukan idaman Dhia! Bagi Dhia, Aydan adalah Mr Bad Boy. Dhia tak mahu menambah derita sekiranya menerima Aydan dalam hidupnya. Puas dia menolak, tapi Aydan yang licik lebih dahulu bertindak membuatkan kebencian kakak dan mama kepada Dhia makin menggunung.
Rumah tangga mereka dingin dek kebencian Dhia yang menebal. Namun saat melihat Aydan berubah, Dhia jadi lembut hati.
Baru mereka nak bahagia berdua, datang pula badai yang lain. Mampukah mereka bahagia seperti mana kisah dongeng yang telah tertulis?
kenapa aku asyik encounter cerita kahwin dengan perogol ni💀😑 eh penat
fl dah betul dah she awared he's a rapist, a criminal page 97:
"I serius. Bagi I bertanggungjawab atas you," rayu Aydan bersungguh. Dhia geleng kepala.
"No! Nombor satu! Kau perogol! Aku tak gila lagi kahwin dengan perogol! Jijik, tahu tak!"
"Dhia."
"Kau diam! Dengar apa aku nak cakap. Aku takkan mampu terima kau jadi suami aku. Kau dah rogol aku, Aydan! Aku benci tengok muka kau! Benci! Aku tak bodoh lagi nak kahwin dengan lelaki perangai syaitan macam kau ni. Perempuan gila aje nak bersuamikan kau."
i understand the moment Dhia dah sampai depan balai polis nak report but her household trauma holding herself back. we never knew how they felt so i wont invalidate her action and victim blaming. but her father forced her to marry her rapist urgh once again💀
page 139 Dhia's said:
"Demi syarikat... demi duit. Ayah sanggup gadaikan maruah anak ayah. Ayah fikir tak betapa trauma Dhia setiap kali dia datang dekat dengan Dhia? Ayah ada terfikir tak!"
apa yang Dhia rasa as rape victim and after dah kahwin pon bukan mudah dia nak terima Aydan even Aydan dah berubah and merayu bagai nak mati untuk maafkan dia. tak kisah la Aydan tu sedar ke tak, he still raped her😐
oh no dont enable this. kalau macam tu senang je la kan perogol dekat malaysia ni bagi alasan untuk lepas. kalau betul nak buat cerita pasal rapist yang dah berubah, he didnt deserve a happy ending by marrying his victim. Buat dia terima hukuman undang undang yang selayaknya, itu yang betul bukannya pergi jadikan watak utama bercinta kahwin semua ni pastu guna agama SO DISTURBING LAAAAA
Saya ada beef sikit dengan plot macam ni 😂 Kurang gemar. Sebab saya jenis manusia yang realistik. Kurang gemar juga status kayangan dalam buku ni. Muda2 dh ada kereta mahal2.
Dan plot mudah dijangka buatkan bacaan saya jadi lambat dan tak rasa nak habiskan sebab dah tahu apa akan jadi seterusnya.
Overall, ok je buku ni sebab kita nampak karakter masing2 berkembang dan tidak statik macam tu je. Cuma entah kenapa, emosi saya macam tak sampai waktu baca buku ni 🥹 Maybe I'm the problem haha.
Semoga Dhia dan Dewi di luar sana, Allah juga pertemukan dengan insan2 seperti Aydan dan Mike.
Dhia Dahlia. simpati dengan dirinya. didera mental fizikal dengan mama dan kakaknya. nak kata bukan anak, dia dan dewi punya iras serupa. tapi mama tetap lebihkan dewi. ayah dia, sayangkan dia tapi tak pernah ambil tahu apa yang jadi, atau mungkin... tahu tapi tak peduli.
Aydan Adha. dia bukan liar tapi dia bukan lelaki yang mahukan komitmen. suka bebas. dia tak peduli pun apa jadi. yang penting diri dia sendiri.
dan bila aydan mahu dijodohkan dengan dewi, masing-masing seems like, okay... tak ada masalah sangat. cuma yang mula jadi masalah bila dhia terus-terus dibuli mama. tragik, dia ke kelab mencari dewi yang sedang berpeleseran dengan aydan, dia yang masuk lubuk buaya!
aydan ni, walaupun suka mabuk-mabuk tapi dia sangat pasti yang dia tak pernah berlebih-lebih dengan mana-mana perempuan pun. tapi, cakap orang yang tengah mabuk, hmmm... dia bernasib baik jugalah sebab mike selalu ada dengan dia waktu dia mabuk. cuma itulah, dengan dhia entah bagaimana dia terlepas.
dhia mangsa!
dan terus-terus jadi mangsa bila menjadi mangsa tuduhan yang sangat sukar ditepis hingga membuatkan dia dihalau oleh ayah.
sedihnya!
penceritaan cik bawang memang sangat berjiwa. saat dan kenapa aydan berubah memang sangat menyentuh hati. babak dhia rindukan ayahnya dan larut dalam lamunan dalam hujan lebat buat jiwa rasa sebak sangat. payah sangat anak nak raih kasih dan simpati si ayah.
cinta aydan pada dhia sangat terasa. bila berlandaskan kasih pada Pencipta.
watak puan zura ni tak boleh dipandang enteng. disebabkan dia, hidup dhia, hidup dewi dan juga suami dia sebenar sentiasa dalam huru hara.
kenapa?
semua sebab cinta yang buat dia bertahan untuk segala-gala. tempat dia melepaskan amarah kerana cintanya tak bersambut hanya pada dhia. cinta itulah yang menjadi dendam, menjadi bara yang payah hendak dipadam.
anehkan penangan cinta ini.
buat manusia hilang punca. buat manusia sanggup lakukan apa saja.
hingga kadang lupa
cinta pada Yang Maha Kuasa yang lebih utama.
lupa bila selalu menidakkan takdir. lupa bila pantas jatuhkan hukum. lupa bila terlalu yakin kesempurnaan perlu jadi milik diri.
Kisah yg menarik. Byk pengajaran. Dan setiap yg berlaku saling berkaitan. Hidup Dhia yg selalu didera mental oleh ibu dan kakak kandungnya terjawab bila dia tahu apa sebenarnya berlaku. Hidupnya mewah. Ayahnya sgt menyanyangi dirinya cuma dia tidak diterima baik oleh ibu dan kakak kandungnya, Dewi.
Bila Aydan seorang playboy memilih Dhia instead of Dewi, menjadikan keadaan semakin genting. Tetapi Tuan Daud tetap mahu Aydan bertanggungjawab atas apa yg Aydan lakukan terhadap Dhia walau mereka tahu semua angkara bermula dr olah Dewi sendiri.
Aydan yg asalnya goyah dr segi pegangan agamanya mula berubah ke arah yg lebih baik. Dia sentiasa mahu menjadi suami yg baik utk isterinya. Walau permulaan yg sukar utk Dhia terima, akhirnya Dhia pasrah dan redha akan jodoh yg diutuskan oleh Allah utknya.
Moralnya, cinta bisa membuat seseorang itu berubah. Dari seorang yg nakal kpd lebih baik dan juga dari baik kepada seorang yg pendendam. Begitulah yg berlaku kepada keluarga Dhia sendiri dan juga hubungan suami isteri Aydan dan Dhia. Kenapa ibu Dhia melayan buruk Dhia? Marilah baca cerita ini! ☺️ Dan kalau kita menyelami apa yg ada di dlm fikiran Puan Zura, sudah pasti kita akan rasa perkara yg sama seperti yg Puan Zura rasa selama ini. Ermmmmm
Macam biasa karya cik bawang yang ini mantap seperti sebelumnya. Kali ini konflik keluarga Dhia ditekankan kat sini. Dan hero playboy penyelamat Dhia tak lain tak bukan Aydan. Di sebabkan Dewi kakak kepada Dhia ni tak suka adik dia, dia pun buat rancangan jahat untuk perangkap Dhia. Hah di sinilah kisah cinderella Dhia bermula. Selepas itu bertambah gilalah si Dewi sebab tak dapat apa dia nak. Paling tak suka bapa si Dhia mudah sangat kena gula-gulakan dengan Dewi. Geram tahu tak. Rasa nak sekeh jer nasiblah fiksyen. Dahla tu je kot kalau nak tahu lebih lanjut beli dulu hahahah
I suka storyline ni jugak tapi boleh di details kan lagi setiap bab. I lurve Dhia ni sebab garang HAHAHAHA Dia jenis tak bagi muka langsung dkt Aydan. Susah nak cair, apa pun Aydan buat semua tak jalan. Dia akan lembut dengan sendirinya. Love juga punca penghijrahan Aydan, sekurang-kurangnya dia penyabar. This story reminds me of that one particular story which I loveeeee, tp yang tu long version punya. That one is heavy reading but this one is light reading. But both best.
Overall, this story light je penceritaan dia. Konflik cerita ni pun tak heavy, so tak payah pening2 kepala. Gaya bahasa yang digunakan pun santai2 aje. Not to mention cover novel dia cantik gilerr.
Cerita ni even simple, tapi kita tetap dapat mesej yang nak disampaikan.
Dan basically, Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.
P/s: Once you dah baca 1 cerita ni, end up you akan beli semua sequel novel dia, like me 🤣