Luth dan Khayla. Dua jiwa yang meronta dalam keperitan dan kesepian ditemukan sangkala hujan lebat membasahi bumi.
"Awak takutkan saya? Saya ni cuma seorang lelaki kacak yang tak berdosa." - Luth
Apabila dengan Khayla, Luth jadi 'badut'. Suka cakap merepek. Tapi itu juga yang buat Khayla jatuh sayang.
Di sebalik sayang itu, hati Khayla masih berat menanggung duka. Kata Athirah, dirinya ibarat Medusa. Cerita yang digembar-gemburkan tentang Medusa semuanya jahat! Medusa boleh menukarkan seseorang menjadi batu hanya melalui pandangan mata.
Tapi... Kenapa Luth rasa dia sukakan konsep itu? Jika Khayla merupakan seorang 'villain', Luth berbesar hati untuk menjadi 'partner in crime' buat Medusa yang tersakiti!
Buku ni bagi aku ada plot cerita yang cliché, tapi tak bosan. Haa faham tak macam tu. Dia macam cerita yang selalu kita baca ML kaya dengan FL yang miskin serba sedikit dengan terpalit dengan masalah dan konflik keluarga. Cerita yang selalu kita jumpa dengan penulis lain, tapi tak bosan sebab jalan cerita smooth je.
Bagi aku, plot cerita ni ada flow. Satu-satu masalah muncul. Penulis juga rungkai satu-satu. Rasanya tak ada yang terkurang dekat plot cerita. Realistik dan boleh diterima akal. Ok, pass. ✅
Overall, cerita ni ada manis ada pahit ada comel gitu. Tahap pain tu tak kuat sangat bagi aku, light je, mungkin sebab konflik keluarga bukan konflik hubungan FL dan ML. FL dengan ML pula saling memahami gitu.
Apa-apa pun, syabas buat karya pertama penulis. Lepas ni nak baca MJ pula.
Buat pembaca yang baru nak cuba karya daripada penerbit Lawa Lingo, boleh cuba baca novel ni.
Disaat memerlukan kisah cinta yang indah nak baca (sebab kisah sendiri dah jadi tragedi), terdetik hati nak try Medusa.
Berpaksikan kepercayaan review dekat goodreads ni, saya buat pilihan betul lah ni.
Manis ya. Semanis Clafoutis. Luth Anaqi ni kan mulut takda border. Main cakap ja ikut sedap dia. Nasib baik ko ni lawak je bang. Sangat green flag !!! Cakap lembut, manis bergula, menenangkan jiwa dan semestinya rupa pun ada.
"Saya ni cuma seorang lelaki kacak yang tak berdosa" Hahahaha menyampah
Tapi satu ja kureng, Luth rude sangat dengan nenek tiri dia. Tu tak okay lah. Benci bukan tiket free untuk kita jadi biadab.
"Saya ada. Saya ada disini dengan awak"
Takda luck bercinta takpa ya semua, nanti kita sama sama berdiri tengah hujan. Mana tahu ada yang nak tolong teduhkan.
Terima kasih Heartsara. Let’s just live our dreams with our eyes open.
Btw Luqman single tak? What Luqman wants, Luqman gets. Kan?
'Komen negatif pun kadang-kadang mampu bantu seseorang tu untuk menjadi lebih bagus.'
'...tak kesahlah seteruk mana pun sesuatu tempat tu, kalau kita bersama dengan orang yang betul, semuanya akan jadi manis.'
'Kata orang, seseorang itu hanya akan berkongsi kesusahan dan kepayahan yang sering berlegar dalam minda mereka dengan orang yang mereka cinta.'
________
Luth dan Khayla pertama kali bertemu secara kasual ketika masing-masing mempunyai hidup sendiri, dan bertemu semula beberapa tahun selepas pertemuan pertama mereka ketika kedua-duanya sudah melalui perkara besar dalam hidup mereka, yakni pengkhianatan daripada orang-orang dalam hidup mereka. Kebersamaan yang serupa mengikat dua hati untuk saling mencintai, dan bersama merungkai simpulan kehidupan yang mengusutkan mereka satu detik dulu dan kini. ________
Medusa; membawakan kisah dengan tema cinta yang biasa pada saya, dalam masa yang sama menyentuh lebih banyak persoalan tentang hubungan dalam kekeluargaan yang juga tidak begitu rumit konfliknya -- kebanyakkan perkara yang disentuh dalam jalan cerita berkisar akan hal tentang sebuah salah faham, pengkhianatan, ambil kesempatan, dan konflik semisal dalam drama-drama melayu yang ada.
Sebuah buku dengan penulisan yang santai dan olahan yang ringkas, tetapi pada satu-satu masa boleh buat saya bingung apabila terpaksa set semula suasana gambaran dalam kepala kerana ada babak tidak begitu diterangkan dengan baik dari segi detail ataupun barangkali susunan memasuki babak itu yang tidak begitu jelas -- ada satu masa di mana saya kira watak-watak sedang duduk bersembang, tapi di hujung-hunjung ayat barulah dinyatakan yang mereka sedang berjalan rupanya. Graf bacaan saya dalam keadaan sedikit datar, kerana titik klimaks itu tidaklah terlalu tinggi daripada titik lain dalam garis perjalanan cerita. Plot yang sememangnya fast-paced dan tidak meleret, yang namun sedikit terlalu tergesa-gesa pada pandangan saya sehinggakan kebanyakkan benda yang diutarakan terasa hanya disentuh pada permukaan sahaja, ditambah pula dengan naratif yang lebih banyak memberitahu menyebabkan ada beberapa perkara dalam jalan cerita tidak meninggalkan kesan yang signifikan pada saya; seperti kejadian apabila Khayla menerima bunga daripada Luth, yang lelaki itu nak bagi pada Yana tapi budak penghantar tersalah beri pada Khayla -- benda tu sudah tidak disentuh lagi sepanjang jalan cerita sedangkan pada saya ia sesuatu yang nampak penting kerana takdir bagai sudah menemukan mereka sebelum mereka bertemu secara bersemuka pun lagi; kisah cinta Luth dengan Qistina yang saya rasa terlalu singkat untuk jadikan lelaki itu untuk 'bersumpah tidak akan gadaikan jiwa dan raganya lagi buat mana-mana perempuan'; Luqman yang bagai ada rahsia disebalik hidup lelaki yang 'menganggur' ini; trauma Khayla dengan hujan dan usaha Luth untuk bantu Khayla untuk tangani benda itu; dan paling utama saya rasa ialah kisah cinta Luth dan Khayla yang saya rasa macam tu sahaja, tuptup sudah jadi kekasih. Ringkasnya banyak persoalan yang tidak dirungkai dengan cara yang dapat memenuhi citarasa saya sendiri secara peribadi.
Satu hal yang saya suka ialah pada konflik kekeluargaan yang dibawakan oleh penulis -- tidak semua orang dilahirkan dalam hubungan kekeluargaan yang harmoni, dan ada yang terpaksa hidup melalui jalan hidup seperti Khayla ini walaupun pada akhirnya air yang dicincang tidak akan putus. Justeru, penyelesaian konfliknya sesuatu yang sudah dapat ditebak dan menjatuhkan sedikit jangkaan saya. Dek kerana metafora pada tajuk buku yakni Medusa, saya menjangkakan konflik yang lebih dalam malah saya sudah bersedia dengan rintangan yang akan dapat mengganggu emosi. Tetapi satu hal ini tidak saya temukan, menjadikan ikatan emosi dengan watak mahupun keseluruhan cerita hampir tiada atau lebih tepatnya tidak sempat tercipta, apatah lagi seperti yang sudah saya sebut, penceritaan penulis banyak berada hanya pada permukaan sahaja. Disamping itu, maaf terlebih dahulu, ada satu hal yang saya tidak suka iaitu pada naratif perempuan bertudung belum tentu baik, dan begitulah juga sebaliknya pula, yang cuba disampaikan -- sebab benda ini adalah dua perkara serupa yang tidak ada yang lebih baik berbanding yang satu atau lebih buruk berbanding yang satu pula -- tidak menutup aurat adalah salah di sisi agama, berperangai jahat juga sama.
Seterusnya pada watak-wataknya pula, entah kenapa pada saya banyak gambaran watak ini tidak kena dengan perwatakan mereka, sedikit kontradiksi. Dan sekali lagi saya rasakan perwatakan watak juga, sama, tidak diselami dengan cukup 'dalam', menjadikan mereka tidak begitu meninggalkan impresi yang kuat pada saya walaupun ada perubahan ketara yang dapat kita lihat dalam perkembangan mereka. Satu hal lagi yang saya perasan, watak-watak dalam buku ini seperti memilik lenggok yang sama dalam tutur mereka semua, bahasa masing-masing hampir sama nadanya apabila saya baca dalam kepala walaupun watak berbeza usia, lagi-lagi apabila watak Khayla mula bertekak dengan watak-watak antagonis yang lain -- sedikit tidak berkenan pada jiwa saya bahasanya.
Akhir kata, secara ringkas, melihat kepada ulasan saya sendiri yang rasanya banyak mengkritik ini tidaklah bermaksud buku ini sendiri tidak cukup baik. Hanya sahaja pada citarasa peribadi yang tidak dapat saya penuhi. Apa-apapun, kalau ada pembaca yang mencari buku yang tidak rumit, ringan, dan pantas jalan ceritanya dan berkisar pula pada tema cinta, maka Medusa ialah bukunya. Saya pasti ada yang akan dapat dipenuhi akan citarasa mereka, buat yang membaca buku ini, berbanding saya sendiri.
For those yang nak cari bahan bacaan yang santai dan manis. Saya rekomen untuk kalian baca Medusa. Mengisahkan tentang Khayla & Luth Anaqi. Kedua-dua mereka tidak bernasib baik dalam percintaan. Tapi, mereka dipertemukan tepat pada masanya dan pertemuan kali kedua merupakan titik permulaan.
Watak Luth Anaqi memang penulis cipta untuk bagi pembaca rasa ada rama-rama dalam perut kot? Kan? . Sebab suka the way dia layan Khayla and dia punya sweet talker tu ya ampun. Manis banget. Haha. Kontra dengan Khayla yang strict haha. Mujur la Khayla ni bukan hati batu. Member dah bagi hint nak try nasib baik la faham. 🤪
Konflik yang ada dalam Medusa melibatkan hubungan kekeluargaan. Tak kira samaada Luth atau Khayla. Kedua-dua mereka mempunyai masalah yang sama. Tapi saya puas hati sebab konflik yang ada dapat diselesaikan dengan baik. Walaupun saya ada mengharapkan sesuatu yang setimpal buat mereka-mereka yang sentiasa menyakiti hati Khayla. Banyak yang boleh dipelajari dalam Medusa.
• Fahami pasangan kita. Jangan terlalu pentingkan diri sendiri. Hanya demi keselesaan & kemewahan yang kita inginkan. Kita lupa untuk melihat struggle pasangan kita demi memenuhi kemahuan kita.
• Lari dari masalah bukan jalan penyelesaian yang terbaik. Selesaikan & jangan biarkan ianya melarat.
• Anak pengukur kebahagiaan? . Ini memang hal sensitif. Kita juga tak tahu apa perancangan pasangan tersebut atau mungkin memang belum rezeki mereka untuk menimang cahaya mata sendiri. Jadi, tak perlulah letak anak itu sebagai pengukur aras pasangan itu bahagia atau tidak. Ujian yang berbeza Allah berikan. Maka, jangan dipersoalkan.
• Kenapa bila lelaki sudah menjaga sehabis baik hubungan kalian. Kau nak curang? . Punya susah nak cari yang setia dan betul-betul jaga batas. Senang-senang je nak curang hargh streghsssss.
• Jangan TERlalu lurus bendul. Berani untuk cakap tidak. Jangan diturutkan permintaan orang hanya semata-mata sebab orang tersebut minta. Kadang-kadang orang pergunakan kita saja.
Saya suka dengan cara penulisan penulis. Jalan cerita juga simple dan watak-watak yang ada saling melengkapi cerita. Tersusun dan yang penting
1) Jalan cerita dah nice. Konflik pun ada. Cuma, executionnya macam tak sampai.
2) Most scene macam sangat touch and go je. Not being developed properly. Contoh macam pasal trauma Hayla. Ehhh gitu je they heal the trauma?
3) Ending dia sangatlah drama TV3 hahahaha.
4) Tak tahu nak kata hero dia green flag or tak sebab macam ehhh tiberrr aje semuanya. Tapi okaylah ada scene yang buat saya giggling on my own.
Conclusion: Buku ni okay je as light read. A good attempt. Tak sabar nak baca the author's 2nd book: MJ. That book lagi tebal so hopefully the character development tu executed nicely.
Its a love story from Heartsara. Between Khayla dan Luth. Khayla tersepit antara sayang dan sakit hati. Luth tersepit antara dendam dan sayang. Titik pertemuan antara keduanya ialah, HUJAN! Trauma Khayla dengan hujan memberi peluang kepada Luth.
1. The cover lost the star. In my opinion, the cover could be better.
2. Medusa ni pun bawak conflict keluarga jugak. Memang jelas terpampang conflict keluarganya. Baik dari pihak Khayla dan jugak pihak Luth. Conflict tempat kerja yang diselitkan penulis pun sangat relatable dan tak nampak kekok.
3. Character development Khayla, Athirah, Luth ni sebenarnya expected dan predictable. The only thing yang menjadi tanda tanya is how they're going to react and resolve the issue. Dan walaupun Athirah bukan MC tapi involvement Athirah ni terlalu dekat dengan cerita Khayla. Jadinya development character dia pun antara yang dah diexpected.
4. Details. Medusa adalah antara yang paling tebal antara Trio Dear Reader yang dikeluarkan Lawa Lingo. Walaupun banyak repeating scene hujan sebab I guess nak kuatkan lagi the statement yang Khayla is trauma with the rain, the detail is on point. Luq investigation antara scene yang nampak real jugak. Its expected yang Luq memang akan does what he does. Luth's work description pun antara details yang boleh di-tepuk-tangan-kan.
5. Buku yang best antara sebabnya ialah ending yang ditutup dengan kemas dan elok lawa kejadiannya. Cinflict solve. Penghujung cerita tak rushing. Ending smooth. Chef's kiss.
Itulah kata-kata Luth untuk pujuk Khayla dengan cuaca yang hujan sewaktu kali pertama pertemuan mereka selepas beberapa tahun 🥺
Luth ni nampak je pendiam, tak banyak cakap tapi bila dengan Khayla ha mulutnya macam bertih jagung tau 🤣 banyak aje benda yang dia nak sembang dengan Khayla sampaikan dia rasa dirinya macam badut sebab nak buat Khayla senyum dan ketawa 🥹
IM SCREAMING!! Seriously buku ni? 😳 Yes please, tolong lah baca. Zu tak nak cakap banyak. Just baca. Selalu orang kata nak storyline yang pain sedih with a little sweetness, tapi buku ni terbalik. Buku yang manisnya overload with some little bitter? BUKU NI WEH! 😩
૮꒰ ˶• ༝ •˶꒱ა ♡
Naik buta mata zu baca betapa hijaunya seorang Luth Anaqi ni ya 😮💨 fikir Luth, dia kena jadi air kalau Khayla apinya. Dengan apa yang terjadi pada Khayla dan keluarganya, Luth tahu dia kena buat sesuatu. Conflict yang tak terlalu heavy dan bagi zu setiap watak ada endingnya tersendiri.
Selain dari storylinenya, buku ni floppy and besar 😌 puas hati tau zu buka luas, nak conteng nak tabbing semua and zu lurve sangat ❤️
૮꒰ ˶• ༝ •˶꒱ა ♡
Ada pula satu part ni yang Khayla bebel bukan main panjang and Luth just being Luth yang suka kacau and sakat wife dia 🤣
SUDAHLAH BAGI ZU JE LAH YANG DUDUK BAWAH HUJAN LEPASNI LAYAN SENDU 😤✋🏻
૮꒰ ˶• ༝ •˶꒱ა ♡
Plus, the friendship between Luth & Luqman sangatlah buat zu terhibur 🤣 ada je tau dua mamat ni and the ending? Buatkan zu sangat curious dengan Luqman 🤔 omw nak baca buku MJ, zu nak kenal Tengku Luqman pula ni 🏃🏼♀️💨
Fast paced. Suka sebab penggunaan bahasa inggeris bagi aku takde error. Aku pet peeve sungguh kalau ada kesalahan grammar walaupun novel melayu. But for medusa, kudos to author and both editing team. At first, maybe 4 tapi setelah kupikir, 5 lah! Showing my support for this new author. Teruskan berkarya pls Heartsara. <3
1. Khayla. Loveee sangat sebab badass. Betul la dah tahun 2023 ni marilah kita kurangkan gambaran heroin lembik. Women are powerful okay! Suka mulut puaka dia. How she stands for herself.
2. Luth. Kalau bebetul wujud memang aku dah cubit pastu aku lamar dia. He is someone you would love to have around you dalam waktu susah. Rasanya kalau rasa sukar pun, if you're with Luth semua rasa smooth. Hhaahhaha suka cara dia pujuk dan nasihat Khayla. Gegadis diluar sana, inilah contoh lelaki yang layak dijadikan suami. Full package! Sayonara to cold hearted ML. This time, it's all about funny guy okayyyhh
3. Mak long. Hmmmmmmmmmm. NO komen. Sila baca sendiri kalau curious pasal si tua ni. Daku dengar cite Medusa dah sold out kat publisher. What i can say is, once dorang dah reprint Medusa please go and get this book sebab aku rasa worth untuk dibaca. Nak hasut lelebih takut korang cari, lah sold out rupanya! Will up my review post nanti once dorang restock mwahahhaha semoga teracun. Btw Light read jahhh sebenarnyah.
4. Aku suka macam mana semua konflik diselesaikan. Takde satu yang tertinggal kecuali! Part bunga ros tu????? HELLO HEARTSARA saya nak Khalya tahu siapa yang hantar okeh?
5. Basically for me, very minimal almost to no plothole for this cerita. Aku suka dan love sebab im a sucker untuk cerita berasaskan family camni. Banyak pengajaran yang kita boleh dapat.
psssttt: lelaki kalau nak ngorat, silalah baca medusa. ramai akan setuju dengan i bahawa Luth tu flirty tahap bawak gaduh!!! Kalau i pun boleh jatuh tergolek agaknya dengar pikapline dia. kbyebye.
pssttttt lagi sekali. NI nak gaduh gak dengan heartsara. pasaipa Luqman takat situ je ceritanya? Sambung ya sambung. saya nak tahu apa jadi dengan biawak hidup hensem tu.
sekali lagi, kudos Lawa Lingo dan Heartsara untuk naskhah ni. <3
1. Medusa ni kisah pasal Khayla yang duduk dengan nenek dia lepas kematian parents. Tapi maklong dengan sepupu dia Athirah bencikan dia. 2. Lepas satu kejadian dia tinggalkan kampung dan kenal dengan this guy, Luth Anaqi. So cerita ni basically kisah cinta antara Khayla & Luth how they managed to overcome masalah keluarga mereka. 3. First of all, macam biasa aku suka sebab buku ni nipis & fast paced. Cerita straight forward & I read it in one sitting. And for the 1st time aku rasa aku tak jumpa apa2 kesalahan dalam dialog2 bahasa Inggeris dalam buku ni. So wow 4. Watak ML dalam ni lain sikit. Jarang jumpa jenis lelaki yang banyak cakap, funny, baik, handsome dan macam biasa very wealthy. Biasa sejuk beku je pilihan pembaca hahaha 5. For the 1st time I'm actually enjoying baca buku yang tak terasa macam kena dakwah sepanjang masa 🤣 we need more books like this.
Done in one sitting. Bukunya nipis je jadi boleh agak jalan ceritanya akan fast paced. Setiap konflik akan diselesaikan dengan cepat. Konflik pun light-light je. Jalan ceritanya santai dan klise tapi boleh buat kita enjoy membacanya.
Medusa ni macam prekuel MJ ataupun MJ yang sekuel Medusa. Nak baca mana-mana dulu pun boleh. Tak menganggu pembacaan atau ada spoiler cerita vice versa. Medusa ni kisah tentang best friend Luqman iaitu Luth Anaqi dan Khayla.
Luth ni dua kali lima je gedik dan sengal macam Luqman. No wonder sampai ada orang ingat dia ada something dengan each other. 😂
- Macam tak percaya cerita ni romcom sebab masa mula² tengok cover ingatkan thriller. Btw, lawa cover buku ni 🙆🏻♀️
- Tapi serius ceritanya tak berat sangat. Ada juga konflik yang buat diri ni geram gila dengan keluarga Kayla. Rasa nak masuk join marah juga. Nasib baik la Kayla ni jenis yang tak lemah. Dia berusaha mempertahankan diri.
- Luth, omagaaa ingatkan dia jenis yang sejuk beku, rupanya tidak. Masuk air juga. Suka ya sakat Kayla. Comel ja dia jadi badut katanya kalau Kayla jadi api. Suka cara dia handle konflik keluarga Kayla.
- Tapi coppp dia pun ada juga kisah silam. Macam dia cakap la masing² ada bahagian yg salah, dalam sesuatu masalah yang timbul. Yup kadang² kita tak la 100% betul walaupun kita dekat side yang tersakiti.
Sebagaimana timbulnya rasa damai dan manis bila tengok rekaan dan warna kulit buku ni, begitu jugalah rasa yang sama timbul sepanjang saya membaca dan mengikuti cerita Khayla dan Luth. Versi yang saya beli, warna kulit buku merah jambu.
Cerita Medusa ni ada dua persamaan besar dengan siri anime Kimi Ni Todoke pada hemah saya, dan persamaan tersebut terletak pada watak utama lelaki dalam cerita. Luth sama macam Shouta dari segi berperwatakan menyenangkan dan memainkan peranan besar membantu pasangan masing-masing bertumbuh menjadi versi diri yang lebih baik.
Lain kata, ini bukan cerita cinta yang kosong dan babak-babak romantik yang ada hanya cukup-cukup rasa dan tak terlalu mendominasi cerita pada hemah saya. Juga saya hargai tak ada konflik rumahtangga yang dramatik. tak matang dan tak perlu dalam cerita ni.
Tanggapan seawal lima bab pertama, saya macam pening dan sedikit menyampah baca cerita ni. Saya jadi pening sebab terlalu banyak watak yang diperkenalkan dalam babak-babak yang singkat. Tambahan, ada beberapa watak yang nama seakan kurang sama. Bertambah keliru bila benda yang sama jadi lagi pada pertengahan cerita. Apa yang saya menyampah pula sebab novel ni ada aspek tipikal novel yang saya paling tak suka, watak-watak utama yang sangat berupa, dan watak yang lahir dalam keluarga kaya.
Tapi, perasaan menyampah saya ni tak bertahan lama pun sebab perwatakan kedua-dua watak utama cerita ni selain menyenangkan dan bersebab, ia juga sangat kuat, bersifat manusiawi, dan menyerlah. Memang terasa benar-benar hidup dan insaniah kedua-dua watak utama cerita Medusa ni.
Saya nak beralih pada plot cerita pula. Secara keseluruhan, jalan cerita novel ni pacuannya sedang-sedang laju pada pandangan saya. Lepas habis baca, saya fikir-fikir balik, ada bagusnya juga jalan cerita novel ni padat dan laju. Dapatlah elakkan cerita meleret dan konflik beremosi memanjang. Cuma dari satu segi yang lain pula, saya rasa macam ada cerita-cerita yang tak patut dilangkau dan cerita-cerita yang tak ditulis tu boleh mengkayakan lagi cerita dan mendekatkan lagi hati pembaca dengan watak-watak utama, Khayla khususnya.
Saya nak tekankan khususnya pada apa yang terjadi sepanjang tempoh lima tahun lepas Khayla keluar dari kampung langsung tak diceritakan. Dan saya rasa itu macam satu kesempatan yang terlepas. Saya teringin nak tahu dan tengok pertumbuhan peribadi Khayla dalam tempoh ni. Sekali lagi saya rasa benda yang sama bila masuk ke bab 21. Tahu-tahu dah kahwin dah Luth dan Khayla. Tapi dari satu sisi lain, bagus juga tak ada drama tipikal meleret yang tak perlu tentang konflik cinta dua watak ni.
Ada tiga benda saja yang saya tak setuju dalam novel ni. Pertama, ujaran Ustaz Nazeem pada m/s 47. Dia seolah-olah nak katakan secara tersirat yang cinta ialah benda paling penting dalam perkahwinan. Saya terkilan sebab ni watak ustaz kut! Mereka yang mendalami agama, lagi-lagi ustaz, tahu yang cinta bukanlan benda paling penting dalam perkahwinan.
Kedua, penggunaan "karma" dalam ujaran Khayla pada m/s 154. Marilah kita buang kebiasaan menggunakan perkataan ni dalam cerita, walaupun hanya secara santai atau hanya sekadar ungkapan. Dan yang terakhir, kebiasaan Luth mengungkapkan "sayang" dan "rindu" langsung pada Khayla semasa hubungan belum halal. Batasan fizikal elok Luth jaga, tapi batasan syariat dan emosi tak terjaga. Tambahan, ia digambarkan pula sebagai romantik dan tak ada salahnya. Di sini saya nak tegaskan, romantik sebegitu dalam hubungan belum halal salah ya. Keluar berdua apatah lagi.
Ringkasan ulasan saya dari segi teknikal semata-mata seperti berikut:
- Laras bahasa: Tipikal moden, tapi sarat dengan pemilihan kata yang merangsang emosi.
- Plot: Ringkas, mudah, tapi sarat dengan emosi dan pengajaran yang penuh makna.
- Watak & Perwatakan: Watak-watak utama mempunyai peribadi yang menyeluruh, tak terasa bersifat satu dimensi.
Markah akhir saya untuk novel ni ialah 4.5/5 bintang.
novel ni sangat cringe. cringe sampai ke tulang. mungkin faktor umur jga yg buat aku tak boleh nak tahan rasa cringe tu.
aku sebenarnya tak faham kenapa fl n ml sngat membenci ahli keluarga mereka.
kalau si fl cerita dia disajikan terus adegan bergaduh dengan mak cik saudaranya. dan sikap rude dia terhadap mak cik dia. dia pun sangat benci dengan mak cik dan sepupunya.
sebenarnya aku tak puas hati dengan perangai fl. rasa macam dia sangat unreasonable. dia punya bekas kekasih yang kini suami sepupunya pun, hubungan mereka bikin gelak.
mereka kan gaduh pastu si fl ni cabar lelaki tu. pastu lelaki tu pergi pinang sepupu fl. fl pula cakap kau akan menyesal. pastu hubungan mereka sangatlah toxic. both are toxic. tak nampak di mana cinta mereka di situ. bercinta ka juga? aihh...
sekali ada scene tu, si lelaki tu hampir cabul si fl pastu lelaki tu tuduh fl goda dia. fl pun nangis tak defend diri dia macam dia selalu buat. dia kan lantang dan rude, pastu selalu dimenangkan oleh neneknya.
aku tak nampak fl ni is a good person. dia macam 2 x 5 ja dengan orang yang dia benci. dan aku tak nampak kejahatan mak cik-makcik dan sepupunya. seolah aku dipaksa untuk turut benci mereka sebab khayla yang membenci mereka. (aku nak benci tapi tak dapat sebab aku tak nak sebab yang munasabah untuk benci mereka. yang ada, aku annoyed dengan fl punya perangai. rude. lantang)
entahlah. ml punya hubungan dengan ex girlfriend pun macam entah hapa. pastu setelah beberapa tahun, dia jumpa balik sama fl di tempat kerja. terus jatuh cinta, like @#$__&????
aku mcm... hm. sudahlah waktu ml bercinta dengan si qistina aka ex gf tu, dia sempat flirt dgn khayla, like @$_&-+()// ?????
faham ka perasaan ku?
dua² low quality. aku tak dapat sympathise dengan ml dan fl. dua² perangai hauk.
pastu ml benci dengan nek tiri dan rude macam fl juga... aku sekarang halfway thru the story tapi sampai sekarang tak nampak kejahatan nenek tiri dia. sudah tu dia macam fl, cucu kesayangan.
haaa ngamlah dua². match made in heaven.
dan... aku tak faham kenapa nenek fl dan parents ml boleh biarkan perangai rude dia orang tu. lol. sngt tak matang.
ml tu benci nek tiri tu sebab prejudis aje. lol suka buruk sangka.
fl pun sama. kuat bergosip, mengumpat dengan rakan sekerja nya. atleast qistina tu lagi okey walaupun dia pun perangai hauk.
eeee.... entahlah.
penat. akhirnya dapat juga kusudahkan novel ni. bukannya tebal pun tapi bila baca exhausted. khayla dan maklong athira tu sbnarnya 2 x 5 je. tak nampak di mana baiknya khayla.
review ini ditulis untuk meluapkan rasa frustrasi terhadap watak dalam cerita ni. bukan ditujukan kepada penulis. sekian.
This entire review has been hidden because of spoilers.
I beli buku ni sebab cover dan floppy, jadi sesiapa yang suka buku yang floppy lepastu santai je konflik tak berat boleh cuba baca buku ni! I suka gila cara penulis buat karakter tu jadi jahat, orang kata kalau kita benci karakter tu maksudnya penulis berjaya tafsirkan karakter tu.. Ya, saya benci makcik Khayla😤, kadang-kadang nak ikut Khayla marah makcik makcik dia sekali HAHAHA. Saya bagi 4⭐️ sebab ada cerita yang tergantung dan tak lengkap. Contohnya, hadiah yang Luth sepatutnya bagi dekat Yana tapi tersalah bagi kat Khayla. Tak cerita pun fasal hadiah tu, mesti comel kalau dua dua tahu😝. Lagi satu, selepas Athirah bersalin anak ketiga dia, dia dah berbaik dengan Khayla, Athirah keluar jalan-jalan dengan Nazif dan anak-anaknya, Atirah masih berpantang lagi atau tak? Sebabnya Khayla masih ada di kampung. Mungkin penulis taknak terperinci sangat? Sebabnya buku ni tak tebal sangat so cerita Medusa ni santai dan boleh lah untuk pembaca yang suka cerita macamni. Overall best bagi saya, tersenyum tersipu tu perlu ada kalau dah penulis buat karakter Luth jadi seorang yang bermulut manis. Cumanya, tajuk Medusa tu macam tak ditekankan sangat pada Khayla. Okay itu sahaja. Buku ni floppy tau! I suka kepak kepak buku jadi terbeli satu hehe.
first time syah baca from this writer. in terms of penulisan dia, the first half was kind of bad. the sentence was informal tetiba rasa formal. mcm tk standardised. but the 2nd half was good, sedap dibaca. sampai ke pagi baca sampai habis 😂
syah suka character Khayla. She doesn’t hesitate to voice out her opinion. Lain daripada yang lain sebab selalu watak mcm gitu dia mcm lembik. Tapi Khayla ni mcm singa 🦁 but such a waste that the writer tk elaborate psl trauma Khayla with the rain. ada disebut but it was like a touch & go.
Luth ni pula 😂 Alahai, boleh tahan flirty juga mat chef ni. Dengan org lain mulut mcm ada emas, tapi bila dgn Khayla mulut mcm bullet train. Ada aje bende dia nk ckp dgn Khayla tu. Good thing psl Luth ni dia husband material. How he respect Khayla on the issue about having kids and also dia cuba tolong Khayla to overcome her fear with the rain. It was cute.
The first half was bearable sebab scene Luth dengan Luqman menghiburkan hati 😂 Suka dorang nya interaction. Tapi sayang, lepas Luth kahwin terus watak Luqman hilang mcm gitu je.
Overall cerita dia okay. A light read book, ada lah juga syah nangis part last last tu. Bila cerita psl keluarga, kita sensitive sikit 😅
“Aku rasa macam ada satu mesej. Setiap kali aku jumpa Khayla, mesti dia dalam keadaan yang vulnerable . Dulu pun. Aku rasa aku nak lindung dia. She’s different. God … I want her .” .
Luth seorang chef yang handsome, kaya, perfect la. Dia jenis yang serius, setia orangnya. Tapi bila dia jumpa Khayla, auto dia jadi badut. hahaha. Selalu la duk menyakat Khayla. .
Masa mula-mula jumpa, Khayla baru 18 tahun. Dan Luth pun dah ada girlfriend waktu tu. Sakat menyakat kejap, lepas tu terpisah. .
Sekarang, bila dah single, dorang jumpa kembali. So, sesi pikat memikat la pulak. .
Sebenarnya Luth dan Khayla ni ada kisah yang pahit jugak. Luth dengan nenek tirinya. Khayla dengan sepupu, mak saudaranya. .
So, kenapa Medusa? Cousin dia la tu yang bagi gelaran tu kat dia, sebab dia dengkikan Khayla. .
Overall buku ni santai dan manis. Kalau suka buku cliche, boleh la baca.
Saya ingatkan cerita ni fluffy je. Oooo, tak rupanya.
Rata-rata dari review orang, saya perasan, katanya cerita cinta Luth dengan Khayla macam tak hormat orang single. Dan saya setuju 😭 *tendang angin*
Khayla ni, boleh dikatakan FL yang ditindas(oleh keluarga sendiri). Somehow, she didn't fall for it. Dia bukan gadis biasa yang okey-aku-akan-sentiasa-sabar-dengan-apa-yang-keluarga-aku-buat-sebab-dia-keluarga. Instead, she stands for herself. Boleh tahan juga mulut dia ni.
Medusa bukanlah kisah cinta semata. Author buat kita ketawa dan rasa single dengan keletah Luth, Khayla n Luqman. Dalam masa yang sama, family matters yang diketengahkan pun berjaya buat saya mengalir air mata. Tak dapat nak bayang kalau diri sendiri berada di tempat Khayla. Memang saya pun tamau balik kampung kalau kena hadap mak cik macam tu.
For a debut, heartsara deserves a big round of applause. Tahniahhh 💐
This entire review has been hidden because of spoilers.
Khayla is one of the strong women out there who comes from a broken family, lack of family support. I like how she defends herself from those ‘monsters’ but I also hate how they communicate with each other (in some parts).
Luth is a flirtatious man, funny, will do anything for his woman (not too cringe). What else can I say about this man haha
A light and short read. The plot is just nice and sweet. When the reading mood kicks in, can finish this in one sitting. However, some parts in this book macam tiberrr. Suddenly years later. Suddenly this and that. Couldn’t receive much character development and I keep questioning ‘what happened to others’ 😬 again, this is a light read, if nak bacaaa, silakan ! Still fun !! Then you’ll know why this book named Medusa.
cara diaorang jatuh cinta tu macam tak sampai. mengayat sikit2 pastu terus jump dah jatuh cinta. tak ada moment yang boleh buat teringat. masa atok dia meninggal tu tau2 dah rindu. rindu ayat2 je ke? tak ada action/ moment together. hah tu satu ml ni takde action. mulut ajer manis. sikit2 suruh sabar, macam la dia tak pernah benci pakcik tiri dia tu.
cara dia nak settle family conflict perempuan tu macam haih.... lepas tangan je after dah bawak tido kampung. ada la sikit effort time dengan maklong tu tapi macam nak cepat2 habiskan cerita. yang lain semua perempuan tu yang confront sendiri. nak kata greenflag tu tah la.
overall cerita okay la. nanti kita try buku lain dari penulis ni pulak. mana tau ada yang betul2 greenflag
4.5 stars ⭐️ Minus 0.5 bcs what happend to luqman???
Overall its a cute and light read for me. Loving the character development showed as this story progresses. Im having a good time reading this!
not a big fan of heroin lembik hence why i rarely read buku in bahasa but this one is an exception bcs Khayla, you rock! Dia tak kasi dirinya dipijak which i think, yeah of course you shouldnt exampled the bad attitude she threw. But she was hurt??? Siapa kita untk judge actions dia kan.
Datin Marina… i love YOU
This entire review has been hidden because of spoilers.
Jujurlah, saya sebenarnya dah lama tak baca novel cinta. So, tak lah letak expectation sangat. But, this one is so good. So maneeehh macam nak potong kaki😂 face paced story, gaduh2 sikit, manis yang banyak dan semua niceee..
Tak ada jalan cerita yang lopong dan happy to read this book!!