Tihani tidak pernah menyangka mencintai Khai akan membuatkan perjalanan hidupnya menjadi sesukar ini. Tidak tahu di mana silapnya sehinggakan rumah tangga yang baru setahun jagung dibina berkecai di tengah jalan.
Tidak ada kata penyesalan. Dia ikhlas mencintai Khai walaupun Khai sering meragui dirinya. Meskipun begitu memberikan Khai peluang kedua tidak sama sekali. Bukan kerana hati sudah tak cinta. Namun kerana dia tahu, dirinya tidak akan dapat menandingi kasih seorang ibu.
"Dia pilihan mak abang. Terima ajelah. Bahagiakan mak." - Tihani
"Tapi abang hanya cintakan Hani!" - Khai
Kehadiran orang ketiga di antara mereka membuat Tihani semakin putus asa. Telah diputuskan Khai tidak perlu ada dalam kehidupannya dan Arrian. Dia mampu hidup tanpa lelaki itu.
Pada saat dirinya mampu meyakinkan diri Khai bukanlah sesiapa, Khai hadir lagi. Kali ini dengan cara yang lebih extreme! Tihani bingung, menurut kata cinta atau kata akal yang memintanya mundur.
Namun, di hadapannya berdiri seorang Khai. Lelaki yang telah berjanji untuk sehidup semati dengannya. Siapakah yang patut Tihani dahulukan, Khai yang dicintai sepenuh hati atau sekeping hati yang telah hancur digilis luka?
antara khai dan tihani, entah siapa yang lebih setia pada cinta. adakah tihani yang pada awal tetap mahukan dayn atau khai yang begitu dambakan cinta tihani pada awalnya tapi kemudian seperti tak berperasaan menceraikan tihani.
bertambah payah bila khai yang seolah gilakan semula tihani yang mengandungkan anaknya tapi dilarang tegas oleh puan habsah yang tetap mahukan azira menjadi menantu perempuan tunggalnya. dicerca, dihina, dikutuk tihani semahunya. amaran dan serta ugutan sering diberi pada khai yang terang-terang sangat mencintai tihani.
sesak rasa dada sepanjang pembacaan. mengenangkan betapa payahnya cinta mereka bersatu. tambah bila ibu kandung sendiri menjadi ancaman utama. walaupun kata restu ibu sangat penting, tapi berbaloikah seorang ibu yang sanggup sumpah seranah pada anak yang mahu mencari bahagia. dan mahu anak itu hanya mengikut kata dan kemahuannya. ibu apakah itu?
khai pula. walaupun pada zahir boleh kata dia ni seolah lembik dan tak pandai nak buat keputusan sendiri, tapi memikirkan ibunya yang melakukan onar, tak tegar dia nak melawan. dirinya tidak dididik untuk menjadi anak derhaka apatah lagi kerana seorang wanita. tapi, bila dia terlalu menurut, ibu sendiri yang menganiayanya! macam mana pula tu?
tihani. dia kuat. sangat. walaupun banyak bahaya yang dia tempuh, sampai ada mahu rebah, tapi dia bangkit walaupun terpaksa bertongkat. kuatnya dia. dan lagi bila punya kawan seperti adrina dan dayn yang sentiasa punya masa untuknya.
olahan dan penceritaan penulis ini memang sangat menarik. akak sebenar dah lama jatuh cinta dengan gaya olahan dan penggunaan bahasa oleh penulis AK Raffhan ni. sangat-sangat sedap baca tau. banyak perkataan yang sangat jarang jumpa yang beliau gunakan. jatuh cinta berkali-kali.
bonus. cinta tanpa lafaz dan petikan manuskrip aishah pun best. cinta tanpa lafaz kisah adrina dan dayn yang menunggu kelahiran cahaya mata dan manuskrip aishah ni ... bukan aishah ni anak yang adrina dan dayn bela ke?
hidup ini memang penuh cinta yang sebenarnya. dan paling utama - cinta pada Yang Maha Esa. selagi menjaga cinta kita dengan-NYA, yakinlah, kita manusia takkan mudah kecewa dengan segala dugaan yang merentangi jalan kehidupan. akan ada simpang yang tak terjangka dek minda.