"Apabila cinta dianggap sebagai satu jenayah, patik rasa hidup seperti itu menyedihkan."
21 tahun lalu, Kerajaan Nilampura dikurniakan seorang putera dan seorang puteri. Putera Arjuna Zamin Bakti, sang putera mahkota kesayangan, manakala Puteri Puspa Wulan Sari, sang puteri yang terasing. Namun kehadiran Seroja sebagai dayang istana mengocak ketenangan dalam kerabat diraja.
Rahsia yang selama ini tersimpan kukuh mula tersingkap. Muslihat dan agenda hitam sang permaisuri memuncak.
Nun di hujung desa, seseorang tekad menegakkan keadilan.
"Aku mahu bunuh permaisuri."
Siapa dia? Dan apa yang telah berlaku sehingga benci bernanah menjadi dendam?
"Mari bersama, kita jadikan dunia ini lebih baik."
1. Dialog dalam buku ni buatkan aku masih berada pada latar masa zaman sekarang. Aku cuba terima yang timeline buku ni mungkin terjadi pada zaman sekarang, tapi ada satu part kenderaan diorang guna kereta kuda lah pulak. Dialog pula santai macam zaman moden.
2. Terlalu cepat 'confess'. Baru kita nak kenal karakter, nak dapat pace pembacaan, kemudian ML dah jatuh cinta. 😭Masuk m/s 42 dah luah perasaan. Ahhh kemon. Baru berjumpa kan. Yang Seroja pula laju betul sudi jadi isteri. Korang pernah rasa tak minat dekat orang tiba2 org tu confess cakap minat kita juga. Aduh terus jadi tak suka dah kan lepas tu. 🤣 Gini la aku rasa sampai akhir pembacaan,kosong......the thrill & tension yang spark kan cerita tu dah takda.
3. Ni isu kecil tapi aku terganggu sedikit dengan lukisan mangkuk sup di setiap bab. Seolah mcm mangkuk sup tu adalah salah satu element penting yang mendukung cerita ni.
4. Feeling tak sampai. Contoh bahang peperangan tu tak sampai. Aku rasa mungkin sebab ia adalah bacaan santai, jadi setiap kejadian tu tak diolah dengan lebih lanjut. Contoh, dalam pada tengah diambang konflik, tiba2 datang Putera Endra. Menuntut takhta. Kemudian mati. Kemudian datang pula tentera Al-Mujahidin dengan tiba-tiba memberi pertolongan. Antara Seroja & Putera Zamin pun aku tak dapat nak rasa chemistry tu. Dry😔
Penulis ada potensi untuk buat cerita tema begini, storyline dia yang buat aku stay untuk tahu apa rahsia yang sebenarnya. Cumanya genre begini perlu diolah dengan sebaiknya untuk pembaca macam aku dapat feel betul2. Aku rasa kalau aku baca buku ni diusia aku belasan tahun, akan suka.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kita sebenarnya cukup suka dengan cerita fiksyen yg berlatar kerajaan lama, ada raja/permaisuri, putera/puteri, dayang/hulubalang dan rakyat jelata. Bagi kita, setting sebegini sebenarnya agak sukar nak digarap berikutan perlu teliti daripada segi adat, olahan lenggok bahasa dan juga plot.
Untuk Kelahiran Malam Purnama, kita tertarik dengan plot konflik yg bkn sahaja tertumpu kpd karakter, bahkan kpd kerajaan juga. Sengketa yg berlaku menambah rencah misteri apabila kedudukan Putera Zamin mulai goyah selepas ditabalkan sebagai raja. Baru jadi raja muda dah macam hal eh kamu. Sumpahan keramat, rahsia hitam keturunan yg membelenggu membuatkan 'seseorang' muncul untuk membunuh Permaisuri Bonda pula. Aduh apa kaitan pula kan? Kena lah baca.
Tetapi punca semua konflik ini berlaku dek kerana inang istana, Seroja yg berjaya 'reveal something' akan kesulitan yg dihadapi Puteri Wulan. Okay chop mcm byk karakter kan? Kena chill dan enjoy sebab lepas pada tu, serius terkaku sekejap. Okay ini minor spoiler sikit -
Muncul pula pahlawan. Alahai weh pahlawan tu bukan LELAKI tau! Okay dah kita terpaksa berhenti, tkdpt spoil lebih. Kita juga suka bila ada selit 'backstory' sesetengah karakter terutamanya Permaisuri Bonda. Org kata sebelum menghukum, baik dgr daripada kedua-dua pihak. Tapi kan korang, permaisuri ni sesuatu sangat T.T Sejujurnya, buku ini menarik dan halfway towards the end mmg rancak. Tambah lagi dgn epilog? Apakah itu!?
Few things that bothering me: Kita rasa lenggokan bahasa dan beberapa ayat dlm buku ini kedengaran moden untuk 'historical fiction' sebegini. Mungkin kita mengharapkan perbualan antara karakter seperti melayu klasik sbb ada persekitaran istana dan aura melayu lama. Dan 'sometimes', kita takdpt 'detect' apa konflik utama sebab bertubi konflik lain masuk untuk karakter lain. Dekat situ, I don't know which character that supposed to get the main spotlight. Itu sahaja yg kontra bagi kita.
Keseluruhan, buku ni masih memberi kita kejutan! Untuk sis Ilana, semoga terus berkarya. Dan terima kasih kepada Lawa Lingo untuk pemberian naskhah ini ❤️
21 tahun yang lalu, Kerajaan Nilampura dikurniakan seorang putera dan seorang puteri. Putera Arjuna Zamin Bakti dan Puteri Puspa Wulan Sari, sang puteri terasing. Namun, kehadiran Seroja sebagai dayang istana mengorak ketenangan dalam kerabat diraja.
Dalam tidak sedar, Putera Zamin dan Seroja telah terjatuh cinta antara satu sama lain. Mampukah mereka mempertahankan percintaan antara dua darjat mereka? -------------------------------------------------
I LOVE THIS KIND OF BOOK! 😍 Memang dah lama kita nak cari buku yang bergenre historical romance macam ni & finally I found it. Srsly jarang jumpa buku Melayu yang bergenre klasik mcm ni.
Bahasa dalam buku ni pun senang je nak faham sebab dia tak menggunakan fully Bahasa Melayu Klasik, that's why la senang nak faham. Ayat ii dalam buku ni srs best! Baru baca ayat first dekat prolog pun dah rasa best! Tu yg excited beca!
Storyline buku ni pun best, cuma... agak fast-paced sikit & kurang details pasal kerajaan, tempat, & etc. Ending dia pun agak rushing sikit. It would be nice if this book was a bit thicker. 🥲
Dari segi watak utama: Putera Zamin & Seroja, kita mcm tak nampak chemistry antara mereka. Dialog antara mereka juga tidak banyak. Entah kenapa kita rasa Badri lebih menonjol.
Overall, srsly I like this book! Kita mmg suka baca cerita Melayu klasik mcm ni sbb unik! This book is very recommended if you like to read a historical romance story. 😍✨
1. Buku ni genre fantasy, setting pada zaman kesultanan melayu. And I love everything about fantasy!
2. Cerita fast paced, ringkas dan tak meleret. Aku baca sekali hadap dah habis. Storyline sangat menarik. Tak sempat bosan.
3. Aku suka semua watak dalam buku ni. Aku suka Seroja sebab dia bold. Ada morally grey character jugak like Permaisuri Santika, which l like walaupun dia kijam.
4. Romance between Seroja and Putera Zamin rasa macam rushing sikit. Dia macam tiba-tiba. Tak dapat feel the chemistry. Same goes to Puteri Wulan dan Sukma.
1. Jalan cerita okay, idea menarik tapi ada yang "kurang". Baca sekadar mau habiskan cerita. 2. Terlalu ramai watak yang ada "backstory". 3. Tajuk Kelahiran Malam Purnama (fahaman saya ni untuk watak tertentu yang lahir pada malam itu kemudian ada kejadian yang berlaku malam itu). Tapi kalau tengok kulit buku, "Lara puteri bayangan pahlawan" itu seperti merujuk kepada permaisuri, bukan watak-watak yang yang lahir pada malam purnama. Atau saya memang salah faham? 😭😭 4. Saya rasa penulis rushing & mahu masukkan "semua" dalam buku ni. 5. Kecewa untuk gambar/logo mangkuk sup pada setiap bab tu. 😅 (Di YT saya ada cerita pasal ni 😬)
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kelahiran Malam Purnama - Nak tahu cerita tentang apa? Boleh baca blurb. You can know straight away. Kalau nak dicerita detail, nanti jadi spoiler. Ish, no no no.
KMP-Naskah yang penuh misteri. Belek2, ada je persoalan yang timbul. Rahsia dia sebenarnya apaaaaaa? Ha, gitu lah.
Jalan ceritanya helokk sungguh. Cara author merungkai rahsia kelahiran malam purnama kemas, satu demi satu, dengan gayanya tersendiri-tak meleret dan tak juga terlalu ringkas/bersahaja. Cukup untuk buat kita faham dan jelas dengan apa yang sebenarnya terjadi dalam Kerajaan Nilampura.
Saya suka scene Putera Zamin meluahkan perasaan dia. Jujur dan telus. Dan saya pun ikut cair ya waktu tu (Ini kes berat🥺)
Dah lama rasanya tak baca buku secepat ni. But KMP kept me wonder what will happen next. So gotta keep reading supaya mindaku tak penuh dengan tanda tanya😂
Good read! Tahniah dan terima kasih, author Teruskan berkarya💐
Kisah tentang satu kerajaan kecil yang lama-kelamaan membangun berkat kebijaksanaan pemimpin diorang. Diselitkan dengan beberapa konflik dalaman yang akhirnya menyebabkan pemerintahan kerajaan tu sedikit goyah. Ada kisah saudara yang terpisah.
Pada aku, mungkin mesej utama yang penulis nak sampaikan adalah 2 POV bila orang berdendam. Ada yang memang nak balas dendam dengan cara pertumpahan darah dan ada juga yang balas dendam dengan cara memaafkan.
Aku rasa itu moral utama daripada novel ini.
— Jalan cerita dan tema novel ini bagi aku dah cukup menarik untuk dibaca. Cuma ada sedikit kekurangan: 1. Plot terlalu pantas — sekejap sangat satu-satu momen tu berlaku. Tiba-tiba je, eh dah settle. Ha, macam tu. Dan bagi aku, dalam novel ni, macam tak masuk akal untuk seseorang tu untuk terima satu kebenaran tu dengan terlalu cepat. Contohnya, macam bahagian Putera Zamin bila dapat tahu yang dia ada kembar. Maafkan aku kalau aku terlalu kasar cakap “tak masuk akal”.
2. Terlalu banyak plot twist pada satu masa yang sama — bagi aku, sebenarnya benda ni best je. Cumanya, dia berlaku dalam satu masa yang sama. Pendapat peribadi aku, aku tak suka elemen macam tu sebabnya otak au tak dapat nak tangkap semua benda tu.
3. Susunan ayat dan bahasa yang tak begitu teratur — ada bahagian yang ok, ada bahagian yang ayat dia tu macam tak sedap untuk dibaca. Maksudnya, penggunaan ayat tu sama ada tak kena pada tempat atau tak sesuai dengan setting-nya yang berlatarkan zaman kesultanan.
Selaib daripada 3 kat atas ni, aku rasa penulis dah buat yang terbaik sebenarnya. Penulisan dia bagi aku lain daripada yang lain. So, good job author!🤟🏻
Buku fast read yang penuh konflik, misteri, sumpahan, dendam & juga erti kasih sayang -4⭐️
📖Buku ni mengisahkan kerabat diraja Nilampura, dimana dua bayi telah dilahirkan waktu malam purnama; seorang putera dari permaisuri dan seorang puteri dari isteri kedua raja. Tapi, time tu juga ada seorang perempuan muda yang membawa lari seorang bayi ke dalam hutan untuk sembunyikan diri. Siapa dia? Dan kenapa dia lari? 21 tahun kehadapan, kedua putera & puteri dah besar, cuma puteri terpaksa bersembunyi kerana malu dengan parut besar di wajahnya. Tapi, kenapa dayang biasa seperti Seroja tak boleh nampak parut tu? Permaisuri pula macam ada muslihat sendiri untuk Nilampura. Muslihat yang tak semua tahu, kecuali lelaki bertopeng yang penuh dendam kesumat.
💭Suka sangat cerita yang buat kita tertanya-tanya dan nak tahu apa lagi yang akan jadi, especially cerita historical fantasy macam ni. Saya anggap historical fantasy sebab time baca macam bayangkan negara zaman dulu berebut kuasa dan ada pahlawan pahlawan istana + ada kuasa mistik jugak. Macam vibe Kdrama & Cdrama (walaupun gambar letak omputih). Tapi cerita ni bukan serius je memanjang. Watak Seroja yang nakal dan Putera Zamin yang romantik memang buat sweet. Mula-mula dah agak cerita ni mesti pasal tukar bayi ni, tapi sebenarnya bukan takat tu je plot twist dia beb! Ada lagi yang buat saya terkejut, dan simpati jugak la bila tahu background seseorang tu.
Bagi saya ada dua tema dalam ni yang paling penting, iaitu dendam & kasih sayang ibu. Sebab dua tu yang macam menggerakkan cerita ni. Overall, kadang rasa macam flow setiap babak tu sedikit pantas, tapi still enjoyable! Penulis memang boleh pergi jauh. Dah baca karya di Cereka pun semua best-best.
Saya suka buku ni sebab bacaannya santai.. agak boleh dijangka jalan cerita.. siapa yang tengah takda mood membaca tu bolehlah baca buku ni..
Part Putera Zamin dan Seroja memang buat saya tersengih2.. ye banyak lompong tp jalan cerita dia santai,, takda jalan cerita yg meleweh2.. pantas sahaja jalan ceritanya.. baca tanpa di sangka.. dalam masa 2jam lebih saya dh habis baca .. semoga buku kedua lebih menarik..
Dalam kejahatan ada jugak kebaikan bonda permaisuri Santika
Apabila dendam melahirkan dendam…🥺😢 • Rating: 🌟🌟🌟🌟 • Kehadiran seorang dayang ke istana Kerajaan Nilampuri mula memporak peranda kan keadaan istana yang tenang pada mulanya. Si putera mahkota jatuh cinta pada dayang tersebut. Tapi, di sebalik porak peranda yang ditimbulkan oleh dayang tersebut, ada satu rahsia dan dendam yang telah lama disimpan…😱😨 Apakah dendam tersebut? Dan apa pula rahsia yang disimpan kemas selama ini? Kalau nak tahu, kenalah baca buku ini…😎 • ML - Putera Arjuna Zamin Bakti / Putera Zamin • Seorang putera mahkota yang disayangi rakyat jelata. Mempunyai rasa empati dan baik hati. Mempunyai seorang adik tiri bernama Puteri Wulan. • “𝑰𝒛𝒊𝒏𝒌𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒕𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒋𝒂𝒅𝒊 𝒑𝒆𝒏𝒚𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕 𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒌𝒂𝒎𝒖.” 𝑷𝒖𝒕𝒆𝒓𝒂 𝒁𝒂𝒎𝒊𝒏 𝒕𝒐 𝑺𝒆𝒓𝒐𝒋𝒂. • Amboi2, kemain lah putera nie dok bermain cinta dengan rakyat biasa…😆 Baru jumpa beberapa kali, terus luahkan rasa cinta…😅😂 • FL - Seroja • Seorang rakyat jelata yang biasa2 sahaja. Berpewatakan selamba dan agak berani. Menjadi dayang yang berpangkat paling rendah di istana Kerajaan Nilampuri. Ibunya merupakan tukang masak di istana yang sama. • Kita sebenarnya tak tahu nak expect cerita nie cerita apa. Yang kita tahu, cerita nie berlatarbelakangkan zaman dahulu kala. Basically, a historical fiction. Buku ini sebenarnya lebih kepada dendam. Yes, this story is not exactly a romance story. Buku ini menceritakan bagaimana seorang wanita yang bijak mengatur rancangan dalam melunaskan dendamnya…😨😰 • What I really 💖❤️💛 about this story is how the author unfold the whole story. Masa kita baca buku nie, awal2 tue, kita tak faham sangat, why it happened the way it happened. Contohnya, kenapa Puteri Wulan ada parut di wajahnya? And kenapa FL tak nampak pun parut tue? Kenapa Permaisuri Santika beri arahan untuk kumpulkan all the villagers in one place? 😲 And not only that, ada yang berdendam dengan permaisuri…😱😨 Why? Memang banyak persoalan demi persoalan yang timbul while reading this story. Author memang sengaja timbulkan rasa ingin tahu ketika baca cerita nie…🤔🧐 • Tapi, author sebenarnya bijak dalam menyusun plot ceritanya. When the plot twists mula terjadi (dalam buku nie ada beberapa plot twists yer…😳), then ada beberapa flashbacks happened, the story started to make sense. Macam you tengah pusing dalam satu bulatan. Makin lama, kita akan kembali ke tempat asal kita bermula. And that’s how this story unfolds. Persoalan demi persoalan timbul, then plot twists happened, then, persoalan mula terjawab satu persatu…🫢😮💨 Kita mula faham, setiap tindakan yang diambil oleh permaisuri adalah untuk kebaikan semua. Walaupun tindakan yang diambil permaisuri ini memang kejam…🥺😢 • Kita suka sangat dengan watak Permaisuri Santika nie. Dia badass sebenarnya. And sangat bijak. Tapi, sayang, disebabkan apa yang berlaku pada dia, dia mula berdendam. Tapi, for me, dendam dia bukanlah bersifat personal pun. Dendam dia, lebih kepada untuk kebaikan rakyat Kerajaan Nilampuri dan of course, untuk kebaikan ML…👍🏻👏🏻 Banyak sebenarnya yang Permaisuri Santika nie buat, mendatangkan keuntungan kepada rakyat. Walaupun Baginda seorang yang dingin, tak mudah senyum, tapi, in her mind, dia sebenarnya merancang untuk melunaskan dendamnya. Bila dah habis baca cerita nie, kita jadi sedih dengan pengakhiran Permaisuri Santika nie…🥺 Of course, that ending suited for her, for what she has done. Dalam dia diserang, dalam dia berada dalam bahaya, dia masih memikirkan keselamatan ML…😰😨 • Kita suka scene peperangan dalam cerita nie. Memang thrilling. Especially part Permaisuri Santika beraksi…🤩 Cuma, bagi kita scene peperangan nie agak pendek. Kalau dipanjangkan lagi, mesti lagi best. Nak juga tengok Sukma beraksi dengan lebih banyak…👍🏻👏🏻 • Walaupun kita suka dengan cerita nie, ada beberapa bahagian yang kita rasa boleh ditambah baik. Bagi kita, buku nie terlalu nipis and this story sebenarnya boleh dipanjangkan lagi another 100-200 pages sebab masih ada scenes yang boleh ditambah untuk menjadikan cerita ini lebih menarik…😎🥰😍 • ▪️To be honest, sebelum nak sampai ke plot twists tue, perasaan kita macam a bit flat bila baca buku nie. Kita cuba nak faham setiap characters yang ada dalam buku nie. ML, FL, Sukma, Puteri Wulan, Raja Dharma, Permaisuri Santika, Puan Widuri, Badri and others. Bagi kita, authors kurang build up these characters, walaupun semua characters ini ada peranan masing2 dalam cerita nie. Kita macam tak boleh nak feel / masuk dengan characters dalam buku nie…😑🫣 FL dikatakan jenis selamba, tapi mana perangai selambanya? ML dikatakan seorang putera mahkota yang disayangi rakyat, tapi apa yang dia selalu buat sehingga rakyat sayangkan dia? Puteri Wulan selalu pakai penutup muka untuk sorokkan parutnya, tapi bagaimana perasaan dia tentang parutnya? All of these tak diolah dalam cerita nie. So, basically, kita terus jump to the scene yang FL jumpa Puteri Wulan, and FL tak nampak parut tue? 🫨😵💫😵 Like, parut nie hodohnya macam mana? I need more characters build ups so that I can feel for these important characters…😥😤 ▪️Semua berlaku secara tiba2 dalam cerita nie. Persahabatan FL & Puteri Wulan, the romance between ML & FL, the romance between Sukma and Puteri Wulan. Everything happened terlalu cepat…😵💫😩 Yang kita rasa okey, adalah persahabatan antara FL & Badri. Bahagian nie memang ada build up…👏🏻👍🏻 ▪️Kita tertanya2 watak orang tua yang bekerjasama dengan Permaisuri Santika nie? Tak puas hati kita sebab tak tahu apa tujuan dia sebenarnya berkomplot dengan permaisuri tue. All I know he’s evil…😨😰 ▪️Worldbuilding of Kerajaan Nilampura itu sendiri. I would love to see more sceneries of Kerajaan Nilampura, aktiviti2 seharian rakyat kerajaan tersebut. Nak juga rasa diri ini absorbed into this world…🥰😍 • Other than the above, bagi kita, cerita nie sebenarnya best. Kita dah biasa baca ebooks author nie, and kita memang suka dengan penulisan author nie. Untuk cerita nie, walaupun it’s a historical fiction, tapi, ada beberapa dialog yang kita rasa bunyinya a bit modern…😅😂 Ada beberapa spelling mistakes, but, they’re minimal. Tak mengganggu pembacaan pun…😉 And kita nak tanya, cerita nie akan ada sambungan ker? Sebab baca epilog tue, macam akan ada sambungan. Kalau ada, bilanya nak disambungkan? 🫣😂 Kita pula jadi berkobar2 rasa nak tahu apa akan jadi seterusnya…🤩 Adakah lebih banyak dendam yang akan lahir selepas ini? 😏😈 • Kalau you all sukakan historical fiction, buku nie patut masuk dalam list bacaan you all. Untuk author, tolonglah sambungkan cerita nie lagi. Penulisan sedap dibaca, and the story is good. Semoga author terus terbang tinggi dalam dunia penulisan nie. All the best author…👏🏻👍🏻 • Kepada Lawa Lingo, terima kasih banyak2 untuk review copy nie. Semoga rumah penerbitan ini terus menghasilkan karya2 yang baik dan berkualiti pada masa akan datang…🫶🏻❤️💛💖
✨Kelahiran Malam Purnama by Ilana✨ Dendam puteri bayangan pahlawan permulaan segalanya. . 👑kerabat diraja 👑dendam 👑kembar 👑manipulasi 👑sihir dan sumpahan 👑rahsia kelahiran . Jarang nak baca buku yang berlatar belakangkan kerajaan lama ala-ala zaman pemerintahan kesultanan Melaka. Rasanya kali terakhir baca buku trilogi Sunan. KMP ni boleh kata novel paling nipis yang dibaca bulan ni, jadi cuma ambil masa beberapa jam je nak habiskan. Tak boleh nak berhenti baca sebab tertanya-tanya rahsia kelahiran Putera Zamin, Puteri Mulan dan Badri. . Sepanjang pembacaan, macam-macam teori yang bermain dalam kepala tentang rahsia kelahiran Putera Zamin, Puteri Mulan dan Badri. Rasa kesian dengan Puteri Mulan dan Badri, takdir kehidupan mereka berdua diubah sejak dilahirkan gara-gara dendam permaisuri.
Daripada segi bahasa Melayu klasik yang digunakan dalam KMP, masih banyak yang boleh dibaiki. Ada sedikit rasa janggal bila baca sebab ada gaya bahasa moden.Tapi boleh faham sebab bukan senang nak tulis guna perkataan klasik kalau tak ada ilmu yang mendalam dalam sastera Melayu.
Pada saya watak yang paling menarik dalam KMP adalah watak antagonis, Permaisuri Santika. Seorang puteri yang disenangi rakyat, kuat seperti pahlawan tapi dicemburui keluarga sendiri. Bila dapat tahu kisah lampau dia,barulah faham kenapa karakter dia berubah jadi perempuan yang dingin.
Kerana dendam pada ayahandanya, dia menyebabkan kehidupan ramai orang berubah. Terlalu banyak nyawa yang hilang dalam perjalanannya membalas dendam.Tapi tak dapat dinafikan walaupun dia jahat, banyak benda baik yang di buat untuk kesenangan rakyat Tanah Merah dan Puteri Wulan. Masih ada belas kasihan yang hidup dalam hati dia yang penuh dendam.
Disebabkan genre KMP adalah misteri, jadi cerita cinta Seroja dan Putera Zamin tak terlalu menonjol.Sejujurnya, saya mengharapkan Seroja dengan Badri,mungkin sebab Seroja nampak lebih santai dan selesa berinteraksi dengan Badri berbanding dengan Putera Zamin.
KMP may not be everyone's cup of tea, but for me, it is still worth reading. Apa pun tahniah penulis sebab berani mencuba!
p.s:masih tak boleh move on end game Seroja bukan dengan Badri🙃 #Kelahiranmalampurnama
Temanya Historical Romance. Eh banyak pulak buku Historical yang aku baca bulan ni. hahaha .
"HIDUPLAH tanpa ragu-ragu." .
21 tahun yang lalu, sewaktu bulan purnama, lahirlah Putera Arjuna Zamin Bakti, anak permaisuri Kerajaan Nilampuri. Pada hari yang sama, lahirlah juga Puteri Puspa Wulan Sari, anak daripada Che Puan Kirana, gundik raja. .
Tapi Puteri Wulan menjadi puteri yang terasing kerana ibunya sudah meninggal selepas melahirkannya, dan wajahnya juga berparut. .
Dan sekarang, kehadiran Seroja di istana sebagai dayang inang, memberikan nafas kepada mereka semua. .
Seroja lah yang meyakinkan Puteri Wulan yang wajahnya cantik tidak berparut. .
Putera Zamin juga terpikat pada Seroja. Namun ditentang oleh Raja dan Permaisuri. Kerana kerajaan perlukan raja yang berdarah diraja (pure royalty). Maka anak raja kena kahwin dengan anak raja. Supaya anak tu boleh mewarisi takhta. .
Sebabnya takhta tu ada sumpahan. Sesiapa yang bukan berdarah diraja, akan mati sewaktu menaiki takhta. .
Tapi, yang peliknya, kenapa sewaktu Putera Zamin naik takhta, tetiba baginda diserang sakit jantung? .
Apakah rahsia yang disembunyikan oleh Permaisuri? Dan siapakah Badri, lelaki beetopeng, yang sebenarnya memiliki wajah persis Putera Zamin? .
Jujurnya, aku sukakan cerita historical Melayu sebegini. .
Untuk buku ni, separuh pertama, aku rasa agak 'plain'. Jalan cerita yang laju dan semua watak dikeluarkan serentak. Dan gaya percakapan dorang pun, tidak melambangkan zaman dulu kala. Lebih kepada moden. Chemistry antara Putera Zamin dan Seroja pun agak kurang menyerlah. .
Yang buatkan momentum pembacaan aku naik semula ialah bila tahu siapakah Permaisuri yang sebenarnya. Dan segala rahsia mulai terbongkar. Dan macam biasa, aku sentiasa ada soft spot towards watak antagonis sebegini. Ada penganiayaan yang terjadi, menyebabkan baginda berdendam. Cumanya aku curious, kenapalah dia aniayai sebegitu rupa. .
"Selepas saya mati, sanggupkah kamu memikul kisah saya tanpa memberitahu orang lain?" (Banyak yang buat aku termenung panjang tapi ayat ni yang paling memberi kesan ㅠㅠ).
Tentang; Jiwa yang tersakiti, menyakiti nyawa-nyawa yang tidak berdosa. Dendam terlahir dengan kubur-kubur rahsia. Siapa yang terlibat? Satu atau semua? :'((
KMP ni fiksyen sejarah tentang konflik dalaman kerabat diraja di istana. Ada trope cinta dayang dan putera raja. Puteri dan seorang pengawal. Pastu ada satu lagi pasangan sksksk yang ni macam penulisnya tengah buat spin off shshs Latar tempat ala-ala zaman dahulu. Cuma dialog agak modenlah. . Jalan cerita dia fast pace dan mudah faham walaupun ada sentuh pasal pentadbiran kerajaan yada yada. Setiap halaman ada saja yang buat kita uish plot twist apa nii! Plot twist (s) tu banyak dan somehow menjadi petunjuk demi petunjuk kepada perjalanan cerita. Lahvvv gitchu. Imbas kembali cerita ini pun ringkas dan senang cam in a way of show don't tell. Cuma yang tak dapat detect tu part naratif bagi latar tempat. Sebab tak diberitahu secara jelas untuk kita bayangkan suasana suatu babak. . Paling aku suka dengan KMP, jalinan hubungan antara watak. Diorang macam berkait secara tak dijangka dan ... menyedihkan. Each of them are deadly lovable, termasuklah permaisuri yang awalnya memang aku benci banget. Bacalah KMP and you will know why. Bonus: lepas perang dan Nilampura mula tenang, banyak scene kelakar, cute gilaaa dan bittersweet. . Sungguh, lara puteri bayangan pahlawan. Dalam serata dendam, ada dibahaskan tentang nilai kemanusiaan oleh si kecil Zamin. Babak ni antara yang comel dan aku suka give and take dialog sesama watak!
Kedatangan Seroja ke istana telah merungkai satu sumpahan yang dikenakan ke atas Puteri Wulan, anakanda Raja Dharma dan Permaisuri Santika. Rentetan dari peristiwa itu, Putera Zamin telah diberi amaran oleh bondanya Permaisuri Santika untuk tidak mendekati Seroja kerana Putera Zamin merupakan putera mahkota kerajaan Nilampura.
Sementara itu, kedatangan seorang pemuda bertopeng ke warung sup kepunyaan Puan Widuri juga menimbulkan tandatanya. Perwarisan takhta menjadi titik mula segalanya.
Personally, saya agak terganggu dengan penggunaan bahasa yang sekejap bahasa istana sekejap bahasa moden. Tambahan pulak cover depan memaparkan watak berbaju kot. Sikit je la terganggunya sebab cerita ini fast-paces.
Kedengaran buku ini akan ada sambungan. Harap penulis boleh rungkaikan siapa lelaki tua berbaju hitam, dari mana asalnya dan apa yang menyebabkan lelaki itu menghasut semua penjuru hanya untuk hiburannya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Ini pertama kali baca buku dari Publisher Lawa Lingo. Surprisingly, menarik!
Kelahiran Malam Purnama mengisahkan kisah tentang kelahiran bayi di Malam Purnama yang memulakan segala kisah. Terdiri daripada Putera Zamin, Permaisuri Santika, Puteri Wulan, Sukma, Seroja, Badri, Che Puan Kirana, Tirta, Puan Widuri. Semua nama ni adalah watak² penting dan penyeri dalam cerita ni.
How to say ea, buku ni santai dan menarik. Penceritaan tentang kehidupan diraja dan dayang²nya. Raja kena berdarah gahara (putera raja yang lahir dari Permaisuri diraja). Makna kata untuk menjadi seorang Raja, selepas mangkatnya Raja, Putera Raja hendaklah berdarah gahara.
Kalau nak baca buku fefeling diraja punya setting, bacalah buku ni. Plot cerita pun menarik.
Cover baru sangat cantik, lagi sesuai dengan jalan cerita. Ingat dah dapat agak plot twist dia apa tapi salah juga. Cuma ending dia nak tunjuk kalau berdendam sampai kesudah takkan habis 7 keturunan.