Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bekalan di Sepanjang Jalan Da'wah

Rate this book
12 people are currently reading
164 people want to read

About the author

Mustafa Masyhur

10 books19 followers
ASY-SYEIKH MUSTAFA MASYHUR dilahirkan pada 15 September 1921 di Kampung Sa’din, dari kota Manya al-qamh, Mesir. Beliau terdidik di dalam suasana keluarga yang berpegang teguh dengan agama. Beliau mengikuti penulis desa sejak berumur dua tahun. Kemudian memasuki sekolah rendah di desanya. Selepas itu ke sekolahI’dad di Manya Al-Qamh. Beliau meneruskan pengajian di sekolah tsanawiyah di Zaqaziq, setelah tinggal di Zaqaziq selama dua tahun. Beliau pindah ke Cairo dan menyempurnakan sekolah tsanawiyahnya di sana, dan seterusnya melanjutkan pelajaran di university Al-Azhar Cairo, dan tamat pada tahun 1942.

Beliau menyertai Ikhwanul Muslimin lapan tahun selepas penubuhannya iaitu pada 1936. Kisah penyertaan beliau bermula ketika beliau tinggal di Kaherah. Di sana beliau sering ke masjid berhampiran kediamannya. Suatu hari ketika di masjid beliau melihat seorang lelaki sedang menyebarkan risalah tentang ceramah agama di sebuah masjid lain.

Kerana sifat beliau yang sangat cintakan ilmu dan majlis pengajian agama, beliau menghadirkan diri ke majlis itu. Di akhir ceramah , penceramah berkenaan mengumumkan tentang kehadiran seorang lagi tokoh tersohor ke situ untuk menyampaikan ceramah iaitu Imam Hassan Al-Banna. Di pendekkan cerita beliau akhirnya jatuh hati terhadap ceramah dan isu-isu yang dibawa penceramah tersebut. Beliau akhirnya menyertai Ikhwanul Muslimin lapan tahun selepas penubuhannya iaitu pada 1936.

Beliaulah antara yang menjadi tonggak Ikhwanul Muslimin sejak beliau menyertainya. Dalam memperjuangkan amanah agama beliau beberapa kali dipenjarakan iaitu sehingga 19 tahun . Beliau dimasukkan ke dalam penjara tentera ketika berusia 33 tahun. Apabila beliau dihadapkan ke mahkamah tentera, dalam perbicaraan yang tidak sampai tiga minit, beliau telah dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun. Beliau juga telah dikurung dalam penjara bawah tanah dan kemudiannya ditahan di penjara padang pasir. Bukan itu sahaja beliau juga telah dipukul ratusan ribu kali. Kedua-dua tapak kakinya dipukul dengan sebatang alat keras sehingga menyebabkan tulang di kedua-dua tapak kakinya menjadi reput. Kesan akhirnya, beliau menjadi tempang,
Beliau dipenjarakan semasa pemerintahan Jamal Abd. Nasir.

Untuk menyelamatkan diri, beberapa ketika sebelum penangkapan beramai-ramai dilakukan pada 1971 beliau berhijrah ke Kuwait.Beliau kemudian tinggal di Jerman selama lima tahun dan di sana beliau mengatur gerakan menyebarkan pengaruh Ikhwanul Muslimin ke seluruh dunia.

Kali terakhir beliau dipenjarakan ialah pada 1965-1971.

Beliau pulang ke Mesir ketika Syeikh Umar Tilmisani menjadi Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin. Tidak lama kemudian Syeikh Umar Tilmisani meninggal dunia . Jawatan Mursyidul Am kemudiannya diambil-alih oleh Syeikh Hamid Abun Nasr dan Mustafa Masyhur menjadi timbalannya. Setelah Syeikh Hamid meninggal dunia pada tahun 1996, Syeikh Mustafa Masyhur dilantik sebagai penggantinya. Februari 2002 beliau sekali lagi dipilih untuk meneruskan khidmatnya sebagai Mursyidul Am. Pemilihan tersebut dibuat selepas Ikhwan membuat pindaan tempuh khidmat Mursyidul Am kepada enam tahun. Syeikh Mustafa turut diundang menyampaikan ceramah di serata dunia. Bahkan ketika permulaan krisis selepas kemenangan mujahidin di Afghanistan, beliau mengetuai delegasi pemimpin-pemimpin gerakan Islam seluruh dunia pergi ke Kabul untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin.

Beliau menjalankan amanah memegang jawatan Mursyidul Am yang disandangnya sejak 1996 hinggalah keadaannya yang sudah tidak berdaya lagi pada 29 Oktober 2002. Sejak itu, jawatan berkenaan dipangku oleh Ustaz Makmun Hudhaibi.

Pada 29 Oktober 2002, selepas pulang dari pejabatnya, beliau berehat seketika. Apabila azan Asar dilaungkan, anak perempuannya cuba mengejutkannya daripada tidur. Sebaik terjaga daripada tidur, didapati dirinya begitu tidak bermaya sekali. Beliau diserang sakit.

Melihatkan keadaan bapanya, si anak menasihati Syeikh Mustafa supaya menunaikan solat di rumah sahaj

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
26 (61%)
4 stars
6 (14%)
3 stars
4 (9%)
2 stars
6 (14%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Peminat Buku.
20 reviews6 followers
February 19, 2010
Perlu baca untuk memahami bekalan para daie

Bidang: Dakwah
Tajuk: Bekalan di Sepanjang Jalan Dakwah
Penulis: Mustafa Masyhur
Penerbit: Dewan Pustaka Fajar
Diulas oleh: Nida Fatin Mat Asis

Buku “Bekalan di Sepanjang Jalan Dakwah” merupakan buku yg sewajarnya dibaca dan lebih-lebih lagi dihayati oleh para dai’e dan aktivis gerakan islam. Dalam keghairahan menyambung tugas Ar-rasul menyampaikan mesej islam kepada segenap manusia, para dai’e harus menyedari bahawa mereka sendiri perlukan bekalan yg cukup bukan sahaja dari aspek ilmiah tetapi juga dari aspek imaniyyah dan ruhaniyyah. Hanya hati yang bersih dan penuh keimanan sahaja yang mampu menyentuh hati-hati lain untuk turut sama berada dalam “gerabak” dakwah ini menuju redha Illahi.

Seiringan dengan ini, penulis meletakkan penekanan yang jelas pada permulaan buku tentang keutamaan jalan dakwah ini dalam hidup seorang daie dan kepentingan memeliharanya. Setiap langkah dalam jalan dakwah ini diiringi dengan tuntutan demi tuntutan, samada dalam bentuk kewajipan mahupun dalam bentuk pengorbanan. Di samping itu, penulis juga mengutarakan beberapa cabaran yang bakal dihadapi oleh mereka yang memilih jalan dakwah ini. Semua ini memerlukan bekalan IMAN dan TAKWA yang utuh untuk setiap daie menghadapinya. Pada pendapat saya, bab ini telah dikupas dengan begitu teliti dan dengan penuh penghayatan oleh penulis melalui pengalamannya yg bergitu luas sebagai salah seorang peneraju utama gerakan dakwah islam di Mesir; Ikhwanul Muslimin.

Setiap pembaca yang melalui permulaan buku ini tadi dengan hati yang terbuka dan mengharapkan petunjuk Illahi, pasti akan teruja utk meneruskan pembacaan pada bab-bab seterusnya utk mengetahui apa sebenarnya BEKALAN yang diperlukan itu dan wasilah-wasilah yang ada untuk memperolehinya. Hanya hati yang dengan jujurnya merasakan bertapa perlunya kita kepada bekalan-bekalan tersebut, akan dapat menghayati keseluruhan buku ini dengan sebenar-benarnya. Hati-hati ini akan tertunduk dengan penuh kesyukuran bila menyedari bahawa Allah, dengan segala belas ihsanNya kepada hambaNya, tidak pernah meninggalkan kita untuk menempuh liku-liku jalan ini dengan bersusah-payah tanpa petunjuk dan bantuan dariNya. Ini kerana pada akhir buku ini, kita akan menyedari bahawa Allah telah menyediakan pelbagai BEKALAN dalam setiap kata-kata, ciptaan dan pemberianNya, jika kita punyai hati yang cukup celik untuk menyedari hakikat tersebut.

Semoga buku ini menjadi daya penolak untuk setiap daie menyediakan diri mereka dengan bekalan yang cukup untuk menghadapi jalan dakwah ini sehingga ke hembusan nafas yang terakhir insyaAllah.

Sumber: http://msmemsy.wordpress.com/2009/03/
Profile Image for Laila Hassan.
3 reviews4 followers
March 11, 2015
Di beri task untuk baca buku ni sebelum pergi katibah.

Kekuatan ruhiyyah tu mmg sgt penting untuk daie lebih2 lagi kita nak menghidupkan hati orang lain, hati kita perlu lagi hidup. Perkara pertama kita perlu faham adalah kita membawa manusia kepada Allah so connection kita dgn Allah perlu kukuh dan mantap.

Bukan mudah nak maintain iman yang tinggi sentiasa, tapi Allah melihat usaha.

And buku ni memberi gambaran yang jelas macam mana sesuatu amal tu boleh menjadi bekal untuk seorang daie di jalan dakwah ni.
Kadang2 kita sering merungut futur bila jauh dari usrahmate atau perempuan yang datang bulannya "if this happen then you are doing it wrong"

Profile Image for Sabrina Lye .
12 reviews
July 2, 2011
terasa nak mengulang buku ini untuk mengutip mutiara daripada penulis, Semoga Allah terus merahmati penulis buku ini, dan segala apa yang di baca dapat diamalkan. inshaalllah.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.