Sirah Nabi ialah kisah-kisah yang berlaku dalam kehidupan Nabi SAW. Dalam sirah, terdapat banyak sekali pengajaran dan tauladan yang kita boleh pelajari dan contohi untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Cerita sirah ini merupakan warisan daripada generasi Islam terdahulu. Antara sirah yang kita ulang-ulang penceritaannya saban tahun adalah kisah Israk dan Mikraj. Ia merupakan satu mukjizat besar yang Allah berikan kepada Nabi-Nya. Setiap umat Islam wajib mengimani bahawa peristiwa ini berlaku. Namun demikian, terdapat pelbagai riwayat yang lemah dan palsu, tidak patut diceritakan oleh penceramah di meja kuliah telah tersebar luas. Justeru, buku ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran yang benar berkenaan peristiwa ini, merungkai kerumitan dalam beberapa isu, menjelaskan status sebahagian riwayat dan menjawab sebahagian persoalan pembaca berkenaan peristiwa yang agung ini.
Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tasek, Ipoh dan Sekolah Menengah di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Berangkat ke Jordan pada tahun 2001 untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Mu'tah, Jordan. Bekerja sebagai guru sandaran di Sekolah Raja Perempuan Taayah Ipoh pada tahun 2006. Berkhidmat di Majlis Agama Islam Perak sebagai pegawai zakat pada tahun 2007. Pada tahun 2008, dilantik menjadi tutor di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI. Telah menyambung pengajian Sarjana Hadith di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) pada tahun 2008 seterusnya menyambung pengajian peringkat PhD di University of Jordan pada tahun 2011 di bawah tajaan UPS dan tamat pengajian pada 1 Disember 2014. Dilantik menjadi pensyarah kanan di UPSI pada tahun 2015 dan tahun 2019 telah dilantik menjadi Profesor Madya di universiti yang sama. Beliau sekarang ditugaskan menjadi Ketua Jabatan Pengajian Islam di Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.
alhamdulillah, bacaan yang sangat sesuai untuk yang ingin tahu tentang israk mikraj dengan lebih terperinci tetapi khuatir dengan info-info yang tidak sahih, diragui dan sebagainya.
buku ini lengkap dengan : - peristiwa israk mikraj secara kronologi - kisah sahih dan tidak sahih berkaitan israk mikraj - soal jawab mengenai israk mikraj
buku ini ada jugaj rujukan bagi setiap hadis yang berkaitan, status hadis, perawi, sanad dan status hadis itu. kalau hadis dhoif, palsu dan sebagainya pun ada diberikan hadis itu untuk dibaca dan kenapa hadis tu tak dipakai.
banyak yang dapat saya pelajari dari buku ini. dulu tahu pasal israk mikraj dari buku teks sekolah agama je. sekarang alhamdulillah, ilmu lebih terperinci sedikit berbanding sebelum ni. terima kasih Prof Dr Rozaimi dan penerbit the Sunnah Press untuk buku yang bermanfaat ini. wallahu'alam.
Sebuah buku yang memberikan fakta-fakta sebenar mengenai peristiwa agung Israk & Mikraj. Kebanyakkan dari kita biasa mendengar pelbagai cerita yang tidak sahih tentang peristiwa ini seperti ada batu yang ingin turut serta dan Rasulluah SAW dilarang meninggalkan capalnya. Banyak lagi cerita yang tidak shahih yang menyebabkan ibrah peristiwa ini lari dari capaian kita.
Buku ini menarik, sarat dengan fakta & banyak ilmu yang dapat dikutip. Namun terpaksa bagi 3 bintang saja sebab persembahan buku ini tak menarik. Sangat banyak perkara yang perlu dibaiki antaranya:
1. Nota kaki patut ditulis dengan font kecil lagi supaya tak ganggu isi utama. Ada page yang tak ada isi utama tapi penuh dengan nota kaki sahaja
2. Kesinambungan point 1, pihak editor patut tetapkan matan hadis & terjemahan tak payah la jadi nota kaki. Baik muatkan saja dalam main text & darjat kesahihan hadis tu dimasukkan dalam nota kaki. Lebih senang baca & flow lagi cantik
3. Bab kisah sahih atau tak, patut susun dengan lebih baik. Mungkin senaraikan yang sahih dulu, lepas tu tak sahih. Again, sama macam point 2, letak matan hadis & terjemahan kat main text supaya lagi puas nak baca
4. Team editorial patut buat benchmarking macam mana nk persembahkan gaya penulisan buku. Tengok macam mana mereka susun point, susun nota kaki, pemilihan font dan saiz.
Maaf, banyak isu teknikal sahaja. Saya pencinta buku & persembahan buku ni salah satu faktor untuk membuatkan orang tertarik nak baca.